Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan secara mendalam konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan kepentingannya

kepada guru.

i) Konsep asas falsafah

Konsep asas falsafah terdiri daripada tiga aspek iaitu etimologi, termologi dan praktikal.

Dari aspek etimologi, falsafah dikatakan berasal dari perkataan Yunani iaitu philio
yang membawa maksud cinta dan Sophos yang bermaksud pengetahuan, hikmah dan
kebijaksanaan. Gambungan dua maksud tersebut falsafah boleh dikatakan merujuk kepada
cinta akan pengetahuan. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat pula, falsafah
diertikan sebagai ilmu yang tertinggi dan menjadi asas kepada ilmu-ilmu yang lain.

Dari aspek terminologi (istilah) pula falsafah dikaitkan dengan elemen-elemen alam
dan ketuhanan. Menurut Plato, falsafah ialah ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang
menuju kearah pencapaian kebenaran semula jadi.

Dari segi praktikal, falsafah bermaksud perbuatan berfikir secara bersungguh-sunggh,


tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri berfikir secara logik, berfikir hingga ke
akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab dan berfikir tidak terhad kepada
aspek tertentu saha dan merangkumi keseluruhannya.

ii) konsep asas falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan merujuk kepada dua istilah yang melibatkan falsafah yang
bermaksud cintakan ilmu pengetahuan dan bebijaksanaan. Falsafah boleh dikatakan satu
pendekatan menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia. Ia melibatkan kajian untuk mencari
apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan. Kajian ini dijalankan dengan merumuskan
masalah secara berhati-hati, memberi dan membuat justifikasi penyelesaiannya serta
membincangkan keseluruhan proses tersebut. Secara kesimpulannya, falsafah adalah satu
kajian mengenai alam semula jadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia. Ia
adalah satu set kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang mempengaruhi tingkah laku
individu.

Konsep pendidkan pula berasal daripada bahasa Latin iaitu educare yang bermaksud
memelihara atau mengasuh. Menurut kamus pendidikan (1979), Pendidikan adalah satu
proses menyeluruh yang bertujuan mengembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Ia
juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh
kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu
suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah

Antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan para pendidik ialah jenis pendidikan
yang kita hasratkan untuk anak- anak, tujuan pendidikan, peranan pendidikan untuk diri
sendiri dan masyarakat, perkara yang wajar diajar di sekolah, kaedah pengajaran yang sesuai
dan peranan guru.

iii) kepentingan falsafah kepada guru

Falsafah penting kepada guru dengan mengamalkan kemahiran professional. Guru


memainkan peranan yang besar dalm menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak.

Selain itu, falsafah menjadikan guru berusaha meningkatkan penguasaan bidang ilmu
dan kemahiran bagi melahirkan generasi yang diharapkan oleh negara. Guru yang faham
akan falsafah tersebut akan cuba mempelajari apa-apa ilmu dan kemahiran masa ini supaya
boleh mengikuti perubahan semasa dari segi penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, guru dapat melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi negara dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Tambahan pula, guru yang memahami falsafah pendidikan kebangsaan mampu


berfungsi sebagai agen perubahan bagi menghasilkan generasi yang berusaha merealisasikan
aspirasi negara dengan penuh tanggungjawab. Perubahan yang dilakukan oleh guru dapat
melahirkan pelajar yang memenuhi aspirasi falsafah tersebut. Oleh itu, guru yang memahami
falsafah perlu akan sentiasa mengikut perubahan trend pendidikan dan menjalankan
penyampaian berdasarkan kesesuaian dan tahap kebolehan murid.

Anda mungkin juga menyukai