Anda di halaman 1dari 7

UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK

Definisi Ujian diagnostik


Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan ujian diagnostik


membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasankawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Sebelum ujian
Objektif ujian Kemahiran yang hendak diuji Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. Siapa yang hendak diuji sasaran. ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Kemahiran yang terlibat mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

Semasa ujian
Persekitaran yang sesuai dan selesa. Tiada masa khusus diperuntukkan untuk muridmurid menjawab ujian. Ujian diberhentikan sekiranya murid gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

Selepas ujian
Proses analisis ujian menggunakan borang khas. Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan . Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK) dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Borang rekod Nilai 0 0-5 membilang

Anda mungkin juga menyukai