Anda di halaman 1dari 20

Soalan 1 : Segi tiga mancis

Susunkan 9 mancis untuk menghasikan empatsegitiga samasisiseperti yang diberi.Sekarang cari langkah untuk menyususn hanya 6 mancis untuk menghasilkan 4 segitiga yang sama size danbentuknya. 1) Memahami Masalah Susun 9 mancis dan hasilkan empat segi tiga sama sisi

2) Merancangjalanpenyelesaian Cari langkah untuk menyususn hanya 6 mancis dan hasilkan 4 segitiga yang size dan bentuknya sama.

3) Menjalankanpenyelesaian

4) Semak semula

Semak semula jawapan yang diberi.

Soalan 2 :PenolakanKejutan Soalan

Pilih mana-mana empat digit sebagai contoh 3, 6, 2, 8 dan susunkan untuk menghasilkan nombor yang paling tinggidan paling rendah iaitu 8, 6, 3, 2 dan 2, 3, 6, 8.Tolak nombor yang paling rendah daripada nombor yang paling tinggi dan ulang proses tersebut dengan menggunakan empat digit pada jawapan sebagai tanda permulaan.

Memahami masalah Pilih empat digit nombor dan susunkan mengikut urutan. Tolaknombor yang paling rendah daripada yang paling tinggi.

Merancang jalan penyelesaian Cari nombor yang paling rendah dan tinggi.

Menjalankan penyelesaian

8632 2368 = 6264 6642 2466 = 4176 7641 1467 = 6174

Semak semula Semak semula jawapan yang diberi.

Soalan 3 : Berapa banyak segitiga boleh buat?

Soalan Berapa banyak segitiga boleh dibuat pada pinboard 3 3?

Memahami masalah Memerlukan banyak bentuk segitiga pada pinboard

Merancang jalan penyelesaian Membincang dan mencuba untuk melukis bentuk segitiga pada pinboard.

Menyelesaikan masalah

Semak semula Semak semula jawapan yang diberi

Soalan 4 : Mengetahui umur dan nombor rumah Soalan 1. Lipat duakan nombor rumahnya 2. Tambahlah dengan 5 3. Darabkan dengan 50 4. Tambahlah dengan umurnya 5. Tambahlah dengan jumlah hari dalam tahun biasa 6. kurangi dengan 615 7. Angka di sebelah kanan menunjukkan umur orang dan angka di sebelah kiri adalah nombor rumahnya

Memahami masalah Hendak mencari umur orang dan nombor rumah

Merancang jalan penyelesaian Mendengar secara teliti Membincang dengan ahli kumpulan Mengira dengan cara yang tepat

Menyelesaikan masalah

Misalkan umur seorang 46 dan nombor rumahnya 29

1. Lipat duakan nombor rumahnya 29 x 2 = 58 2. Tambahkan dengan 5 58 + 5 = 63 3. Kalikan dengan 50 63 x 50 = 3150 4. Tambahkan dengan umurnya 3150 + 46 = 3196 5. Tambahkan dengan jumlah hari dalam tahun 3196 + 365 = 3561 6. Kurangi dengan 615 3561 615 = 2946

Semak semula Semak semula jawapan yang diberi.

Soalan 5 : Penjualan tiket Soalan Amy dan Judy menjual 12 keping tiket suatu persembahan bersama. Jika Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keeping tiketkah yang Amy jual?

Memahami masalah Maklumat yang diberi ialah: Amy dan Judy menjual 12 keping tiket. Amy menjual 2 keping tiket lebih daripada Judy. Berapa keping tiket yang Amy jual?

Merancang jalan penyelesaian Boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi operasi matematik.

Menyelesaikan masalah x = Judy x + 2 = Amy

12 = x + ( x + 2 ) = 2x + 2 10 = 2x x=5

x=5 Amy = x + 2 =5+2 =7

Semak semula 12 7 = 5 75=2

Amy menjual 2 tiket lebih daripada Judy.

Soalan 6 : Berapa orang boleh masuk pameran? Soalan Setiap 8 pelajar yang memasuki pameran, 2 pelajar tidak akan dikenakan bayaran. Berapa orang pelajarkah yang dapat masuk ke pameran tersebut secara percuma jika sekumpulan pelajar seramai 30 orang ingin memasuki pameran tersebut ?

Memahami masalah Maklumat yang diberi ialah: 8 pelajar = 2 percuma 30 pelajar = x orang pelajar masuk percuma

Merancang jalan penyelesaian Boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan strategi melukis rajah.

Menyelesaikan masalah Lukis 3 lajur yang mempunyai 8 pelajar dan 1 lajur yang mempunyai 6 pelajar.Kemudian, bulatkan 2 pelajar yang berada pada lajur yang

mempunyai 8 pelajar dan akhir sekali, jumlahkan pelajar yang telah dibulatkan. ~6 pelajar masuk ke pameran secara percuma.

Semak semula Pelajar perlu bayar = 6 Pelajar masuk percuma = 2 Jika 30 pelajar : 30 8 8 8 6 = 0 ~setiap kali tolak 8 =2 orang pelajar masuk percuma 2 x 3 = 6 ( 6 orang masuk percuma )

Soalan 7 : Berapa biji guli dalam kotak Soalan Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak sekiranya setiap kotak tersebut mengandungi 5 biji guli?

Memahami masalah Setiap kotak mengandungi = 5 biji guli 4 kotak guli = y

Merancang jalan penyelesaian Untuk menyelesaikan masalah ini, ia menggunakan strategi gambar rajah.

Menyelesaikan masalah

Untuk menyelesaikan masalah ini, 4 buah kotak dilukis dan setiap kotaknya terisi 5 biji guli dalamnya. Seterusnya, jumlahkan setiap guli yang terdapat dalam setiap kotak tersebut.

5 = 20

Semak semula

1 kotak = 5 biji guli 4 kotak = 4 x 5 = 20 biji

Soalan 8 : Berapakah pokok kelapa boleh ditanam? Soalan Fuad mempunyai kawasan yang seluas 3600m2. Dia ingin menanam pokok kelapa dengan sepohon 16m2 di kawasan tersebut. Berapakah pokok kepala yang boleh ditanam oleh Fuad dalam kawasan tersebut?

Memahami masalah Keluasan kawasan = 3600m2 Keluasan untuk menanam sepohon pokok kelapa = 16m2 Bilangan pokok kelapa yang boleh ditanam = ?

Merancang jalan penyelesaian Pelajar dikehendai meneka bilangan pokok yang boleh ditanam bagi memuatkan kawasan yang seluas 3600m2

Menyelesaikan masalah Keluasan sepohon pokok kelapa (m2) Bilangan pokok yang boleh ditanam Jumlah keluasan kawasan (m2) Keluasan kawasan (m2) Tanda betul atau tidak

16 16 16

300 280 250

4800 4480 4000

3600 3600 3600

Tidak Tidak Tidak

16 16

225 200

3600 3200

3600 3600

Betul Tidak

Semak semula (Pokok yang ditanam) x (keluasan sepohon pokok) = keluasan kawasan (3600m2) 225 x 16 m2 = 3600m2

Soalan 9 : Berapa soalan yang salah? Soalan Sang Kuriang mengambil ujian percubaan untuk menjadi anak murid Panglima Tok Rashid.Jumlah soalan yang perlu dijawab Sang Kuriang adalah sebanyak 40 soalan tetapi markah akhir dikira berdasarkan jumlah soalan yang dijawab sahaja.Bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 10 markah.manakala jawapan yang salah pula akan ditolak 5 markah.Kalau tidak jawab markahnya ialah 0 markah.Sang Kuriang menjawab 36 soalan sahaja dan mendapat 270 markah.Berapakah soalan yang Sang Kuriang salah jawab?

Memahami masalah Jumlah yang dijawab oleh si Kuriang ialah 36/40. Jawapan yang betul mendapat 10 markah. Jumlah markah yang salah ditolak 5 markah. Si Kuriang mendapat 270 markah. Berapa soalan yang salah?

Merancang jalan penyelesaian Menggunakan teka dan uji. Jawapan teka-teki Matematik 1 = 6 soalan salah.

Saya teka bahawa jawapannya ialah 6 soalan yang salah, maknanya si Kuriang hanya dapat menjawab 30 soalan sahaja dengan betul.

Menyelesaikan masalah 6 salah 30 betul betul : 30 x 10 = 300 salah : 6 x 5 = 30

Semak semula Menyemak semula jawapan yang diberi 300 30 = 270.

Soalan 10 : Berapakah bilangan gula-gula? Soalan Nur mempunyai 21 biji gula-gula, dia memberikan beberapa biji gulagula terebut kepada Hakim. Selepas itu, Nur memberikan separuh daripada gula-gulanya kepada Ali. Baki gula-gula yang ada pada Nur sekarang adalah 5 biji. Berapakah bilangan gula-gul yang Nur berikan kepada Hakim?

Memahami masalah Nur memberikan gula-gulanya kepada Hakim. Selebihnya dibahagikan secara sama rata kepada Ali. Baki gula-gula 5 biji. Hakim mendapat berapa biji gula-gula?

Merancang jalan penyelesaian cara penyelesaian teka dan uji.

Menyelesaikan masalah Membuat tekaan pertama Hakim mendapat 10 biji gula-gula. -menguji tekaan tersebut. (21-10) = 5.5(salah)

2 Mebuat tekaan kedua, Hakim mendapat 12 biji gula-gula. (21-12) = 4.5 (salah) 2 Membuat tekaan ketiga, Hakim mendapat 11 biji gula-gula. (21-11) = 5 (betul) 2

Semak semula Membuat pengiraan selengkapnya dan memastikan semua nilai yang dinyatakan dalam soalan bertepatan dengan nilai yang ditemui. 21-11=10 10/2=5 Jawapan diatas adalah betul kerana nilai baki gula-gula Nur yang dijumpai adalah sama dengan nilai baki yang dinyatakan dalam soalan iaitu 5.

Anda mungkin juga menyukai