Anda di halaman 1dari 16

Bab 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan menerangkan tentang kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk menjawab

soalan kajia. Bab ini terdidi daripada reka bentuk kajian yang menghuraikan berkaitan kajian

reka bentuk dan juga pembangunan atau Design and development Research (DDR). Kedua,

penerangan sampel yang dipilih mengikut kaedah pensampelan bertujuan dan kesenangan.

Ketiga, menjelaskan instrumen kajian yang diguna pakai dalam kajian ini yang meliputi Borang

Kesahan Kandungan Kit dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kit. Seterusnya, bab ini juga akan

menerangkan pembangunan “Colourful Circle Kit” dengan mengikut fasa-fasa dalam model

ADDIE serta menghuraikan berkaitan prosedur dan juga analisis dalam kajian ini.
3.2 Reka Bentuk Kajian

Bagi membangunkan “Colourful Circle Kit” ini, pendekatan kajian reka bentuk dan

pembangunan atau Design and Developmental Research (DDR) telah digunakan, di mana

reka bentuk kajian ini melibatkan tiga fasa utama (Richey & Klein, 2007). Fasa pertama adalah

fasa analisis keperluan, fasa kedua ialah peringkat reka bentuk dan pembangunan dan fasa

ketiga merupakan peringkat penilaian. Kajian ini melibatkan ketiga-tiga fasa tersebut seperti

yang telah dinyatakan dalam batasan kajian.

Berdasarkan Richey (2004), terdapat dua jenis kajian reka bentuk dan pembangunan

ini, pertama kajian produk dan alatan. Kedua, kajian model. Bagi reka bentuk kajian ini

pengkaji menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan kajian produk dan alatan.

Produk yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah “Colourful Circle Kit”. Menurut Richey dan

Klein (2007), kajian reka bentuk dan pembangunan merupakan kajian yang sistematik pada

reka bentuk, pembangunan dan proses penilaian dengan tujuan membentuk satu dasar

empirik bagi tujuan pembinaan produk, alatan instruksional atau bukan instruksional dan juga

modul baru atau modul ubahsuaian yang menetapkan perkembangan pembangunan produk

tersebut. Selain itu, secara rasional reka bentuk kajian ini merupakan proses pembangunan

produk secara spesifik yang melibatkan keseluruhan proses reka bentuk dan pembangunan

iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian yang didokumentasikan

(Richey, Klein & Nelson, 2004).


3.2.1 Lokasi Kajian & Tempoh Kajian

Lokasi yang dipilih bagi tujuan kajian ini adalah daerah Muallim. Bagi tujuan kajian ini,

Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipilih untuk pengkaji menjalankan kajian ini. Kajian ini

akan dijalankan selama dua minggu.

3.3 Populasi dan Pensampelan Kajian

Proses pensampelan adalah melibatkan pemilihan objek kajian daripada satu kumpulan yang

mewakili kumpulan besar yang dipilih (populasi). Dalam penyelidikan pendidikan, populasi

biasanya melibatkan kumpulan individu sama ada guru atau murid yang mempunyai ciri-ciri

yang ditetapkan oleh pengkaji. Perancangan pensampelan yang baik membolehkan pengkaji

untuk mengumpul data daripada sampel kajian, mengurangkan ralat pengukuran dan

menjimatkan masa perbelanjaan (Low, 2015). Terdapat dua kumpulan sampel kajian yang

telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan kesahan dan kebolehgunaan “Colourful

Circle Kit”. Kedua-dua sampel ini telah menggunakan teknik pensampelan yang berbeza iaitu

teknik pensampelan bertujuan dan teknik pensampelan kesenangan. Bagi mendapatkan

kesahan “Colourful Circle Kit, pengkaji menggunakan teknik pensampelan bertujuan iaitu

pengkaji mendapatkan kesahan daripada panel pakar. Manakala sample kajian untuk

kebolehgunaan adalah melalui guru pelatih Program Matematik ambilan A171 dan A172

menggunakan teknik pensampelan kesenangan.

Ciri-ciri sampel yang terlibat dalam kesahan adalah memiliki pengalaman dan

kepakaran pembangunan model, memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam pendidikan

matematik, kepakaran pedagogi matematik dan persetujuan daripada pakar. Panel pakar
yang telah dipilih berdasarkan ciri-ciri tersebut adalah terdiri daripada pensyarah matematik

di sebuah Universiti Awam ataupun guru matematik sekolah menengah yang berpengalaman

mengajar lebih daripada 10 tahun serta mendapat anugerah sebagai guru cemerlang. Jumlah

sampel yang terlibat dalam kesahan adalah seramai empat orang pakar da n menggunakan

kaedah pensampelan bertujuan.

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, terdapat dua jenis instrument yang telah digunakan iaitu Borang Kesahan

Kandungan Kit (BKKK) dan juga Soal Selidik Kebolehgunaan Kit (SSKK).

3.3.1 Borang Kesahan Kandungan Kit

Pada asasnya kesahan adalah merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukur benar-benar

mengukur pemboleh ubah atau apa yang sepatutnya diukur (Hamidah, Jamal & Khalip, 2015).

Menurut Zunariah (2010) instrumen yang berupaya mengukur dengan tepat sesuatu

pemboleh ubah yang ditetapkan dianggap sah sebagai alat penguku r bagi pemboleh ubah

tersebut. Kesahan kandungan boleh dilakukan melalui rujukan kepada pakar dalam bidang

yang dikaji. Gable dan Wolf (1993) mencadangkan tiga hingga lima orang pakar yang

mempunyai pengetahuan mengenai subjek yang dikaji. Bagi kajian ini penyelidik

menggunakan semakan oleh tiga orang pakar yang terdiri dari seorang pakar bahasa dan dua

orang pakar pembinaan instrumen. Pakar bahasa menyemak laras bahasa dan penyampaian
item instrumen. Dua orang pakar instrumen pula menyemak kesesuaian item instrumen

dengan tujuan kajian. Penyelidik telah mengubahsuai beberapa istilah dan perkataan dalam

item soal selidik 89 supaya lebih jelas dan sesuai seperti yang telah disarankan oleh pakar

bahasa, selain itu penyelidik juga telah menambah tiga item menja dikan jumlah item soal

selidik ialah 43 item. Penambahan item ini adalah dibuat berdasarkan pandangan dan

pendapat pakar

Borang Kesahan Kandungan Kit (BKKK) dalam Lampiran 1 digunakan untuk

mendapatkan kesahan kandungan “Colourful Circle Kit”. Pengkaji telah mengadaptasi borang

penilaian yang dibina oleh Jamaludin (2002) untuk membina BKKK. Borang penilaian

Jamaludin direka berdasarkan pendapat Rusell (1974) terhadap sya rat-syarat kesahan

sesuatu modul. Antara syarat-syarat kesahan modul adalah ketepatan sasaran populasi,

pelaksanaan modul, peruntukkan masa, peningkatan prestasi pelajar dan perubahan sikap

pelajar. Maka, BKKK, Colourful Circle Kit juga turut merangkumi syarat-syarat seperti yang

dinyatakan di atas. Jumlah item yang terdapat dalam BKKK ini adalah 20 item yang

dibahgikan kepada empat bahagian. Setiap pernyataan diberi pilihan dengan menggunakan

empat skor skala Likert. Penggunaan skala Likert adalah seperti berikut:

Jadual 3.1

Skala Likert Empat Mata

Nilai Jawapan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak setuju

3 setuju

4 Sangat Setuju
3.3.2 Soal Selidik Kebolehgunaan Kit

Soal Selidik Kebolehgunaan Kit (SSKK) (Lampiran 2) digunakan bagi menguji

kebolehgunaan Colourful Circle Kit. Pengkaji perlu melihat sejauh mana pelajar dapat

mengikuti langkah-langkah setiap aktiviti dalam modul dengan jayanya (Russell, 1974).

Namun begitu, untuk kajian ini pengkaji telah menguji kebolehgunaan sesuatu kit media, di

mana pengkaji perlu melihat sejauh mana bakal guru matematik dapat mengikuti

penggunaan satu set BBM iaitu Colourful Circle Kit dengan jayanya. Oleh itu, item soal

selidik bagi kajian ini dibina berdasarkan penggunaan kit media tersebut dalam sesi

pembelajaran.

Soal selidik ini dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengena i maklumat

diri responden. Manakala untuk bahagian kedua berkaitan dengan pendapat responden

terhadap kebolehgunaan kit media. Dalam bahagian kedua dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu bahan dan minat. Skala Likert empat mata digunakan dalam soal selidik ini.

Setiap skor mewakili tahap persetujuan responden bagi item berkenaan. Penggunaan skala

Likert adalah seperti dibawah:

Jadual 3.2

Skala Likert Empat Mata

Nilai Jawapan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak setuju

3 Setuju

4 Sangat Setuju
3.3.3 Kesahan dan Kebolehgunaan Instrumen

Kedua-dua instrumen ini telah disemak, dikomen dan memperoleh kesahan daripada dua

orang pensyarah Matematik daripada Universiti Awam. Melalui kesahan yang diperoleh,

beberapa perkara dalam instrumen telah ditambah baik seperti dari segi penggunaan bahasa

dan pembetulan format bagi kedua-dua instrumen.

3.4 Pembangunan Colourful Circle Kit

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan model pembangunan ADDIE untuk membina

Colourful Circle Kit. Model pembinaan ADDIE ini melibatkan lima fasa utama. Lima fasa utama

tersebut merangkumi analisis (analysis), reka bentuk (design), pembangunan (develop),

pelaksanaan (implement), dan penilaian (evaluate).

3.4.1 Fasa Analisis

Fasa analisis dalam model ADDIE merujuk kepada analisis keperluan pengguna. Namun, di

dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan analisis berdasarkan kajian literatur. Sorotan

kajian yang dianalisis lebih kepada masalah yang dihadapi oleh guru matematik dalam

menyediakan bahan bantu mengajar, sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik dan

juga berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar (BBM)

matematik. Selain itu, berdasarkan Hannafin dan Hill (2002), perkara lain yang p erlu dianalisis
dalam mereka sesuatu bahan pengajaran adalah pelajar, kandungan, keperluan dan

matlamat sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

a. Keperluan pelajar

Penguasaan pelajar terhadap bulatan adalah penting. Konsep bulatan amat penting untuk

pelajar benar-benar menguasai konsep bulatan diperingkat sekolah. Hal ini kerana pelajar

akan menggunakan konsep bulatan ini semasa di peringkat pengajian yang seterusnya.

Tambahan lagi, penyampaian guru yang terlalu cepat atau lambat, tulisan papan hitam yang

tidak kemas dan penyertaan pelajar tidak digalakkan menyebabkan pelajar tidak berminat

untuk belajar (Low, 2015).

b. Keperluan guru

Masalah lain turut timbul apabila guru mengambil mudah terhadap penyedian bahan mengajar

dalam PdPc Matematik (Nurmaizatul Hazirah, 2017). Kebanyakan guru hanya menggunakan

buku teks dan menerangkan konsep matematik ini secara bertulis di papan putih. Di samping

itu, kesukaran untuk pembangunan BBM yang memerlukan tempoh untuk menyiapkannya

dan akhirnya tiada BBM yang dapat disediakan (Faizah, 2017).

c. Keperluan mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM)

Pelbagai BBM telah direka oleh pengkaji-pengkaji lain dalam bidang pendidikan matematik

ini. Antaranya adalah pembangunan BBM untuk topik Garis dan Satah Dalam Tiga Dimensi

(Juhazren & Nurulsyahida, 2008; Muslim & Mohd Azahar, 2011). Nisbah, Kadar dan Kadaran

(Ismail & Lokman Hakim, 2011), Pepejal Geometri II (Muslim & Noorizal, 2010) dan Pecahan

(Mohd Fadzli & Fuziyah, 2011). Selain itu, topik Bulatan (Megat Aman Zahiri & Nuru l

Shuhadah, 2009), Sudut Dongak dan Sudut Tunduk (Ismail & Mohd Suhaidy, 2008) dan

Poligon II (Abdul Halim & Fatihah Aimi, 2009) juga turut digunakan dalam mata pelajaran

Matematik Tambahan (Marzita & Rohaidah, 2006). Berdasarkan analisis keperluan berikut,
maka pengkaji mengambil inisiatif untuk membina satu set BBM untuk memenuhi keperluan

pelajar, guru dan juga mempelbagaikan lagi BBM dalam bidang pendidikan Matematik.

Pengkaji telah membina satu BBM yang dinamakan sebagai Colourful Circle Kit bagi

pembelajaran subtopik luas dan lilitan bulatan.

3.4.2 Fasa Reka Bentuk

Secara umumnya, reka bentuk Colourful Circle Kit ini telah diterapkan dengan elemen-

elemen yang terdapat dalam beberapa teori pembelajaran. Antara teori pembelajaran yang

terlibat adalah teori konstruktivisme dan teori Bruner. Berdasarkan teori pembelajaran ini,

Colourful Circle Kit yang dihasilkan adalah merangkumi BBM yang dibina berkaitan

pembelajaran subtopik luas dan lilitan bulatan.

a. Colourful Circle Kit

Reka bentuk bagi Colourful Circle Kit telah menggunakan elemen teori Bruner. Pengkaji telah

menghasilkan satu bahan manipulatif (teori Bruner) dalam mengukuhkan konsep pelajar

mengenai luas dan lilitan bulatan. Melalui BBM ini pelajar akan menglibatkan diri dalam sesi

PdP dan meneroka konsep luas dan lilitan bulatan. Pelajar berpeluang menyentuh dan

mengerakkan Colourful Circle Kit bagi melaksanakan luas dan lilitan bulatan. Melalui

Colourful Circle Kit ini juga pelajar akan belajar dari kesilapan sekiranya mereka salah

konsep. Secara tidak langsung, memberi peluang kepada guru untuk membincangkan

kesilapan yang biasa dilakukan oleh murid-murid.


3.4.3 Fasa Perkembangan

Colourful Circle Kit ini akan digunakan untuk fasa perkembangan yang lebih menekankan

kepada pengukuhan konsep melalui BBM. Colourful Circle Kit merupakan salah satu

pengajaran PAK-21 iaitu dengan menggunakan BBM. Bahan yang akan digunakan dalam

pembinaan Colourful Circle Kit ini juga adalah Craft Form Sheet yang terdiri daripada

perlbagai jenis warna yang dilekatkan secara bersama menggunakan double side tape.

3.4.4. Fasa Pelaksanaan

3.4.1 Kajian rintis Colorful Circle Kit

Kajian rintis adalah kajian yang dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan. Satu kajian

rintis ini dijalankan setelah model “Colourful Circle Kit” telah siap dibangunkan. Kajian ini

bertujuan untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang terdapat dengan model “Colourful

Circle Kit”. Kajian rintis ini dilakukan terhadap model “Colourful Circle Kit” dan juga instrumen

soal selidik. Kajian rintis bagi model dibuat melalui semakan kesahan oleh pakar bagi tujuan

mendapatkan maklum balas yang berkaitan tentang model yang dibangunkan dari aspek isi

kandungan, format, objektif, arahan, kesesuaian aktiviti dan kelemahan yang mungkin wujud

dalam model yang dibangunkan.

Kajian rintis bagi instrumen adalah bertujuan untuk menguji keboleh gunaan instrumen

dan mengenal pasti tempoh masa yang diperlukan oleh responden untuk menjawab soal

selidik. Kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik tidak melibatkan daerah yang sama.
Kajian rintis telah dibuat terhadap pelajar tingkatan dua di SMK Alor Pongsu, Perak. Menurut

Mohd. Najib (2003) jumlah responden yang diperlukan dalam kajian rintis adalah 10%

daripada sampel 88 kajian dan jumlah ini dianggap mencukupi untuk menganalisis

kebolehpercayaan instrumen. Responden bagi kajian rintis dipilih dari daerah berlainan

dengan sampel sebenar bagi memastikan responden kajian rintis tidak dijadikan responden

dalam kajian sebenar bagi menggelakkan pencemaran kajian. Hasil kajian rintis yang

dijalankan menunjukkan bahawa tempoh masa selama dua minggu yang diperuntukkan

kepada responden untuk meneliti modul dan menjawab soal selidik.

3.4.5 Fasa Penilaian

3.4.5.1 Menentukan kesahan kandungan Colorful Circle Kit

Menurut Sidek (1997), kesahan kandungan adalah sejauh mana sesuatu modul itu mampu

untuk menghasilkan apa yang sepatutnya dihasilkan oleh modul tersebut. Maka, dalam kajian

ini kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana Colourful Circle Kit menghasilkan apa

yang seharunya dihasilkan oleh kit media tersebut. Kesahan kandungan kit ini bergantung

kepada standard pembelajaran topik Bulatan yang telah dipilih dalam sukatan pelajaran

Matematik Tingkatan Dua. Untuk menentukan kesahan kandungan Colourful Circle Kit ini,

khidmat professional daripada pakar matematik telah diperoleh. Bagi mendapatkan kesahan

kandungan Colourful Circle Kit, pengkaji telah mengadaptasi borang penilaian kesahan

kandungan modul yang dibina oleh Jamaludin (2002) untuk membina BKKK bagi

mendapatkan pandangan daripada pakar matematik. Terdapat lima syarat kesahan yang
telah ditetapkan oleh Russell (1974) bagi menentukan kesahan modul. Justeru itu, berikut

adalah syarat yang akan menentukan kesahan kandungan kit media:

a. Menepati sasaran populasi

b. Situasi pengajaran atau kaedah pelaksanaan kit media adalah memuaskan

c. Masa yang diambil untuk menghabiskan kit media adalah mencukupi.

d. Berjaya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar

e. Berjaya mengubah sikap pelajar ke arah lebih cemerlang

Oleh itu, soalan-soalan yang terkandung dalam borang penilaian adalah berdasarkan

syarat- syarat kesahan kandungan. Kesahan kandungan Colourful Circle Kit akan diperoleh

daripada lima orang pakar yang terdiri daripada tiga orang pensyarah matematik dan dua

orang guru matematik. Semua pakar berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pendidikan

Matematik. Pakar telah ditunjukkan dan diminta untuk meneroka setiap bahan yang terdapat

dalam Colourful Circle Kit yang telah dibina. Penilaian dilakukan dengan menggunakan

BKKK yang merangkumi 20 item yang dibahagi kepada empat bahagian iaitu format, isi

kandungan, kebolehcapaian objektif dan kebolehsanaan dalam PdP yang diberikan pakar

adalah berbentuk skala likert dan akan dianalisis berdasarkan Indeks Kesahan Kandungan,

IKK (Lynn,1986). Setelah mendapat kesahan daripada pakar, Colourful Circle Kit boleh

digunakan untuk mendapatkan kebolehgunaan daripada bakal guru Matematik.

3.4.5.2 Menentukan Kebolehgunaan Colourful Circle Kit

Kebolehgunaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan keputusan pentaksiran (Azizi

Ahmad, 2010). Menurut Russell (1974), untuk menguji keboleh gunaan sesuatu modul,
pengkaji hendaklah melihat sejauh mana pengguna dapat mengikuti kandungan ataupun

langkah-langkah yang terdapat dalam modul. Maka, bagi kajian ini pengkaji akan mengukur

kebolehgunaan kit media dengan melihat sejauh mana bakal guru dapat mengikuti kandungan

dalam kit media yang dihasilkan. Bagi tujuan untuk mendapatkan kebolehgunaan, pengkaji

telah menggunakan kaedah pensampelan kesenangan dengan memilih sampel yang 60

menuntut di universiti yang sama dengan pengkaji. Sampel kajian ini adalah bakal guru

Matematik di sebuah universiti awam.

Pengkaji memberikan penjelasan tentang tujuan dan prosedur pengumpulan data

dalam kajian kepada responden yang terlibat sebelum mengedarkan SSKK. Selain itu,

pengkaji juga menjelaskan bahawa hasil kutipan data ini hanya untuk memperoleh

kebolehgunaan Colourful Circle Kit dan bukan bertujuan untuk menilai mana-mana pihak yang

memberikan kebolehgunaan Colourful Circle Kit ini. Kebolehgunaan kandungan Colourful

Circle Kit dilakukan oleh 30 orang responden. Semua responden telah menjalani latihan

mengajar dan menjalani kursus KPD3016 dan KPD3026. Responden ditunjukkan dan diminta

untuk meneroka Colourful Circle Kit yang telah dibina. Penilaian dilakukan dengan

menggunakan SSKK yang merangkumi 20 item yang berkaitan dengan bahan dan juga minat.

Respon yang diberikan adalah berbentuk skala Likert dan telah dianalisis (Lim, 2007).

3.5 Prosedur Kajian

Bagi memulakan kajian ini, pengkaji telah mencari isu atau masalah yang melibatkan

pembelajaran dan pengajaran (PdP) mata pelajaran matematik. Isu yang dicari lebih kepada

masalah penggunaan BBM yang mengaplikasikan PAK-21 dalam PdP matematik. Maklumat

kajian yang lebih spesifik telah dirujuk melalui pelbagai sumber seperti jurnal, tesis, artikel dan

juga internet. Maka, kajian berkaitan pembangunan BBM dalam topik Bulatan adalah sesuai
untuk dijalankan. Kemudian, perbincangan bersama pensyarah penyelia diadakan dan tajuk

kajian ditetapkan.

Sebelum pembangunan Colourful Circle Kit dilaksanakan, pengkaji telah berbincang

dengan pensyarah penyelia untuk mengenal pasti reka bentuk kajian dan model

pembangunan yang sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji juga

mengenal pasti teori-teori pembelajaran yang digunakan dalam pembinaan Colourful Circle

Kit. Setelah itu, pembangunan Colourful Circle Kit dilaksanakan, di mana pembangunan ini

merangkumi BBM yang mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang telah dipilih.

Seterusnya, pengkaji membina instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu BKKK dan

SSKK.

Langkah seterusnya, adalah mendapatkan permohonan daripada tiga orang

pensyarah matematik UPSI dan dua orang guru matematik untuk dijadikan responden bagi

kesahan kandungan kit. Setelah mendapat kebenaran, permohonan surat lantikan pakar

kesahan kandungan kit daripada fakulti dilaksanakan. Seterusnya, perjumpaan demi

perjumpaan diadakan untuk mengutip data kesahan kandungan kit bersama lima orang pakar

yang telah dipilih. Kemudian, data kesahan dianalisis menggunakan IKK (Lynn, 1986).

Kemudian, kajian ini dijalankan kepada bakal guru matematik untuk mendapatkan

kebolehgunaan Colourful Circle Kit.

3.6 Analisis Data

Kebolehgunaan adalah merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai

yang serupa apabila pengukuran yang sama diulang (Chua, 2006). Menurut Sidek (2002),

menjelaskan bahawa bagi mengukur sesuatu ciri atau kualiti, kaedah keboleh gunaan Kuder-
Richardson iaitu melalui pekali alfa Cronbach boleh digunakan. Pekali kebolehpercayaan

yang melebihi 0.60 adalah sesuai digunakan untuk ujian kebolehpercayaan (Mohd Majid,

1998). Nilai pekali alfa Cronbach yang melebihi 0.95 pula mungkin menunjukkan ada

pertindihan antara item atau semua item adalah serupa (Chua, 2006). Nilai bagi alfa Cronbach

diklasifikasikan berdasarkan indeks kebolehpercayaan (Babbie, 1992) seperti dalam Jadual

3.2.

Jadual 3.2

Klasifikasi Nilai alfa Cronbach

Nilai alfa Cronbach Tafsiran

0.90 – 1.00 Sangat tinggi


0.70 – 0.89 Tinggi
0.30 – 0.69 Sederhana

0.00 – 0.30 Rendah

Sumber : Babbie, E. (1992)

Penganalisan data dalam kajian tinjauan pada kebiasaannya tidak melibatkan analisis

statistik yang kompleks dan bertujuan membuat rumusan bagi menghasilkan satu kesimpulan

(Noraini, 2013). Analisis data bagi kajian ini melibatkan analisis deskriptif yang h anya

menunjukkan data pemboleh ubah dalam bentuk skor min, kekerapan dan peratus. Tafsiran

skor min boleh dibuat dengan menentukan tahap skor min menggunakan satu garis panduan

atau cut-off point (Hamidah, Jamal & Khalid 2015). Hal ini menggunakan kaedah t-test di mana

menggunakan data yang diperoleh daripada borang soal selidik.


3.8 Rumusan

Bab ini membincangkan metodologi pengujian kesahan dan kebolehgunaan model “Colourful

Circle Kit”. Tujuan kajian ini hanyalah untuk mengenalpasti kebolehgunaan model yang dibina.

Rekabentuk kajian yang digunakan dalam mengenalpasti kebolehgunaan ini adalah

berbentuk kajian tinjauan. Data-data dalam kajian ini dikumpul melalui soal selidik yang akan

dilaksanakan kepada bakal-bakal guru matematik di universiti awam. Populasi dalam kajian

ini adalah merupakan bakal-bakal guru matematik yang mengambil program AT14 dan AT48

di universiti yang sama dengan penyelidik. Kesahan instrumen dibuat melalui semakan dan

pengesahan oleh lima orang pakar. Seterusnya penambahbaikan instrumen dibuat selepas

mendapat semakan dan cadangan pakar.

Anda mungkin juga menyukai