Anda di halaman 1dari 7

MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU AGRESIF MURID AUTISME MENGGUNAKAN TEKNIK TIMEOUT Oleh : MOHD ZHAFRAN BIN RADZUAN

& ABDULLAH KAMAL BIN A.BAKAR Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail

ABSTRAK Tingkahlaku sesuatu organisma boleh diperhatikan dan diukur .Tingkahlaku adalah lakuan, aktiviti, tindak balas dan reaksi seseorang individu. Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku agresif murid autisme semasa proses pembelajaran dan pengajaran kelas B SK Padang Kemunting. Responden yang dipilih adalah seorang murid autisme yang menunjukkan masalah tingkah laku agresif yang tinggi ketika dalam kelas. Data dikumpulkan melalui instrumen borang pemerhatian, senarai semak tingkah laku serta melalui temubual tidak berstruktur. Dapatan yang dijalankan menunjukkan berlaku pengurangan masalah tingkah laku agresif sebanyak 44.5% . Semasa pemerhatian awal dilakukan, pengkaji mendapati peratus masalah tingkah laku agresif yang dicatatkan sebanyak 77.8% manakala setelah menjalani intervensi, masalah tersebut berkurang kepada 33.3%. Secara kesimpulannya, penggunaan teknik timeout adalah berkesan dalam mengurangkan masalah tingkah laku agresif murid autisme SK Padang Kemunting.

Kata kunci: Pengurangan, tingkah laku agresif, teknik timeout, autisme, murid

PENGENALAN Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Pada tahun 2004 telah menunjukkan bahawa peningkatan jumlah jenayah juvana yang dilakukan oleh pelajar sekolah seperti gangsterisme, pergaduhan, rogol, seks bebas dan buli telah sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan

pendidikan generasi pada masa hadapan (Harian Metro, 2004). Ini ditambah lagi dengan kejadian jenayah serta pelanggaran disiplin yang serius dalam kawasan sekolah (Utusan Malaysia, 25 Mac 2004). Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Bagi guru pendidikan khas, masalah yang dihadapi oleh murid perlulah difahami dan diteliti oleh guru supaya murid dapat dibimbing dan diasuh dengan menggunakan teknik dan terapi yang betul. Bagi murid autisme, mereka akan mengalami masalah seperti diam, tidak bercampur dengan orang lain, mengalami kesusahan untuk berkomunikasi serta berkelakuan ganas (http://www.autism-society.org/about-autism/). Autisme boleh didefinisikan sebagaikan:

Autism is defined by a certain set of behaviours and is a spectrum disorder that affects individuals differently and to varying degrees. (http://www.autism-society.org/about-autism/) According to Kanner (1943), individuals with autism can be defined as high functioning if they have almost normal language ability and intelligence. (A.X. Huang & J.J. Wheeler, 2006) Perkembangan merupakan aspek penting dalam diri manusia. Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal (Nurazimah, 2010). Oleh itu, dengan menggunakan kaedah time out, diharapkan dapat membantu murid dalam proses perkembangan mereka. Fokus kajian ini adalah dalam mengurangkan tingkah laku agresif murid autisme. Oleh itu, kaedah time out dianggap sebagai satu kaedah yang dapat membantu guru dalam mengurangkan masalah tingkah laku agresif murid ini. Bandura (1977) juga menyatakan seseorang individu akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut. Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu (Azizi Yahaya & Mohd Sofie, 2010). Refleksi Pengajaran Lalu Pada Januari 2012, suatu pemerhatian yang telah dihasilkan oleh pengkaji bertujuan untuk menilai masalah tingkah laku dalam kalangan murid-murid kelas B pendidikan khas masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting. Hasil daripada pemerhatian ini, pengkaji telah memilih seorang murid kategori autisme.

Semasa menjalankan pemerhatian terhadap murid murid di dalam kelas B pengkaji mendapati seorang murid autisme iaitu Ahmad Ariff Iman mempunyai masalah tingkah laku agresif yang ketara berbanding dengan rakan rakan sekelas yang lain. Ahmad Ariff Iman adalah seorang yang panas baran dan sukar untuk di dekati. Akibat daripada masalah yang dilakukan ini, secara tidak langsung akan timbul pula masalah lain seperti pergaduhan antara Ahmad Ariff Iman dan rakan yang lain. Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kepada masalah tingkah laku agresif. Di harapkan dengan sedikit usaha ini dapat memastikan bahawa masalah tingkah laku agresif Ahmad Ariff Iman dapat di kurangkan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lancar dengan penuh kondusif.

Fokus Kajian

Fokus kajian ini berfokuskan kepada modifikasi tingkah laku untuk mengurangkan tingkah laku agresif responden menggunakan peneguhan timeout. Sekiranya masalah ini tidak ditangani seberapa segera, pastinya sesi pengajaran dan pembelajaran akan terganggu bukan hanya untuk guru menyampaikan ilmu malah turut mengganggu murid-murid lain untuk menerima pengajaran daripada guru.

METOGOLOGI

Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu merupakan sebuah sekolah yang terdapat sekitar Wakaf Tengah. Kajian ini melibatkan seorang murid autisme sebagai responden. Responden adalah seorang murid lelaki yang mempunyai masalah autisme, warganegara Malaysia, beragama Islam, dan berketurunan Melayu. Responden dipilih berdasarkan pemerhatian yang direkod dalam borang senarai semak tingkah laku. Kajian ini adalah berasaskan model kajian Kemmis dan Mc Taggart (1992). Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif. Model ini adalah digambarkan bersifat secara kitaran yang dimulakan dengan mengenalpasti masalah, merancang tindakan yang akan dilakukan, menjalankan tindakan yang telah dirancang dan akhir sekali membuat pemerhatian untuk menilai semula masalah sama ada pengkaji perlu melakukan kitaran kedua dan seterusnya atau pun tidak. Jika kitaran pertama sudah diputuskan maka pengkaji tidak perlu melakukan kitaran yang kedua.

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1992)

Mengikut model penyelidikan tindakan ini, ianya bermula dengan membuat refleksi, perancangan, tindakan dan pemerhatian. Dalam kajian ini, pengkaji telah memberi perhatian kepada masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh seorang murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya pengkaji memfokuskan kepada masalah tingkah laku agresif seorang murid autisme yang kerap kali dilakukannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah mengenalpasti masalah yang akan dikaji, pengkaji menetapkan objektif dan fokus kajian. Apabila telah menetapkan objektif dan fokus kajian, pengkaji telah membuat perancangan bagi mengurangkan masalah tingkah laku agresif yang tidak diingini.

i.

Adakah peneguhan time out dapat mengurangkan masalah tingkah laku agresif yang di lakukan oleh murid autisme?

100 80 60 40 20 0 responden

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Rajah diatas menunjukkan pengurangan masalah tingkah laku agresif responden sebelum dan selepas diberikan intervensi timeout. Graf ini adalah hasil daripada catatan pengkaji menggunakan senarai semak tingkah laku agresif. Berdasarkan graf diatas, sebelum dikenakan intervensi timeout, responden menunjukkan masalah tingkah laku yang agresif sebanyak 77.8% dan setelah dikenakan intervensi sebanyak tujuh kali, masalah tingkah laku agresif responden telah menurun kepada 33.3%. berlaku pengurangan masalah tingkah laku agresif sebanyak 44.5%. Pengkaji telah menjalankan beberapa sesi temubual tidak berstruktur bagi mendapatkan respon tentang peneguhan timeout terhadap responden. Temubual ini dijalankan terhadap seorang guru dan responden. Temubual terhadap guru dijalankan pada sebelum dan selepas sesi intervensi manakala temubual terhadap responden dijalankan selepas sesi intervensi. Hasil temubual sebelum intervensi telah ditranskrisikan pada lampiran E. Berdasarkan jawapan hasil temubual bersama seorang guru pendidikan khas menunjukkan bahawa responden sering melakukan masalah tingkah laku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sebelum sesi intervensi dijalankan. Seterusnya, pengkaji telah menjalankan sekali lagi temubual bersama guru pendidikan khas yang sama selepas menjalankan sesi intervensi terhadap responden. Keputusan temubual ini ditranskripkan di lampiran F. Hasil daripada sesi temubual selepas intervensi menunjukkan respon yang baik daripada guru pendidikan khas dimana guru pendidikan khas tersebut mengakui bahawa sesi intervensi yang telah dijalankan memberi kesan dalam mengurangkan masalah tingkah laku agresif responden dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah menjalankan sesi intervensi, pengkaji mengadakan sesi temubual bersama responden bagi mendapatkan respon tentang intervensi yang telah dijalankan kepada responden. Hasil daripada temubual bersama responden menunjukkan bahawa responden tidak suka dikenakan intervensi timeout dan responden telah bersetuju untuk mengelak daripada melakukan masalah tingkah laku agresif semasa dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Transkripsi temubual bersama responden dilampirkan pada lampiran G.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa intervensi timeout yang dijalankan keatas responden telah berjaya dalam mengurangkan masalah tingkah laku agresif seterusnya memenuhi objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan. Ini dibuktikan melalui rekod senarai semak tingkah laku dan sesi temubual bersama seorang guru pendidikan khas Sekolah Padang Kemunting, Kuala Terengganu. Selepas sesi intervensi, dapatan kajian menunjukkan berlaku pengurangan masalah tingkah laku agresif responden berbanding dengan rekod sebelum dikenakan intervensi timeout. Intstrumen pertama dalam kajian ini iaitu senarai semak tingkah laku digunakan sebelum sesi intervensi dan selepas intervensi dijalankan. Rekod senarai semak sebelum intervensi dijalankan menunjukkan masalah tingkah laku agresif responden adalah sebanyak 77.8 %. Selepas intervensi dijalankan dalam kajian ini iaitu sebanyak tujuh (7) kali, dapat dilihat berlaku pengurangan masalah tingkah laku agresif responden kepada 33.3%. Secara keseluruhannya, berlaku pengurangan masalah tingkah laku agresif sebanyak 44.5% dan

ianya dapat dilihat dengan membandingkan rekod senarai semak sebelum intervensi dan selepas intervensi. Cadangan pertama, memperluaskan skop kajian dengan menambah bilangan responden. Menjalankan kajian kepada responden yang berlainan kategori seperti down sindrom, masalah pembelajaran dan spastik. Hal ini untuk mendapatkan dapatan kajian yang berlainan dan dapat dibandingkan antara satu sama lain. Keberkesanan peneguhan timeout ini juga dapat dibuktikan dan dipertingkatkan lagi dengan penglibatan responden yang berlainan kategori. Cadangan seterusnya, pengkaji perlu menambah instrumen kajian seperti melakukan soal selidik dan analisis dokumen. Instrumen ini dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan lebih banyak data mengenai perubahan tingkah laku responden. Data yang diperoleh dianalisis dengan lebih mendalam untuk mendapatkan dapatan kajian yang lebih tepat dan jitu.

SENARAI RUJUKAN
Alberto, P., Heflin, L.J., & Andrews, D. (2002). Use Of The Timeout Ribbon Procedure During Community-Based Instruction. Behavior Modification, 26, 297-11. Azizi Yahaya & Faizah Idris (2010). Tingkah Laku Agresif, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, diakses pada 25 April 2012 dari http://eprints.utm.my/10365/1/TINGKAH_LAKU_AGRESIF.pdf. Azizi Yahaya & Muhamad Jumat Aliju (2010). Teori-Teori Tingkah Laku Negatif, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, diakses pada 25 April 2012 dari http://eprints.utm.my/10389/1/29.9_Teori-Teori_Tingkah_Laku_Negatif.pdf Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bin Bahari (2010). Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, diakses pada 25 April 2012 dari http://eprints.utm.my/10403/1/30.9_Teori Tingkah_Laku_Berisiko.pdf K.A. Razhiyah (2009). Apa Itu Autisme?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Patricia M. Gillispie (2005). Diverting Disruptive Behavior, diakses pada 25 April 2012 dari http://www.nefstem.org/project/final_reports/Gillispie.pdf Rosinah Edenin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Dan Penulisan, Freemind Horizons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Saadah Sumrah, Salwan Sudirman & Roslee Ahmad (2008). Kaedah Menangani Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, diakses pada 25 April 2012 dari http://eprints.utm.my/6290/1/SaadahSumrah2008_KaedahMenanganiKanakkanakBermasal ahTingkahlaku.pdf Tim Knoster, Tricia Wells, & Kevin C. McDowell di edit oleh Suana Wessendorf (2007). Using Timeout in an Effective and Ethical Manner, Iowa Department of Education.

Wolf T. L., McLaughlin T. F. & Williams R. L. (2006). Time-Out Interventions And Stratergies: A Brief Review And Recommendations, International Journal Of Special Education, 21.
Yusof Boon & Jamaludin Ramli (2008). Remaja Dan Tingkah Laku Agresif, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Anda mungkin juga menyukai