Anda di halaman 1dari 4

Teks bercerita (Tahap 1)

Kebangkitan Ummah Generasi Rabbani

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana,
guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian.

Berbicara tentang ukhuwah atau persaudaraan, saya awali dahulu dengan untaian
firman Allah swt

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah antara


kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
(Surah Al-Hujurat ayat 10)

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana


sebagian dari prasangka itu dosa.Dan jangan lah kamu mencari-cari kesalahan
orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang
lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang
sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hujurat ayat 12)

1
Teks bercerita (Tahap 1)

Para hadirin yang dihormati,


Ukhuwah Islamiyah itu adalah sebuah istilah tentang persaudaraan antara sesama
muslim di seluruh dunia, tanpa melihat perbezaan warna kulit, kaum, bahasa dan
kewarganegaraan.

Rakan-rakan sekalian,
Yang mengikat persaudaraan itu adalah persamaan keimanan kepada Allah Swt.
dan Rasul-Nya. Ikatan keimanan ini jauh lebih kukuh dan abadi, bahkan jauh lebih
kuat dibandingkan dengan ikatan darah sekalipun. Supaya ukhuwah islamiah dapat
ditegakkan dengan lebih kukuh maka kita perlukan 4 tiang penyangga yang kuat
iaitu
Yang pertama …….. ta’aruf,
Yang kedua ………...tafahum,
Yang ketiga………... ta’awun dan
Yang terakhir ………takaful.

Apa itu Ta’aruf? Maksudnya saling kenal mengenal saudaraku, tidak hanya
mengenal identiti bahkan lebih jauh lagi seperti latar belakang pendidikan, budaya,
keagamaan,cita-cita dan sebagainya.

Apa itu Tafahum? Saling memahami kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan
kelemahan sehingga segala macam permasalahan dapat dihindari.

Seterusnya Ta’awun bermaksud saling tolong-menolong. Yang kuat menolong yang


lemah, yang mempunyai kelebihan menolong yang kekurangan.

Dan yang terakhir sekali Takaful, Iaitu saling memberi jaminan, sehingga
menimbulkan rasa aman dalam diri, tidak ada rasa khuatir dan cemas menghadapi
hidup ini kerana ada jaminan dari sesama saudara untuk memberikan pertolongan.

Saudaraku,

Dengan keempat tiang persaudaraan di atas, umat Islam akan saling mencintai,
bahu-membahu, tolong-menolong dalam menjalani dan menghadapi tentangan
kehidupan seterusnya menjadi asas kepada kesejahteraan ummah.

Berdendam jangan usahkan berdengki,

2
Teks bercerita (Tahap 1)

Sucikan hati dibersih tulus;


pantun
Tenggelam bulan terpadam mentari,
Ukhwah kita tak mungkin putus.

Supaya ukhuwah Islamiyah tetap erat dan kuat, setiap Muslim harus menjauhi
segala macam sikap dan perbuatan yang dapat merosak dan merenggangkan
ukhuwah. Allah swt sangat melarang orang-orang beriman melakukan perkara yang
dapat merosak dan merenggangkan hubungan ini.

Tahukah kawan-kawan,

Ada enam sikap dan perbuatan yang amat amat amat dilarang oleh Allah swt seperti
yang termaktub dalam ayat 10 dan 12 di atas.

Iaitu,

Yang pertama

1. Mengejek orang lain,baik lelaki mahupun wanita, dengan kata-kata mahupun


gerak-gerak yang dapat menumbulkan sakit hati dan pemusuhan;

Yang kedua

2. Mencaci orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan;

Yang ketiga

3. Memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak disukai;

Keempat

4. Berburuk sangka;

Kelima

5. Mencari-cari kesalahan orang lain; dan

Yang terkahir sekali

6. Bergosip atau mengumpat.

3
Teks bercerita (Tahap 1)

Justeru, mudah-mudahan kita dapat menjaga diri dari sikap dan perbuatan yang
dapat merosak ukhuwah Islamiyah seperti yang saya sebut tadi.

Para hadirin yang dirahmati Allah,

Mengambil contoh peribadi Baginda saw yang mempersaudarakan kaum Muhajirin


dengan Ansar. Baginda bersabda yang bermaksud “Bersaudaralah kamu sekalian di
jalan Allah seperti saudara kandung”.

Masya Allah, betapa indahnya persaudaraan umat islam pada ketika itu. Ikatan
persaudaraan seperti inilah yang akan melahirkan ‘Generasi Rabbani Murabbi’
kelak. Alhamdulillah, masyarakat hari ini semakin cakna dan sedar betapa
pentingnya mengenali antara satu sama lain. Hormat-menghormati, tolong-
menolong, kasih-mengasihi perlu menjadi budaya supaya wujud satu masyarakat
yang aman dan harmoni.

Semoga ukhwah islamiyyah ini menjadi asas kepada kebangkitan ummah.


Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

Ada akal ada fikiran,


Ada pangkal ada penghujung; pantun
Terima kasih saya ucapkan,
Sudi mendengar sampai ke penghujung.

Sekian, wa billahi tawfiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai