Anda di halaman 1dari 3

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori

pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori
yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan
proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini
juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang
dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid
akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori
pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang
pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu
dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapatmerangsang ingatan
kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka
akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia ada.
Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di
prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajarandan
pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana
pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara
manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piagetmemandang kanak-kanak
sebagai pelajar yang aktifyang berkelakuan seperti saintismuda dan akan memperkembangkan teori
mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau
pun tingkat umur mereka.

Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehipengetahuan


mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melaluipersepsi mereka sendiri
berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia
akan membantu murid-murid semula tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama
sekali pengetahuan yang mereka milikiketika di prasekolah.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaranhendaklah disusun
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapatJean Piaget dalam teori
pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empattahap perkembangan kognitif Piaget
iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun),praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7
hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang
di sampaikan dalam prosespengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat
perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak
berbeza mengikutumur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan
danmenyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di
prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepadapengetahuan asas
tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut
peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajarmereka dengan menggunakan sukatan
pelajaran sekolah rendah.

Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada
jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus,
mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009),
pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks
hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar
mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi
bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab
neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan
langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah
pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi
pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan
tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak
balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan
pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian
masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang
hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di
peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif
yang rendah. Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh
menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan
bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke
arah pembelajaran yang lebih komples. Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari
alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam
kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan
catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid. Selain itu, kemukakan konsep
yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan
mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang
dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para
pelajar. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai
oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik dan mudah difahami. - See more at: http://www.sistemguruonline.my/2014/11/implikasi-
perkembangan-kanak-kanak.html#sthash.LBdMIOco.dpuf

Implikasi perkembangan kognetif terhadap pengajaran dan pembelajaran guru


dalam bilik darjah terhadap murid-murid adalah mengikut tahap masing-masing. Hal ini
kerana perkembangan kognetif pada setiap tahap umur adalah berbeza mengikut
kesesuaian pemikiran dan penerimaan mereka. Pada peringkat sensorimotor, kanak-
kanak perlu disediakan aktiviti mainan yang sesuai mengikut umur dan kemahiran
peniruan mereka contohnya aksi-aksi fizikal dan interaksi sosial dengan ahli keluarga.
Oleh itu, ibu bapa atau pengasuh memainkan peranan dalam meransang pemikiran
kanak-kanak pada tahap tersebut supaya mereka mampu menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran mereka serta mampu meneroka alam sekeliling mereka dengan
baik. Kebiasaanya kemahiran-kemahiran ini diperoleh secara spontan ataupun mengikut
pengalaman seharian ibubapa ataupun pengasuh tersebut. Tambahan pula ibu bapa
atau pengasuh perlu memberikan alat mainan yang sesuai dan lebih bermakna kepada
kanak-kanak tersebut contohnya patung permainan, alat permainan yang mengeluarkan
deria bunyi dan sebagainya. Hal ini kerana kanak-kanak pada tahap ini lebih banyak
bergantung kepada penggunaan deria dan kemahiran motor seperti memegang,
mendengar, melihat dan merasa untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya.

Pada peringkat praoperasi kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti bermain


dan lebih kepada memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai dan aktiviti
penyelesaian masalah. Kanak-kanak memerlukan banyak pengalaman hans-on yang
melibatkan kepelbagaian bahan dan penggunaan pelbagai deria iaitu multi sensori.
Selain itu, perlu banyak melaksanakan aktiviti minds on seperti banding beza ataupun
susunan seperti berat, tinggi ataupun panjang di dalam bilik darjah. Hal ini merupakan
pembelajaran seperti ini mampu meransang ciri egosentrisme yang terdapat dalam diri
kanak-kanak disamping guru dapat memberi penjelasan kepada kanak-kanak
memahami alam sekitar dari sudut yang berbeza. Implikasi ini disokong oleh Inhelder
(1969), seorang tokoh ilmuan psykologi yang terkenal serta menyokong teori
perkembangan kognetif Piaget yang berasal dari Switzerland. Iaitu ikap egosentrisme
kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui
perspektif mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai