Anda di halaman 1dari 1

Tulis satu esei tentang penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum semasa di

sekolah. 
Aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai semasa di sekolah dulu adalah
pertandingan inovasi melalui Kelab Matematik dan Sains. Semasa Tingkatan
Empat, saya telah menyertai beberapa pertandingan inovasi bersama-sama
beberapa rakan sekelas. Namun begitu, pertandingan yang meninggalkan impak
yang terbesar kepada saya sebagai seorang murid adalah Invention, Innovation &
Design Exposition 2018 yang telah diadakan di UiTM Shah Alam. Pertandingan ini
tidak dapat menafikan dapat membuka mata kami kepada satu peluang yang
baharu dalam bidang inovasi. Ini adalah kerana kami dapat berjumpa dengan
ramai individu yang mengagumkan dalam penciptaan barangan yang dapat
memudahkan kehidupan manusia.
Faedah yang saya peroleh dari penglibatan ini adalah saya dapat
meningkatkan keyakinan diri. Dalam pertandingan inovasi, kami perlu
membentangkan hasil kerja kami di hadapan juri-juri dan keyakinan semasa
pembentangan ini adalah kunci kepada meyakinkan juri bahawa produk kami
layak untuk meraih pingat emas.
Selain itu, ilmu pengetahuan juga bertambah melalui pertandingan ini. Hal
demikian kerana kami juga dapat mengunjungi booth petanding-petanding lain
untuk mempelajari tentang hasil kerja mereka. Ini bukan sahaja dapat
memperluaskan ilmu pengetahuan kami, malah dapat menambahkan kenalan
kami juga.
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, faedah yang paling bermakna
bagi saya adalah pengalaman yang kami dapat sepanjang pertandingan
dijalankan. Pengalaman seperti ini mustahil untuk didapatkan di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai