Anda di halaman 1dari 2

Maksud falsafah

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas.
Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab ‫ فلسفة‬yang juga berasal
daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah".
Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

 Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas,


 Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah.
Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan.
Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita
akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah
itu sendiri

Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo
dan sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'.
Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan
hikmah'.
Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang
mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.

Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar
sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di lihat dari beberapa
pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat.
Selain dari itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli falsafah tentang makna falsafah
itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli
falsafah.

maksud pendidikan

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga
sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam:
pemberian pengetahuan,pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat
pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah


Negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi
peni ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan
kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas
penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak
kerajaan dalam sesebuah Negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.

Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang
berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah member
latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang
bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap
warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.

Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat
persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah
merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat -
menghormati.

Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : “Bacalah!!! Dengan Nama Tuhanmu
yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa peri pentingnya pendidikan kepada setiap umat
manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya Begitu
juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi bagi
setiap lelaki dan perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki
atau perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyai pendidikan.

Maksud guru

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru
ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990)
pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang
saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di
dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai