Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 Penghargaan 2

2 Abstrak 3

3 Pengenalan 3

4 Tujuan kajian Tindakan 3

5 Objektif Kajian 3

6 Kumpulan Sasaran 4

7 Pelaksanaan Kajian 5

8 Pelaksanaan Tindakan 8

9 Refleksi 12

10 Penutup 13

11 Lampiran 14

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat
dan kurniaNya, kami berjaya menyelesaikan Kajian Tindakan yang bertajuk PROGRAM
MENTOR MENTEE: MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KEPIMPINAN
PENGAWAS dengan jayanya beserta laporannya secara terperinci.

Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik prestasi kepimpinan pengawas sekolah agar
dapat menjalankan tugas dengan berkesan dengan mempunyai gaya personaliti unggul
yang boleh dicontohi oleh semua murid yang lain.

Laporan Kajian Tindakan ini diharapkan dapat menepati kehendak dan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia serta dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan
pelajar-pelajar.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dari kalangan
murid, pengawas dan guru-guru terutama guru-guru pengawas dan warden asrama
atas kerjasama yang diberikan sebagai kumpulan sasaran dan responden soal silidik
dalam kajian ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada cikgu Narlisa dan cikgu
Alia sebagai guru bimbingan dan kaunseling yang banyak memberikan bantuan buah
fikiran, sokongan dan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Segala kerjasama dan
sumbangan idea yang dicurahkan diharapkan mendapat keredhaan dan ganjaran
daripada Allah SWT.

Sekian Terima Kasih.

2
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilakukan untuk menambahbaik beberapa kekurangan dalam


pengurusan organisasi Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas SMKAKL. Pembahagian
tugas yang sedia ada perlu dibuat sedikit penambahbaikan agar terhasil
keberkesanannya. Pengurusan yang lebih baik tentunya akan menghasilkan pengawas
yang lebih baik secara tidak langsung. Secara tidak langsung bermula dari kepimpinan
ketua pengawas sehingga ke jawatankuasa kecil.

Bimbingan yang berterusan dengan gaya kekeluargaan dilihat sebagai kaedah


yang mampu untuk menghasilkan kesan yang baik. Justeru, dengan penerapan kaedah
ini diharapkan ada peningkatan yang positif dalam kalangan pengawas sekolah setelah
wujudnya hubungan yang rapat antara pengawas dan guru mentor masing-masing.

1. PENGENALAN

Sebagai Ketua Guru disiplin di sekolah ini, di dapati sebilangan besar pengawas
sekolah tidak berjaya memberikan komitmen penuh terhadap tanggungjawab yang
diberikan. Bahkan terdapat juga sebilangan pengawas yang turut sama terlibat dalam
pelanggaran peraturan dan disiplin sekolah.

Selain itu, mereka juga tidak mendapat bimbingan yang khusus untuk sepanjang
menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Sebagaimana maklum, tugas seorang
pengawas sentiasa berdepan dengan cabaran yang berbeza dengan murid biasa,
kadang-kadang mereka berdepan dengan cemuhan, makian, sindiran dan sebagainya
dari rakan-rakan sekolah. Sehinggakan kadangkala mereka terpaksa untuk
mendiamkan diri supaya dapat berada di sekolah dan dan asrama dengan tenang dan
aman.

Mereka juga seakan tiada dalam bimbingan dan pemantauan dari segi tingkah
laku dan tanggungjawab secara berfokus. Jadual tugasan yang diberikan samada pada
sesi persekolahan atau ketika berada di asrama tidak dijalankan dengan sebaik

3
mungkin. Hanya segelintir pengawas sahaja yang memberikan komitmen dalam
tugasan.

Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan mencari jalan penyelesaian supaya dapat
mengembalikan semula semangat kepengawasan yang kian luntur dan seterusnya
dapat menjalankan tugas dengan baik.

2. TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ini juga bertujuan untuk berusaha dengan memberi nilai tambah
terhadap kepimpinan pengawas melalui peranan guru-guru pengawas dengan
berpandukan beberapa modul yang disediakan seperti modul kepimpinan, personaliti,
gerak kerja dan pengurusan masa.

Kepimpinan pengawas ini akan dinilai pada dua tempat iaitu ketika dalam waktu
persekolah dan ketika berada di asrama.

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah untuk membantu mengembalikan kepimpinan pengawas


yang lebih baik.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Membimbing pengawas supaya lebih berkeyakinan

3.2.2 Meningkatkan jati diri dan sahsiah pengawas

3.2.3 Mengembangkan bakat yang sedia ada dalam diri pengawas supaya lebih
terkedepan

4
4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 60 orang pengawas dan 10 orang guru
pengawas.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

Proses kajian tindakan ini dilakukan dengan kaeadah-kaedah tersebut.

 Pemerhatian (observation)
 Temubual pengawas
 Temubual guru-guru
 Penilaian tugasan pengawas

5.1 Pemerhatian Terhadap Pengawas Sekolah

5.1.1 Melalui proses ini, kajian memerhatikan persekitaran sekolah dan asrama
dari segi ketepatan masa, pemakaian, kebersihan, tuturkata, pergaulan dan
tingkah laku pengawas dan pelajar. Melalui pemerhatian sedikit sebanyak
dapat memberi gambaran betapa pentingnya pengawas sekolah menjalankan
tugas dengan penuh tanggungjawab.

5.1.2 Berhubung dengan ketepatan masa pelajar, kajian mendapati pengawas


sekolah tidak berperanan dengan baik apabila tiada penegasan yang
dilakukan oleh mereka walaupun segelintir pelajar masih duduk berbual di
depan mereka walaupun pada waktu itu mereka sepatutnya sudah berganjak
ke tempat yang sepatutnya terutama di dewan makan atau kawasan rehat
yang lain. Terdapat juga pengawas sendiri termasuk dalam kumpulan pelajar-
pelajar yang lewat.

5.1.3 Terdapat juga pengawas tidak menunjukkan contoh yang baik dari segi
pemakaian apabila terdapat sebahagian pengawas tidak mematuhi etika
berpakaian.

5
5.1.4 Terdapat juga pengawas hanya sekadar melihat pelajar lain yang tidak
mematuhi etika pemakaian apatah lagi mencatat dan merekodkan nama
mereka sebelum dilaporkan kepada guru disiplin.

5.1.5 Unit disiplin juga terlalu sedikit menerima laporan daripada pengawas yang
tampil untuk melaporkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam sekolah dan
asrama berkaitan dengan tingkah laku pelajar dari segi tutur kata dan
tindakan sedangkan kes-kes yang menimbulkan situasi ketidaktenteraman
pelajar tingkatan satu dan dua masih berterusan hingga kini.

5.2 Temubual Terhadap Pengawas

Kajian juga telah menjalankan temubual bersama beberapa orang pengawas yang
dijalankan di dalam bilik disiplin sekolah. Antara pengawas yang ditemu bual ialah
Ahmad Taqy bin Mohd Tarmizi (tingkatan 2), Qistina Sofiyya Binti Taqiyuddin Amini
(tingkatan 4) Syarifah Nurul Hana Binti Syed Abdul Khalid (tingkatan 5), Ketua Umum
Pelajar dan Timbalan Ketua Umum, dapatan daripada temu bual ini adalah :

5.2.1 Sebahagian pengawas menjalankan tugas dengan baik dan sebahagiannya


adalah 50/50.

5.2.2 Pengawas juga tidak berani memberi teguran kepada abang-abang senior
samada dalam kawasan sekolah atau asrama.

5.2.3 Pengawas-pengawas tidak dapat menjalankan tugas dengan baik di dewan


makan kerana masih ramai pelajar yang lewat turun makan begitu juga ramai
yang lewat masuk ke kelas hafazan malam termasuklah juga pengawas-
pengawas sekolah.

5.2.4 Bila ditanya markah keseluruhan untuk pengawas-pengawas yang ada


sekarang, mereka memberikan markah 50% untuk pengawas.

5.2.5 mereka masih keliru dengan tugasan mereka kerana tempoh penerangan
tentang tugasan teramat singkat.

6
5.2.6 Takut dipulau oleh kawan-kawan yang lain sekiranya mereka bersungguh-
sungguh menjalankan tugas sebagai pengawas terutama tindakan dari
pelajar senior.

5.2.7 Mereka memaklumkan bahawa bimbingan daripada guru-guru pengawas


juga sangat kurang begitu juga dengan pemantauan yang berterusan.

5.2.8 Perjumpaan antara pengawas dan guru pengawas juga tidak berlaku dengan
kerap.

5.3 Temubual Terhadap Guru

Kajian ini telah memilih tiga orang guru untuk memberikan sedikit komentar
berdasarkan pemerhatian mereka terhadap prestasi pengawas sekolah yang mana
salah seorang daripada mereka ialah warden asrama. Ketiga-tiga mereka semua
memberi kesimpulan bahawa masih ramai pengawas-pengawas yang tidak
menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya.

5.4 Penilaian Tugasan Pengawas

Pada awal tahun pengawas sudah ditaklimatkan tentang tugasan masing-masing oleh
guru pengawas bagi memudahkan mereka memahami skop tugasan mereka. Antara
dapatan setelah penilaian dijalankan terhadap pengawas ialah:

5.4.1 Jadual bertugas pengawas sekolah

5.4.1.1 Tidak konsisten memastikan tiada pelajar yang berada dalam kelas pada
waktu rehat.

5.4.1.2 Tidak konsisten menegur dan melaporkan kes salahlaku berpakaian


dalam waktu persekolahan

5.4.1.3 Tidak berada dalam bilik pengawas pada waktu rehat mengikut jadual
yang ditetapkan.

5.4.1.4 Tidak melaporkan kes-kes salah laku membawa barang terlarang dalam
kelas.
7
5.4.1.5 Tidak menepati masa bertugas sebagaimana yang ditetapkan.

5.4.2 Jadual bertugas pengawas asrama

5.4.2.1 Masih terlupa jadual bertugas

5.4.2.2 Tidak mampu menegur pelajar-pelajar lewat keluar dewan makan setelah
masa makan telah tamat.

5.4.2.3 Lewat turun makan dan lewat keluar dewan makan.

5.4.2.4 Tidak melaporkan kesalahan-kesalahan pelajar yang membawa telepon


bimbit ke dalam asrama atau barang-barang terlarang yang lain.

5.4.2.5 Tidak melaporkan kes-kes berkelakuan kasar terhadap pelajar lain.

6 PELAKSANAAN TINDAKAN

Berdasarkan pada beberapa kajian yang dijalankan, satu program khas telah
dilaksanakan bagi memperkasakan lagi peranan kepimpinan pengawas. Program
tersebut dinamakan sebagai Mentor Menti. Di sini dinyatakan beberapa tindakan yang
di ambil.

6.1 LANTIKAN MENTOR

Senarai Nama Mentor

6.1.1 Mohd Rafik bin Rosli

6.1.2 Mohd Zamri Bin Ismail

6.1.3 Ahmad Ismail Bin Marwan

6.1.4 Muhammad Solihin bin Abd Rahman

6.1.5 Mohd Syarafuddin Bin Yahaya

6.1.6 Khairul Bariyyah binti Johari

8
6.1.7 Hanifah Binti Mazlan

6.1.8 Nornajwah Binti Ahmadan

6.1.9 Nur Dhabitah binti Abdul Wahab

6.1.10 Siti Zaharah binti Ismail

6.2 MEMBINA MODUL

Modul dibina dengan berfokuskan kepada tiga elemen.

6.2.1 Gaya Kepimpinan

6.2.2 Personaliti Unggul

6.2.3 Kesempurnaan Gerak Kerja

6.3 MEMBENTUK KUMPULAN

Pengawas-pengawas akan dibahagikan dalam lima kumpulan. Setiap kumpulan terdiri


daripada pengawas mengikut tingkatan. Guru-guru pengawas seramai 10 orang yang
dilantik akan diberikan tanggungjawab membimbing dan memantau pergerakan
pengawas tersebut. Setiap kumpulan akan berada di bawah jagaan dua orang guru.
Kumpulan-kumpulan tersebut adalah :

BIL KUMPULAN MENTOR MENTI

ABU Mohd Rafik bin Rosli


1 PENGAWAS TINGKATAN 1
BAKAR Khairul Bariyyah binti Johari

Mohd Zamri Bin Ismail


2 UMAR PENGAWAS TINGKATAN 2
Hanifah Binti Mazlan

Ahmad Ismail Bin


Marwan
3 OTHMAN PENGAWAS TINGKATAN 3
Nornajwah Binti
Ahmadan

9
Mohd Syarafuddin Bin Yahaya
4 ALI PENGAWAS TINGKATAN 4
Nur Dhabitah binti Abdul Wahab

Muhammad Solihin bin Abd


5 HAMZAH Rahman PENGAWAS TINGKATAN 5
Siti Zaharah binti Ismail

6.3.1 Bidang tugas guru mentor

6.3.1.1 Memilih dan melantik pengawas yang dilihat berpotensi

6.3.1.2 Melucut jawatan pengawas yang dilihat bermasalah

6.3.1.3 Melantik ketua umum dan penolong

6.3.1.4 Membimbing pengawas sepanjang masa

6.3.1.5 Mengadakan perjumpaan atau usrah secara bulanan atau


berdasarkan keperluan berdasarkan modul yang disediakan.

6.3.1.6 Menyediakan laporan perkembangan dan pergerakan pengawas


secara bulanan.

6.3.1.7 Akan bersama pengawas sehingga tamat persekolahan

6.3.2 Bidang tugas mentee (pengawas)

6.3.2.1 Mematuhi dan mentaati arahan mentor

6.3.2.2 Mematuhi jadual perjumpaan bersama mentor

6.3.2.3 Mengambil berat antara satu sama lain

6.3.2.4 Sentiasa berjumpa mentor untuk mendapatkan nasihat

6.4 MEMBUAT PENILAIAN

Penilaian dibuat adalah berdasarkan beberapa aspek.

6.4.1 Laporan perjumpaan guru mentor

10
6.4.2 Soal selidik

6.4.2.1 Kepimpinan pengawas

6.4.2.2 Personaliti pengawas

6.4.2.3 Tugasan pengawas

Soal selidik ini diedarkan kepada 25 orang responden yang terdiri daripada 10 orang
guru, 5 orang warden asrama dan 20 orang pelajar untuk memberi pandangan mereka
berkaitan ketiga-tiga perkara di atas.

6.5 ANALISA KEMAJUAN

Analisa kemajuan kepimpinan pengawas ini berdasarkan maklumat dari laporan


guru mentor dan jawapan responden daripada borang soal selidik yang diedarkan.
Dapatan yang diperolehi adalah sangat memuaskan.

6.5.1 Laporang perjumpaan guru mentor

Berdasarkan laporan yang diberikan oleh guru mentor, semua pengawas


atau mentee telah menunjukkan perubahan yang ketara. Keyakinan
pengawas makin meningkat dalam memberikan arahan dan ucapan.
Personaliti juga dilihat sangat memuaskan walaupun dalam beberapa perkara
masih lagi perlukan bimbingan. Guru mentor juga melaporkan, tugasan yang
diberikan kepada pengawas juga dilihat dapat dilaksanakan dengan baik
malah hubungan guru mentor juga semakin erat berbanding sebelumnya.

6.5.2 Soal selidik

Berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada responden, secara


peratusannya dapat di rumuskan iaitu :

6.5.2.1 Gaya Kepimpinan : 60 peratus responden memberikan skala


sangat memuaskan, 30 peratus memuaskan dan 10 peratus tidak pasti

6.5.2.2 Personaliti Unggul : 75 peratus responden memberikan skala


sangat memuaskan, 10 peratus memuaskan, 10 peratus tidak pasti
dan 5 peratus tidak memuaskan.
11
6.5.2.3 Kesempurnaan Gerak kerja : 50 peratus responden memberikan
skala sangat memuaskan, 35 peratus memuaskan, 10 peratus tidak
pasti dan 5 peratus tidak memuaskan.

7 REFLEKSI
Setelah dilaksanakan program mentor mentee ini, kajian mendapati banyak perubahan
berlaku pada perkembangan pengawas. Kini dilihat pengawas semakin
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Bahkan makin
kurang berkurangan kritikan-kritikan yang diterima dari guru-guru sekolah. Antara
perubahan-perubahan yang dapat disenaraikan di sini aialah :
7.1 Ketua Pengawas atau Ketua Umum dilihat lebih berkeyakinan untuk
mengendalikan perjumpaan pengawas.
7.2 Komunikasi sesama rakan pengawas semakin baik berbanding dengan sebelum
ini.
7.3 Susunan jadual bertugas pengawas kini telah dirangka oleh pimpinan tertinggi
pengawas dengan bimbingan guru pengawas.
7.4 Pelajar-pelajar lain dilihat makin menghormati dan mentaati arahan-arahan
daripada pengawas terutamanya arahan dari ketua pengawas.
7.5 Kes-kes salah laku pengawas berkurangan dengan ketara berbanding dengan
sebelum ini.
7.6 Kesalahan-kesalahan berkaitan sahsiah diri terutamanya berkaitan dengan
menepati masa dan pemakaian berkurangan dengan ketara.
7.7 Bilik pengawas telah dimakmurkan setelah jadual penggunaan bilik pengawas
diwujudkan.
7.8 Hubungan pengawas dan guru pengawas semakin erat terutamanya dengan
guru mentor pengawas.

12
8 PENUTUP

Keberkesanan Program ini merupakan faktor utama bagi merealisasikan matlamat


kearah disiplin pelajar yang cemerlang. Kelemahan dan kekurangan pengawas sekolah
sekiranya tidak diatasi dengan sewajarkan akan menggagalkan matlamat yang telah
ditetapkan. Justeru, untuk memastikan kecemerlangan pengawas berterusan dan
mapan maka perancangan pembangunan pengawas hendaklah sentiasa mantap dan
konsisten setiap masa.

Oleh itu, dengan menggunakan beberapa kaedah penyelidikan antaranya


pemerhatian, temubual, soal selidik dan analisia maka di sini dapat disimpulkan
bahawa segala kekurangan dan kelemahan yang ditemui telah dibuat penambahbaikan.
Semoga segala usaha ini memberikan natijah yang baik secara berterusan.

Semoga disiplin pelajar-pelajar SMK Agama Kuala Lumpur sentiasa dalam


pimpinan Allah s.w.t ke arah kecemerlangan akademik berlandaskan disiplin yang
terpuji. Amin Ya Rabbal Alamin.

SEKIAN TERIMA KASIH

13
LAMPIRAN

14
15
16
17
18

Anda mungkin juga menyukai