Anda di halaman 1dari 1

Xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Pt xxxxxxxxxx Lalang binjai,


24000 Kemaman,
Terengganu.
(xxxxxxxxxx)
email : xxxxxxxxxxxx.com

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor 5/7/2017
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar dan Data Pelajar,
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)

Tuan/Puan,

RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI TAWARAN PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA


MUDA PERGURUAN (PPSIMP) AMBILAN JUN 2017

Merujuk perkara di atas, saya xxxxxxxxxxxxx(No KP :xxxxx) memohon dan merayu agar dipilih untuk
memasuki program tersebut setelah gagal disenaraikan melalui makluman aplikasi permohonan
program perguruan bermula julai baru-baru ini.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah layak dan berjaya menghadiri sesi temuduga IPG
kemasukan julai dalam bidang sejarah bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Seperti yang sedia maklum, sesi temuduga ini adalah peringkat terakhir sebelum berjaya diterima
masuk untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPSIMP), namun saya gagal di
peringkat ini.

3. Saya amat berharap agar permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan sebaik mungkin.
Saya juga sanggup ditempatkan di mana-mana kampus IPG. Segala kerjasama oleh pihak tuan/puan
amat saya hargai. Bersama surat ini juga saya lampirkan salinan slip keputusan SPM, sijil kokurikulum
dan surat tawaran menghadiri sesi temuduga tersebut, no. rujukanxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx).

Yang Benar,

________________
xxxxxxxxxxxxxxxxx

Anda mungkin juga menyukai