Anda di halaman 1dari 22

DisiplinAsertif

Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh
guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin
asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya.
Pengenalan
Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan
tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar
dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan.
Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk
mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut
merupakan cara-caranya.
Menetapkan peraturan
Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut
Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih
tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang
kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan
bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang
jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama
menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan
adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah,
akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil
berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah
satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks
Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan
yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah
cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas
sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di
bersebelahannya.
Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi
kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam
kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan.
Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri
supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.
Peneguhan
Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin
Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan
seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar

peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid


sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.
Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan
menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang
ditetapkan. Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak
menghantar kerja rumah mereka.
Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah
dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah
dalam masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus
mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada
masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain
dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak
menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat,
sesetengah murid yang tidak menghantar atau menyiapkan kerja rumah akan
berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau
menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan
oleh guru.
Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif
terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru
memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan
menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar
mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir
murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja
rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin
sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat
dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan.
Pendekatan asertif
Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin
bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang
mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada muridmuridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap
tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan
menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh
murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku
yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah
kegagalan.
Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan
diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut.
Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau
melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang
munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan
secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan
apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.
Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau
tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid
serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan
dengan jelas dan tegas. Contohnya, peraturan kelas kita ialah angkat tangan
unutuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu
akan memanggil awak. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin
hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah
dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran
pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.
Tindakan pembetulan
Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada
murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau
psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa
kurang selesa murid.
Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan
kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan
hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa
disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn
peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.
Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana
pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil
tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila
salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan
itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan
berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan
pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada
sebelumnya.
Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam
pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan,
pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara-cara ini
diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah
disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan.

Pengenalan tingkah laku dan emosi kanak-kanak


Tingkahlaku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun
saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan
tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanak bersifat telus
sehingga ia boleh menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah.
Carl Rogers (1999) menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai
konsep diri yang positif maka berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih
yakin.
Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik pula ,
tingkah laku adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya t/laku adalah apa sahaja yang
diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Menurut Lewis M.Beaker(2001) tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai
tertentu.
Menurut Al-Ghazali tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri iaitu setiap tingkah laku
manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan atau motivasi itu
berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya didorong oleh keperluan fisiologi
atau emosi seperti rasa lapar atau cinta kepada Allah.
Emosi pula adalah suatu ekspresi perasaan atau naluri yang kuat seperti
gembira, sedih, marah, sayang, cemburu dan lain-lain. Perasaan ini pula selalunya
akan diluahkan melalui tingkah laku sama ada tingkah laku positif mahu pun negatif.

1.0.

MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.1.

Model Asertif Center (1976)


Model Asertif Lee Center (1976) menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai
satu langkah mengurus tingkah laku murid. Peranan guru adalah memastikan
semua murid dapat mengikuti segala peraturan agar sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Dengan cara ini, guru dapat mengajar
tanpa sebarang gangguan manakala murid dapat belajar dengan selesa.
Guru yang asertif adalah tidak pasif dan juga tidak agresif. Tetapi guru asertif
adalah guru yang konsisten dan tegar dalam mengambil tindakan yang sesuai ke
atas tingkah laku murid berpandukan peraturan yang telah digariskan. Model ini

lebih kepada menghukum murid jika melangggar peraturan. Sebagai contoh, guru
mencatat nama murid yang suka mengganggu guru ketika sedang mengajar dan
kemudiannya memangggil penjaga murid datang ke sekolah untuk berjumpa guru.
Mungkin cara ini berkesan hanya untuk seketika dan bersifat luaran. Kebanyakkan
murid prasekolah keliru jika model pengurusan Center ini dijalankan di sekolah. Ini
kerana mereka tidak jelas mengenai kesalahan sebenar yang mereka lakukan.
Tambahan pula, disiplin yang ditekankan hanyalah berkesan jika ia berada di
sekolah kerana takut dihukum. Mereka tiada kesedaran dalaman dan tidak
membantu murid bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.
1.2.

Model Terapi Glasser


Model ini adalah suatu pendekatan motivasi dalaman yang membimbing kanakkanak ke jalan yang dipilih. Pembimbing akan memberi pilihan uuntuk murid memilih
dan memberitahu risiko dan akibat pilihan tersebut. William Glasser percaya bahawa
sekiranya keperluan kanak-kanak dipenuhi, kanak-kanak tidak akan melanggar
peraturan. Ini bermakna jika sekolah dan keluarga memenuhi keperluan kanakkanak, mereka akan berasa dihargai dan selamat. Keperluan yang dimaksudkan
oleh Glasser adalah kuasa, kebebasan dan berjenaka atau keseronokan.

1.3.

Sekolah harus melibatkan murid dalam memilih sesuatu perkara. Contohnya


guru harus bertanyakan mengenai bahan bantu mengajar yang akan digunakan
pada esok hari. Murid akan berbincang secara bimbingan guru sama ada
menggunakan aktiviti permainan, LCD, kad imbasan dan sebagainya. Mereka akan
mempunyai perasaan memiliki( sense of belonging)dan seterusnya seronok dalam
pembelajaran. Begitu juga dengan peraturan dalam kelas, kanak-kanak harus
dilibatkan dengan penggubalan peraturan kelas serta membuat perjanjian kelas
akan menuruti segala peraturan yang dibuat. Peraturan yang dibuat bersama akan
membuatkan murid berasa bertanggungjawab kerana mereka telah menggubal
sendiri peraturan tersebut. Tanamkan semangat cintakan kelas melalui pelbagai
aktiviti seperti menghias kelas. Cara ini dapat mewujudkan rasa memiliki dan murid
akan sayang kepada kelas. Kesan posotif daripada itu, guru akan kurang
mengenakan hukuman manakala murid akan seronok ke sekolah setiap hari.
Model Ginott
Ginott percaya bahawa pengelolaan iklim mempengaruhi tingkah laku. Beliau
memperkenalkan 6 konsep dalam model ini iaitu berkomunikasi dengan murid,
menggalakkan disiplin kendiri, tidak melabel murid, tidak menilai murid terlalu awal,
menyebut nama murid dan menggalakkan penglibatan murid.
Menurut Ginott, guru perlu menggunakan bahasa atau arahan yang jelas
serta bersopan. Komunikasi adalah kunci kepada hubungan guru dan murid. Murid
akan berasa selesa dan dihargai meskipun mereka telah membuat salah. Murid
akan berusaha untuk belajar daripada kesilapan jika guru memahami situasi murid.
Ginott juga berpendapat, guru harus mengelakkan hukuman terhadap murid
sebaliknya bercakap dengan murid yang bersalah. Guru juga dinasihatkan agar tidak
menggunakan kata-kata kesat apabila murid melakukan kesalahan kerana ini akan
menimbulkan dendam terhadap guru. Murid harus dibimbing daripada dikritik atau

dipersalahkan. Ini kerana mereka masih keliru dengan perkaran yang dilakukan
sama ada ianya betul atau salah. Murid juga akan berasa gembira dan dihargai
apabila guru memangggil namanya dan bukannya dengan panggilan kamu,awak
atau kau. Elakkan melabel murid contohnya Tina, mana buku latihan awak?Awak
ni pemalas la!. Kata-kata ini akan menyebabkan murid merendah diri dan
menganggap kata-kata guru itu benar. Kesannya, esok dan seterusnya murid itu
tidak melakukan kerja rumah dan enggan ke sekolah kerana percaya bahawa dirinya
malas. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan yang perlu dilalui
sepanjang hayat.
1.4.

Model Bandura
Bandura percaya bahawa manusia belajar daripada pemerhatikan dan peniruan
perlakuan orang lain. Pemerhatian model penting dalam pembelajaran. Peneguhan
dalam pemodelan dapat mendorong pembelajaran. Dalam uji kaji anak patung Bobo,
jelas menggambarkan bahawa kanak-kanak adalah insan yang suka meniru. Jika
kanak-kanak sering melihat tingkah laku agresif, kemungkinan besar kanak-kanak
itu juga agresif. Begitu juga sebaliknya. Dalam uji kaji tersebut kanak-kanak yang
melihat seorang dewasa memukul anak patung tersebut akan memukul 2 kali ganda
kuat dan kasar daripada model tersebut. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak
mempunyai model hanya berdiam diri sahaja tanpa mengapa-apakan patung
tersebut. jelaslah bahawa guru dan orang dewasa harus menjadi contoh yang baik
dalam mengacu tingkah laku positif kanak-kanak. Jika ibu bapa seorang yang
santun dan berbudi bahasa, maka anak mereka juga akan meniru kesantunan ibu
bapanya.
Saya juga membuat pemerhatian ke atas jiran dan sepupu saya untuk membuktikan
bahawa teori Bandura ini adalah benar. Jiran saya mempunyai ibu yang sangat
garang, suka menjerit, mencari kesalahan anak sendiri dan menghamburkan katakata tidak enak kepada anak-anaknya jika melakukan kesalahan. Kesannya
kesemua anaknya suka menjerit dan menangis. Sebaliknya sepupu saya yang
mempunyai lima orang anak sungguh sabar dengan kelakuan anaknya. Sepupu
saya bercakap dengan nada yang rendah serta berbudi bahasa dengan anakanaknya. Jika anaknya melakukan kesalahan, si ibu akan bercakap dengan nada
yang tegas tetapi dengan bahasa yang santun. Alhamdulillah anak-anaknya juga
santun dan beradab serta menutup aurat meskipun masih kecil.

Model-model Disiplin Bilik Darjah

1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion
keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru
hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru
dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar
dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba
serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani
untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan
persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca
utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah
jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui
pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah
laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model
Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai
panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.
2.0 KONSEP DISIPLIN
Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud
mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus
Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan
bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah
latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku.
Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan
membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin
merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan
mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah
adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur
dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut
ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh
dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif..
Model-model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin
Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model
Terapi Realiti Glasser

2.1 Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner


Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh Skinner. Model ini
menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk
meningkatkan

tingkah

laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel,Pengurusan

Bilik

Darjah, 2008 ). Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan
sokongan di atas apa yang dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan
tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif pula berlaku apabila
rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk
meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya
menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi. Dendaan
adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya
tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang
membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada
pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh
dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu
tingkah laku yang diingini ditunjukkan.
2.2 Model Disiplin Asertif Canter
Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive
Discipline: A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini berasaskan
peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa
peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan
ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan
bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Canter menekankan
tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan
perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti
hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran
pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak
murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam
bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat
pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru
asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru
yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan
tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid
yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model

Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan


Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:
Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan
kepada murid-murid:
bertindak tenang
konsisten
Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.
Beri peluang murid luahkan perasaan.
Teguran langsung kepada murid peringkat rendah
Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.3 Model Akibat Logikal Dreikurs


Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik
darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang
ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu
juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu
dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri
perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah:
1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan
cara yang salah.
2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai
bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.
3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan
bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti
punca kelakuan mereka.
4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif
sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah
dan tidak upaya.
Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah
menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu
kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid
tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke
atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.
2.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin.
Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah
iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan

karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak
- apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri
teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala
matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat
perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara
tersebut ialah:
1) Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih
aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.
2) Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan
tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.
3) Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan
pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.
4) Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.
5) Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada
respons seorang murid sedang diberikan.
6) Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa
penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.
Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti
berikut:
Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku
rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan
riak (ripple effect).
Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam
setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang
dicipta oleh Kounin.
Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan
momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan
dengan berkesan.
Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin
setiap

individu

mempunyai

akauntibiliti

dalam

pembelajaran,

dan

memastikan

pembelajaran optimal berlaku.


Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau
kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.
2.5 Model Terapi Realiti Glasser
Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti.
Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika
berumur

19

tahun,

Glasser

telah

mendapat

ijazah

pertamanya

dalam

bidang

kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah
menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang
dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan
melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan
bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada
teknik dan konsep terapi realiti.
Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:
Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.
Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya
diberikan bimbingan dan sokongan.
Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk
persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk
mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru
perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah
laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan
yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan.
Guru juga perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki
membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika
tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah.
Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia
mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk
berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.
Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:

Membantu murid membuat pilihan yang wajar

Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi

Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau

Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku


mereka

Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku

Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN


Peranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan
berkembangnya dunia pendidikan era ini. Masalah-masalah disiplin sering berlaku di
dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi

melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif
seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan
segera dan pantas.
Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan respons ketika
sesi soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada guru,
sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru menggunakan beberapa langkah
yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui model-model
pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai seorang guru,
terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik atau mengadunkan
model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik dalam mengawal masalah
disiplin murid di dalam kelas.
Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru
dalam menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara
guru dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan
pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,
3.1 Membina hubungan positif antara guru dan murid.
Building meaningful and genuine relationships with and among your students is an
essential aspect creating a learning environment that support their learning and
promotes their positive classroom behaviour (McAdams & Lambie 2003; Schaps,2003).
Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil
bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina hubungan positif dengan
murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan sepertimana turut
disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan
emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini
membuatkan murid merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam
menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah,
hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada guru. Menurut Good dan
Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan muridmuridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru akan dipandang tinggi
oleh murid-murid dan membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh
yang demikian mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas.
Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini
kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik antara
guru-murid akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat
dengan guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu guru dapat

membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar sekaligus mengurangkan masalah


disiplin.
Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama
murid dan panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya tidak
memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan
menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh
mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah Kamu yang pakai
cermin mata tu........ atau Poh Bedah, banyak sangat ye kamu bercakap...... atau
Awak yang mata sepet tu....... Sebaliknya berlaku pabila guru mentgingati nama murid
dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka akan merasakan guru
sedar akan kewujudan mereka didalam kelas disamping menunjukkan usaha guru untuk
mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini
akan menolong guru untuk mengawal tingkah laku murid didalam kelasnya.
Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif
antara guru-murid sekaligus membantu guru untuk menangani masalah disiplin di dalam
bilik darjah ialah guru menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap mengambil
berat

tehadap

keperluan

murid-muridnya.

Kebiasaannya

murid-murid

melakukan

masalah disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan muri-murid gagal


memenuhi keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah rasa dipunyai dan
disayangi. Menurut Glasser kebanyakan perencanaan pengurusan bilik darjah berlaku
dengan salah sebagaimana yang beliau katakan, We are far too concerned

with

discipline, with how to make student follow rules, and not enough with concerned with
providing the satisfiying education that would make our ever concerned with discipline
unnecessaray.

Oleh itu hubungan baik antara guru-murid adalah amat penting bagi

memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan membantu dalam mengurangkan


masalah dalam bilik darjah.
Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu
mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser iaitu
mengkritik, suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat berleter,
suka

mendenda

dan

kerap

memberikan

ganjaran.

3.2 Menetapkan set peraturan bilik darjah.


Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang
dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi
asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah laku

yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu
bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke semasa,
guru boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada peraturan asas
tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan dikuatkuasakan
kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan
tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah
laku. Oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu
murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran
yang kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah
yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang
yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya,

guru

kelas

Tahun

Tiga

Merah

dan

murid-muridnya

bersama-sama

menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah
mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan
dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan
rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang
dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah.
Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira
pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru
menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil
berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan
mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang
akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan
mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, muridmurid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi
kesalahan yang dilakukan oleh Sally.
Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa
membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah
ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami dan
mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang
dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas
dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini
akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian
daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Disamping memberi peluang
kepada guru untuk mengambil kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang
kepentingan peraturan bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu mengambil perhatian
terhadap bilangan peraturan. Peraturan metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan

yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah
diselarikan dengan peraturan sekolah. Contoh peraturan ialah :
Peraturan Kelas 2 Amanah
a) Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain
b) Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.
c) Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.
d) Menepati masa.
e) Menjaga kebersihan bilik darjah
f)

Mematuhi peraturan sekolah.

3.3 Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.


Langkah

seterusnya

merupakan

langkah

yang

penting

bagi

memastikan

peraturan yang telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana
dengan berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan
pengurusan disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam Model
Asertif Canter. Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan pelan-pelan
pengurusan disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa peraturanperaturan tersebut diperlukan. Sebagai contoh guru menerangkan kepada murid bahawa
meniru kerja rumah rakanyang lain sebenarnya membawa kerugian kepada diri murid itu
sendiri. Mereka tidak dapat menguasai sub topik yang di ajar oleh guru. Terlalu kerap
meninggalkan bilik darjah pula akan mengakibatkan mereka ketinggalan maklumatmaklumat dan isi pelajaran yang penting. Seterusnya guru memberi penerangan
bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan. Contohnya guru menghadkan murid
ke tandas sekali sahaja untuk suatu mata pelajaran kecuali hal-hal kecemasan. Guru
perlu meastikan samada murid faham atau tidak peraturan yag telah di terangkan. Hal
ini kerana, jika murid tidak memahami peraturan yang telah ditetapkan, mereka mungkin
akan mengulangi kesalahan disiplin yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak
dapat di bentuk. Kemudian, guru memaklumkan tentang ganjaran yang diterima jika
mereka mematuhi peraturan bilik darjah. Pada peringkat ini guru boleh memberi
pengiktirafan bagi yang mematuhi peraturan dan mengenakan tindakan pembetulan
bagi kepada sesiapa yang melanggar peraturan sepertimana yang disarankan oleh
Canter. Canter mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk
mengenakan tindakan pembetulan kepada muri-murid antaranya ialah kenakan tindakan
pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang. Sebagai contoh, Firdaus
awak telah meniru kerja rumah Janah, kamu telah memilih untuk membuat 10 soalan
yang lain yang akan saya berikan. Seterusnya tindakan tersebut haruslah konsisten
iaitu tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh
mana-mana murid. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk meluahkan

perasaan. Murid-murid mungkin melakukan kesalahan akibat tertekan atau faktor luar
seperti masalah di rumah, mangsa penderaan dan sebagainya. Penguhan boleh diberikan
bagi mereka yang telah membuat perubahan tingkah laku.

Seterusnya, langkah

keenam untuk penerangan pelan pengurusan bilik darjah ialah guru perlu memastikan
lagi sekali kefahaman murid terhadap pelan tersebut. Untuk menerangkan kepada murid,
guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan
tindakan pembetulan. Pelan Pengurusan Bilik Dajah ini adalah bertujuan untuk
memastikan murid memahami mengapa peraturan ditetapkan dan untuk memastikan
murid faham bagaimana untuk melaksanakan peraturan tersebut dan apakah tindakan
yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini kerana, kadangkala masalah disiplin berlaku
bukan kerana murid tersebut nakal atau bermasalah sebaliknya mereka tidak tahu
bagaimana untuk melaksanakan disiplin dan tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh
sebab itu Pelan ini penting untuk diterangkan kepada murid-murid kerana ia akan
membatu mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Secara ringkasnya langkahlangkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:
Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.
3.4 Memberi teguran dan Kaunseling
Selain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk
peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut
Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan
kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah.
Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik
tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara umum.
Contohnya, 'Ali beri tumpuan. Nyatakan dengan lebih spesifik, Ali berhenti bercakap
dengan Atan, dan beri respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi. Guru juga
perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara satu sama lain
tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan
peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti meniru kerja rumah dan
menipu dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan disiplin
seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu menyelidik bagi
mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak berubah kepada tingkah
laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model Dreikurs yang menekankan supaya
guru mengenal pasti punca masalah tingkah laku. Apabila guru telah berjaya mengenal
pasti punca murid-murid melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah
seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan
berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah

dikemukakan oleh Glasser dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini, guru
perlu membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan guru
untuk bertanya murid beberapa soalan seperti Apakah yang telah kamu lakukan yang
telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah? , Apakah yang patut kamu
lakukan sebenarnya? , dan Adakah perlakuan kamu boleh membantu kamu atau kelas
kamu?

Hal ini kerana, William Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang

ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses that
student must make value judgement about what they are doing. Until they realize that
what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of their behavior.Guru
perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap
individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa
proses kaunseling itu guru perlu murid perlu membantu murid untuk menilai apa yang
telah mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah salah.
3.5 Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah
Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah
disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran
dan pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru
menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah
kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada
beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama. Mereka
saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling
bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan
tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai
atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut
berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk
membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif,
maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang
bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan
bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca
daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh
mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, guru
perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yangmana dapat
mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk
dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti
bertanyakan soalan-soalan berikut:
a) Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?
b) Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?

c) Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?


Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam bilik
darjah contohnya:
Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan baik
dan rakan untuk menjalankan aktiviti.
Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai
contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai sahabat
yang baik dan disukai.
Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu sama
lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai.
Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain
juga tidak memilih dia sebagai sahabat.
Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid lain
mengatakan bahawa dia tidak disukai.
Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan
kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru
untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan
membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau
semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun dinamika positif
akhirnya

masalah

disiplin

yang

boleh

menganggu

proses

pembelajaran

dan

pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya dalam mengajar tahun 2 di
Sekolah

Kebangsaan

Tanjng

Gahai,

pengalaman berasaskan sekolah,

Kuala

Lipis

semasa

menjalankan

program

terdapat seorang murid yang selalu menganggu

rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua
rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid
tadi. Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya
saya bertanya mengapa kamu menganggu dia?. Segala persoalan terjawab apabila
mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang
guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke
kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di
jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam
mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.
3.6 Kepelbagaian dalam pengajaran
Strategi

seterusnya

yang

boleh

digunakan

bagi

membantu

guru

dalam

menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik
darah ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan
berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah

tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan.
Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya
salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke
bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap
murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan
pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan
mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P dan
memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa
perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti
pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa
murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan muridmurid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada
timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum
pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam
aktiviti p&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan
pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar,
melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan
membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.
Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, guru
perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat
merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat
murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat
aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna
pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan
tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam
subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau
meransang keinginan murid untuk terus belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus
bermakna kepada murid agar mereka dapat memahami kepentingan topiktersebut
dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan
menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah
laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru
menggunakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru
boleh merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial
kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan
membentuk

teknik

dan

kaedahkaedah

menyeronokkan dan pelbagai.


3.7 Menggunakan modifikasi tingkah laku

pengajaran

dan

humanisme dalam
pembelajaran

yang

Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan
tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. Masalah tingkah laku secara
ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya
dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika
dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi
kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnyamenghalang
mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah. Oleh itu, saya
mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi tingkah laku seperti yang
disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang
sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang
negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah laku
negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan strategi bertindak,
merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi

mengikut plan

bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu dan memastikan
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku
negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku
positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim
bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik
untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman dan prinsip
peneguhan.

Pendekatan

ini

menjurus

kepada

elemen-elemen

luaran

untuk

mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini berbentuk peneguhanpeneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Terdapat dua jenis peneguhan yang ditekankan oleh Skinner iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku
operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai
ganjaran untuk mendorong muridmurid memberi tumpuan semasa belajar seperti
memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif
ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan
atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. Sebagai contoh, semua murid darjah
Enam Melur membuat dan menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat seorang murid
yang bernama Ali meniru kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising dan
menganggu rakan-rakan lain. Oleh yang demikian guru boleh memberi peneguhan
ppositif kepada murid-murid yang membuat tugasan sendiri seperti pujian dan boleh
juga memberi hadiah kepada murid yang menghantar tugasan paling awal. Dalam masa
yang sama, Ali yang merupakan seorang murid yang membuat bising, mengganggu
rakan dan meniru kerja rumah ini

di arahkan keluar dari kelas supaya aktiviti

pembelajaran murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Murid-murid lain yang
melihat keadaan itu pasti takut untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Ali.
Mereka pasti berusaha menyiapkan kerja rumah dengan usaha sendiri. Melalui
peneguhan positif dan negatif ini, guru dapat mengawal tingkah laku yang tidak diingini
dan membentuk satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas dari gangguan masalah
disiplin.
Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan memberi
dendaan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini seperti
meniru kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan sebagainya. Dendaan merupakan
tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku negatif.
Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar
peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh
memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan menukarkan tempat duduk atau
berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan
dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya
semula. Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin
akan menyebabkan hilang minat murid terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya
berpendapat, guru tidak boleh mengunaan teknik dendaan yang kerap di dalam bilik
darjah. Sebaliknya ia dikenakan apabila keadaan sudah tidak terkawal lagi seperti
mendenda murid tersebut berdiri di luar kelas kerana sering datang lambat ke kelas
walaupun telah diingatkan beberapa kali atau murid tersebut lewat melebihi setengah
jam. Teknik seterusnya dalam modifikasi tingkah laku ialah reverse psyclogy yang
merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.
Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta
mengenali

sikap,

pandangan

dan

pemikiran

dalamannya.Tujuannya

ialah

untuk

menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah
laku yang baik. Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan satu cadangan
yang amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif kepada positif sekaligus
mengurangkan masalah disiplin. Namun begitu bagi mengubah tingkah laku yang tidak
diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.
4.0 Kesimpulan
Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak
bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting.
Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian muridmurid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru
perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat
pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik

darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepadaguru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan
strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat
memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi
sepanjang hidup murid tersebut.

Anda mungkin juga menyukai