Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan sumbangan Tamadun Cina dalam memantapkan Tamadun Malaysia.

- Masyarakat Cina merupakan masyarakat yang pertama untuk beralih kepada


penggunaan matawang dan menamatkan sistem barter (Beattie, 2021). Contohnya,
penggunaan kulit kerang sebagai matawang pertama di China pada Dinasti Shang.
Kini, kita menggunakan wang kertas dalam kegiatan ekonomi di Malaysia. Dengan
menggunakan sistem wang yang diperkenalkan dalam tamadun Cina, masyarakat
Malaysia dapat menganalisis dan mengatasi sistem barter yang serba kekurangan
dengan penggunaan matawang Ringgit Malaysia.
- Peperiksaan perkhidmatan awam yang diperkenalkan oleh tamadun Cina telah
meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang pendidikan. Terbahagi kepada
tiga bahagian; Xiucai, Juren dan Jinshi, peperiksaan ini membolehkan individu
menerima penghormatan serta meningkatkan taraf sosial ke arah kehidupan yang
lebih baik (Mohd Samsudin, Azharudin Mohamed Dali & Sharifah Afidah Syed
Hamid, 2016). Di Malaysia pula, tahap pertama adalah setaraf dengan ijazah tahap
pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana manakala tahap ketiga setaraf dengan
doktor falsafah. Dengan adanya asas sistem pendidikan, kemajuan negara dapat
diramal. Pendek kata, sistem pendidikan yang mantap dapat melahirkan generasi
yang berdaya saing.
- Berdasarkan Su (2016), kemasukan orang China ke Tanah Melayu secara beramai-
ramai berlaku pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Seperti tamadun-
tamadun lain, tamadun Cina juga berpengaruh dari segi sosiobudaya, ekonomi dan
pendidikan. Dari segi sosiobudaya, falsafah konfusianisme telah mendatangkan
impak besar kepada warganegara Malaysia kini. Sebagai contoh, konfusianisme
sangat mementing nilai Li (kesopanan). Nilai ini diterapkan melalui pertuturan dan
perilaku. Ini bukan sahaja menaikkan imej negara, malah menjamin kesejahteraan
negara.

Anda mungkin juga menyukai