Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pendahuluan Teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) memainkan peranan penting dalam meguji keberkesanan proses memberi dan menerima maklumat di antara guru dan murid. Dalam kelas Kemahiran Hidup, sesi P&P berpusatkan pada murid dan berkonsepkan amali. Konsep amali adalah kaedah yang bersifat praktikal dan teknik P&P yang boleh digunakan dalam semua matapelajaran. Guru dapat mengaplikasikannya megikut objektif yang ingin dicapai dan yang perlu dipenuhi. Dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, guru adalah pembimbing dan pemberi maklumat kepada pelajar. Kaedah yang sesuai dalam matapelajaran Kemahiran Hidup tidak akan menentukan keberkesanan proses P&P, tetapi teknik yang digunakan juga harus sesuai dengan keadaan kelas dan pelajar. Kaedah Kontekstual adalah bukan perkara baru bagi guru. Kaedah ini sesuai untuk matapelajaran Kemahiran Hidup dan mudah bagi murid untuk memahami dan mengaplikasikan perkara yang diajar.

2.0 Konsep dan Definisi Pembelajaran kontekstual merupakan satu modal yang bersifat dinamik kerana sifatnya yang terbuka. Menurut Mok Soon Sang (2005) pembelajaran kontekstual merupakan aktiviti pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran berasaskan KBSR (Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah) atau KBSM (Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah) dengan pengalaman harian murid sendiri di dalam sekolah dan alam sekitar. Kaedah ini melibatkan penggunaan deria dan pengalaman secara langsung murid supaya mereka dapat belajar dengan lebih berkesan dan efisien. Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah dan diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah.

3.0 Kaedah Pembelajaran Kontekstual Terdapat lima kaedah utama yang penting dalam kaedah pembelajaran kontekstual. Kaedah ini dapat diaplikasikan oleh guru berdasarkan perkara yang ingin disampaikan kepada murid. Bukan semua kaedah ini digunakan dalam kelas dan kaedah ini bergantung dengan fokus yang guru in gin spesifikasikan. REACT adalah nama singkatan bagi kaedah-kaedah pembelajaran kontekstual dan akan dijelaskan berdasarkan ciri-ciri dan kepentingan kaedah tersebut dalam konteks pengajaran.

3.1 Relating (Menghubungkait) Pembelajaran kontekstual menekankan kepentingan murid berupaya untuk menghubungkaitkan pengetahuan yang mereka peroleh dari kelas dengan pengalaman hidup. Murid muda adalah lebih berminat untuk mengikuti kaedah ini dan minat itu akan berkurangan bergantung kepada usia murid tersebut. Usia dan minat murid menjadi faktor kepada keberkesanan kaedah ini. Faktor ini akan memberi guru cabaran untuk mengajar murid menggunakan kaedah ini.

Tumpuan dan ciri penting dalam kaedah ini adalah proses mengaplikasikan pengalaman persekitaran murid dan keupayaan murid untuk menghubungkaitkan pengalaman dengan pengajaran dalam kelas dan ilmu baru yang guru berikan semasa kelas. Apabila murid mempunyai kesukaran untuk menghubungkaitkan pengalaman dan pembelajaran, mereka tidak akan belajar perkara baru dan kemungkinan akan keliru mengenai perkara yang diajar di dalam kelas.

3.2 Experiencing (Mengalami) Perkara baru sentiasa akan menarik minat murid untuk mengenali dan belajar dengan lebih teliti. Kaedah ini menekankan proses menghubungkait pengalaman dan pembelajaran dalam konteks eksplorasi penemuan dan reka cipta, terutamanya dalam kelas Kemahiran Hidup. Walaupun murid tertarik dengan penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) dan dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti meunujukkan video atau aktiviit berasaskan teks, kaedah pengajaran ini bersifat pasif dan tidak memberi murid peluang untuk mencuba perkara baru. Pembelajaran adalah lebih berkesan jika murid dapat memanipulasikan alatan dan bahan dan lakukan aktiviti penyelidikan secara aktif.

3.3 Applying (Mengaplikasikan) Dalam kaedah pembelajaran kontekstual, proses mengaplikasikan maklumat atau ilmu adalah salah satu kunci utama dalam pembelajaran secara berkesan. Proses pengaplikasian berlaku apabila murid mula melakukan latihan dengan maklumat yang diterima dan menghasilkan sesuatu melalui maklumat dan bimbingan yang diberikan oleh guru. Aktiviti mengaplikasi boleh dilakukan dengan teks, video, dan juga melalui projek amali. Lawatan ke kilang atau latihan kerja merupakan salah satu cara yang sesuai dan peluang bagi murid untuk mengaplikasikan kemahiran yang mereka peroleh dari guru.

3.4 Cooperating (Bekerjasama) Kerjasama di antara murid merupakan sesi pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi. Kaedah pembelajaran ini merupakan sesi P&P yang penting delam pembelajaran kontekstual. Komunikasi di antara satu sama lain bukan sahaja dapat membantu murid yang lemah dan sederhana dalam mempelajari bahan pengajian, malah kaedah ini konsisten dan selari dengan fokus dunia yang sebenar seperti teknik bekerja atau melaksanakan tugasan atau projek. Kaedah kontekstual bukan sahaja menyediakan dan membmbing murid dalam konteks pembelajaran, malah pengalaman hidup juga diambil kira kerana kemahiran berhubung dan berkomunikasi dapat melatih mereka menghadapi dunia pada masa hadapan.

3.5 Transferring (Memindahkan) Kaedah pemindahan maklumat merupakan kaedah yang memerlukan pembelajaran sesuatu maklumat dalm konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya atau menukarkannya berladaskan apa yang telah diketahui murid. Kaedah ini juga boleh dikaitkan dengan teknik Relating kerana teknik pembelajaran adalah berasaskan perkara yang lazim dan diketahui pelajar. Dalam sesi pembelajaran awal, murid akan menghadapi masalah kerana tidak ada pengetahuan awal atau tidak mempunyai pengalaman. Guru berperanan untuk menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman hidup murid dengan

pembelajaran baru yang telah diketahui murid.

4.0 Keberkesanan Penggunaan Kaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam P&P KHSR Dengan kaedah pembelajaran kontekstual yang menumpukan kaedah REACT dalam sesi P&P, hasil pembelajaran akan lebih efektif dan efisien terutamanya dalam kelas KHSR (Kemahiran Hidup Sekolah Rendah). Penggunaan kaedah REACT yang lebih menekankan penglibatan murid dalam sesi P&P berupaya untuk membantu mereka lebih memahami konsep atau perkara yang

diajar oleh guru. Penglibatan murid yang aktif dan kaedah pembelajaran yang merangkumi aspek aktiviti secara langsung melalui projek dan amali memberi peluang untuk murid mengaplikasikan pengalaman mereka dan seterusnya membolehkan mereka untuk mempelajari perkara baru dengan lebih efektif. Kaedah ini menekankan proses pembelajaran secara kendiri yang khususnya melibatkan kemampuan murid dan pengalaman hidup mereka. Dengan

mengaplikasikan kaedah REACT, guru dapat memantau murid sambil memberi mereka bimbingan yang mereka dapat faham dan guna dalam sesi pembelajaran mereka. Kaedah Pembelajaran Kontekstual banyak memberi murid peluang untuk menerokai perkara baru terutamanya dalam kelas Kemahiran Hidup. Penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman murid dan ajaran guru memberi kesan yang mendalam kepada hasil pembelajaran murid dan penggunaan kaedah ini dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai