Anda di halaman 1dari 8

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

563 | MEDC 2018


Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018
Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar,
Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah
eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

TINGKAH LAKU DISRUPTIF DALAM KALANGAN PELAJAR


*NURUL BAHIRAH ANNUAL & MOHD JASMY ABD RAHMAN
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
*firainthehouse89@gmail.com

Abstrak: Kajian literatur menunjukkan terdapat peningkatan terhadap tingkah laku disruptif dalam
kalangan pelajar semasa aktiviti pengajaran dijalankan. “Good Behaviour Game” dipercayai sebagai satu
intervensi yang bersesuaian digunakan dalam mengubahsuai tingkah laku disruptif. Walau bagaimanapun,
cabaran yang dihadapi dalam mengubah suai tingkah laku pelajar adalah disebabkan oleh faktor-faktor
yang menyebabkan tingkah laku disruptif dalam kalangan pelajar. Justeru itu, kertas konsep ini
membincangkan faktor-faktor dan pendekatan yang dapat digunakan dalam membantu menyelesaikan
masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar. Kertas konsep ini diharapkan dapat menjadi rujukan para
pengkaji dalam menyelesaikan masalah tingkah laku disruptif.

Kata kunci: tingkah laku disruptif, good behavior game.

PENGENALAN

Masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar bukanlah suatu isi yang baharu dalam arena
pendidikan pada masa kini. Masalah ini seringkali menjadi topik yang hangat untuk
diperdebatkan dalam kalangan warga pendidik. Menurut Ahmad Tarmizi (2011) dalam Noor
Aini Ahmad dan Norhafizah Abu Hanifah (2015), tingkah laku merujuk kepada respon
perbuatan, persembahan dan prestasi seseorang yang dapat dilihat serta diukur setelah mereka
menerima rangsangan. Ini bermaksud bahawa tingkah laku merupakan suatu perlakuan yang
dapat dizahirkan oleh seseorang individu. Oleh itu, guru haruslah lebih cakna dan berempati
terhadap pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah agar dapat menentu dan
melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk menjalankan modifikasikan tingkah laku
yang tidak diingini demi menjaga iklim bilik darjah yang konduksif dan mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mok (2011) dalam Noor Aini
Ahmad dan Norhafizah Abu Hanifah (2015), tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada
dua kategori yang utama iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah
positif. Tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, cepat belajar,
pintar cerdas dan proaktif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku
distruktif, pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran diri dan pengasingan diri.
Tingkah laku ini perlu dibendung sebelum menjadi suatu barah yang semakin parah di dalam
masyarakat kelak. Hal ini turut dipersetujui oleh Dantini (2011) dalam Noor Aini Ahmad dan
Norhafizah Abu Hanifah (2015) yang menyatakan bahawa masalah tingkah laku dalam
kalangan pelajar bermasalah pembelajaran bukanlah suatu masalah yang sangat serius tetapi
boleh menjadi serius sekiranya tidak dirawat.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

564 | MEDC 2018

TINGKAH LAKU DISRUPTIF

Tingkah laku disruptif merupakan salah satu tingkah laku negatif yang mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Sesi pembelajaran yang dilakukan akan terganggu sekiranya
terdapat kekangan atau permasalahan yang ditimbulkan oleh para pelajar. Hal ini turut
dikukuhkan melalui kajian yang telah dijalankan oleh Tiwi Kamidin (2004) dalam Ridzuan
Kamis (2016) yang menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku distruptif akan
sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas, malah turut melakukannya di luar bilik darjah sama ada terhadap adik-beradik atau rakan
sebaya yang lain. Oleh itu, masalah ini perlulah diatasi bagi mengatasi masalah tingkah laku
disruptif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, tingkah laku disruptif ini juga akan mengganggu tumpuan rakan sebaya atau
rakan sekelas yang ingin belajar. Hal ini demikian kerana tingkah laku disruptif merupakan
suatu perlakuan yang sukar dibendung semasa proses pengajaran berlangsung. Contoh tingkah
laku disruptif ialah tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan
pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan
kelakuan agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk-menumbuk di dalam kelas. Isu ini
telah dibuktikan melalui kajian yang telah dilakukan oleh Ridzuan Kamis (2016) yang
menyatakan bahawa tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang mengganggu dan
membahayakan orang lain seperti bergerak sesuka hati dan bersikap agresif atau kasar sama ada
secara lisan atau fizikal. Justeru itu, masalah tingkah laku disruptif ini perlulah diperbaiki agar
proses pengajaran dan pembelajaran ini berjaya dilaksanakan.
Individu yang mengalami masalah tingkah laku disruptif ini lazimnya mempunyai masalah
dalam memberikan tumpuan di dalam kelas. Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk
mengganggu proses pembelajaran hanya untuk menarik perhatian individu lain terhadap dirinya.
Hal ini dapat dikukuhkan melalui kajian kes yang telah dilakukan oleh Shidihas (2017),
menyatakan bahawa pelajar yang tingkah laku bermasalah disruptif ini merupakan pelajar yang
tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan
mengganggu pelajar lain. Mereka sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran
dengan bertindak luar dari kawalan seperti membuat bising dan mengganggu pelajar lain. Oleh
itu, masalah tingkah laku disruptif ini perlulah diatasi bagi melicinkan perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Permasalahan tingkah laku disruptif ini perlulah dibendung dengan segera sekiranya
didapati permasalahan ini berlaku dalam sesebuah organisasi kelas. Hal ini demikian kerana,
tingkah laku disruptif ini sekiranya tidak dipulihkan boleh menyebabkan permasalahan yang
lebih besar seperti tingkah laku distruktif dan seterusnya tingkah laku yang lebih teruk lagi iaitu
tingkah laku delinkuen. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Rizuan
Kamis (2016) yakni jika perlakuan ini tidak dibendung dengan berkesan daripada awal, tidak
mustahil ia akan menjadi punca yang membawa kepada terjadinya tingkah laku distruktif
(destructive) yang lebih membahayakan pelajar yang lain kerana bersifat lebih keras dan sukar
dikendalikan. Oleh itu masalah tingkah laku disruptif ini perlulah dibendung dengan sewajarnya
bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Tingkah laku disruptif dalam kalangan pelajar-pelajar dapat menghalang kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan proses pembelajaran akan terganggu dan
menyebabkan emosi rakan sedarjah akan terjejas. Antara contoh tingkah laku disruptif ialah
tingkah laku hiperaktif, perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak
perlu, mengganggu rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal
seperti tolak-menolak atau tumbuk-menumbuk di dalam kelas. Permasalahan ini perlulah
dibendung dengan sewajarnya dalam memastikan kelicinan proses pembelajaran itu sendiri.
Masalah tingkah laku disruptif ini merupakan suatu tingkah laku yang negatif dalam
sesuatu kelas. Hal ini disebabkan oleh kurangnya perhatian daripada keluarga. Adalah menjadi
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

565 | MEDC 2018

lumrah manusia inginkan perhatian dan kasih sayang. Hal ini dapat dibuktikan melalui teori
hierarki keperluan Maslow (1970) dalam Azizi bin Yahya (2015) yang menekankan lima
keperluan asas manusia di dalam hidup iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan,
keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan juga peringkat yang tertinggi iaitu
kesempurnaan kendiri. Ini menunjukkan bahawa setiap individu memerlukan kasih sayang dan
perhatian yang secukupnya daripada keluarga. Dalam zaman moden dan serba mencabar kini,
kebanyakkan ibu bapa berkerja dalam menampung kehidupan dan kelangsungan hidup. Ini
menyebabkan anak-anak berasa terabai. Permasalahan ini menjadikan punca mengapa mereka
bertindak melakukan masalah disruptif untuk menarik perhatian guru dan rakan sekelas. Oleh
yang demikian, guru perlulah mengambil inisiatif dalam mengatasi masalah tingkah laku
disruptif ini.
Selain itu, masalah tingkah laku disruptif ini juga berpunca daripada rakan sebaya.
Setiap individu mempunyai rakan baik yang bertindak sebagai peneman atau kawan semasa atau
selepas sesi persekolahan. Hampir separuh pelajar akan menghabiskan masa dengan rakan
sebaya kerana orang yang terdekat dengan mereka selepas ibu bapa ialah rakan. Maka sedikit
banyak, mereka mampu mempengaruhi sikap pelajar tersebut. Hal ini dapat dikukuhkan
melalui kajian yang telah dilakukan oleh Akers, Jones &Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995
dalam Azizi Yahya et.al (2014) menyatakan bahawa kumpulan rakan sebaya ini mempunyai
peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang
tidak dapat diperolehi daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya
adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi
golongan yang mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya
yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka.
Persekitaran bilik darjah juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala
tuju dan kejayaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Guru
memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dilakukan. Komunikasi guru yang berkesan
dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran tanpa melakukan salah laku
seperti tingkah laku disruptif. Komunikasi guru dalam bilik darjah boleh berlaku secara lisan
dan bukan lisan. Interaksi secara lisan apabila guru berkomunikasi dengan pelajar untuk
memberikan penjelasan, menyoal, menegur dan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi tidak lisan juga turut berlaku dalam bilik darjah yakni melalui bahasa tubuh guru,
air muka dan hubungan mata semasa sesi pengajaran berlaku. Kegagalan guru untuk
berkomunikasi dengan berkesan menyebabkan pelajar mudah berasa bosan kerana sukar untuk
memahami pembelajaran dan tidak minat untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pembelajaran yang dilakukan. Hal ini dikukuhkan melalui kajian yang dijalankan oleh Mohd
Khairuddin Abdullah (2014) yang menyatakan bahawa kelemahan guru berkomunikasi dengan
berkesan bukan sahaja boleh menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang akan gagal tetapi turut boleh menyebabkan pelajar mengalami perasaan tidak puas
hati, kecewa, tekanan psikologi, kesihatan fizikal, kesepian, hilang perasaan kasih sayang dan
sebagainya. Oleh itu, kelemahan atau ketidak-mahiran guru dalam berkomunikasi dengan
pelajar secara kurang sihat seperti bercakap kasar, suka memaki, menampar, suka memberi
kuliah, berleter berjela-jela dikatakan turut mempengaruhi tingkah laku pelajar.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

566 | MEDC 2018

Rajah 1 merupakan kerangka konseptual yang terdapat dalam permasalahan yang ingin
diketengahkan.

Kurang perhatian
ibu bapa

Pengaruh rakan Tingkah laku


Murid sebaya disruptif

Persekitaran
bilik darjah

Rajah 1 : Kerangka konseptual kajian

GOOD BEHAVIOR GAME

"The Good Behavior Game" (GBG) telah diperkenalkan sebagai satu langkah untuk
mengubahsuai tingkah laku yang tidak sesuai di dalam bilik darjah (Barrish, Saunders &
Wolf,1969) dalam Ainul Yaqin Abdullah (2016). Menurut Ainul Yaqin Abdullah (2016) dalam
Sheppard G. Kellam et al, (2011), intervensi GBG ini berlandaskan dua teori iaitu teori
behavioristik dan teori life course/sosial. Menurut teori behavioristik, salah satu cara untuk
memperbaiki tingkah laku adalah melalui peneguhan positif. Peneguhan positif yang digunakan
dalam GBG adalah berbentuk tangibel seperti setem dan stiker atau intangibel seperti aktiviti
penghargaan. Berdasarkan teori kehidupan sosial pula, apabila guru memperbaiki kemahiran
sosial pelajar di dalam kelas dapat meningkatkan adaptasi pelajar terhadap kehidupan sosial
mereka. Tingkah laku pelajar dalam pembelajaran dapat dibentuk melalui peneguhan yang
diberikan.
Menurut Adibah Hanim Ab Latif (2017) dalam Mc Kenna et al. (2014), “The Good
Behavior Game” merupakan salah satu intervensi atau amalan pengurusan bilik darjah yang
berperanan sebagai alat modifikasi tingkah laku menganggu di dalam bilik darjah. Intervensi ini
telah diperkenalkan pada tahun 1969 oleh Barrish, Saunders dan Wolf dalam Journal of Applied
Behavior Analysis. “The Good Behavior Game” merupakan satu sistem pengurusan bilik darjah
di mana guru dan pelajar bersetuju dengan peraturan dan tingkah laku sasaran yang telah
ditetapkan. Pendekatan yang digunakan dalam mengurus tingkah laku bilik darjah dengan
memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar untuk memaparkan tingkah laku tugas yang sesuai
semasa masa pengajaran. Melalui pendekatan ini kelas dibahagikan kepada dua pasukan dan
satu tangibel berbentuk setem atau stiker diberi kepada kumpulan untuk setiap tingkah laku
yang tidak sesuai yang dipaparkan oleh salah satu anggotanya. Pasukan dengan bilangan paling
sedikit mata pada akhir permainan setiap hari akan memenangi ganjaran kumpulan. Sekiranya
kedua-dua pasukan menyimpan mata mereka di bawah tahap pratetap, kedua-dua pasukan
berkongsi ganjaran.
Pendekatan ini pertama kali diuji pada tahun 1969. Pendekatan GBG yang telah
digunakan dapat meningkatkan tingkah laku positif dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kajian penyelidikan dan diakui pendekatan yang digunakan ini berkesan
untuk meningkatkan kadar tingkah laku dalam tugas sambil mengurangkan gangguan di dalam
kelas (Barrish, Saunders, & Wolf, 1969; Harris & Sherman, 1973; Medland & Stachnik, 1972).
Terdapat lima langkah yang digunakan dalam menggunakan kaedah GBG ini.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

567 | MEDC 2018

Masa yang bersesuaian

Langkah pertama ialah guru memilih masa yang bersesuaian menggunakan kaedah GBG ini.
Guru perlu mengambil kira masa di mana setiap pelajar dijangkakan akan menunjukkan
perlakuan yang bersesuaian semasa aktiviti dijalankan.

Jangkaan Tingkah laku

Seterusnya, guru perlu membuat jangkaan tingkah laku negatif yang akan berlaku sepanjang
aktiviti dijalankan. Guru yang pernah menggunakan kaedah atau pendekatan ini menjangkakan
tiga jenis tingkah laku yang terjadi sepanjang aktiviti berlangsung iaitu meninggalkan tempat
duduk, bercakap dan mengganggu rakan lain.
Tingkah laku meninggalkan tempat duduk ditakrifkan sebagai tingkah laku yang
berlaku apabila seorang pelajar meninggalkan tempat duduknya tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada guru yang mengajar. Terdapat beberapa pengecualian yang tertentu kepada
peraturan sepanjang menjalankan aktiviti ini. Sebagai contoh, pelajar-pelajar boleh pergi ke
tandas selepas mendapat kebenaran, mendekati meja guru untuk mendapatkan bantuan
tambahan atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik tanpa izin selagi
pergerakan ini dijalankan secara senyap dan merupakan sebahagian daripada rutin bilik darjah
yang diterima. Pelajar-pelajar yang meninggalkan kerusi mereka untuk menyelesaikan aktiviti
yang dibenarkan tetapi mendapati bahawa mereka tidak boleh dilihat melanggar peraturan yang
ditetapkan jika mereka dengan cepat dan senyap kembali ke meja mereka.
Tingkah laku bercakap pula ditakrifkan sebagai kelakuan bercakap dengan kuat tanpa
kebenaran. Kebenaran diperoleh daripada guru dengan mengangkat tangan dan diberi keizinan
oleh guru sebelum bercakap. Tingkah laku yang melanggar peraturan yang ditetapkan
termasuklah teriakan, bunyi bising seperti bersiul, bisikan, dan bercakap semasa guru mengajar.
Tingkah laku yang mengganggu pula terdiri daripada pergerakan atau perbuatan yang dinilai
oleh guru sebagai mengganggu arahan bilik darjah. Sebagai contoh, mengetuk meja, melihat di
sekeliling bilik, mengoyakkan kertas, menghantar nota atau bermain dengan mainan di meja
seseorang.

Memberikan Ganjaran

Guru seharusnya memilih ganjaran yang bersesuaian untuk pelajar. Ganjaran yang diberikan
dapat digunakan untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar untuk melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan. Guru boleh menggunakan masa lapang sebagai ganjaran kepada
para pemenang kerana ganjaran ini didapati dapat memberikan motivasi kepada pelajar. Sebagai
contoh, guru memberikan keizinan kepada pemenang untuk keluar 5 minit lebih awal ke kantin
sekolah. Ini menjadikan pelajar begitu teruja dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan bagi membolehkan diri mereka menjadi pemenang seterusnya mendapat ganjaran.
Selain itu, guru juga boleh memberikan ganjaran berbentuk penghargaan seperti mendapat
bintang dan dipakaikan di baju. Hal ini akan memberikan kebanggaan kepada pelajar kerana
mendapat penghargaan yang sedemikian.

Memperkenalkan Aktiviti / Permainan

Apabila tingkah laku yang diingini telah ditetapkan guru perlulah memperkenalkan aktiviti atau
permainan kepada pelajar-pelajar. Sedikit masa diperuntukkan untuk perbincangan mengenai
aktiviti yang akan dijalankan dan pembahagian kumpulan. Guru perlu menyatakan dengan jelas
cara aktiviti dijalankan dan menetapkan masa aktiviti akan dijalankan dengan jelas. Kemudian,
guru perlu membahagikan pelajar kepada dua atau beberapa kumpulan yang dirasakan
bersesuaian sekiranya bilangan pelajar terlalu ramai. Untuk mewujudkan semangat berpasukan,
pelajar-pelajar digalakkan untuk memberikan nama kepada kumpulan masing-masing. Pelajar-
pelajar juga akan diberitahu beberapa tingkah laku seperti meninggalkan kerusi seseorang atau
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

568 | MEDC 2018

bercakap tanpa kebenaran, dan terlibat dalam tingkah laku yang mengganggu akan mendapat
mata untuk pasukan yang mereka miliki.
Pelajar-pelajar juga diberitahu bahawa kedua-dua pasukan boleh menang jika mereka
memperoleh tidak lebih daripada beberapa mata tertentu contohnya maksimum 4 poin per hari.
Jika kedua-dua pasukan melebihi 4 mata, maka pasukan dengan jumlah terendah pada waktu
terakhir adalah pemenang. Dalam kes seri, kedua-dua pasukan mendapat ganjaran. Guru adalah
hakim akhir sama ada terdapat tingkah laku yang direkodkan.
Pelajar perlulah diberitahu dengan jelas contoh tingkah laku yang boleh diterima dan
tidak dapat diterima. Semua pelajar perlu mengerahui peraturan sebelum aktiviti bermula.
Untuk lebih jelas menggambarkan peraturan tersebut, beberapa pelajar dipilih untuk
menunjukkan tingkah laku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima, atau guru boleh
menerangkan beberapa tingkah laku dan minta kelas membuat keputusan dengan menunjukkan
tangan sama ada tingkah laku tersebut akan direkodkankan atau tidak.

Mulakan Aktiviti/Permainan

Akhirnya, guru kini bersedia untuk memulakan permainan. Semasa permainan ini berjalan di
dalam kelas, guru terus menjalankan amalan pengajarannya seperti biasa biasa. Satu-satunya
perubahan dalam rutin adalah guru perlu mencatat dan merekodkan sebarang tingkah laku
negatif yang dilakukan oleh pelajar. Guru juga boleh mempamerkan markah pada papan hitam
atau pada sekeping kertas yang mudah dilihat oleh pelajar-pelajar di dalam kelas. Guru juga
boleh memilih untuk mengumumkan apabila setem atau stiker telah diperoleh sebagai
peringatan kepada kelas mengenai tingkah laku yang boleh diterima. Sangat berguna untuk
menyimpan dan merekodkan mata setiap minggu untuk setiap pasukan, terutama jika pasukan
bersaing untuk mingguan atau harian. Pasukan pemenang harus dipuji serta diberi ganjaran atas
usaha mereka, dengan pujian yang terikat apabila memungkinkan untuk meneliti tingkah laku
secara khusus. Dalam aktiviti ini, sekiranya guru ingin mengubah konsep permainan seperti
yang diperlukan iaitu menukar ganjaran atau menentukan kelakuan yang boleh diterima dan
tidak boleh diterima dengan lebih jelas lagi, guru perlu memaklumkannya kepada pelajar-pelajar
sebelum melaksanakannya.

CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan kajian-kajian isu yang telah dibincangkan adalah perlu bagi mengatasi masalah
tingkah laku disruptif dalam kalangan pelajar sekolah. Pendekatan "The Good Behavior Game"
digunakan dalam melihat perubahan tingkah laku disruptif dalam kalangan pelajar. Masalah
tingkah laku ini perlulah diatasi dengan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya permasalahan
tingkah laku yang lebih berbahaya seperti buli, vandalism dan sebagainya. Menurut Lasser &
Fite (2011) dalam Syarinah Mad Sehat (2015) percaya bahawa dengan melakukan intervensi
awal dapat mencegah pelbagai masalah pendidikan. Tingkah laku yang tidak diingini perlulah
dibendung dari kecil kerana pepatah juga pernah menyebut bahawa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Justeru itu, ibu bapa dan pihak sekolah sewajarnya memainkan peranan masing-
masing dalam menangani permasalahan ini. Pernyataan ini disokong oleh Gulay & Onder,
(2012) yang menyatakan bahawa sekolah adalah persekitaran yang optimum untuk
melaksanakan intervensi awal bagi meningkatkan kecekapan sosial-emosi kanak-kanak.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini akan membantu para guru dalam usaha menangani
masalah tingkah laku disruptif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, dengan
adanya modifikasi tingkah laku ini pengkaji berharap agar wujudnya kesedaran dalam diri
pelajar untuk berubah ke arah tingkah laku yang lebih baik. Hasilnya, kajian ini membuktikan
bahawa tingkah laku disruptif pelajar dapat dikurangkan seterusnya dihapuskan.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

569 | MEDC 2018

RUJUKAN

Adibah Hanim Ab latif et.al (2017). Modifikasi Masalah Tingkah Laku Menggangu di Dalam
Bilik Darjah Menggunakan Intervensi “The Good Behavior Game”. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ainul Yaqin Abdullah et.al (2016). Pengubahsuaian Tingkah Laku Disruptif Menggunakan
Intervensi "The Good Behavior Game". Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Azizi Yahaya et.al. (2014). Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan, Pengaruh Rakan
Sebaya dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar Sekolah Bestari
Di Daerah Pontian. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia,Universiti
Teknologi Mara (Melaka).
Barrish, H.H., Saunders, M, & Wold, M.M. (1969). Good behavior game: Effects of individual
contingencies for group consequences on disruptive behavior in a classroom. Journal of
Applied Behavior Analysis, 2, 119-124.
Harris, V.W. & Sherman, J.A. (1973). Use and analysis of the "Good Behavior Game" to reduce
disruptive classroom behavior. Journal of Applied Behavior Analysis, 6, 405-417.
Maizatul Akmam Bt Abu Bakar.(2007). Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh
Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Fakulti
Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.
Medland, M. B. & Stachnik, T.J. (1972). Good-behavior Game: A replication and systematic
analysis. Journal of Applied Behavior Analysis, 5, 45-51.
Mohd Arshad bin Yahya. (2016). Penggunaan Token Ekonomi Dan Peneguhan Sosial
Terhadap Pelajar Adhd.
Mohd Khairuddin Abdullah et.al. (2014).Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah
Laku Delinkuen Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Malaysia Sabah, Jabatan
Pendidikan Sabah
Muhammad Faizal A. Ghani. (2014). HARAPAN PELAJAR BERMASALAH TERHADAP
PENGAJARAN GURU: SATU KAJIAN AWAL DI SEBUAH DI NEGARA MAJU. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil 2: isu 1
Noor Aini Ahmad & Norhafizah Abu Hanifah, 2015. Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan
Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Pelajar Bermasalah Pembelajaran. Asia Pacific
Journal of Educators and Education, 30, 73-88.
Prof. Madya Dr Azizi Yahaya & Badrulzaman Baharom. 2015. Persekitaran Keluarga dan
Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Ridzuan Kamis (2016). Cegah Sikap Distruptif Sebelum Jadi Distruktif. Majalah Pendidik.
Terbitan November 2016.
Syarinah Mad Sehat. (2015). Kesan Token Ekonomi, Peneguhan Dan Peraturan Terhadap
Perubahan Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Kanak-Kanak
William Blake Ford. (2015). Reducing Disruptive Behavior in High School: The Good Behavior
Game. University of Southern Mississippi.
ZARINAH ARSHAT et.al. (2002). Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku
Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar. Universiti Putra Malaysia Press.
| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

570 | MEDC 2018

Anda mungkin juga menyukai