Anda di halaman 1dari 6

Contoh Penulisan

Gaya Kepimpinan Berkesan

Oleh,

Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+),


Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Pendahuluan

Penulisan ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami gaya kepimpinan


berkesan untuk menggembleng tenaga warga pendidik ke arah pencapaian
matlamat sekolah. Penulisan ini akan menjawab persoalan “Apa” secara ringkas
bagi memberi pemahaman tentang konsep dan memberi fokus terhadap persoalan
“Bagaimana” bagi membincangkan tentang aspek aplikasi.
Objektif Penulisan

Pada akhir Penulisan ini, pembaca akan :

a.    Mengetahui tentang gaya kepimpinan dan ciri-cirinya


b.    Memahami gaya kepimpinan berdasarkan situasi, perubahan yang dilaksanalkan
dan tahap perkembangan subordinat
c.     Memahami tanggungjawab kepimpinan berdasarkan kewibawaan, nilai integriti dan
profesional.
d.    Membantu meningkatkan kemahiran dalam pengurusan   
                                                                                        
Kerangka Penulisan

Gambarajah yang berikut merupakan kerangka topik yang terdapat dalam Penulisan
ini.  Gaya kepimpinan berkesan perlu memenuhi  6 ciri yang dinyatakan.

     

 KERANGKA PENULISAN GAYA KEPIMPINAN BERKESAN


Apa itu Gaya Kepimpinan?

Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara gaya bertindak yang


digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya
mencapai matlamat organisasi (Newstan & Davis, 1993). Pendekatan ini
sering dikaitkan dengan cara penggunaan kuasa yang diamalkan oleh
seseorang pemimpin dalam menetapkan hala tuju organisasi, merancang
dan melaksanakan strategi dan memotivasikan warga sekolah yang
dipimpinnya (Mohd Najib Ghafar & Tamyis Arbah, 2008)

Mengapa Gaya Kepimpinan Penting?

Seseorang pemimpin sekolah akan dapat memainkan peranannya dengan lebih


berkesan sekiranya dia mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan
situasi dan persekitaran yang terdapat dalam organisasinya (Stoner & Wankel,
1989). Hal ini kerana gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang pemimpin itu
akan mempengaruhi cara dia bertindak dan membina hubungan dengan
pengikutnya. Oleh itu, gaya kepimpinan yang sesuai berupaya menggerakkan warga
sekolah untuk berkongsi wawasan organisasi, seterusnya berusaha untuk
merealisasikannya.

Bagaimana menyesuaikan gaya kepimpinan dengan situasi ?

Model Kepimpinan Mengikut Situsai bermula dengan anggapan bahawa keadaan


yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza. Oleh itu, pemimpin
mestilah mudah berubah untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yang
wujud. Dapatan kajian Hersey dan Blanchard (1977) menunjukkan bahawa
pemimpin yang berkesan telah mengamalkan gaya kepimpinan situasi mengikut
tahap perkembangan pengikut.

Semakin  matang tahap perkembangan pengikut, semakin tinggi darjah kecekapan


dan kompetensinya. Menurut Blanchard (2001) terdapat empat gaya  kepemimpinan
yang boleh dipadankan dengan empat tahap perkembangan subordinat. Aplikasinya
di sekolah dapat dirumuskan seperti dalam jadual di bawah ini,:

GAYA KEPIMPINAN BERKESAN BERDASARKAN TAHAP PERKEMBANGAN


SABORDINAT

GAYA
TAHAP PERKEMBANGAN
KEPIMPINAN ULASAN
SABORDINAT
BERKESAN
GURU BAHARU Gaya Mengarah Beri arahan dengan jelas
 Kompetensi masih rendah (DIRECTING) kerana guru belum
Komitmen masih tinggi berpengalaman
GURU PERMULAAN ADA Cetuskan idea agar guru
PENGALAMAN DAN MASUK Gaya Membimbing guna pengalaman untuk
ZON SELESA (COACHING) pilih pendekatan  lebih
Kompetensi mula meningkat baik
Komitmen mula menurun
GURU BERPENGALAMAN Beri sokongan kepada 
DALAM ZON SELESA Gaya Menyokong guru agar penglibatan 
Kompetensi semakin tinggi (SUPPORTING) dan sumbangan mereka
Komitmen semakin menurun/ rendah lebih bermakna
GURU BERPENGALAMAN Buat delegasi tugas
YANG KOMITED Gaya Mengupaya kerana guru mampu
Kompitensi  tinggi (DELEGATING) melaksanakan tugasan
Komitmen tinggi tanpa diarahkan

Ringkasnya, semakin tinggi tahap perkembangan subordinat, pemimpin seharusnya


mengurangkan gaya kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan
yang ketat (directing) kepada gaya yang lebih berorientasikan hubungan dengan
pengikut iaitu membimbing/ menjual idea (coaching) atau memberi
sokongan (supporting). Akhirnya apabila tahap perkembangan pengikutnya samakin
tinggi bukan sahaja dalam disiplin tugasnya bahkan dalam aspek psikologinya,
pemimpin sekolah haruslah mengupayakan tugasnya (delegating). Model di atas
sesuai digunakan di sekolah yang mempunyai ciri-ciri pengikut yang berbeza dari
segi latar belakang akademik, keupayaan kebolehan, pengalaman dan komitmen
dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Bagaimana Mengaplikasi Gaya Kepimpinan yang Berdaya Saing dan


Berkeupayaan Mendepani Perubahan?

Kelangsungan hayat sesebuah organisasi sangat bergantung kepada keupayaannya


mendepani persekitaran yang sentiasa berubah. Implikasinya, pemimpin organisasi
perlu bertindak secara proaktif untuk melaksanakan perubahan ke arah tindakan
pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan. Oleh itu segala tindakan dan
pengalaman yang dilalui merupakan proses pembelajaran untuk memperbaiki diri
dan meningkatkan potensi organisasi.

Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu mendorong warganya untuk terus belajar
dari persekitaran dan pengalaman yang mereka lalui agar usaha-usaha pembetulan
dan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan. Melalui proses
pembelajaran sebegini, pemimpin sekolah boleh membimbing warganya untuk
melaksanakan tindakan secara lebih terancang dan strategik serta bersifat lebih
inovatif dan kreatif. Oleh itu, perubahan yang dilakukan adalah dalam tatacara kerja
yang sistematik, terancang dan terurus.

Kaedah dan sistem baharu yang lebih efektif dan aktif berfungsi perlu
diwujudkan. Model for Managing Compleks Change merumuskan bahawa
perubahan yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi itu berjaya sekiranya ia
menepati lima faktor utama iaitu: matlamat yang jelas, kemahiran yang perlu, insentif
yang menarik, sumber yang mencukupi dan pelan tindakan yang strategik (Knoster,
1991). Jadual berikut menunjukkan implikasi sekiranya terdapat kepincangan dalam
salah satu faktor tersebut :

JADUAL FAKTOR PENENTU KEBERKESANAN DAN  IMPLIKASI TERHADAP


PERUBAHAN
FAKTOR PENENTU KEBERKESANAN PERUBAHAN IMPLIKASI
Matlamat Kemahiran Insentif Sumber Pelan Tindakan = BERJAYA
Matlamat Kemahiran Insentif Sumber TIADA = TERENCAT
Matlamat Kemahiran Insentif TIADA Pelan Tindakan = KECEWA
Matlamat Kemahiran TIADA Sumber Pelan Tindakan = PERLAHAN
Matlamat TIADA Insentif Sumber Pelan Tindakan = BIMBANG
TIADA Kemahiran Insentif Sumber Pelan Tindakan = KELIRU
                                                                                                                           
Ringkasnya, sekolah perlu ada matlamat dan mempunyai satu pelan perancangan
yang strategik dan sistematik bagi membolehkan perubahan yang dihasratkan
berada dalam lingkungan kawalannya. Di samping itu, faktor kemahiran, insentif dan
sumber untuk melaksanakan perancangan tersebut perlu disediakan agar tenaga
warga sekolah dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat perubahan yang
dihasratkan.

Bagaimana mengaplikasi gaya kepimpinan berpaksikan nilai integriti dan


profesional ?

Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat
awam. Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam dalam menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang, prosedur dan arahan
yang berkuat kuasa. Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas yang
dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan tiada pembaziran yang
menjejaskan sumber-sumber awam.

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil
dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mempunyai
dan mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya
lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.

Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu sentiasa berintegriti dan bersiikap


profesional dalam melaksanakan tugas dan mengambil tindakan dalam urusan
sehariannya. Dalam membuat agihan tugas sebagai contoh, pemimpin sekolah
melaksanakannya secara adil dan saksama berdasarkan kepakaran dan keperluan
perkhidmatan tanpa melibatkan sikap pilih kasih. Natijahnya, hubungan profrsional
warga sekolah akan lebih harmoni dan tenaga warga sekolah dapat digembling ke
arah pencapaian matlamat sekolah.

Bagaimana menjadi pemimpin yang berwibawa ?

Kepimpinan yang berwibawa dianggap paling berkesan kerana mampu membuat


perubahan dan pembaharuan kepada organisasi dan warganya. Hal ini kerana,
sebahagian besar daripada tanggungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa
perubahan dan pembaharuan positif kepada organisasi serta mampu mendengar,
melihat dan merasai denyut hati warganya.

Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu berpengetahuan luas untuk menjana idea
yang bernas dan berkemahiran dalam memberi nasihat dan bimbingan kepada
warga sekolahnya. Oleh itu, prasyarat untuk seorang itu menjadi pemimpin sekolah
yang berwibawa adalah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk
mempengaruhi warga sekolahnya mengambil tindakan yang tertentu bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan oleh sekolah.

Pemimpin sekolah perlu menjadi role model kepada warga sekolahnya dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan pegamalan nilai-nilai yang positif. Mereka juga perlu
turun padang untuk melihat sendiri dan memantau pelaksanaan aktiviti yang telah
dirancang. Bimbingan langsung terhadap warganya perlu diadakan sekiranya
semasa pemantauan dilaksanakan, terdapat perkara=perkara yang memerlukan
perhatian, bimbingan, teguran dan nasihat secara on site agar usaha pembetulan
dan penambahbaikan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Bagaimana mengaplikasikan gaya kepimpinan yang mendorong penglibatan


dan sokongan semua warga ?

Penglibatan dan sokongan semua warga sekolah untuk memainkan peranan dan
melaksanakan tugas marupakan syarat utama untuk sesebuah sekolah itu mencapai
matlamatnya. Oleh itu, pemimpin sekolah perlu mengambil inisiatif untuk
mendapatkan sokongan dan melibatkan warga sekolah dalam menjayakan pelbagai
program dan aktiviti. Warga sekolah perlu diberi ruang dan peluang untuk
melibatkan diri bukan sahaja di peringkat operasional seperti PdP, aktiviti
kokurikulum, disiplin dan lain-lain aktiviti rutin, malah mereka perlu dilibatkan dalam
proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan di peringkat pengurusan di
sekolah.

Penglibatan sebegini dapat mendorong rasa kebertanggungjawaban bersama. Rasa


kebersamaan ini merupakan asas bagi pembinaan satu pasukan guru yang lebih
komited dan mantap. Akhirnya, gaya kepimpinan yang dapat mendorong ke arah
penglibatan dan sokongan semua warga ini mampu menggembleng tenaga warga
sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah. 

Bagaimana memanafaatkan maklum balas untuk penambahbaikan gaya


kepimpinan?

Akhirnya, pemimpin sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang dinamik dan
flksibel yang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Oleh itu, maklum balas
dari warga sekolah dan pihak lain di luar sekolah tentang gaya kepimpinan
pemimpin sekolah perlu dimanfaatkan agar pendekatan yang diamalkan dapat
diperbetulkan dan ditambah baik.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklum balas tentang
kepimpinan di sekolah ialah melalui penggunaan peti cadangan, media sosial
(seperti facebook, WhatsApp, Telegram dll) atau cara lain seperti menggunakan
email atau kaedah bersemuka. Dapatan dari maklum balas tersebut perlu dianalisis
bagi membolehkan tindakan susulan berupa usaha pembetulan atau
penambahbaikan terhadap gaya kepimpinan sedia ada dapat dilaksanakan.. Namun,
pihak pemimpin sekolah perlu bersikap terbuka untuk menerima teguran, pandangan
dan kritikan untuk tujuan memperbaiki amalan gaya kepimpinan sedia ada.
Rumusan
Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara gaya bertindak yang digunakan
oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya mencapai matlamat
organisasi (Newstrom, Davis, 1993). Ringkasnya, PGB boleh mengaplikasikan gaya
kepimpinan ini dengan mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian. Beberapa
cadangan tindakan dalam kerja buat PGB melibatkan aspek gaya kepimpinan
berkesan adalah seperti carta alir berikutnya :

Anda mungkin juga menyukai