Anda di halaman 1dari 2

5.

3 Permuafakatan Sekolah dan Komuniti

i. Strategi Menjalin Hubungan Permuafakatan Dengan Pihak Luar

Antara strategi untuk menjalin hubungan permuafakatan dengan pihak luar adalah dengan
mengadakan Program Penglibatan Ibu Bapa, Perkongsian Keluarga - Sekolah dan Kerjasama Ibu
Bapa-Guru. Ibu bapa hendaklah menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa, kemudahan
alatan dan bahan pembelajaran, memantau anak-anak belajar di rumah, menjaga kesihatan anak-
anak dan membantu anak-anak menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru-guru.

Hubungan kerjasama yang erat antara keluarga dan pihak sekolah dapat meningkatkan
prestasi pendidikan murid-murid. Ciri-ciri perkongsian keluarga dan sekolah adalah ibu bapa
memantau pembelajaran anak-anak di rumah, ibu bapa dan sekolah berinteraksi dan bekerjasama
untuk meningkatkan prestasi murid-murid, hubungan kerjasama berterusan dan diberikan perhatian
utama, perkhidmatan sedia ada tanpa halangan waktu, mudah berurusan dan proaktif. Sekiranya
perkara-perkara di atas dapat dilaksanakan dengan baik maka prestasi murid-murid di sekolah
tersebut akan meningkat kerana mendapat sokongan daripada semua pihak.

Peranan Sekolah Dalam Institusi Masyarakat Sekolah memainkan peranan yang amat
penting dalam kalangan masyarakat. Antara peranan sekolah adalah sekolah menjadi agen yang
memodenkan dan memajukan masyarakat dalam semua bidang. Sekolah juga melahirkan pelajar
mengikut hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah juga berperanan memenuhi keperluan
masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan diri,
masyarakat dan negara. Sekolah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan membawa
perubahan terhadap pelajar.

Sekolah merupakan agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang selari dengan
keperluan-keperluan yang dinyatakan dalam matlamat pendidikan negara. Selain itu, sekolah turut
menjadi agen perpaduan kerana murid-murid pelbagai kaum belajar dan berinteraksi bersama-sama
dalam sesuatu kawasan.

ii. Peranan sekolah dalam institusi masyarakat

1. Sebagai sebuah institusi formal

Sekolah adalah sebuah institusi formal yang diwujudkan oleh masyarakatbertujuan


menerapkan fungsi sosialisasi dan budaya untuk membawa perubahan perwatakan yang
diperlukan oleh kanak-kanak. Menurut Emile Durkheim,sekolah merupakan institusi sosial
yang menjalankan fungsi perkembangansosialisasi melibatkan nilai, intelektual dan kemahiran
fizikal kanak-kanak.

2. Persediaan untuk pekerjaan

Sekolah merupakan sebagai pusat latihan untuk melatih murid. Hal ini demikiankerana melatih
murid-murid untuk mendapat pekerjaan merupakan salah satutujuan utama pendidik. Sebagai
contoh latihan vokasional digunakan secara umum dan kedua-dua sekolah akademik dan
sekolah vokasional mengutamakan latihan demikian.
3. Arah mobiliti sosial

Turner(1960), menganggap sistem pemilihan pelajaran British adalah sebagai mobiliti tajaan
manakala system Amerika dengan prisnsipnya yang komprehensif sebagai mobility tandingan.
Mengikut klasifikasi Turner, system pemilihan diMalaysia adalah mobility tajaan yang bergerak
ke arah mobility tandingan

4. Berkhidmat ekonomi

Teknologi masyarakat yang semakin maju dengan bentuk-bentuk kuasa baharutelah menimbulkan
permintaan yang tinggi terhadap kemahiran-kemahiran yangpelbagai. Oleh itu, perubahan dari
segi kurikulum pada tahun 1970-an yang berkaitan subjek Sains dan Matematik dengan
kaedah-kaedah yang baru mengajar dan perubahan ke arah sekolah yang komprehensif
adalah akibat sebenar yang wujud daripada tekanan ekonomi.

5. Sekolah sebagai agen sosial

Sekolah dijadikan sebagai kuasa konservatif dan telah menstabilkan masyarakatdengan cara
memastikan perubahan itu tidak begitu mendadak dan cenderung untuk mengekalkan tradisi-tradisi
mereka.

6. Agensi penapisan dan pemilihan

Sekolah menyediakan mobility social dan ekonomi negara dengan cara memilihdan memberikan
latihan kepada mereka yang layak untuk kedudukan status yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai