Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA
KADET REMAJA SEKOLAH
PISMP SEM 3 AMBILAN JUN 2018

PADA:
3 HINGGA 6 SEPTEMBER 2019

TEMPAT:
PUSAT LATIHAN KOKURIKULUM, IPG KAMPUS IPOH, 31150 IPOH, PERAK
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

1. PENGENALAN

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum


merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid
secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah
berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi
untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi
tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik
dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Sehubungan itu, Institut Pendidikan Guru memainkan peranan penting
dalam menyediakan guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran serta
profesional untuk mendidik murid-murid menjadikan kecerdasan, kecergasan
dan penampilan diri yang positif sebagai budaya dalam kehidupan.

Mata pelajaran Kokurikulum Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah


bertujuan mengembangkan perkembangan intelek, sosial, jasmani dan rohani
dalam kalangan bakal guru untuk melahirkan guru permulaan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan bersedia melalui
aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar.

2. RASIONAL

Perkhemahan Pemimpin Baru Kadet Remaja Sekolah adalah satu


perkhemahan yang melengkapkan latihan formal yang wajib dihadiri
oleh semua ahli pemimpin Kadet Remaja Sekolah khasnya bakal pemimpin
Kadet Remaja Sekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak.
Perkhemahan ini perlu dijalankan di pusat latihan atau tempat yang sesuai
dan lengkap dengan segala kemudahan untuk menjalankannya.
Perkhemahan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah mengambil masa
selama 4 hari 3 malam. Keperluan latihan yang diberikan dalam kursus ini
adalah asas merancang, pelaksanaan dan kemahiran dalam kurikulum
pemimpin Kadet Remaja Sekolah. Setelah tamat kursus adalah diharap guru
pelatih Kadet Remaja Sekolah dapat ditauliahkan sebagai pemimpin
berjawatan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah dan mempunyai asas yang
kukuh untuk memimpin murid-murid dalam Unit Beruniform Kadet Remaja
Sekolah dengan berkesan.
3. MATLAMAT

Tujuan Program Perkhemahan Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah ini


adalah untuk membentuk generasi pemimpin yang mempunyai pengetahuan
dan berkemahiran dalam mengendalikan kegiatan kokurikulum di samping
menerapkan nilai-nilai cintakan negara, berharmoni, mampu berdikari dan
mengharungi kehidupan masa depan yang penuh cabaran dari segi sosial
dan budaya di samping menanamkan disiplin yang tinggi di dalam diri murid-
murid melalui aktiviti beruniform khususnya Kadet Remaja Sekolah.

4. OBJEKTIF

Melalui program ini, siswa guru Kadet Remaja Sekolah dapat :

4.1. Melengkapkan sukatan subjek Unit Beruniform MPU 3062 - Unit


Kadet Remaja Sekolah (KRS)
4.2. Melayakkan ahli KRS Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini
dianugerah Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah setelah mereka
berkursus selama satu semester dan mengikuti perkhemahan
Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah.
4.3. Memberi peluang kepada siswa guru Kadet Remaja Sekolah Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh, untuk mengalami pengalaman sebenar
merancang program, menjalani aktiviti-aktiviti luar secara “hands on”.
4.4. Mendedahkan ciri-ciri asas kepimpinan dalam Kadet Remaja Sekolah
serta mendalami ilmu kepimpinan Kadet Remaja Sekolah melalui
tunjuk cara, amali dan aktiviti-aktiviti tertentu.

5. TEMPAT
Pusat Latihan Kokurikulum, Ipg Kampus Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
6. TARIKH
3 hingga 6 September 2019 (4 hari 3 malam)

7. KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar PISMP SEM 3 Ambilan Jun 2018 terdiri daripada Unit T3, T5,
T7 seramai 53 orang (Rujuk lampiran 1)

8. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Dr. Yahya bin Osman


(Pengarah IPG Kampus Ipoh)

Naib Pengerusi : Dr. Mohd Hafiz bin Osman


(Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh)

Penyelaras : Tn. Haji Nor Azmi bin Osman

Pen. Penasihat : Tn. Haji Yusri binHaji Mat Johor

9. JAWATANKUASA PELAJAR

Pengerusi : T3 MUHAMMAD ZAHIR BIN MOHD SALLEH


Naib Pengerusi : T7 NURUL AMIRA ANESSYA BINTI RAZALI
Setiausaha : T7 NUR FARRA ANIESYA BINTI ZOHARIZAN
Pen. Setiausaha : T5 AMIRAH NURSYAZWANIE BINTI
AHMAD ZAWAWI
Bendahari : T12 MOHAMMAD HABIB SOBHI BIN HAMLAN
Pen. Bendahari : T7 PREYANGKA A/P KARUNAKARAN

Ahli Jawatankuasa
1. Peralatan : T7  LUQMAN HAKIM BIN ADLAN
T5 MUHAMAD IZZUDDIN BIN ZULKEFLE
T3 EDDY NGU CHIENG KAI
T3 SANDRA LEE ZHEN
T5 AININ SOFIYA BINTI AHMAD KAMAL
2. Pengangkutan : T7 AUNI BALQIS BINTI MOHD ZAID
T3 AISAHTUL AKMAL BINTI OMAR
T5 GANESH A/L MOHANASUNDER
3. Makanan : T7 NUR IRAWATIE SYIMA BINTI MASNURA
T7 AMEERA SABEELA BINTI SHOHOR
T5 MUHAMMAD SIDDIQ BIN ZAHARI
T3 NUR AULIA BINTI RAZMAN
4. Cenderahati / Sijil : T5 DAMIA IRDHINA BINTI IBRAHIM
5. Kebajikan : T5 NUR AKMA BINTI NAZARUDDIN
T7 NUR ADRIANA SAFI BINTI SUHIMI 
6. Keselamatan : T7 NURUL IZZATI FAHIDA BINTI MOHD
ARSHAD
T7 NURAIN BINTI ABU ABBAS
T3 JOYCE CHWA HUA
7. Dokumentasi/ : T12 ROSYAFFIQ BIN ROZIMI
Laporan T3 NIK NUR NAJAH BINTI NIK SABRI
8. MC Malam Kebudayaan: T5 MUHAMMAD SIDDIQ BIN ZAHARI
T3 MUHAMMAD ZAHIR BIN MOHD SALLEH
9. MC Majlis Perasmian : T3 AISAHTUL AKMAL BINTI OMAR
T12 MOHAMMAD HABIB SOBHI BIN HAMLAN
10. Kerohanian : T12 MUHAMMAD HAFIZAL BIN SHAHRUDIN
T3 FAIZATUL HAZIMAH BINTI RAMLI
11. Buku Program : T7 PREETHY A/P MUNIANDY
T7 QATRUNNADA BINTI ABD SAMAT
12. Aktiviti : T3 MOHD AFIF HAZIM BIN MUNAJAR
T5 GANESH A/L MOHANASUNDER
T7 KESAVAN A/L VEKRAMAN
T5 AMEER AFIQ BIN MOHD ZAMRI
10. JURULATIH/URUSETIA

Rujuk lampiran 3

11. KEMUDAHAN DAN PERALATAN

Tapak perkhemahan Pusat Latihan Kokurikulum, Ipg Kampus Ipoh, 31150


Ipoh, Perak menyediakan kemudahan peralatan yang lengkap untuk
menjalankan aktiviti seperti mengembara di dalam hutan, tandas bertutup,
kawasan kawad kaki yang luas , tempat memasak, tapak perkhemahan,
dewan kuliah dan ceramah dan padang senaman. Kesemua peralatan yang
diperlukan bagi perkhemahan ini dapat diperolehi di sini kerana keadaannya
memudahkan urusan perkhemahan terutamanya perkhemahan yang
melibatkan semua guru pelatih serta aspek keselamatan dan kualiti
perkhemahan yang terjamin.

11. PENGANGKUTAN

Semua siswa guru akan menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
Perak ke tempat perkhemahan pergi dan balik.

12. PENGINAPAN DAN MAKANAN

Semua pelatih akan tinggal di dalam khemah. Tapak perkhemahan yang ada
begitu selesa dan memudahkan mereka untuk menggunakan kemudahan lain
seperti tapak memasak, tapak aktiviti dan tapak ceramah. Pergerakan pelatih
guru juga terkawal dan keselamatan mereka terjamin.

13. JADUAL AKTIVITI

Rujuk lampiran 4
14. SUMBER KEWANGAN

BI PERKARA KADAR KOS


L
1 Makanan / Minuman 53 orang x RM 15.00 x 3 RM 2385.00
hari

Jumlah RM 2385.00

Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi program ini ialah RM 2385.00

16. PENUTUP

Program Perkhemahan Unit Beruniform ini perlu dilaksanakan dengan


sempurna kerana program ini merupakan program wajib yang terdapat dalam
kurikulum Unit Beruniform PISMP. Program ini juga dilaksanakan mengikut
program pemimpin Kadet Remaja Sekolah bagi mendapatkan pentauliahan
Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah. Adalah diharap juga setiap aktiviti
yang dipelajari akan memberi manfaat kepada anggota siswa guru Kadet
Remaja Sekolah pada masa akan datang demi kemajuan dan kecemerlangan
Pasukan Kadet Remaja Sekolah IPG Kampus Ipoh khasnya dan aktiviti Gerak
Kerja Kokurikulum amnya.

Disediakan oleh;

......................................................
( )
Setiausaha Kadet Remaja Sekolah,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disemak oleh;
........................................................
(EN. YUSRI BIN MAT JOHOR)
Pemimpin Kadet Remaja Sekolah,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak

Disokong oleh;

.........................................................
(DR. MOHD HAFIZ BIN OSMAN)
Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak

Diluluskan oleh;

.............................................................
( )
TIMBALAN PENGARAH,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak

Anda mungkin juga menyukai