Anda di halaman 1dari 5

1a. MENGAPAKAH DISIPLIN PENTING KEPADA SESEORANG MURID?.

JELASKAN
TENTANG SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)?

Murid-murid yang berdisiplin akan mewujudkan keadaan yang lebih selesa di dalam kelas.
Mereka akan sentiasa menjaga tingkah laku daripada melanggar peraturan sekolah seperti
berbuat bising, bergaduh, membuli dan seumpamanya. Keadaan ini juga dapat
mengelakkan mereka daripada mendapat masalah seperti di denda oleh guru, tidak
dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya yang boleh menganggu pelajaran
mereka. Murid-murid yang menjaga disiplin juga kebiasaannya akan cemerlang dalam
pelajaran. Sudah pasti murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka
terkawal. Keadaan ini membolehkan mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya
kepada pelajaran serta akan mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan mencerahkan masa depan
mereka.

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan yang mementingkan Amalan Baik
sebagai usaha menggalakkan pembentukkan nilai murni dalam kalangan murid. Sistem ini
terbahagi kepada 2 (dua) bahagian iaitu Amalan Baik dan Salah Laku Disiplin. Tingkah laku
yang positif atau baik akan direkodkan dalam sistem sebagai Amalan Baik. Manakala
tingkah laku negatif atau tidak baik direkodkan sebagai Salah Laku Disiplin.

Terdapat 8 (lapan) jenis tingkah laku yang boleh direkodkan sebagai Amalan Baik iaitu

 Menzahirkan mana-mana amalan baik


 Sukarela membantu guru
 Melaporkan kes salah laku
 Melaksanakan kerja landskap atau taman
 Mengemas atau menyusun atur bilik khas
 Membersih kawasan atau bilik khas
 Kerja-kerja mengecat
 Menyertai aktiviti luar dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pihak Unit Disiplin & Pengawas amat menggalakkan supaya semua murid sentiasa
menunjukkan sikap dan tingkah laku yang positif supaya dapat direkodkan dalam SSDM.
Pihak Unit Disiplin & Pengawas juga amat berharap agar tingkah laku negatif dapat
dikurangkan dan seterusnya menjadikan suasana sekolah lebih menyeronokkan.
1b. PILIH DUA ARTIKEL YANG BERKAITAN DENGAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
MURID-MURID SEKOLAH. BERIKAN ULASAN ARTIKEL TERSEBUT.

Berdasarkan jurnal Perbaikan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-Kanak Sekolah Rendah


Melalui Terapi Kognitif–Tingkah Laku (2017) ditulis oleh Johari Talib. Seramai 50 orang
murid terpinggir telah diberikan perhatian melalui bimbingan kerja rumah, kaunseling
individu, kaunseling kelompok, terapi muzik dan lukisan, serta mengikuti kem motivasi
pada hujung minggu. Pada masa yang sama, ibu bapa murid turut diberikan khidmat
kaunseling secara kelompok dan individu serta bimbingan keibubapaan. Dalam tempoh tiga
bulan program ini dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang ketara bagi konsep kendiri
kanak-kanak, tingkah laku masteri dalam bilik darjah dan pencapaian murid yang lebih
memberansangkan dalam tiga subjek yang diukur, iaitu, bacaan, matematik dan Bahasa
Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid yang mempunyai pencapaian
sederhana dalam pelajaran di sekolah boleh mengalami penambahbaikan tingkah laku
dan peningkatan pencapaian akademik jika diberi perhatian sewajarnya. Ini juga boleh
menolak tanggapan bahawa golongan murid yang sederhana pencapaian mereka
dalam akademik merupakan kumpulan kanak-kanak yang boleh mencacatkan reputasi
keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Proses penambahbaikan terhadap golongan murid yang bermasalah dan terpinggir


daripada sistem persekolahan semasa pada hari ini perlu melibatkan banyak pihak
yang digembeling secara bersama. Kajian ini menunjukkan bahawa pihak yang perlu
dilibatkan dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian diri murid berpencapaian
sederhana dan lemah ini termasuklah guru, kaunselor, ibu bapa dan pihak penaja luar yang
bermurah hati untuk menaja sumbangan. Walaupun dalam kajian ini terdapat angkubah
yang diukur menunjukkan pencapaian nilai penambahbaikan yang kecil sahaja (seperti
pencapaian skor subjek matematik), tetapi fonomena ini menjelaskan tentang keperluan
responden terhadap proses penilaian yang lebih panjang dan berterusan sejajar dengan
cadangan Kendall et. al (2005) dan Freemont (2003).

Berdasarkan jurnal Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan


Kaedah Ganjaran Dan Hukuman Untuk Murid-Murid Tahun 3 (2015) Dikarang Oleh Ngu
Mee Kok. Kajian yang dijalankan pada tahun 2012 ini bertujuan untuk untuk menilai
bagaimanaKaedah ganjaran dan hukuman dapat membantu meningkatkan
keberkesanankawalan kelas. Pengkaji juga menyatakan dalam konteks pendidikan, tingkah
lakubermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh
menjejaskankelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik
darjah. Maka, kaedah ganjaran dan hukuman telah digunakan bagi membantu
meningkatkankeberkesanan kawalan kelas. Fokus kajian pengkaji adalah berkaitan dengan
kawalankelas dari segi modifikasi tingkah laku yang bermasalah dalam kelas. Pengkaji telah
menggunakan kaedah mixed method iaitu kaedah kualitatif dan jugakuantitatif telah
digunakan untuk kajian ini. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, soal-selidik dan
temubual. Data-data yang dikumpul kemudian dianalisis dari segikandungan dan pola.
Penyemakan data yang telah dikumpul dan dianalisis puladilaksanakan melalui traingulasi
kaedah, masa dan sumber.

Sepanjang penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah mendapati bahawa murid-


muridtahun tiga telah menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku negatif dalam
kelaskepada yang positif ekoran penggunaan kaedah ganjaran dan hukuman. Hasil
kajianmenunjukkan kaedah ganjaran dan hukuman yang dilaksanakan adalah berkesan
danberupaya untuk membantu pengkaji dari segi kawalan kelas. Kaedah ganjaran
danhukuman ini turut meningkatkan minat murid-murid dalam sesi P&P.

1c. KUMPUL SEKURANG-KURANGNYA 20 SURAT PEKELILING IKHTISAS YANG


BERKAITAN DENGAN DISIPLIN MURID DI SEKOLAH.

 Kertas Maklumat Pelaksanaan Sistem Bimbingan Taulan


 Garis Panduan Memantapkan Budaya Membaca
 SPI Bil 6A/1975 Disiplin Murid-murid Menghisap Rokok
 SPI Bil 4/1978 Acara Suai Kenal Di Sekolah
 SPI Bil 1/1983 Kempen Anti Merokok Di Sekolah
 SPI Bil 9/1995 Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas UPSR
 SPI Bil 6/1995 Menangani Masalah Ponteng Sekolah
 SPI Bil 4/1996 Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman
 SPI Bil 6/1997 Amalan Kebersihan Di Sekolah
 SPI Bil 4/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
 SPI Bil 5/1997 Sekolah Kawasan Larangan Merokok
 SPI Bil 2/1999 Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
 SPI Bil 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Sekolah
 SPI Bil 4/2002 Pelaksanaan Sekolah Selamat
 SPI Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Terima Kasih
 SPI Bil 7/2003 Kuasa Guru Merotan
 SPI Bil 3/2004 Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah
 SPI Bil 1/2005 Memantap Budaya Membaca
 SPI Bil 5/2005 Pelaksanaan Sistem Taulan
 SPI Bil 10/2005 Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
 SPI Bil 6/2006 Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid
 SPI Bil 3/2007 Panduan Pelaksanaan Sistem Bimbingan Taulan
 SPI Bil 5/2007 Garis Panduan Lawatan Murid

2. MERUJUK KEPADA CONTOH KES DISIPLIN YANG ANDA PILIH, BINCANGKAN


STRATEGI PENYELESAIAN DENGAN MENGGUNAKAN MODEL PENGURUSAN
DISIPLIN ASERTIF CANTER, MODEL PENGURUSAN DISIPLIN MODEL PENGURUSAN
KELOMPOK KOUNIN, MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH THOMAS GORDAN DAN
MODEL BEYOND DISCIPLINE ALFIE KOHN.

Langkah-langkah menangani isu mengganggu rakan kelas atau membuli ialah penyelesaian
konflik yang berkesan yang merupakan salah satu sumbangan Thomas Gordon kepada
pengurusan disiplin dengan kaedah penyelesaian konflik yang berkesan di dalam bilik
darjah. Konflik akan dapat diselesaikan dengan berkesan apabila dua pihak yang berkonflik
(guru dengan murid atau murid dengan murid) berbincang bersamasama resolusi kepada
konflik yang dihadapi dan berpuas hati serta mencapai persetujuan bersama dalam
menyelesaikan konflik tersebut. Elemen utama dalam penyelesaian konflik dengan berkesan
ialah mencapai persetujuan penyelesaian antara dua pihak yang berkonflik yang
memuaskan hati kedua-duanya. Contohnya, apabila murid mengganggu atau membuli
rakan kelas bertengkar, guru memanggil kedua-duanya dan bertanyakan terus masalah
mereka, “Cuba kita fikirkan apa yang kita boleh lakukan supaya awak berdua boleh
bertingkah laku baik?". Perbincangan seterusnya adalah mencari jalan keluar agar mereka
tidak bertengkar dan menghalangi mereka merasakan bahawa guru hanya memberi
pertimbangan berat sebelah atau seseorang kalah dan menang. Dalam sesuatu konflik atau
masalah, fokus utama bukan untuk mencari orang/ individu yang bersalah atau tidak
bersalah tetapi cara untuk memulih atau memperbaiki hubungan kedua-dua pihak supaya
masing-masing sedar akan kesilapan mereka.

Model pengurusan disiplin Asertif Canter merupakan model pengurusan disiplin yang
efektif dalam menangani kes disiplin seperti isu mengganggu rakan kelas atau membuli.
Menurut Asertif Canter percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai apabila akibat atau
tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-
murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan mendera
murid secara fizikal atau psikologi, walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan
menimbulkan rasa kurang selesa murid. Hal ini, Asertif Canter menegaskan bahawa tujuan
tindakan pembetulan adalah untuk memberikan keadilan kepada semua pelajar dan
tindakan itu harus konsisten. Contohnya, guru perlu mengambil tindakan pembetulan
terhadap murid yang mengganggu rakan kelas atau membuli rakan lain dan murid tersebut
perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka
bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini harus
dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai