Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun : Bil. Pertemuan :

AKTIVITI
1. Taklimat tentang Budaya Sekolah SMK Tatau

ISU/PERBINCANGAN

Budaya Sekolah SMK Tatau

 Waktu pdpc setiap mata pelajaran diselaraskan kepada 2-3 waktu, waktu setiap guru
sekurang-kurangnya 30 waktu seminggu.

 Budaya belajar setiap pagi selama 20 minit sebelum kelas bermula – HIPERS
(subjek teras & elektif)

 Budaya memastikan murid membantu antara satu sama lain – Guru Muda (Murid
mengajar rakan-rakan di dalam kelas)

 Budaya memberi salam & senyum – Murid memberi salam kepada guru / warga
sekolah.

 Membentuk sekolah penyayang – Guru bertugas harian di pagar sekolah untuk


menyambut kedatangan murid ke sekolah & menunggu murid pada waktu balik
(harian dan asrama).

ULASAN

 Waktu pdpc setiap mata pelajaran diselaraskan kepada 2-3 waktu, guru sekurang-
kurangnya 30 waktu seminggu.
- Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan berupaya mencapai
matlamatnya kerana peruntukan masa yang mencukupi untuk satu-satu mata
pelajaran dalam setiap hari.
- Mengurangkan pembaziran waktu ketika guru bergerak dari satu kelas ke satu kelas
yang lain. Faktor taburan dan reka bentuk bangunan yang mengambil kira jarak
jauhnya, juga bangunan yang bertingkat-tingkat malah daripada bilik guru sendiri
dapat berlaku pembaziran masa.
- Peruntukan 2 hingga 3 waktu bagi satu mata pelajaran dapat memberikan ruang
masa yang cukup bagi menghuraikan satu-satu topik yang hendak diajar dan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
- Dapat mengurangkan kekerapan pelajar yang suka keluar dari kelas sewaktu
pertukaran guru.

 Budaya belajar setiap pagi selama 20 minit sebelum kelas bermula – HIPERS
(subjek teras & elektif)
- Sebagai persediaan dan pengukuhan kepada murid-murid tentang pengetahuan
asas sesuatu mata pelajaran.
- Memaksimumkan jumlah murid lulus untuk semua subjek yang kritikal.

 Budaya memastikan murid membantu antara satu sama lain – Guru Muda (Murid
mengajar rakan-rakan di dalam kelas)
- Menggalakkan murid mempunyai kemahiran insaniah disamping membantu rakan-
rakan.
- Membentuk keyakinan murid berdiri di depan khalayak ramai.
- Membantu murid untuk untuk lebih cemerlang dalam mata pelajaran diajar kepada
rakan-rakan.
- Melatih murid menganalisis penyelesaian masalah sendiri dalam setiap mata
pelajaran.

 Budaya memberi salam dan senyum – Murid memberi salam kepada guru / warga
sekolah.
- Membina hubungan yang baik dan sihat dalam kalangan warga sekolah.
- Membentuk sikap murid untuk menghormati guru-guru dan warga sekolah.
- Memupuk keceriaan dalam kawasan sekolah.

 Membentuk sekolah penyayang – Guru bertugas harian di pagar sekolah untuk


menyambut kedatangan murid ke sekolah dan menunggu murid balik.
- Sebagai motivasi murid untuk datang semula ke sekolah.
- Membina hubungan harmoni antara guru dan murid sebagai pemangkin semangat
untuk terus belajar.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor)
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai