Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN PENULISAN AMALAN TERBAIK

SEMINAR PENYELIDIKAN DAN AMALAN TERBAIK PDP


PERINGKAT KEBANGSAAN

SAHConFEd
16-17 OKTOBER 2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI, KEDAH

1
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL AKADEMIK AMALAN TERBAIK BAGI
SEMINAR SAHConfEd 2019

Penulisan Amalan Terbaik

“Amalan terbaik adalah satu kaedah atau teknik yang secara rasminya diterima
sebagai yang terbaik daripada apa-apa alternatif kerana ia menghasilkan hasil yang
lebih tinggi daripada yang dicapai dengan cara lain atau kerana ia telah menjadi cara
yang standard, formal dan terperinci untuk melakukan sesuatu, misi., Cara standard
untuk mematuhi dengan keperluan undang-undang atau etika”
Definisi "amalan terbaik" dari Cambridge Advanced
Learner's Dictionary & Thesaurus © Cambridge
University Press)

Artikel Amalan Terbaik yang hendak disumbangkan mestilah mematuhi syarat-syarat


berikut:

1. Artikel Amalan Terbaik ditulis berdasarkan perkongsian idea-idea cemerlang


hasil kerja dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Pengurusan terbaik dalam
bidang Pendidikan.
2. Amalan Terbaik yang ditulis adalah idea amalan asli dan belum pernah diterbitkan
dalam apa jua jenis penerbitan Amalan Terbaik.
3. Kandungan Amalan Terbaik hendaklah ditulis dalam bentuk berikut:
a. hasil Amalan terbaik dalam Pedagogi atau Pengurusan terbaik.
b. mengikut format sistem penulisan APA (American Physiological Association)
edisi terkini.
c. semua amalan terbaik yang dihantar mestilah idea asli. Artikel Amalan Terbaik
yang telah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan oleh jurnal/penerbitan lain
tidak akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, Amalan Terbaik yang
pernah dimasukkan dalam prosiding persidangan, boleh dipertimbangkan
sekiranya artikel tersebut terdapat perubahan dan penambahbaikan.
d. artikel amalan terbaik boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Sekiranya artikel amalan terbaik tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu,
abstrak perlu ditulis dalam Bahasa Inggeris. Manakala, sekiranya artikel
tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris, abstrak perlu ditulis dalam Bahasa
Melayu.

2
e. abstrak tidak boleh melebihi 150 patah perkataan dengan menggunakan format
(tulisan bentuk Arial, Italic, Saiz 12 dan Justified)
f. tiga hingga lima perkataan kata kunci selepas abstrak menggunakan format
(tulisan bentuk Arial, Italic, Saiz 12).
g. artikel ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dalam jarak langkau satu
(single spacing), menggunakan Arial bersaiz 12.
h. tajuk artikel hendaklah ringkas dan padat. Letakkan nama penuh penulis (Arial,
Saiz: 12 point dan Bold), nama institusi (Arial, Saiz: 12 point) berserta e-mel
penulis (Arial, Saiz: 11 point, italic) di bawah tajuk.
i. panjang artikel di antara 3000-5000 patah perkataan atau 10-15 halaman
termasuk halaman rujukan.

5. Penghantaran Artikel Amalan Terbaik yang dihantar perlu dibuat dalam bentuk
salinan lembut (softcopy dalam bentuk e-mail) kepada Editor yang boleh dihubungi
seperti alamat yang diiklankan.

6. Artikel Amalan Terbaik hendaklah disertakan dengan satu lampiran yang mempunyai
nama penuh, alamat surat-menyurat, email, nombor telefon pejabat dan telefon
bimbit penulis.

7. Tarikh akhir penghantaran adalah sebelum atau pada 15 September 2019.

Penyerahan Artikel Amalan Terbaik dan Maklumat Lanjut

Artikel Amalan Terbaik yang hendak disumbangkan perlu dihantar kepada:

Editor
SAHConfEd 2019
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
08000 Sg Petani Kedah.

UP:

lee_wh@ipsah.edu.my (Dr. Lee Wai Heng)


suzana@ipsah.edu.my (Dr. Suzana bt Abd Mutalib)

3
CONTOH PENULISAN ARTIKEL AMALAN TERBAIK

TAJUK ARTIKEL

Nama Penulis
Nama Institusi
Alamat Email Penulis

Abstrak/ Abstract

Kata Kunci:

ITEM YANG PERLUKAN DALAM PENULISAN ARTIKEL AMALAN TERBAIK

1. Pengenalan Amalan Terbaik

2. Pernyataan Masalah

 Analisis dan huraian isu

 Idea dan kreativiti yang digunakan

3. Objektif

4. Metodologi

 Kaedah Penyelesaian Masalah yang digunakan

 Prosedur/Langkah Kaedah Penyelesaian Masalah yang digunakan

5. Hasil dan Impak

6. Perbincangan dan Rumusan

Anda mungkin juga menyukai