Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN (1) JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT NILAM BIL 1 /TAHUN 2015


Tarikh

: 29 Disember 2014

Masa

: 10:00 Pagi

Tempat

: Bilik Mesyuarat STAR (1)

Pengerusi
Kehadiran(Bilangan)

: En. Salim Bin Hj. Bakar


: 43/43

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada


1. Kata Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat
NILAM Sekolah kali-1 bagi tahun 2015
1.2 Edaran Surat Pelantikan
Pelantikan AJK NILAM
Senarai Tugas AJK NILAM 2015
(seperti di lampiran)
2. Laporan Aktiviti NILAM Sepanjang Tahun 2014 oleh Nurul Izzah Binti Abu Bakar
(GPM)
2.1 Program Mari Membaca
Program Mari Membaca dapat dilaksanakan dengan baik mengikut jadual yang telah
disediakan oleh pihak jawatan kuasa perpustakaan.
Penggunaan perpustakaan mengikut jadual waktu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sahaja.
Pengawalan murid dan catatan di buku nilam disemak oleh guru Bahasa Melayu dan
guru Bahasa Inggeris.
2.3 Program Jom Baca
Program Jom Baca dapat dilaksanakan bermula bulan April hingga bulan Oktober pada
pukul 7.00 pagi 7.15 pagi dan 9:30 pagi 10.30 pagi.
Buku-buku cerita disediakan oleh pengawas PSS dan dikawal oleh pengawas PSS
mengikut aliran kelas.
2.4 Program NILAM
Program NILAM dijalankan sepanjang tahun.
Murid hanya mencatat atau merekod di dalam buku NILAM sebagai bukti selesai
membaca.
Murid boleh membaca buku fiksyen dan buku bukan fiksyen dan direkodkan pada
bulan Januari hingga November. Guru NILAM akan merekod dan menyenaraikan
butiran murid yang melepasi anugerah gangsa sehingga NILAM.
Terima kasih kepada Pn Noor Anita Bt Safar dan Puan Selvi Jesvinder Kaur kerana

banyak memberi kerjasama dalam pengisian data bacaan murid setiap bulan daripada
guru-guru bahasa.
Terima kasih kepada semua guru bahasa kerana dapat mencatat kiraan bulanan
bacaan
murid setiap bulan.
Menasihati segelintir guru yang tidak berapa tepat dalam kiraannya perlu lebih
berhati-hati supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.
Laporan data dan graf NILAM setiap kelas. (seperti di lampiran)
Senarai nama murid yang mendapat NILAM 2 orang murid,emas 3 orang murid,
perak 19 orang murid dan gangsa 46 orang murid. (seperti di lampiran)
2.5 Rekod Bacaan NILAM

Perbincangan tentang format rekod NILAM hendaklah diterangkan di kelas masing


-masing oleh guru bahasa.
Rekod Bacaan NILAM dikey in mengikut penggal 1(Mei) dan penggal 2 (Oktober).
Rekod Bacaan dikemaskini pada setiap akhir bulan oleh guru-guru bahasa.
Pn Hjh Noor Anita Safar dan Pn Selvi Jesvinder Kaur akan menerangkan rekod
bacaan
NILAM kepada guru-guru Bahasa Melayu dan guru-guru Bahasa Inggeris semasa
KMK.
2.6 Program Cerita & Bacalah Sayang

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Program Baca & Ceritalah Sayang
kerana program berjalan dengan lancar.
Program ini menjalankan aktiviti bacaan senyap, penerangan guru NILAM tentang
pengisian buku NILAM dan mendengar murid bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
2.7 Bengkel Nilam

Terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus lumus menyiapkan data
Nilam
mengikut kelas bahasa masing-masing.
Peringatan kepada semua guru data Nilam hendaklah betul dan tulus.
2.8 Program READ 2014

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa Program READ 2014


yang dijalankan seminggu selepas murid selesai menduduki peperiksaan akhir tahun.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana dapat mengisi masa
lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah.
Program ini menjalankan aktiviti bacaan senyap, penerangan guru NILAM tentang
pengisian buku NILAM dan pertandingan bercerita Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab.
Makluman: Semua guru

3. Perancangan Aktiviti NILAM 2015

Program Jom Baca


Program Morning Glory
Program Pembaca Aktif
Program NILAM

: Membaca buku cerita (7:00-7:15 Pagi)


: Aktiviti Panitia BM, BI, MT & SN
: Guru senaraikan murid pembaca aktif setiap bulan
: Murid membaca pada masa lapang dan catat di dalam
buku Nilam
Guru mengisi data nilam murid setiap 2 penggal
Program Mari Membaca : Galakan guru bersama murid ke perpustakaan
Kempen Pemprosesan Buku
: Kepada guru yang sudi
Kempen Sebuah Buku Sebuah Keluarga : Bulan Julai
Program Iqra
: Setiap hari Jumaat murid bercerita (Panitia
PI&BA)
Program Baca & Ceritalah Sayang : Pengisian aktiviti untuk waktu sekolah berganti
Program READ 2015
: Aktiviti selepas peperiksaan akhir tahun
Minggu PSS
: Aktiviti Jejak Maklumat mengikut aliran kelas
Pertandingan Sudut Nilam di Kelas.
Makluman : Semua Guru

5. Hal-hal lain
5.1 Bekerjasama melaksanakan semua program yang dianjurkan oleh pihak PSS.
5.2 Buton NILAM akan diberi kepada pembaca aktif setiap bulan.
Makluman : Semua guru
Penutup

Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:00 Pagi.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................

..................................

(NOR LIYANA BINTI KAMARUDIN)


Setiausaha Pusat Sumber Sekolah
SK. Temenggong Abdul Rahman 1
Johor Bahru

(NURUL IZZAH BINTI ABU BAKAR)


Guru Perpustakaan & Media (GPM)
SK. Temenggong Abdul Rahman 1
Johor Bahru

Tarikh : 7 Januari 2015

Tarikh : 7 Januari 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN (1) JOHOR BAHRU


MINIT MESYUARAT NILAM BIL 2 /TAHUN 2015
Tarikh

: 10 Mac 2015

Masa

: 1.40 petang

Tempat

: Dewan Sri Temenggong

Pengerusi
Kehadiran(Bilangan)

: En. Salim Bin Hj. Bakar


: 43/43

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada


1. Kata Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat NILAM
kali-2 bagi tahun 2015.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat NILAM Kali Pertama
2.1 Pencadang : Cik Nor Liyana Bt. Kamarudin
2.2 Penyokong: Pn. Maslina Binti Abdullah
3. Perkara Berbangkit
Tiada
4. Penerangan Penyelaras NILAM (Nurul Izzah Binti Abu Bakar)
4.1 Sistem Fail
Minit mesyuarat bilik-bilik khas boleh mengikut tarikh mesyuarat PSS seperti berikut
a) Mesyuarat kali 1 pada 29 Disember 2014.
Makluman : Setiausaha NILAM
4.2 Meminta semua guru bekerjasama:
a) Pengiraan jumlah buku mengikut bulan Januari-November
b) Semua guru hendaklah menandatangani buku Nilam
c) Menggalakkan murid membaca
d) Mengemaskinikan rekod bacaan mengikut kelas masing-masing
e) Perpustakaan dijangka buka pada pertengahan bulan Januari.
f) Mewujudkan sudut bacaan di kelas masing-masing
Makluman : Semua Guru NILAM

5. Hal-hal lain
5.1 Bekerjasama melaksanakan semua program yang dianjurkan oleh pihak PSS.
5.2 Senaraikan pembaca aktif Januari (BM) dan pembaca aktif Februari (BI)
Makluman : AJK NILAM
Penutup
a) Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

..........................................

..................................

(NOR LIYANA BINTI KAMARUDIN)


Setiausaha Pusat Sumber Sekolah
SK. Temenggong Abdul Rahman 1
Johor Bahru

(NURUL IZZAH BINTI ABU BAKAR)


Guru Perpustakaan & Media (GPM)
SK. Temenggong Abdul Rahman 1
Johor Bahru

Tarikh : 15 Mac 2015

Tarikh : 15 Mac 2015

Anda mungkin juga menyukai