Anda di halaman 1dari 3

PENYELARAS TINGKATAN

Senarai Tugas :

A Pengagihan Murid / Murid Pindah / Murid Baharu

1.Bertanggungjawab membuat pembahagian murid (streaming) dalam


tingkatan di bawah

jagaannya.

2. Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi.

3. Membantu PK HEM menerima kemasukan murid baharu apabila diperlukan.

4. Memastikan surat-surat kelulusan/ kemasukan murid baharu dibuat salinan


dan difailkan

serta memaklumkan kepada guru tingkatan untuk murid di daftarkan


dalam Buku Daftar

Masuk.

5. Bekerjasama dengan guru-guru berkenaan bagi mendapatkan maklumat-


maklumat berikut untuk dihantar ke sekolah baharu jika berlaku
pertukaran murid dan mengumpulkan maklumat-maklumat berikut pada akhir
tahun.

5.1 Buku/ Kad/ Pelaporan Kemajuan Murid

5.2 Kad KOKO

5.3 Kad SEGAK/PAJSK

5.4 Maklumat SPBT

5.5 Buku Rekod Kesihatan

5.6 Keterangan-keterangan kerja kursus Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan


Islam, Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, markah ULBS
(BM dan BI) dan lain-lain.

6. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baharu dan membantu guru
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 khasnya, untuk mengagihkan kemasukan murid.

7. Memastikan guru tingkatan memberi nombor pendaftaran murid dan


memasukkan butir-butir dalam buku Pendaftaran.

8. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia dikemaskini.

9. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid.


Buku ini mesti disimpan di pejabat.
10. Memastikan guru tingkatan menyimpan borang-borang kemasukan murid
baharu dalam fail mengikut kelas.

11. Memastikan murid baharu ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut


mata pelajaran elektif yang dipilih.

12. Menyemak sama ada guru tingkatan telah mengeluarkan surat amaran
ponteng kepada murid yang layak mengikut tempoh yang sepatutnya.

B Pengurusan APDM dan kehadiran murid.

1. Sekirannya guru tingkatan tidak hadir, guru penyelaras perlu menandakan


borang kehadiran harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir
dan menyimpan buku tersebut di pejabat.

2. Menyemak Fail Kehadiran Murid setiap akhir bulan dan memastikan guru
tingkatan telah mengeluarkan surat amaran ponteng bagi murid yang layak..

4. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang


tentang jumlah murid dalam setiap kelas setiap akhir bulan.

5. Sentiasa menyemak data terkini murid di dalam tingkatan masing-masing


dikemaskinikan oleh guru-guru tingkatan.

6. Memastikan guru tingkatan melengkapkan Maklumat Murid pada jangka


masa yang ditetapkan..

C Laporan Murid, Sijil Berhenti, dan Surat Akuan.

1. Membantu guru tingkatan membuat laporan kemajuan akademik,


kokurikulum dan dan lain-lain.

2. Bekerjasama dengan guru-guru tingkatan bagi memastikan Sijil-sijil


disiapkan di peringkat sekolah iaitu:

a. Sijil Berhenti dan Sijil-sijil lain.

b. Surat Akuan. dan lain-lain

D Skim Pinjaman Buku Teks

1. Membantu guru SPBT membuat pengagihan buku bantuan kerajaan


(SPBT).
E Kebajikan dan Biasiswa

1. Membantu Penolong Kanan HEM, Guru Kebajikan dan Guru Biasiswa


memilih murid yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa.

F Disiplin

1. Membantu guru disiplin menjaga dan menguruskan disiplin murid dalam


tingkatan masing- masing.

G Kaunseling

1. Membantu guru kaunselor membimbing murid dalam tingkatan masing-


masing

H Pengurusan dan Organisasi Kelas

1. Membantu guru tingkatan dalam pengurusan dan organisasi Kelas.


Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai