Anda di halaman 1dari 10

NAMA GURU SUBJEK KELAS BIL.

PELAJAR
SITI ZURAINIS BT MOHAMED BAHASA MELAYU 4 MPV 14 ORANG
ARIFF

LATIHAN 1 : SISTEM BAHASA (KATA TUGAS PRAKLAUSA DAN PASCAKATA)

ARAHAN TUGASAN

1. Sila lihat nota yang guru berikan. Fahamkan nota tersebut.


2. Sila tonton juga link youtube ini untuk memahami lebih lanjut mengenai tajuk ini.
https://youtu.be/801Yk_WfWsI
3. Sila buka buku teks muka surat 104 & 105.
4. Cari dan kategorikan kata tugas praklausa dan pascakata yang terdapat dalam kedua-dua petikan.
Contoh adalah seperti di bawah.
5. Bina ayat berdasarkan kata tugas yang telah dikenal pasti.
6. Sila buat latihan ini di dalam buku sistem Bahasa

Nota

Kata Praklausa Contoh

Kata seru Cis, aduh, celaka, wahai, aduhai, amboi, oh. Eh,
wah, syabas

Kata tanya Mengapa, bila. Kenapa, berapa, bagaimana, siapa

Kata perintah Jangan, usah, tak usah, sila, jemput, minta, harap,
tolong

Kata pembenar Ya, benar, betul

Kata pangkal ayat Maka, hatta, adapun, kalakian, sebermula, arakian,


alkisah, syahadan

Kata Pascakata Contoh

Kata penekan Sesunguhnya, nampaknya, sebetulnya, sebaiknya,


seandainya, sekiranya, bahawasanya
(Ialah kata yang bergabung dengan partikel – nya
dan digunakan untuk memberi penegasan kepada Contoh ayat :
kata yang bergabung dengannya.)
Hebatnya persembahan tarian itu.

Kata pembenda Lajunya, pentingnya, datangnya, perginya,


berdirinya, sakitnya, turunnya, lantangnya,
(bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang
bukan daripada kata nama sebagai kata nama.)

1
Contoh latihan (Cari 2 jawapan bagi setiap kata dalam petikan)

Kata Tugas Praklausa Kata Tugas Pascakata

Kata Seru Kata Penekan

1. Cis 1

2. 2

Kata Perintah Kata Pembenda

1 1

2 2

Kata Tanya

Kata Pembenar

Kata Pangkal Ayat

Contoh Binaan Ayat

1. Cis

Cis, berani kau membohongi aku.

2
LATIHAN 2 : PENYUNTINGAN (BAHASA KLASIK KE BAHASA STANDARD)

ARAHAN TUGASAN

1. Sila lihat nota mengenai cara penukaran bahasa klasik ke bahasa standard menggunakan teknik
BAMBU.
2. Sila salin dan buat latihan di dalam buku Sistem Bahasa.
3. Hantarkan latihan yang telah siap ke whatapps/telegram guru.

3
Latihan :

Baca petikan bahasa melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan dalam bahasa
melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari


pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar
yang lain. Setelah sudah banyaklah ia peroleh
harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula.
Dengan demikian habislah segala harta saudagar
yang kaya-raya itu dicurinya. Maka segala
saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk
menghadap raja bertandang sembah “Ya tuanku,
patik mohonkan ampun, adapun patik sekelian ini
habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun


masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi
orang berkawal dan bunyi lembing perisai
gemertak. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang
banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka
dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya
kembali.

Setelah hari siang maka Bendahara pun


gemparlah mengatakan kecurian.

4
LATIHAN 3 : KARANGAN RESPONS TERBUKA (BAHAGIAN A)
PENULISAN E-MEL

ARAHAN TUGASAN

1. Baca dan fahami e-mel tersebut.


2.Balas semula e-mel tersebut. Format menulis e-mel sama seperti yang terdapat dalam soalan. Aa boleh
menggunakan isi yang saya beri atau boleh tulis mengikut isi anda sendiri.
3. Sila tulis karangan ini di dalam buku Karangan A
4. Sila tangkap layar (snap) dengan jelas latihan anda dan hantar pada saya untuk semakan.

Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut. Tulis e-mel
anda itu selengkapnya. Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.

Daripada : Azida_jb94@yahoo.com
Kepada : Hanasofea@gmail.com
Subjek : Saranan untuk Menarik Minat Murid Meminati Sejarah
Kak Hana Sofea,

Bagaimankah keadaan kakak di sekolah asrama penuh sekarang?Kami sekeluarga amat rindu
akan kakak.
Oh, ya! Baru-baru ini, guru Sejarah saya meminta kami mengadakan perbincangan secara
berkumpulan. Setiap kumpulan yang terdiri daripada tiga orang murid diberikan tajuk yang
berbeza. Kami dikehendaki membentangkan hasil dapatan itu di hadapan kelas pada minggu
hadapan. Tajuk kumpulan saya ialah ‘Saranan untuk Menarik Minat Murid Meminati Mata
Pelajaran Sejarah’. saya dilantik sebagai ketua kumpulan bagi tajuk tersebut. Selaku Pengerusi
Persatuan Sejarah, tentunya kakak banyak mempunyai idea bernas. Bolehkah kakak berkongsi
idea-idea tersebut dengan saya?
Semoga kakak sudi membalas e-mel saya ini. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih
atas saranan kakak. Sekian.

Yang benar,
Azida

Anda boleh menggunakan isi yang saya beri di bawah atau anda juga boleh menulis isi anda sendiri.

Rangka Karangan

Pendahuluan

Ucapan terima kasih kerana sudi mengirimkan e-mel - seronok membaca isi e-mel - menyatakan
keadaan diri.

5
Isi

1. Idea 1 : menggunakan peta pemikiran atau peta minda - melakar kronologi sejarah - nota yang
panjang membosankan murid - lakaran kronologi akan membantu murid mengingat fakta secara lebih
bebas.

2. Idea 2 : penglibatan secara aktif - dalam perbincangan - sumbangsaran dan pembentangan - semasa
aktiviti pembelajaran dan pengajaran Sejarah - mengukuhkan kefahaman - dapat menghayati isi
kandungan mata pelajaran Sejarah.

3. Idea 3 : menjadikan tempat bersejarah destinasi percutian atau pelancongan -pembelajaran luar bilik
darjah yang sangat bermakna dan berkesan - proses pembelajaran secara santai dan tidak
membebankan.

Penutup

Rugi tidak meminati mata pelajaran Sejarah - Sejarah sangat menyeronokkan - kembali ke zaman silam.

LATIHAN 4 : KARANGAN RESPONS TERBUKA (BAHAGIAN B)

ARAHAN TUGASAN

1. Baca dan fahami kehendak soalan.


2.Berdasarkan isi yang diberi, sila kembangkannya mengikut kaedah IMBAKUP
3. Karangan anda mestilah mempunyai perenggan yang sesuai dan patah perkataan adalah di antara 350 patah
hingga 500 patah perkataan.
4. kamu perlulah menyalin soalan beserta penulisan kamu di dalam buku latihan Karangan B.
5. Sila tangkap layar (snap) dengan jelas latihan anda dan hantar pada saya untuk semakan.

DOMAIN PERIBADI

Soalan :

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, sebanyak 60


peratus hingga 65 peratus kemalangan maut di Malaysia melibatkan penunggang motosikal.
Data ini amat membimbangkan memandangkan pelajar adalah antara pengguna motosikal
untuk ke sekolah.
Sumber :Internet
Berdasarkan fakta tersebut, huraikan peranan pengguna jalan raya khususnya
pengguna motosikal untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin.
Tema : Keselamatan Jalan Raya
Tugasan Soalan : Peranan pengguna jalan raya khususnya pengguna motosikal
untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin.

6
Cadangan Isi
Isi 1
Pengguna jalan raya wajib mematuhi peraturan jalan raya.
Peraturan jalan raya telah dipelajari bermula di peringkat sekolah lagi melalui Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya, semasa kelas memandu di pusat katihan memandu dan iklan
pendidikan keselamatan jalan raya yang dipaparkan di televisyen. Antara contoh peraturan spt
memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, mematuhi had laju yang
dibenarkan dan lampu isyarat. Mereka harus dididik tentang keselamatan jalan raya
agar mempunyai sahsiah diri yang tinggi sebagai seorang pengguna jalan raya.

*********************************************************
Awak kembang ikut kaedah Imbakup
Isi- Pengguna jalan raya wajib mematuhi peraturan jalan raya.
Mengapa - Hal ini kerana peraturan jalan raya telah dipelajari bermula di peringkat sekolah lagi
melalui Pendidikan Keselamatan Jalan Raya,- semasa kelas memandu di pusat latihan memandu
Bagaimana- Mematuhi had laju yang ditetapkan contoh …
- Mematuhi lampu isyarat- kuning perlahankan kenderaan dan merah mesti berhenti.
- memberi isyarat jika hendak berhenti atau membelok
- tidak memotong pada selekoh atau garisan berkembar
Kesan – Kemalangan dapat dielakkan. Tidak berlaku kecederaan atau kehilangan nyawa.
Ungkapan- boleh masuk pada mana-mana bahagian yang sesuai contoh hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih.
Penegasan- Jelaslah bahawa keselamatan pengguna jalan raya akan terjamin sekiranya mereka
mempunyai displin yang tinggi dalam mematuhi peraturan jalan raya .
*******************************************************
2. Pengguna jalan raya juga perlu mempunyai disiplin diri di samping mempunyai
sikap tolak ansur yang tinggi untuk mengelakkan sebarang kemalangan daripada
berlaku. Pengguna jalan raya juga hendakah memberi sepenuh tumpuan ketika
memandu atau menunggang motosikal dan tidak menggunakan telefon bimbit
ketika memandu.

3. Pemakaian helmet atau topi keledar yang sempurna juga sangat penting. Topi
keledar perlu diikat dengan betul. Helmet yang sesuai dan selamat wajar menjadi
pilihan utama. Pemilihan helmet yang telah diiktiraf oleh SIRIM juga wajar
diambil kira walaupun harganya agak mahal sedikit.

4. Pengguna motosikal wajib memastikan motosikal dalam keadaan baik. Lampu


depan, lampu belakang, lampu brek dan lampu signal (depan dan belakang)
hendaklah selalu diperiksa sama ada masih berfungsi dengan baik atau sudah rosak.
Lampu ibarat nyawa anda ketika menunggang, terutama malam. Lampu yang
berfungsi dengan baik dapat membantu pengguna jalan raya lain supaya perasan
akan kelibat penunggang motosikal. Penyenggaraan tayar juga harus dilakukan dari
masa ke masa.

7
DOMAIN PENDIDIKAN

Semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar perlu dipupuk sejak awal lagi. Semangat
ini menjadi batu asas kepada warganegara yang prihatin, bertanggungjawab, saling
membantu tidak kira agama, kaum dan warna kulit. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah
wajar memainkan peranan yang penting untuk mendidik golongan remaja tentang
kepentingan semangat kesukarelawanan.
Sumber : Internet

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan semangat kesukarelawanan.


Bincangkan pernyataan tersebut..
Cadangan Isi
1. Sekolah menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh meningkatkan kesedaran pelajar tentang
kepentingan semangat kesukarelawanan seperti aktiviti bergotong-royong, membersihkan
kawasan sekolah, melukis mural dan lain lain. Pelajar dilibatkan dalam semua aktiviti sekolah
sebagai petugas dan pembantu guru dalam semua aktiviti sekolah seperti Hari Sukan Sekolah,
Hari Pelajar Cemerlang, Hari Kokurikulum dan lain-lain.

2.Sekolah meraikan sambutan Hari Sukarelawan peringkat sekolah setiap tahun.


Sambutan bertujuan mendedahkan ikon Sukarelawan negara dan dunia kepada pelajar untuk
dijadikan sebagai model/contoh – pelajar mendapat maklumat baharu tentang aktiviti
sukarelawan- memupuk semangat suka membantu orang lain
.
3.Pihak sekolah memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang aktif dalam aktiviti
kesukarelawan peringkat sekolah atau luar sekolah dalam pelbagai bentuk seperti hadiah, dan
sijil anugerah – sebagai galakan dan pendorong kepada pelajar – anggapan bahawa aktiviti
sukarelawan aktiviti yang penting

4.Kempen kesedaran tentang kepentingan semangat kesukarelawan – objektif


kepentingan semangat sukarelawan – pelbagai aktiviti menarik- menjemput ikon sukarelawan
negara atau negeri atau orang berpengalaman terlibat dalam aktiviti sukarelawan.

8
LATIHAN 5 : PEMAHAMAN

ARAHAN TUGASAN

1. Sila baca kedua-dua bahan dan fahaminya.


2. Salin soalan dan tulis jawapan di dalam buku latihan pemahaman.
3. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dan ayat yang lengkap.
4. Sila tangkap layar (snap) latihan anda dan hantar di whatapps/telegram saya.

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kita dianjurkan agar mengawal atau mengurus perasaan marah. Perasaan ini perlu
dikawal untuk mengelakkan kesan buruk akibat kemarahan yang tidak dikawal. Terdapat
beberapa langkah yang boleh digunakan sebagai kawalan ketika marah.
Salah satu langkah untuk mengurus kemarahan adalah dengan cara bertenang semasa
marah, tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Tindakan ini mungkin dapat
membantu anda menenangkan diri. Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan
suasana yang tenang sambil menutup mata. Kemudian, lepaskan nafas perlahan-lahan.
Sumber : Saedah A. Ghani dan Rezki Perdani Sawai,
Pengurusan Kemarahan: Pengenalan dan Latihan, 2018,
Universiti Sains Islam Malaysia.

Bahan 2
Perasaan marah disebabkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran
merangkumi
lingkungan sosial dan alam sekitar. Faktor lingkungan sosial ialah suasana kerja, bebanan
tugas, dan sikap rakan. Faktor alam sekitar pula adalah seperti cuaca dan bencana alam. Faktor
dalaman pula berkaitan dengan sikap seperti panas baran dan tidak mampu mengawal diri
untuk menghadapi tekanan.
Apabila anda marah, denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Selain itu,
tahap hormon tenaga, adrenalina dan nonadrenalina juga akan bertambah. Oleh itu, anda
mungkin akan bertindak agresif terhadap orang yang dimarahi. Kemarahan yang tidak
dikendalikan dengan baiknya boleh menimbulkan masalah yang lain pula. Perhubungan
silaturahim juga akan terjejas.
Bagi mengurangkan rasa ketegangan tersebut, seseorang perlu kembali ke posisi
normal. Sekiranya dia sedang marah dan ketika itu dia sedang berdiri, maka dia perlu duduk.
Seandainya kemarahan semakin sukar dikawal, dia perlu berbaring untuk mengawal emosi.
Sumber : www.myhealth.gov.my/pengurusan - kemarahan

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud posisi normal. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan cara menangani kemarahan
dalam diri seseorang. [3 markah]

9
(iii) Kemarahan yang tidak terkawal dengan baik boleh membawa akibat yang buruk
kerana seseorang itu akan cenderung bertindak agresif.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang sukar
untuk mengawal kemarahan? [4 markah]

(iv) Anda mempunyai rakan yang panas baran dan sukar untuk mengurus kemarahan
sehingga menyebabkan hubungannya dengan orang lain terjejas.
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah cara anda membantu rakan anda untuk
mengatasi masalah ini? [4 markah]

10

Anda mungkin juga menyukai