Anda di halaman 1dari 1

Ekuiti Untuk Semua Murid

Sistem pendidikan yang baik menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap murid, tanpa mengira etnik,
tempat tinggal, atau latar belakang sosioekonomi mereka bagi membuka segala peluang masa depan murid2
ini.

EKUITI bermaksud pemilikan sama rata dalam sesebuah organisasi ataupun dengan definisi lain, ekuiti
membawa maksud saksama dan adil.

Ekuiti untuk semua murid merupakah salah satu daripada aspirasi pendidikan bagi
memastikan setiap murid yang mendapat hak dan ekuiti yang sama di sekolah dari aspek
penyokongan pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka tanpa mengira latarbelakang sosioekonomi
mahupun etnik mereka.

Ini kerana Sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk merapatkan jurang sosioekonomi, antara bandar
dengan luar bandar, dan juga gender

Jadi, antara cara untuk memastikan ekuiti untuk semua murid tercapai,

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancangan Khas dan Program Kawalan perlulah diurus dengan berkesan meng
ikut kebolehan dan potensi setiap pelajar.

Kedua, kerajaan mestilah meningkatkan peruntukan fizikal dan pengajaran kepada pelajar di luar bandar
khususnya buat masyarakat orang asli dengan memastikan keperluan asas di sekolah mencukupi.

Akhir sekali, guru2 just mestilah memberi kerjasama dan komitmen dalam setiap program yang dijalankan
serta tidak melakukan diskriminasi terhadap murid-murid yang tertentu.

Dengan ini, kita dapat simpulkan bahawa ekuiti untuk semua murid mestilah dicapai kerana setiap kanak-
kanak di Malaysia berhak untuk mendapat peluang pendidikan yang sama rata dan sempurna bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai