Anda di halaman 1dari 5

MAKTAB SULTAN ABU BAKAR

MINIT MESYUARAT GURU DAN TAKLIMAT PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH


SECARA BERPERINGKAT MENGIKUT FASA PPN BIL 3 , TAHUN 2021.

Tarikh : 4 OKTOBER 2021

Masa : 2.30 PETANG

Tempat : DI RUMAH MASING-MASING (GOOGLE MEET)

Pengerusi : TUAN PENGETUA AHMAD SHAKIR BIN JAAFAR

Kehadiran(Bilangan) : 101 ORANG

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian guru-guru


menghadiri mesyuarat. Beliau mendoakan kesihatan guru-guru Maktab Sultan Abu
Bakar supaya sentiasa sihat dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Puan Nur Afida binti Jamal.
Disokong untuk pengesahan oleh Puan Wan Zunairah binti Wan Ali.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 PERBINCANGAN PROFESIONAL

4.1. TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH

4.1.1 Pelajar hadir ke sekolah secara bergilir, dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
A dan B. Kehadiran dihadkan kepada 50% enrolmen kelas. Kehadiran ke kelas
secara penggiliran minggu.

4.1.2 Pemakaian pelitup muka diwajibkan. Murid bergejala tidak dibenarkan ke


sekolah. Memastikan pengudaraan yang baik dalam kelas.Murid dibenarkan
memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya seragam yang sedia
ada tidak lagi sesuai untuk dipakai. Ketidakhadiran murid dengan surat pemakluman
ibu bapa tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

4.2 PENGURUSAN PRASARANA

4.2.1 Kekerapan penggunaan bilik-bilik khas untuk tujuan Pdp dibenarkan pada tahap
minimum. Memastikan permaidani, tikar dan skirting meja tidak digunakan di semua
bilik pdp. Tandakan penjarakan fizikaldi lokasi yang bersesuaian dalam kawasan
sekolah. Penutupan sekolah adalah berdasarkan nasihat dan arahan PKD bagi kes
positif.

4.3 UJIAN KENDIRI COVID-19 MURID SEKOLAH KPM, MURID ASRAMA DAN
TINDAKAN SUSULAN.
4.3.1 Pelajar Harian:
Dilaksanakan hanya kepada pelajar yang bergejala semasa berada di sekolah.
Pelajar Asrama:
Dilaksanakan semasa mendaftar masuk ke asrama, pada hari ke 6 berada di asrama
dan pada hari ke 14 berada di asrama.

4.3.2 Kenderaan Pihak Sekolah: Pelajar sahaja dibenarkan turun dari kenderaan
untuk ke tempat ujian kendiri Covid-19. Ibubapa atau penjaga perlu tunggu di
kawasan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Keputusan negatif,dibenarkan menaiki
bas menuju ke asrama. Sekiranya positif, pelajar akan diuruskan oleh ibubapa atau
penjaga.

4.4 PENGOPERASIAN KANTIN

4.4.1 Semua pekerja kantin perlu mendapat vaksin lengkap dan mematuhi SOP yang
telah dikeluarkan oleh MKN dari semasa ke semasa. Pelajar akan makan dan minum
dalam bilik PdP semasa rehat dengan seliaan guru. Pelajar yang menggunakan
penyaman udara perlu makan di ruang terbuka dengan seliaan guru.

4.5 PESANAN TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN SEKOLAH JPNJ.

4.5.1 Pengudaraan yang baik di semua lokasi dan bilik. Tiada objek yang menutup
tingkap seperti almari, papan putih, poster dan lain-lain. Bilik berhawa dingin boleh
digunakan tetapi pastikan pintu dibuka.

4.5.2 Memastikan kebersihan terjaga, tiada najis burung atau kelawar, lumut dan
sampah dibersihkan. Pastikan bilik air dan tandas berfungsi dengan baik. Buku,
kertas, perabot, tilam dan bantal disusun, dikemas atau dibuang sekiranya tidak
boleh digunakan lagi. Susunan perabot juga perlu mematuhi SOP.

4.5.3 Mengadakan sesi libat urus bersama PIBG dan ibubapa untuk memberi
penjelasan mengenai pendekatan pengoperasian sekolah. Libatkan guru dalam
membuat persediaan pengoperasian sekolah secara berjadual.

4.5.4 Menyediakan jadual penggiliran kehadiran pelajar dari sekarang agar tidak
mengalami kesuntukkan masa apabila kehadiran secara penggiliran dibenarkan.

Tindakan: Semua Guru


4.6 PEMBELAJARAN BERSEMUKA DAN PENGGILIRAN

4.6.1 Mulai 10 Oktober 2021, pelajar Tingkatan 6 Semester 2 dan Murid UPK
Kemahiran sahaja yang akan ke sekolah, pelajar tingkatan 1 hingga 5 akan
menjalani PDPR sepenuhnya. Sebagai persediaan menuju ke Fasa 3, pelajar
tingkatan 5 sahaja yang akan ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara
bersemuka.50% kehadiran setiap kelas sehari, pelajar dibahagikan kepada 2
kumpulandan kedudukan kelas adalah berada di kelas asal.

4.6.2 Penggunaan jadual waktu yang terkini, akan dikeluarkan dalam tempoh
terdekat.Jadual waktu yang sama untuk pelajar yang bersemuka dan pelajar yang
belajar secara sendiri.

4.6.3 Waktu PDPR secara bersemuka bermula dari 7.30 pagi sehingga 2.00 petang.
Guru tingkatan berperanan mengagihkan pelajar kepada dua kumpulan dan
menyerahkan salinan kepada Cik Nubella untuk cetakan bertujuan untuk catatan
suhu dalam kelas. Kehadiran bagi minggu satu -5A1,5B1,5C1,5D1,5E1 manakala
bagi minggu dua-5A2,5B2,5C2,5D2,5E2.
4.6.4 Guru mata pelajaran berperanan melaksanakan PdP bersemuka dan PdPR
sepenuhnya. Guru tingkatan 5 fokus kepada PdPR bersemuka, tiada Google Meet
semasa pelajar tingkatan 5 PdPR secara sendiri.

Tindakan: Semua Guru

4.7 KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH, KAWALAN LALU LINTAS


DAN PENSANITASIAN.

4.7.1 Semasa hadir ke sekolah. guru, kakitangan dan pelawat dikehendaki


merekod kehadiran dengan mengimbas QR Code dan mengisi bacaan suhu
sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah. Pelajar yang hadir mestilah
berada di dalam keadaan sihat, tidak bergejala dan suhu badan 37.5 ke
bawah.

4.7.2 Pelajar masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar B untuk proses
saringan dan mestilah memakai pelitup muka. pelajar diperiksa oleh guru
bertugas menggunakan alat pengimbas suhu badan dan mematuhi
penjarakan sosial (1 meter) semasa menunggu.

4.7.3 Pelajar bersuhu tinggi dibenarkan untuk pulang bersama ibubapa


sekiranya mereka masih ada. Jika tiada, pelajar akan diasingkan di Bilik
Isolasi. Guru bertugas bertanggungjawab melaksanakan urusan murid yang
tidak sihat. Bacaan suhu perlu direkodkan oleh guru di bilik darjah yang telah
ditetapkan.

4.7.4 Sewaktu pulang dari sekolah, pelajar akan menyusun kerusi dan meja,
memastikan kelas telah dibersihkan dan disanitasi dan keluar dari kelas
mengikut arah yang telah ditetapkan. Guru bertugas memastikan pelajar
mengamalkan penjarakan sosial sepanjang berada di laluan murid. Kelas
akan disanitasi sebanyak dua kali iaitu awal pagi dan selepas pelajar pulang
dari sekolah.

4.7.5 Pelajar yang duduk di asrama akan terus menuju ke hadapan kelas Tingkatan
5 UPK. Saringan suhu akan dilakukan oleh guru bertugas. Guru bertugas perlulah
mencatat suhu dan mengingatkan pelajar untuk kerap cuci tangan.

4.7.6 Garis panduan penggunaan sinki dan tandas. Tandas yang dibenarkan:
Tandas Lelaki : Tandas di Blok N
Tandas perempuan : Tandas di Blok N
Tandas Pelajar Lelaki : Tandas di Blok J
Tandas Pelajar Perempuan : Tandas di Blok J
Tandas UPK : Tandas di Blok E
Tandas Tetamu : Tandas di Blok K

Seramai tiga orang pelajar sahaja yang boleh berada di dalam tandas dalam
satu-satu masa.
Tindakan: Semua Guru

4.8 PENGOPERASIAN PPKI GP 3.0

4.8.1 Pelajar hadir tanpa penggiliran, di sambut oleh PPM. Jika pelajar mengalami
kesukaran untuk berjalan, ibubapa dibenarkan untuk menemani pelajar masuk ke
dalam sekolah. Pelajar kategori B1 perlu menggunakan tongkat putih sebagai
bantuan berjalan, bagi mengurangkan sentuhan pada susur tangan.

4.8.2 Pada waktu pulang, guru akan mengiringi pelajar sehingga ke kenderaan
pelajar. Ini bagi mengurangkan waktu menunggu ibubapa dan mengelakkan
kesesakan. pelajar yang tidak sihat boleh menjalani PdPR di rumah menggunakan
pek aktiviti yang telah disediakan oleh guru.

Tindakan: Semua Guru

4.9 SUSUN ATUR DAN KECERIAAN BILIK DARJAH DAN BILIK KHAS.

4.9.1 Pelajar tidak dibenarkan untuk berkongsi makanan. Kelas perlulah mempunyai
pengudaraan yang baik. Memastikan permaidani, tikar dan skirting meja tidak
digunakan di semua bilik pdp. Tandakan penjarakan fizikaldi lokasi yang bersesuaian
dalam kawasan sekolah. Kelas mempunyai tanda arah masuk dan keluar.

4.9.2 Pastikan maklumat penting seperti Jadual Waktu, Jadual Bertugas dan sudut
informasi Covid ditampal di papan kenyataan. Pelajar digalakkan untuk membawa
kain pengelap masing-masing. Guru masa pertama memastikan semua pelajar
mensanitasi semua meja dan kerusi. Guru selepas rehat dan waktu pulang juga perlu
melakukan sesi sanitasi bersama pelajar.

4.9.3 Wakil pelajar mengambil makanan di kantin yang telah dipesan sehari sebelum.
pelajar makan di tempat masing-masing tanpa berkongsi makanan. Pelajar
digalakkan untuk membawa bekal sendiri ke sekolah. Sampah dan sisa makanan
mestilah dibuang ke dalam tong sampah. Guru bertugas waktu rehat wajib untuk
berada di dalam kelas bersama pelajar.

Tindakan: Semua Guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1.KAJIAN TAHAP KOMPETENSI DIGITAL PENGETUA, GURU BESAR


DAN GURU 2021.
Mohon guru-guru untuk segera menyiapkan kajian tersebut sebelum 7
Oktober 2021.

5.2 KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN


PENDIDIKAN DI KPM TAHUN 2021.
Mohon guru-guru untuk segera menyiapkan kajian tersebut sebelum 14
Oktober 2021

5.3 PROGRAM VAKSINASI DOS-2 DAN PEPERIKSAAN MUET STPM


SEMESTER 2.
Program Vaksinasi Dos-2 akan dijalankan pada 24 Oktober 2021 manakala
peperiksaan MUET akan dilaksanakan pada 23 dan 25 Oktober 2021. Guru-
guru diminta untuk memberikan kerjasama untuk menyusun atur dewan
sebagai persiapan untuk kedua program diatas.

5.4 E-OPERASI,SPDPR,LAPORAN KEHADIRAN MSAB DAN FORMAT


TERKINI PELAPORAN PLC DAN RPH.
Guru diminta untuk mengemaskini E-Operasi seperti status vaksinasi,
kenaikan pangkat dan lain-lain. Guru juga diingatkan supaya mengisi
pelaporan SPDPR setiap kali selesai mengadakan kelas dan mengisi laporan
kehadiran MSAB.
Guru juga diiingatkan untuk mengemaskini format terbaru pelaporan PLC
dan RPH agar tidak ketinggalan.
Tindakan: Semua
Guru

6. PENUTUP

6.1 Pengetua berharap supaya semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik
dalam merealisasikan wawasan sekolah. Beliau juga mendoakan supaya segala
urusan guru dipermudahkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.19 petang.

Disediakan oleh,

(NUR AFIDA BINTI JAMAL)


URUS SETIA
Mesyuarat Guru Dan Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah Secara
Berperingkat Mengikut Fasa Ppn Bil 3 , Tahun 2021.

Tarikh :5 Oktober 2021

Anda mungkin juga menyukai