Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Memasuki zaman yang serba millennial ini, media sosial seringkali menyajikan kita
dengan berita-berita yang mengejutkan tentang permasalahan remaja. Kes-kes
seperti rogol, dadah, ponteng sekolah dan buli terpampang seperti cendawan
tumbuh selepas hujan di media social mahupun di dada-dada akhbar. Statistik
menunjukkan "Bagi tahun 2018, tangkapan membabitkan pelajar sekolah dalam
indeks jenayah sebanyak 1,388 kes manakala 2019 mencatatkan 1,230 kes.
Sementara itu, dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sebanyak 538 kes
dilaporkan. Walaupun terdapat penurunan dari segi kadar jenayah, namun perkara
ini masih membimbangkan. Masalah sosial dalam kalangan remaja ini perlu
dibendung dengan kadar yang pantas, jikalau tiada inisiatif yang pantas, masa
depan dan keselamatan negara akan tergugat.
Setiap perkara yang berlaku mesti ada punca atau pengacu yang meghasilkan
permasalahan berikut. Salah satu daripada faktor yang menyebabkan permasalahan
social dalam kalangan remaja ialah lemah didikan agama dan moral diri remaja.
Didikan agama merupakan tunjang kepada penghasilan individu yang berdisiplin,
namun kekurangan didikan agama dan moral ini akan membawa kepada
penghancuran indvidu kerana, mereka tiada pegangan yang kuat dan hanya
terbawa-bawa dengan keiinginan kata hati sahaja. Remaja-remaja seperti ini tiada
perasaan takut akan dosa atau pembalasan yang akan mereka perolehi kerana tiada
pendedahan yang cukup terhadap ilmu agama mereka. Seperti contoh, remaja
beragama islam akan meninggalkan waktu solatnya, walaupun perkara tersebut
merupakan satu kewajipan baginya kerana bagi beliau, kehidupan remajanya wajar
diisi dengan keseronokan duniawi yang mampu memberi beliau keseronokan.
Berkait rapat dengan faktor kurang didikan agama yang telah saya sampaikan, siapa
kah yang bertanggungjawab bagi menyediakan didikan agama kepada para
remaja.? Tepat sekali, ibu bapa. Namun sikap ibu bapa yang acuh tak acuh
terhadap keperluan dan kasih sayang anak-anak mereka menyebabkan mereka
menjadi bermasalah. Anak-anak memerlukan kasih sayang yang secukupnya
daripada ibu bapa sebagai Dengan ketiadaan kasih sayang daripada ibu bapa ini,
anak-anak menjadi hilang sumber kebahagiaan dalam hidup dan menyebabkan
mereka mencuba melakukan perkara-perkara yang negatif sebagai pengganti
kebahagiaan mereka yang hilang dek kerana ibu bapa yang mementingkan perkara
lain berbanding mereka. Dikatakan juga, untuk mendapatkan perhatian daripada ibu
bapa mereka, mereka sengaja melakukan aktivit yang tidak berfaedah ini.
Faktor yang terakhir bakal saya sampaikan ini merupakan medium yang kita sendiri
perolehi berita-berita berkaitan permasalahan dalam kalangan remaja, tidak lain dan
tidak bukan media massa. Media massa merupakan salah satu faktor yang tidak
perlu kita sangkalkan lagi. Setiap perkara pasti ada baik dan buruk nya yang
tersendiri dan ini ialah sisi buruk media massa kepada insaniah para remaja ini.
Perkara yang para pelajar dengan dan lihat di media massa ini mencetuskan rasa
ingin mencuba dalam diri mereka. Sikap ingin mencuba ini sebenarnya sikap yang
sangat baik kepada para pelajar kerana denga adanya sifat ini para remaja akan
mendapat ilmu yang baru untuk diri mereka dan memang sebagai lumrah sebagai
seorang remaja wujudnya sifat ingin mencuba ini sebagai salah satu proses
perkembangan dalam kehidupan mereka, namun sifat ingin mencuba ini pun ada
batas nya juga, bukan semua perkara di dunia ini boleh dicuba dengan sewenang-
wenangnya. Remaja perlu pintar mengenal pasti perkara apa yang bakal
mendatangkan kebaikan dan perkara apa yang boleh mendatangkan keburukan
kepada mereka.