Anda di halaman 1dari 2

BERITA BAIK UNTUK WARGA PENDIDIKAN YANG INGIN BERSARA AWAL

Saya telah menghubungi Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan mendapat
penjelasan berhubung isu PERSARAAN PILIHAN. Kebanyakkan guru yang telah menandatangani opsyen
persaraan pada usia 58 dan 60 tahun tersalah maklumat. Ramai yang beranggapan mereka terpaksa
mematuhi opsyen berkenaan untuk bersara.

Sebenarnya kita tidak terikat dengan opsyen tersebut dan boleh memilih untuk bersara lebih awal iaitu
pada usia 50 tahun ke atas. Dalam kes ini sesiapa yang ingin bersara pada usia 50 tahun akan menerima
pencen terus sebaik bersara sekira anda dilantik dalam jawatan SEBELUM 12 April 1991.

Dalam kes kedua, sekiranya anda dilantik SELEPAS 12 April 1991,

maka anda TIDAK akan menerima pencen sekiranya memilih untuk bersara pada usia 50 tahun.
Sebaliknya bayaran pencen hanya diterima ketika anda berusia 55 tahun.

Bagi mendapat gambaran lebih jelas, saya permudahkan dengan soal jawab berikut :

Soalan ; Saya dilantik SELEPAS 12 April 1991. Opsyen pilihan awal saya ialah bersara pada usia 60 tahun
dan bercadang untuk menukar pilihan bersara pada usia 55 tahun, Apakah yang patut saya lakukan dan
adakah saya mendapat pencen sebaik bersara ?

Jawapan : Anda boleh mengisi borang persaraan pada usia anda genap 55 tahun (Selepas Hari Lahir anda)
Pencen anda akan bermula pada usia anda 56 tahun. Anda akan dibayar pencen bermula usia 56 tahun
serta tidak terikat dengan pilihan opsyen 58 atau 60 tersebut.

Soalan : Jika saya ingin bersara pada genap usia 55 tahun pula, apa yang perlu saya lakukan ?

Jawapan : Anda perlu mengisi borang persaraaan pilihan selepas usia 54 tahun, dan pencen akan dibayar
sebaik anda bersara pada usia 55 tahun.
NOTA : Jika anda bercadang memilih persaraan awal, sila pastikan anda TIDAK KERUGIAN, sebaiknya
bersaralah pada GRED JAWATAN yang TERTINGGI bagi menikmati pencen bulanan yang lebih baik.

NOTA : Semua borang persaraan awal MESTILAH DISOKONG & DILULUSKAN oleh Jabatan Pendidikan
Negeri sebelum diuruskan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pertubuhan Barakah Malaysia berpandangan JPN & KPM wajar menyokong keputusan warga guru yang
ingin untuk bersara awal di atas nama kebajikan. Selain faktor keadaan persekitaran kerjaya yg tidak lagi
mengembirakan mereka di samping terkesan dengan pelbagai isu yang membelenggu perkhidmatan
pendidikan. Janganlah KPM menyekat keputusan guru yang ingin bersara awal. Ingatlah, jika kita
memudahkan urusan orang lain, Allah pasti memudahkan urusan kita.

Pilihan bersara awal akan memberikan peluang kepada lebih ramai calon guru muda menyertai bidang
pendidikan, peluang kenaikan pangkat lebih luas kepada guru yang berminat untuk berkhidmat lebih
lama.

Selain itu bilangan pensyarah yang mungkin terpaksa diserap ke sekolah boleh dikurangkan
memandangkan keperluan pengambilan guru baru akan lebih rancak bagi mengisi IPG seluruh negara
apabila lebih ramai guru memilih pencen pilihan.

Share utk manfaat rakan sekerja

Anda mungkin juga menyukai