Anda di halaman 1dari 5

Contoh Surat Rayuan Semakan Semula Egtukar

Sebelum ini Pendidik2u telah kongsikan Contoh Surat Rayuan Egtukar,


namun begitu Pendidik2u berbesar hati untuk kongsikan Contoh Surat
Rayuan Versi Terbaru yang admin sendiri guna dan telah berjaya dalam
rayuan pada sesi Jun 2015 baru-baru ini.
Walaubagaimanapun mungkin alasan pertukaran berbeza, kerana admin
punya alasan ikut pasangan, mungkin tidak sama dengan anda, namun ia
tidak menjadi masalah kerana anda pasti boleh ubahsuai untuk supaya
bertepatan dengan tujuan permohonan.
Mulai 2015 ini kuasa kelulusan pertukaran sebenarnya telah diperturunkan
kepada PPD, dan KPM sebagai pemantau, seperti mana yang admin
ceritakan pada post yang lepas. Oleh yang demikian ada perubahan sedikit
pada alamat yang perlu anda hantar. Nama tajuk surat juga perlu diubah
kepada,-Rayuan Semakan Semula Permohonan Egtukar Bagi Sesi Jan 2016
Berikut adalah Contoh Terkini Surat Rayuan Semakan Semula Permohonan
EGtukar:
Setelah anda, selesai, membuat surat ini, anda perlu hantar ke beberapa
tempat iaitu:

PPD SEMASA (WAJIB HANTAR)


PPD DIPOHON (WAJIB HANTAR)
JPN SEMASA (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)
JPN DIPOHON (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)
KPM (OPTIONAL)

NAMA ANDA
ALAMAT ANDA
______________________________________________________________________
___
Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah
Pejabat Pendidikan Daerah YANG DIPOHON
ALAMAT LENGKAP PPD

3 NOV

2015

Tuan,
RAYUAN

SEMAKAN

SEMULA PERMOHONAN

PERTUKARAN

GURU DARI

PPD NYATAKAN KE PPD NYATAKAN BAGI SESI JAN 2016


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.

Saya NAMA ANDA (IC NUMBER) ingin membuat rayuan agar permohonan

pertukaran saya ke PPD NYATAKAN dipertimbangkan semula. Berikut adalah


maklumat penting permohonan saya;
No. Permohonan E-Gtukar : NYATAKAN

3.

No. Fail JPN

: NYATAKAN

PPD Semasa

: NYATAKAN

Sekolah Semasa

: NYATAKAN

PPD Dipohon

: NYATAKAN

Opsyen

: NYATAKAN

Permohonan pertukaran yang dibuat adalah kerana ingin mengikut pasangan

iaitu NYATAKAN yang sedang bertugas sebagai guru di NYATAKAN (Rujuk


lampiran).
Faktor yang perlu pihak tuan pertimbangkan adalah seperti berikut:

i. (NYATAKAN SEBAB)
ii.
iii.
iv.
4.

Oleh yang demikian, dengan harapan yang tinggi saya merayu agar

permohonan pertukaran saya dapat disemak semula dan dipertimbangkan. Segala


kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar.
_________________________________
(NAMA ANDA)

s.k PPD NYATAKAN


s.k JPN NYATAKAN

Setelah anda, selesai, membuat surat ini, anda perlu hantar ke beberapa
tempat iaitu:
1.

PPD SEMASA (WAJIB HANTAR)

Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah


1.

PPD DIPOHON (WAJIB HANTAR)

Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah


1.

JPN SEMASA (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah


Unit Pengurusan Sekolah Rendah
1.

JPN DIPOHON (WAJIB HANTAR JIKA ANTARA NEGERI)

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah


Unit Pengurusan Sekolah Rendah
1.

KPM (OPTIONAL)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


(TUKARKAN

ALAMAT

PENERIMA

SETIAP

SURAT,

JIKA

SEKOLAH

MENENGAH TUKAR SEKOLAH MENENGAH)


Hantar sendiri atau boleh pos sahaja?
Hantar sendiri pun boleh, pos pun boleh. Admin dulu pos sahaja, tapi berjaya
juga, jadi jika anda jauh nak hantar bolehlah hantar guna pos ekspress.
Jangan lupa dokumen sokongan iaitu:
Borang EGTUKAR (Print)
Surat Izin Suami
Tempat kerja Suami/Ister
Surat Nikah
Surat Doktor

Laporan Polis
(Jika Dokumen Tersebut Berkaitan)
Jika ingin Versi Word Boleh Muat Turun di Pautan Berikut.
Contoh Surat Rayuan Semakan Semula EGtukar Terbaru
Sebarang pertanyaan sila ke Facebook Page Pendidik2u.

Anda mungkin juga menyukai