Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU

KHAS, 56000 KUALA LUMPUR

JABATAN UNIT KOKURIKULUM


Nama Pelajar : NURUL HAIFA ATHIRAH BINTI YUSOFF

Angka Giliran : 2018172340078

No Kad Pengenalan : 990408115780

Kumpulan/Unit : G 5.3

Kod Kursus : MPU3112

Nama Kursus : BINA INSAN GURU


Nama Pensyarah : ENCIK LUQMAN HAKIM BIN HARUN

Tarikh Hantar : 21/06/2021

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
SESI : TAKLIMAT KURSUS
TARIKH : 21 JUN 2021
MASA : 8.00 A.M – 10.30 A.M

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu keperluan kursus Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2018 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur. Pelaksanaan Program BIG ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah satu profesion yang mulia. Malah guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri,
dan merupakan insan contoh kepada masyarakat. Sehubungan itu, setiap yang bergelar guru haruslah
mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani segala cabaran yang
mendatang.

Lanjutan itu, BIG yang dilaksanakan pada kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun
sebelumnya kerana halangan untuk mengadakan program ini secara bersemuka. Oleh sebab itu, BIG
kali ini dilaksanakan secara maya dengan jayanya. Jadual perlaksanaan program ini serta
pembahagian Ahli Jawatankuasa (AJK) telah dimaklumkan sebelum program bermula. Secara
ringkasnya, berdasarkan tentatif program yang telah dimaklumkan pada group whatsapp, program
ini dilaksanakan selama lima hari serta terdapat aktiviti yang akan dilaksanakan mengikut kelas
masing-masing dan juga beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan secara umum.

Dalam pada itu, hari pertama program ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan
oleh Encik Kahar Zainuddin. Sesi ini disertai oleh semua siswa guru PISMP Ambilan Jun 2018. Encik
Kahar telah memberikan penerangan atau gambaran secara umum tentang perlaksanaan program ini.
Pada masa yang sama, Encik Kahar turut menjelaskan kelebihan atau matlamat khusus program ini.
Antara salah satunya adalah untuk melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai kerohanian dan sahsiah yang tinggi. Encik Kahar menegaskan bahawa
Program Bina Insan Guru merupakan salah satu pencetus dalam proses melahirkan insan guru yang
berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental,
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Tambahan pula, sebagai guru kita perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai lapisan murid dalam
aspek penyampaian ilmu pengetahuan untuk mendidik anak bangsa.

Melalui taklimat yang telah disampaikan tersebut, saya berasa sangat bersemangat untuk
mengikuti program ini kerana melalui program sebegini saya dan siswa guru yang lain akan mendapat
pelbagai manfaat dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan yang pelbagai.
SESI : PENGURUSAN PERKHEMAHAN
TARIKH : 21 JUN 2021
MASA : 10.30 A.M – 12.30 P.M

Sesi seterusnya adalah berkaitan pengurusan perkhemahan yang telah dilaksanakan mengikut
kelas masing-masing. Topik ini telah dibentang oleh Fatin Nuratikah, Ahmad Husaini dan Mohd
Haziq. Melalui pembentangan tersebut, saya dan juga rakan-rakan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dalam skop ini. Antaranya, terdapat tiga persediaan yang perlu dilakukan dalam
pengurusan perkhemahan iaitu sebelum perkhemahan, semasa perkhemahan dan selepas perkhemahan
berlangsung.

Melalui perkongsian ini, sekiranya saya ditugaskan untuk menjalankan serta mengetuai satu
perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya telahpun dapat menguruskannya dengan
teratur. Hal ini demikian kerana melalui pembentangan tersebut saya mengetahui prosedur untuk
menganjurkan satu program perkhemahan yang mana perlu mendapatkan kebenaran pihak sekolah
terlebih dahulu dengan mengemukakan surat permohonan dan juga kertas kerja. Perkhemahan yang
bakal dianjur juga akan dimaklumkan kepada pihak polis dan klinik yang berdekatan. Pada masa yang
sama, saya juga perlu untuk mengenalpasti kawasan perkhemahan dengan teliti supaya selamat
daripada bahaya seperti banjir, wabak penyakit, hakisan tanah dan sebagainya. Dalam pada itu,
sesuatu perkhemahan perlulah mempunyai peraturan yang perlu dipatuh oleh peserta. Jadi melalui slot
ini, pelbagai ilmu baharu tentang pengurusan perkhemahan yang telah saya peroleh dan bakal
diaplikasikan di sekolah.

Perkongsian yang telah disampaikan oleh rakan sekelas saya ini sangat menarik dan pelbagai
info baharu yang diperoleh. Selain daripada ilmu tentang pengurusan perkhemahan saya juga dapat
berfikir secara kiritis tentang nilai disebalik program perkhemahan. Antaranya ialah dapat
menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat bersosial dengan rakan-rakan.
Jadi secara jelaslah, slot ini memberi pelbagai manfaat kepada saya dan kesedaran tentang pentingnya
aktiviti kokurikulum di sekolah.

Dari segi kelemahan dan penambahbaikan yang boleh didapati melalui slot ini adalah
pembentang boleh menyelitkan penerangan melalui video tentang cara-cara untuk memasang khemah.
Hal ini kerana dalam sesuatu perkhemahan yang dianjurkan perkara pertama selepas sesi taklimat
ialah aktiviti memasang khemah. Jadi, sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai kemahiran
tersebut untuk memberi panduan dan tunjuk ajar kepada murid. Sekiranya pembentang
menitikberatkan hal tersebut, saya dan juga rakan-rakan dapat belajar kemahiran tersebut dengan jelas
berpandukan video.
SESI : FORUM 1 (KEWARGENEGARAAN DAN PERPADUAN)
TARIKH : 21 JUN 2021
MASA : 14.30 P.M – 16.30 P.M

Program BIG diteruskan lagi dengan forum berkaitan kewargenegaraan dan perpaduan yang
melibatkan semua siswa guru serta beberapa orang pensyarah sebagai pemantau. Forum ini berkaitan
peranan guru sebagai egen sosialisasi dalam menerapkan nilai kewarganegaraan dan perpaduan
negara. Beberapa orang siswa guru yang berlainan kaum telah dipilih sebagai panel dalam
mengulaskan topik berkenaan.

Melalui forum tersebut, pelbagai idea serta altenatif yang dicadangkan oleh para panel dalam
menanamkan semangat perpaduan kepada murid-murid. Idea serta perkongsian tersebut sangat
berguna untuk diaplikasikan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Tambahan pula, kelancaran forum ini serta kesatuan hati para panel yang dapat menerima
pendapat masing-masing sangat mengagumkan saya sebagai penonton.

Namun demikian, pengurusan masa dalam melaksanakan forum ini kurang berkesan yang
mana terdapat siswa guru yang masuk agak lambat. Oleh yang demikian, para panel serta moderator
terpaksa menangguhkan sedikit waktu supaya semua siswa guru berada atas pautan talian tersebut.
Justeru itu, siswa guru perlulah peka terhadap pengurusan masa supaya majlis yang diadakan tersebut
dapat dijalankan dengan teratur.
SESI : MALAYSIA CERGAS
TARIKH : 22 JUN 2021 – 25 JUN 2021
MASA : 7.00 A.M – 8.00 A.M

Pada hari yang seterusnya, program BIG dimulakan dengan slot ‘Malaysia Cergas’ iaitu
aktiviti senamrobik yang dikelolarkan oleh kumpulan G7.1, G7.5, G7.6A dan G7.6B. Walaupun
program ini dilaksanakan secara maya namun situasi ini tidak menjadi penghalang untuk mengadakan
aktiviti kecergasan secara beramai-ramai. Pelbagai aktiviti regangan yang menarik telah dilaksanakan
melalui platform ‘google meet’ dan diikuti oleh kesemua peserta dan juga beberapa orang pensyarah.

Melalui aktiviti sebegini, saya berasa sangat kagum dengan semangat yang ada pada semua
siswa guru. Kesemua peserta memberi kerjasama yang sangat baik dalam pelaksanaan aktiviti
senamrobik ini. Bagi memeriahkan lagi suasana pagi tersebut, ketua senamrobik akan mengarahkan
setiap kumpulan untuk memberi sorakan masing-masing. Pelbagai sorokan telah diajukan oleh setiap
kumpulan dengan perasaan yang penuh semangat. Oleh yang demikian, dengan suasana yang menarik
ini, saya berasa sangat teruja untuk mengikuti aktiviti tersebut.

Lanjutan itu, aktiviti sebegini telah melatih saya untuk bangun di awal pagi dan melakukan
senaman bagi menyihatkan tubuh badan. Apabila berada di alam pekerjaan, saya boleh
mengaplikasikan senaman dan suasana yang menyeronokkan ini di sekolah. Sebagai contoh, pada
Hari Sukan saya dapat melatih para pelajar untuk mengelolarkan satu aktiviti senamrobik yang
menarik dan pelbagai di sekolah. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga menyedarkan saya tentang
kepentingan amalan positif seharian. Jika hari dimulakan dengan aktiviti yang positif serta seronok,
kehidupan seseorang itu akan berlangsung dengan penuh semangat pada hari tersebut. Jadi nilai yang
tersirat yang diperoleh dalam aktiviti ini telah membuka ruang kepada saya untuk mengubah runtin
seharian saya.

Namun demikian, aktiviti senamrobik ini juga terdapat kelemahannya iaitu tidak dapat
dijalankan secara lancar kerana masalah jalur lebar yang dihadapi oleh jurutunjuk senamrobik. Oleh
yang demikian, tidak kesemua pergerakan dapat diikuti oleh siswa guru. Tambahan pula, masalah
teknikal ini juga menyebabkan suara jurutunjuk tidak jelas dan tersekat-sekat. Jadi arahan yang
disampaikan kurang jelas. Walaupun masalah sebegini telah berlaku, situasi ini tidak memutuskan
semangat peserta untuk mengikuti senamrobik ini.
SESI : KEYAKINAN DI AIR
TARIKH : 22 JUN 2021
MASA : 8.00 A.M – 10.30 A.M

Program BIG diteruskan dengan slot Keyakinan di Air mengikut kelas masing-masing. Slot
ini telah dikelolarkan oleh Nur Isfahani, Julia dan Wan Mohd Nafiz. Pelbagai ilmu baharu yang saya
pelajari melalui perkongsian maklumat tersebut. Kepentingan melakukan aktiviti di air adalah perlu
kepada setiap orang yang ingin menjalankan aktiviti yang melibatkan air seperti di sungai atau di laut.
Pengetahuan asas seperti mengapungkan diri, menyelam, berenang dan bernafas adalah perlu
diketahui dengan mendalam.

Melalui slot ini, saya dapat mempelajari aktiviti yang membina asas keyakinan di dalam air
seperti latihan bernafas, aktiviti apungan seperti apungan berdiri,apungan terlentang dan apungan
meniarap. Setiap apungan tersebut mempunyai cara atau langkah yang perlu dilakukan oleh peserta.
Pada masa yang sama, slot ini juga menambahkan pengetahuan dari segi penggunaan pakaian yang
sesuai semasa menjalankan aktiviti keyakinan di air seperti seluar yang nipis, kasut yang ringan
sebagai pengalas jika diperlukan. Selain itu, penggunaan ‘life jacket’, pelampung keselamatan dan
lain-lain adalah penting kepada yang kurang berkemampuan berenang dengan baik. Oleh yang
demikian, bagi memastikan seseorang bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjalani aktiviti di
air seperti berkayak, mereka perlulah mempunyai asas keyakinan di dalam air yang kukuh terlebih
dahulu.

Dalam pada itu, perkongsian maklumat ini telah menyedarkan saya bahawa pentingnya
mempunyai jati diri yang kukuh dalam melakukan sesuatu perkara. Seseorang yang mempunyai
mental yang lemah serta fobia terhadap air tidak akan dapat menyelamatkan diri jika berhadapan
dengan situasi kecemasan di dalam air seperti di sungai dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai
seorang guru saya perlulah mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani
dan sosial. Jadi, dengan perkongsian maklumat yang lengkap telah melatih saya untuk melawan rasa
takut apabila berada di dalam air. Dengan mempelajari teknik tersebut saya dapat mengaplikasikan
apabila berada di kolam renang atau di tempat yang sewajarnya.

Namun begitu, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan semasa slot ini adalah
pembentang boleh menayangkan video bagi setiap apungan. Melalui video tersebut, saya dan juga
rakan yang lain dapat melihat langkah yang dilakukan dengan lebih jelas dan teratur. Jika pembentang
hanya menyenaraikan langkah serta beberapa gambar, hal ini menyukarkan penerima maklumat untuk
membayangkan posisi tersebut.
SESI : KEMBARA DAN IKHTIAR HIDUP
TARIKH : 22 JUN 2021
MASA : 10.30 A.M – 12.30 P.M

Slot seterusnya adalah berkaitan Kembara dan Ikhtiar Hidup yang juga dilaksanakan
mengikut kelas masing-masing. Perkongsian maklumat tentang topik berkenaan telah disampaikan
oleh Zulfa, Nur Syazwani dan Nur Ain. Perkongsian tersebut telah memberi ilmu pengetahuan baharu
kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain tentang usaha yang perlu dilakukan oleh seseorang
apabila menghadapi sesuatu ancaman ketika berada di dalam hutan atau sebagainya.

Seperti diketahui umum, perkhemahan merupakan aktiviti yang sering dilakukan di sekolah
dan bukan hanya melibatkan murid-murid malah guru juga perlu menyertai program tersebut. Oleh
yang demikian, sekiranya saya sebagai guru terlibat dalam aktiviti tersebut dan berhadapan dengan
situasi kecemasan seperti tersesat di hutan, saya dapat mengaplikasikan ilmu ikhtiar hidup ini. Sebagai
contoh, melalui permbentangan kumpulan ini, saya dapat mengetahui jenis tumbuhan yang boleh
dimakan. Tambahan pula, ujian tumbuh-tumbuhan sangat wajar dilakukan sebelum makan tumbuhan
semulajadi tersebut. Sebagai contoh, dengan cara menghidu, mengosokkan tumbuhan pada bibir dan
lidah serta menelan tumbuhan tersebut dengan kuantiti yang sedikit. Oleh itu, perkongsian maklumat
tentang kembara dan ikhitar hidup ini sangat memberi kesedaran kepada saya untuk menguasai ilmu
dan kemahiran berkenaan.

Dalam pada itu juga, topik ini telah memperkembangkan minat saya terhadap alam
semulajadi serta menghayati keindahan alam dengan lebih mendalam. Sebelum ini, saya tidak
mempunyai ilmu tentang tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, perkongsian ini telah membuka minda saya
untuk mengetahui dan belajar tentang kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan. Sebagai
contoh, saya selalu melihat pokok buluh ketika mengadakan aktiviti ‘hiking’ dan saya langsung tidak
mengetahui bahawa bahagian bawah pokok tersebut dinamakan sebagai ‘rebung’ dan boleh dijadikan
makanan. Justeru itu, melalui pembentangan ini saya berasa sangat kagum dan meningkatkan
kesyukuran untuk menghayati keindahan alam kerana setiap tumbuh-tumbuhan memberi manfaat
kepada alam semulajadi.
SESI : FORUM 2 (KHIDMAT KOMUNITI)
TARIKH : 22 JUN 2021
MASA : 2.30 P.M – 4.30 P.M

Slot terakhir pada hari tersebut ialah aktiviti forum berkaitan Khidmat Komuniti yang
diadakan mengikut kelas masing-masing. Forum ini telah dikelolarkan oleh Abdatil Qoyyum sebagai
moderator, Nur Isfa sebagai panel pertama, Nur Syazwani sebagai panel kedua dan Husaini sebagai
panel ketiga. Forum tersebut berkaitan definisi khidmat komuniti, peranan khidmat komuniti serta
cara untuk melibatkan diri dalam khidmat komuniti.

Rentetan itu, forum tersebut telah meningkatkan kesedaran kepada saya tentang kepentingan
melibatkan diri dalam sesuatu perkhidmatan bagi membantu golongan tertentu. Pelbagai kebaikan
diperoleh jika terlibat dalam program tersebut seperti membuatkan kita lebih menghargai kehidupan.
Dalam pada itu, forum yang diadakan ini juga mementingkan komunikasi dua hala yang mana
moderator turut memberi peluang kepada rakan yang lain untuk menceritakan pengalaman terlibat
dalam sesuatu khidmat komuniti. Oleh itu, pelbagai nasihat serta pengalaman yang turut dikongsikan
oleh rakan sekelas. Perkongsian tersebut sangat mengajar saya untuk menghormati kehidupan orang
lain serta berusaha untuk meringankan beban golongan yang susah.

Namun demikian, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kumpulan tersebut
dalam penyampaian forum ini ialah panel-panel yang terlibat boleh menggunakan platform aplikasi
atas talian sepanjang menyampaikan maklumat. Hal ini bagi mengelakkan penonton berasa bosan
serta meningkatkan fokus para peserta untuk memberikan sepenuh perhatian sepanjang forum
dijalankan. Sebagai contoh, para panel boleh mengaplikasikan penggunaan ‘Kahoot’ supaya peserta
berasa semangat untuk memahami maklumat yang dikongsikan.
SESI : BERAKIT / KAYAK
TARIKH : 23 JUN 2021
MASA : 8.00 A.M – 10.30 A.M

Pada keesokkan harinya, program BIG dimulakan dengan slot kayak mengikut kelas masing-
masing yang telah disampaikan oleh Fatin Nuratikah, Samira, Zulfa dan Ain. Slot tersebut sangat
menarik kerana saya dapat belajar kemahiran untuk berkayak. Lanjutan itu, saya berasa sangat teruja
untuk mempelajari dan mengenal bahagian-bahagian kayak seperti ‘bow and stern’, ‘deck and hull’,
‘toggle handle’ dan lain-lain lagi. Pertama kali saya mendengar dan mengenal setiap bahagian kayak
tersebut.

Di samping itu, pembentangan pada hari itu sangat menarik kerana disertakan dengan
pelbagai gambar serta video. Biarpun aktiviti tersebut tidak dilaksanakan secara bersemuka dan hanya
mampu belajar secara teori, namun saya masih lagi berpuas hati kerana penerangan yang sangat jelas.
Tambahan pula, sebelum memulakan aktiviti berkayak, saya seharusnya mempunyai ilmu
pengetahuan terlebih dahulu berkenaan aktiviti berkayak supaya tidak berhadapan dengan kemalangan
yang tidak disangka-sangka. Melalui pembentangan tersebut, saya juga mempelajari ilmu tentang
teknik-teknik mendayung kayak seperti dayungan ke hadapan, dayungan mengundur, dayungan
sapuan ke hadapan dan juga dayungan sapuan ke belakang. Teknik yang saya pelajari tersebut dapat
diaplikasikan apabila melakukan aktiviti berkayak.

Pada masa yang sama, perkongsian ini juga telah meningkatkan semangat saya untuk terlibat
dalam aktiviti sukan air. Aktiviti berkayak sangat memberi manfaat kepada kehidupan seharian yang
mana aktiviti sebegini dapat melatih jati diri menjadi seorang yang berani. Pada masa yang sama, jika
waktu lapang dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah seperti berkayak, mutu kehidupan juga dapat
ditingkatkan. Jesteru itu, kemahiran berkayak ini sangat menjadi tuntutan untuk dipelajari sebagai
senjata pelancongan di negara kita. Oleh itu, saya sebagai seorang guru akan memperkenalkan sukan
air ini kepada murid-murid supaya mereka berasa tertarik untuk menguasainya serta melibatkan diri
dalam aktiviti yang berfaedah.
SESI : AMALAN PEMAKANAN SIHAT
TARIKH : 23 JUN 2021
MASA : 10.30 A.M – 12.30 P.M

Sesi seterusnya adalah berkaitan topik Amalan Pemakanan Sihat yang turut dilaksanakan
mengikut kelas masing-masing. Topik ini telah dibentang oleh Abdatil Qoyyum, Hidayah dan Samira.
Penyampaian maklumat tersebut adalah berkaitan cara untuk memastikan makanan yang disediakan
semasa perkhemahan bersih dan tidak tercemar. Hal ini sangat penting diketahui oleh peserta yang
bakal terlibat dengan perkhemahan supaya peserta tidak keracunan makanan yang mana boleh
membantutkan perjalanan program perkhemahan.

Slot tersebut sangat menarik kerana melalui perkongsian maklumat saya dapat mengetahui
etika pengambilan makanan semasa di tapak perkhemahan seperti mengambil makanan dalam kuantiti
yang sesuai, makan mengikut jadual yang disediakan dan sebagainya. Ilmu pengetahuan tersebut
dapat saya aplikasikan apabila terlibat dalam sesuatu program perkhemahan.

Dalam pada itu, nilai yang saya perolehi dalam slot ini ialah bertanggungjawab dalam
menjaga kebersihan makanan. Penyampaian maklumat daripada rakan-rakan saya membuatkan saya
lebih berhati-hati dalam memilih sesuatu makanan. Makanan yang tidak tertutup dan tercemar jika
dimakan boleh membawa risiko kehilangan nyawa. Oleh yang demikian, perkongsian ini telah
memberi kesedaran kepada saya untuk tidak mengambil mudah dalam menjaga kesihatan.

Justeru itu, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kumpulan ini adalah
berkaitan isi kandungan maklumat. Pembentang boleh memerihalkan atau mencadangkan jenis serta
kepelbagaian menu sihat yang sesuai digunakan semasa di program perkhemahan. Oleh itu,
perkongsian tersebut dapat memberi idea dan meluaskan pemikiran saya dan juga rakan-rakan yang
lain sekiranya terlibat sebagai AJK makanan ketika di sesuatu program perkhemahan.
SESI : FORUM 3 (INTERAKSI PROFESIONAL)
TARIKH : 23 JUN 2021
MASA : 2.30 P.M – 4.30 P.M

Slot terakhir pada hari tersebut ialah forum berkaitan Interaksi Profesional. Forum ini
melibatkan semua peserta dan dilaksanakan menggunakan platform ‘google meet’. Panel yang terlibat
ialah Puan Nora, Puan Azizah dan Encik Nazli serta moderatornya ialah Abdatil Qoyyum. Justeru,
topik yang menjadi pilihan untuk dibincangkan dalam forum ini ialah ‘Guru Cemerlang, Adakah itu
anda?’.

Sepanjang forum ini, pelbagai ilmu baharu yang telah dikongsikan oleh panel-panel yang
sangat berpengalaman dalam dunia pendidikan ini. Setiap panel menceritakan pengalaman masing-
masing dalam mengharungi cabaran menjadi seorang pendidik. Saya berasa sangat bermotivasi
apabila mendengar kata-kata semangat serta tips yang dikongsikan untuk menjadi guru yang
cemerlang. Tambahan pula, melalui tips tersebut saya dapat aplikasikan di alam pekerjaan nanti yang
mana untuk menjadi seorang guru cemerlang, saya perlulah tanamkan budaya kerja terlebih dahulu.
Selain itu, saya perlu melibatkan diri dalam kursus-kursus webinar untuk memantapkan kemahiran
mengajar serta melakukan penyelidikan kajian tidakan serta inovasi yang pelbagai. Perkongsian para
panel sangat menarik dan membuatkan saya begitu fokus terhadap penyampaian tersebut.

Tambahan pula, aktiviti forum ini dikendalikan oleh kelas saya. Kelancaran forum tersebut
membuatkan saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat bekerjasama bersama rakan sekelas untuk
menghasilkan sebuah forum yang begitu menarik dan bermanfaat kepada semua peserta program BIG.
Di samping itu, sepanjang menguruskan aktiviti forum ini, nilai persahabatan di antara kami menjadi
lebih rapat dan kukuh kerana kami saling berhubung dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Namun demikian, pengurusan masa sepanjang aktiviti forum ini kurang berkesan. Hal ini
demikian kerana setiap panel mengambil masa yang agak lama apabila menceritakan pengalaman
masing-masing. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi AJK program
perlulah menetapkan masa bagi setiap panel serta memaklumkan hal tersebut kepada mereka sebelum
program berlangsung.
SESI : ABSELING/FLYING FOX
TARIKH : 24 JUN 2021
MASA : 8.00 A.M – 10.30 A.M

Sesi seterusnya adalah penyampaian maklumat tentang ‘Flying Fox’ yang telah dikelolarkan
oleh kumpulan Hidayah, Luqman, Danial dan Nafiz. Walaupun aktiviti ini tidak dipraktikkan secara
amali, namun saya masih lagi teruja untuk mendengar penjelasan tentang topik berkenaan secara teori.
Pelbagai ilmu pengetahuan baharu yang saya perolehi tentang aktiviti ‘Flying Fox’ ini.

Tidak dinafikan, perkongsian maklumat daripada kumpulan ini membantu saya untuk
mengenalpasti alatan serta langkah yang perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti ‘Flying Fox’.
Tanpa pengetahuan yang mendalam tentang aktiviti ini, saya mungkin akan mengalami kecederaan
semasa melakukan ‘Flying Fox’. Sebagai contoh, saya mungkin akan panik sekiranya lunsuran
terhenti secara tiba-tiba. Jadi secara jelasnya, slot ini membantu saya untuk mengetahui prosedur
aktiviti ini dengan sangat jelas.

Namun begitu, saya agak kurang berpuas hati dengan persembahan tayangan slaid.
Pembentang boleh menekankan penggunaan gambar serta video yang pelbagai supaya pendengar
tidak mudah berasa bosan. Tambahan pula, penggunaan video boleh membantu saya untuk
berimaginasi melakukan aktiviti tersebut di samping pembentang menerangkan prosedur aktiviti
berkenaan.
SESI : TAZKIRAH DAN KEROHANIAN / MORAL
TARIKH : 24 JUN 2021
MASA : 10.30 A.M – 12.30 P.M

Slot diteruskan dengan penyampaian tazkirah dan kerohanian mengikut kelas masing- masing.
Slot ini telah dikelolarkan oleh kumpulan saya yang terdiri daripada Haifa, Najihah, Danial dan
Luqman. Kumpulan saya telah memilih tajuk ‘Guru Pembentuk Generasi Berakhlak’ untuk diulaskan
sepanjang slot ini. Tidak dinafikan bahawa slot ini memberi ilmu pengetahuan yang sangat mendalam
tentang jiwa seorang guru. Seorang guru bukan hanya perlu kuat dari segi fizikal sahaja, malah kuat
dari segi mental sangat dituntut dalam profesion perguruan agar dapat melahirkan guru yang
berkomited dalam pekerjaan.

Tambahan pula, penerangan daripada ahli kumpulan meningkatkan kesedaran saya serta
pemahaman tentang akhlak seorang guru yang perlu dijadikan panduan dan tauladan. Guru yang
berketrampilan tinggi akan melahirkan generasi yang berjaya bukan dari segi pencapaian keputusan
peperiksaan semata-mata tetapi juga berjaya dari sudut emoji, rohani, jasmani dan intelek. Dalam
pada itu, saya juga sangat berpuas hati dengan penyampaian kumpulan saya kerana setiap hal yang
diulas tersebut akan dikaitkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga hadith-hadith soheh. Hal ini
secara tidak langsung meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang pendidik kerana pelbagai
kebaikan dan manfaat diperolehi jika ilmu yang disampaikan dipraktikkan oleh murid-murid.

Pada masa yang sama, slot ini telah mengajar saya nilai keberanian untuk berucap di khayalak
ramai. Sebelum ini, pemikiran saya hanya terbatas bahawa ilmu agama hanya perlu disampaikan oleh
gelaran ‘ustaz’ dan ‘ustazah’, namun peluang yang saya perolehi ini mengajar saya bahawa ilmu
adalah untuk semua. Jadi, hal ini meningkatkan semangat dan kesungguhan saya untuk mendalami
ilmu agama dengan merujuk tafsir Al-Quran, melihat tayangan video ceramah serta membaca buku-
buku ilmiah. Jelaslah bahawa, setiap insan yang bergelar pendidik perlu mempunyai ilmu serta
kemahiran yang pelbagai bagi melahirkan generasi yang berjaya dalam pelbagai sudut.
SESI : ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL
TARIKH : 24 JUN 2021
MASA : 2.30 P.M – 4.30 P.M

Sesi pembentangan diteruskan dengan slot ‘Etiket Sosial dan Protokol ’yang juga
dikendalikan oleh kumpulan saya iaitu Haifa, Julia, Najihah dan Haziq. Slot ini menjelaskan konsep
protokol dan etiket sosial serta kepentingannya dalam majlis rasmi. Saya mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan berkaitan topik tersebut. Sebelum ini saya hanya berpendapat bahawa ilmu protokol
tidak begitu penting untuk difahami dan dipraktikkan. Namun, setelah mengikuti sesi pembentangan
ini, saya dapat menilai bahawa ilmu protokol dan etiket sosial sangat penting dipelajari oleh seseorang
supaya majlis yang diadakan tersebut berjalan dengan lancar. Tambahan pula, dengan mempelajari
ilmu ini imej saya sebagai bakal guru dalam perkhidmatan awam dapat dijaga.

Dalam pada itu, dengan mempelajari skop pengetahuan ini saya juga dapat mempratikkan
ketika mengurus sesuatu majlis rasmi. Sebagai contoh, apabila saya diarahkan untuk menguruskan
Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah yang melibatkan tetamu terhormat, jadi saya sudah dapat
untuk melakukan tugasan tersebut dengan cermat dan teratur. Secara jelasnya, pengetahuan protokol
boleh membawa kepada suatu tahap hidup yang sempurna dalam sesuatu kelompok masyarakat. Di
samping itu, nilai yang dapat saya terapkan dalam sesi ini ialah ketertiban dan kesopanan amatlah
penting kerana itulah cerminan kepribadian seseorang yang menjadi pengukur sama ada seseorang itu
boleh diterima dalam masyarakat yang berkenanan ataupun tidak.

Beralih kepada kelemahan, saya berasa agak kecewa dengan pembentangan kali ini kerana
saya sebagai pembentang tidak dapat untuk menerangkan dengan lebih jelas kepada rakan sekelas
kerana dilakukan secara maya. Jika bersemuka, saya dapat menerangkan dengan memberi contoh-
contoh yang konkrit. Namun, disebabkan oleh pandemik ini pekongsian maklumat hanya boleh
disampaikan secara atas talian dan semestinya penerimaan maklumat kurang berkesan. Apapun jua,
setiap siswa guru perlulah belajar untuk menyesuaikan diri dalam setiap situasi dan cabaran yang
pelbagai.
SESI : REFLEKSI
TARIKH : 25 JUN 2021
MASA : 8.00 A.M – 10.30 A.M

Pada hari terakhir program BIG ini, slot refleksi telah dijalankan mengikut kelas masing-
masing. Kesemua peserta perlu mengulaskan satu aktiviti dari segi kelebihan, kelemahan dan
penambahbaikan. Pelbagai pendapat telah diutarakan oleh rakan-rakan sekelas saya. Secara jelasnya,
pelbagai manfaat yang diperolehi oleh semua peserta. Program BIG ini sangat melatih jati diri saya
untuk menjadi seorang yang berani menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Tambahan pula, ilmu
serta kemahiran yang dibelajar secara teori dapat dipraktikkan ketika melakukan aktiviti berkenaan.
Biarpun program ini tidak dapat dijalankan secara bersemuka, namun saya masih lagi berpuas hati
kerana kesemua peserta menunjukkan semangat masing-masing dalam menjayakan program ini
walaupun secara maya. Tiada siswa guru yang tidak berjaya mengikuti program ini kerana masalah
tertentu. Setiap peserta berusaha menyesuaikan diri sepanjang dalam program.

Rentetan itu, sesi refleksi ini membuka peluang kepada saya untuk belatih bercakap di
khayalak ramai. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri saya. Sebelum ini, saya
berasa kurang yakin untuk mengutarakan pendapat kerana bimbang akan dikritik oleh para pendengar.
Namun, sesi refelksi ini mengubah pemikiran saya untuk sentiasa bersikap yakin apabila melakukan
sesuatu perkara.

SESI : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


TARIKH : 25 JUN 2021
MASA : 10.30 A.M – 12.30 P.M

Program BIG telah diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang melibatkan semua siswa
guru Ambilan Jun 2018 serta beberapa orang pensyarah. Biarpun majlis penutup dilakukan secara
maya, namun majlis ini sangat menarik dengan persembahan-persembahan yang dilakukan oleh siswa
guru. Pada masa yang sama, majlis penutup ini juga turut tidak ketinggalan untuk mengumumkan dua
peserta terbaik sepanjang program. Hal ini membuatkan saya dan juga siswa guru yang lain berasa
dihargai dari segi usaha dan pengorbanan untuk melibatkan diri sepanjang program ini berlangsung.

Tambahan pula, pensyarah juga turut berpuas hati dengan semangat yang dimiliki oleh siswa
guru dalam menjayakan program ini. Mereka juga menitipkan beberapa nasihat yang membina ketika
berhadapan dengan profesion perguruan. Secara jelasnya, program ini memberi pengalaman baharu
kepada saya serta ilmu pengetahuan yang pelbagai.

Anda mungkin juga menyukai