Anda di halaman 1dari 3

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH :
KOD SEKOLAH :

1. Nama Guru

2. Judul PENGURUSAN SEKOLAH (SATU PANDUAN LENGKAP)

3. Bidang PENGETAHUAN/PENGURUSAN PROFESIONALISME GURU

4. Sinopsis
Dalam buku ini penulis mengenengahkan 20 bab yang boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan
pentadbir sekolah dalam melaksanakan pengurusan sekolah.
Bab 1 menghuraikan tentang pengurusan pejabat di mana pengurusan pejabat adalah sangat penting
kerana ia merupakan satu pusat rangkaian maklumat yang menghubungkan bahagian dalam dan luar
organisasi
Bab 2 pula adalah mengenai pengurusan dan perjawatan yang menerangkan tentang peranan dan
tugas bahagian perkhidmatan dan perjawatanan peringkat kementerian pendidikan. Di dalam bab ini
juga menyatakan peranan pentadbir untuk mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan
pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolah dan pejabat
Bab 3 adalah mengenai pengurusan Hal Ehwal murid yang terletak di bawah tanggungjawab
Penolong Kanan Hal Ehwal murid.
Bab 4 menerangkan tentang pengurusan pendaftaran pelajar di mana setiap murid yang masuk dan
keluar dari sekolah perlu didaftarkan dan berada di bawah tanggungjawab Penolong Kanan Hal ehwal
murid.
Bab 5 adalah pengurusan akademik. Ia adalah berkaitan dengan pengurusan dalam perkembangan
akademik, pengurusan panitia, pembentukan jadual waktu, serta kaedah-kaedah untuk meningkatkan
akademik di kalangan murid.
Bab 6 menerangkan tentang pengurusan kokurikulum. Dalam bab ini dinyatakan tugas-tugas yang
perlu dilakukan oleh penyelaras kokorikulum, setiausaha sukan, guru permainan, guru rumah,
penasihat pasukan beruniform dan penasihat persatuan dan kelab. Setiap penasihat perlu
bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pentadbiran pasukan di bawah kelolaannya.
Bab 7 menerangkan tentang pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Bab ini
menerangkan tentang peranan unit bimbingan dan kaunseling bagi memastikan proses penyampaian
ilmu dan pembentukan insan kamil.proses bimbingan dan kaunseling, aktiviti, pentadbiran, tugas dan
tanggungjawab guru bimbinga dan kaunseling, penyediaaan kemudahan asas dan perancangan
tahunan juga dinyatakan dalam buku ini.
Bab 8 adalah mengenai pengurusan disiplin sekolah yang menerangkan tentang pelaksanaan disiplin
di sekolah, tatacara menyelesaikan masalah disiplin dan pengurusan disiplin disekolah,
Bab 9 menerangkan tentang tatacara pengurusan skim simpanan buku teks di peringkat kementerian,
jabatan pendidikan negeri dan sekolah dan pentadbiran skim pinjaman buku teks serta peranan guru
skim pinjaman buku teks dan guru kelas.
Bab 10 pula menerangkan tatacara pengurusan biasiswa sekoalah yang menekankan aspek masalah
penerimaan dan pemberian biasiswa, disiplin dan salahlaku pemegang biasiswa, syarat dan kriteria
pemberian biasiswa kecil persekutuan 2, langkah menarik balik penganugerahan biasiswa serta tugas
dan tanggungjawab guru biasiswa dan kebajikan.
Bab 11 menerangkan tentang aspek pengurusan asrama yang merangkumi kriteria kemasukan murid
ke asrama, pengurusan dan pentadbiran asrama, peraturan asrama sekolah, kebersihan bilik asrama,
pengawasan dan kadah pengawasan murid asrama serta panduan dan bimbingan pelajaran murid di
asrama.
Bab 12 menekan aspek pengurusan pusat sumber sekolah yang menerangkan tentang fungsi pusat
sumber, pengurusan dan pentadbiran pusat sumber, pengurusan kemudahan fizikal, tugas dan
tanggungjawab ketua pusat sumber, pengurusan perpustakaan serta tugas dan tanggungjawab guru
perpustakaan,
Bab 13 menekankan pengurusan aspek koperasi dan cara menubuhkan koperasi serta tugas dan
tanggungjawab setiap ALK
Bab 14 mengenai tujuan dan garis panduan pengurusan kantin sekolah serta tugas dan tanggungjawab
ajk kantin sekolah. Bab 15 menjelaskan tentang jenis peperiksaan, struktur oragnisasi serta tgas
setiausaha peperiksaan dalam menguruskan peperiksaan sekolah
Bab 16 menjelaskan aspek pengurusan kewangan dari segi sumber kewangan sekolah serta cara-cara
menguruskan kewangan sekolah.
Bab 17 menjelaskan aspek pengurusan pembanguan sekolah di mana pengurusan perlu merancang
iklim dan pembangunan seolah dengan baik. Bab–bab seterusnya menjelaskan cara menguruskan
persatuan ibu bapa dan guru, serta tugas-tugas ajk dalam malksanakn kegiatan PIBG. Pengurusan
sekolah yang berkesan dapat menghasilkan individu yang akan menikmati gaya hidup yang lebih
selesa dan memuaskan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan dengan lebih baik setelah
membaca buku ini kerana setiap tugas dan tangguggjawab yang berkaitan telah diperincikan dengan
begitu baik sekali. Saya sebagai ketua unit SPBT dan Penyelaras koperasi dapat memahami tugas
yang perlu dilaksanakan dengan jelas dan terancang mengikut prosedur yang ditetapkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengetahuan dan hasil pembacaan akan digunakan untuk menguruskan unit SPBT dan koperasi
dengan lebih baik sebagai peningkatan dalam bidang tugas yang diberikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

()
TAJUK : PENGURUSAN SEKOAH SUATU PANDUAN LAEGKAP
PENULIS BUKU : OMARDIN ASHAARI
BAHASA BUKU : BM
BIL MUKA SURAT : 448

Anda mungkin juga menyukai