Anda di halaman 1dari 12

SJK(T) LADANG RINI

SUDUT BACAAN DITEMPAT


LALUAN MURID

TEMPAT: LALUAN TANGGA SEKOLAH

Pelaksana :
Thinadhayalan a/l Ramanujam dan
Thiphanath A/L Selvarajoo
Guru Pelatih PISMP

IPG Kampus Temenggong Ibrahim


LAPORAN TUGASAN SUDUT BACAAN

NAMA PELAJAR : Thipanath A/L Selvarajoo

TUGASAN : PISMP Bahasa Tamil Ambilan Januari 2012

NAMA SEKOLAH : SJK(T) Ladang Rini.

NAMA TUGASAN : Sudut Bacaan Laluan Tangga

TEMPOH PELAKSANAAN : 6 Feb 2017-10Feb 2017

PENGENALAN
Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.
Pengajaran dan pembelajaran bermula dari persekitaran sekolah
yang kondusif. Oleh hal demikian sudut bacaan yang dirancang
adalah merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan untuk
mendekatkan dan mendedahkan murid-murid dengan budaya
membaca sama ada semasa masa terluang ataupun masa
intruksional.

OBJEKTIF
Di akhir program ini diharapkan dapat:

i. Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid.


ii. Melatih murid menghargai masa.

iii. Memudahkan murid membuat rujukan.

iv. Membolehkan pembelajaran secara kendiri berlangsung.


STRATEGI PELAKSANAAN

Hari Aktiviti
Pertama - Membuat perbincangan dengan pihak
sekolah tentang tugasan yang akan
dilaksanakan.
- Berbincang dengan guru pembimbing
berkenaan tugasan yang akan
dilaksanakan
- Menyediakan persiapan awal seperti
bahan-bahan yang diperlukan.

Kedua dan ketiga - Menghias papan kenyataan untuk info-


info terkini.
- Melekatkan gambar suku kata dan kad-
kad hiasan yang mengandungi huruf
- Meletakkan meja kecil dan rak buku
pada sudut bacaan tersebut.
- Melekatkan kata-kata hikmah pada
dinidng sudut Bacaan
- Meletakkan dan menggantung kad-kad
bahan bacaan
REFLEKSI

KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI

Projek Sudut Bacaan dilaluan tangga ini diwujudkan untuk


memudahkan murid-murid mendapatkan bahan bacaan. Malah
dengan adanya sudut bacaan ini boleh menarik minat murid untuk
membaca buku. Seterusnya, murid dapat membiasakan diri mengisi
masa lapang dengan aktiviti membaca. Selain itu, projek ini juga
dapat memberi motivasi kepada murid-murid linus untuk
menambah kemahiran membaca mereka sehingga mencapai tahap
yang memuaskan. Di samping itu, sudut bacaan ini dapat
mendedahkan murid-murid dengan info-info yang terkini agar
mereka mengetahui perkara baharu yang berlaku. Sudut Bacaan ini
juga menjadi alat komunikasi dan sosialisasi murid apabila mereka
bersama-sama berkongsi bahan bacaan, menjawab teka teki secara
berkumpulan dan membantu rakan mereka membaca agar menjadi
lebih baik. Secara keseluruhannya, sudut bacaan ini memberi
semangat dan dorongan untuk menjadikan amalan membaca
sebagai rutin harian mereka.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI

Projek Sudut Bacaan Kelas ini tidak dapat dilakukan mengikut


perancangan yang telah dietapkan oleh kami. Guru pelatih juga
tidak dapat mengatur dan menguruskan masa dengan tepat dalam
melaksanakan projek ini. Pelaksanaan projek ini tidak selari dengan
perancangan yang telah dibuat dan hal ini menyebabkan projek ini
agak lambat disiapkan tambahan terdapat latihan sukan secara
konsisten disekolah.
Saya juga menghadapi masalah bajet yang tidak mencukupi. Hal
ni menyebabkan penyediaan bahan bacaan tidak mencukupi. Saya
hanya boleh menyediakan beberapa bahan bacaaan sahaja. Hal ini
kerana ruang yang disediakan tidak terlalu luas .

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Guru Pelatih mencadangkan agar ruang Sudut Bacaan yang lebih


besar disediakan oleh pihak sekolah. Hal ini bertujuan agar murid
lebih selesa dan bahan bacaan lebih banyak boleh disimpan. Selain
itu, guru pelatih mencadangkan agar pihak sekolah boleh memberi sedikit
sumbangan bahan bacaan terkini kepada murid-murid. seperti surat khabar, majalah
dan sebagainya. Hal ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada murid-murid
untuk terus membaca. Di samping itu, bagi cadangan masa hadapan, guru sekolah
boleh menjadikan Sudut Bacaan sebagai satu tempat tumpuan dan tempat untuk
melaksanakan aktiviti seperti pertandingan bercerita, berlakon atau berpuisi. Saya
juga mencadangkan agar sudut bacaan tersebut disedikan satu papan tulis mini supaya
guru-guru boleh menulis kosa kata baharu bersama maksudnya sekali pada setiap hari
untuk menambah ilmu pengetahuan baharu murid-murid. Di samping murid membaca
bahasan bacaan, murid juga boleh mengetahui perkara baharu pada setiap hari.

KESIMPULAN

Pelaksanaan Sudut Bacaan Laluan Tangga ini diharap dapat


memberi manfaat kepada semua warga sekolah. Projek ini
seharusnya diberikan perhatian oleh semua pihak sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Sehubungan itu, melalui projek ini
diharap budaya membaca dapat diamalkan oleh murid-murid SJK(T)
LADANG RINI. Guru-guru juga diharapkan agar dapat menyampaikan
maklumat terkini tanpa batasan kepada murid-murid. Akhir sekali,
pelaksanaan projek ini diharap dapat menerapkan nilai-nilai positif
kepada para guru pelatih agar menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab, berpengetahuan dan berkemahiran dalam
segala hal.
Rajah 6 : Menggantung buku dan menghias papan
kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai