Anda di halaman 1dari 2

PENYELARAS TINGKATAN

Senarai Tugas
A Pengagihan Murid / Murid Pindah / Murid Baru

1.Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya.


Dengan persetujuan Guru Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang perlu diminta terlebih
dahulu.
2. Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi.
3. Membantu PK HEM menerima kemasukan murid baru.

4. Memastikan surat-surat kelulusan/ kemasukan murid baru disimpan di daftar dalam Buku
Daftar Masuk
5. Bekerjasama dengan guru-guru berkenaan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berikut
untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid dan mengumpulkan maklumat-
maklumat berikut pada akhir tahun.
5.1 Buku/ Kad/ Pelaporan Kemajuan Murid

5.2 Kad KOKO


5.3 Kad SEGAK/PAJSK
5.4 SPBT
5.5 Buku Rekod Kesihatan

5.6 Keterangan-keterangan kerja kursus Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah,
Geografi, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, markah ULBS (BM dan BI) dan lain-lain.

6. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu guru Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 khasnya, untuk mengagihkan kemasukan murid.
7. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-
butir dalam buku Pendaftaran.
8. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia dikemaskini.
9. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini mesti
disimpan di pejabat.
10. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas.

11. Memastikan murid baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif
yang dipilih.
12. Menyampaikan laporan tentang murid baru kepada Pengetua. /PK HEM

B Jadual kedatangan Murid dan kedatangan murid.


1. Sekirannya guru tingkatan tidak hadir, guru penyelaras perlu menandakan jadual kedatangan
harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku tersebut di
pejabat.
2. Sekirannya guru tingkatan tidak hadir pada hari terakhir setiap bulan, guru penyelaras perlu
mengambil alih tugas melengkapkan maklumat pada bulan tersebut.
3. Menyemak Jadual Kedatangan Murid setiap akhir bulan dan mengambil tindakan dengan
memaklumkan kepada guru tingkatan, PKHEM/ Penolong Kanan Petang.

4. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang tentang jumlah


murid dalam setiap kelas setiap akhir bulan.
5. Sentiasa menyemak data terkini murid di dalam tingkatan masing-masing dikemaskinikan oleh
guru-guru tingkatan.
6. Memastikan guru tingkatan melengkapkan Maklumat Murid pada jangka masa yang
ditetapkan..

C Laporan Murid, Sijil Berhenti, dan Surat Akuan.

1. Membantu guru tingkatan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan dan lain-
lain.
2. Bekerjasama dengan guru-guru tingkatan bagi memastikan Sijil-sijil disiapkan di peringkat
sekolah iaitu:
a. Sijil Berhenti dan Sijil-sijil lain.

b. Surat Akuan. dan lain-lain

D Skim Pinjaman Buku Teks


1. Membantu guru SPBT membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).

E Kebajikan dan Biasiswa

1. Membantu Penolong Kanan HEM, Guru Kebajikan dan Guru Biasiswa memilih murid yang
layak untuk diberi bantuan/biasiswa.

F Disiplin
1. Membantu guru disiplin menjaga dan menguruskan disiplin murid dalam tingkatan masing-
masing.

G Kaunseling
1. Membantu guru kaunselor membimbing murid dalam tingkatan masing-masing

H Pengurusan dan Organisasi Kelas

1. Membantu guru tingkatan dalam pengurusan dan organisasi Kelas. Menjalankan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai