Anda di halaman 1dari 12

Rumusan Buku

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abu Zaid Abdul Rahman Bin Khaldun
dilahirkan di Tunis pada 27 Mei tahun 1332. Beliau terkenal sebagai seorang
cendiakawan dan tokoh ilmuwan melalui karyanya yang masyhur iaitu Muqaddimah.
Buku ini telah diterjemahkan oleh Frantz Rosenthal ke dalam Bahasa Inggeris dan
diterbitkan dalam tiga jilid. Jilid Pertama menghuraikan tentang pensejarahan dan
faktor-faktor naik turunnya sesebuah Kerajaan. Jilid Kedua adalah mengenai
ekonomi, kerajaan dan jenis-jenis ilmu pengetahuan serta pekerjaan yang wujud di
dalam masyarakat Afrika Utara ketika itu. Jilid Ketiga adalah mengenai hal-hal
keagamaan. Pandangan Ibn Khaldun dikagumi tokoh-tokoh sejarah dunia seperti
Bernard Lewis, Arnold Toynbee, P.K.Haiti, Kofi Annan dan lain-lain.
Antara yang menarik di dalam buku ini adalah Legasi Pemikiran Ibn Khaldun
dalam Bidang Pendidikan. Menurut beliau, terdapat 10 perkara penting yang perlu
diketengahkan dalam menghasilkan satu pendidikan yang berkesan. Antara yang
disarankan ialah tentang aspek berfikir sebagai satu cabang pendidikan. Hindari
pelajar dari sikap meniru semata-mata. Dalam proses pembelajaran, perkara yang
mudah perlu didahulukan dan dipastikan bahawa mereka memahami sepenuhnya
sebelum berpindah ke suatu perkara yang lebih sukar. Pelajar tidak boleh dipaksa
untuk menghafal di mana ini akan menghilangkan kreativiti dan mengakibatkan
kejumudan fikiran. Seterusnya, subjek yang diajar perlu ada kesinambungan antara
yang satu dengan yang lain dan dua subjek yang berlainan tidak boleh diajar secara
serentak demi memastikan satu-satu subjek benar-benar difahami. Menurut Ibn
Khaldun lagi, kecenderungan meringkaskan teks sehingga hilang fakta-fakta
penting menjadikan matlamat sebenar penyampaian ilmu terbantut. Pelajar perlu
dilayan dengan penuh hikmah dan tindakan secara tegas perlu dielakkan kerana
memberi kesan yang negatif dalam diri pelajar. Tanggungjawab seorang guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga harus mempamirkan akhlak yang terpuji.
Para sarjana pula digalakkan untuk mengembara dan menghadiri majlis-majlis ilmu
di luar negara. Pendidikan perlulah sesuatu yang praktikal dan ilmu yang
disampaikan perlu kepada rasional akal fikiran terutama yang berkaitan dengan
sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan. Akhir sekali di dalam bukunya
tentang pendidikan ialah dalam mempelajari sains, kemahiran amat diperlukan.
Satu bab yang menarik adalah mengenai kupasan Ibn Khaldun Terhadap
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Lima perkara penting yang diketengahkan oleh
beliau yang paling utama adalah penyediaan pendidikan agama iaitu pengajaran AlQuran, penyediaan teknik pengajaran yang berkesan, penyediaan pendidikan
akhlak, penyediaan pendidikan psikologi dan penyediaan pendidikan sosial. Ibn
Khaldun telah menekankan bahawa anak-anak di peringkat awal haruslah
didedahkan dengan pengajaran Al-Quran. Ini kerana selain dapat memperkukuhkan
aqidah dan keimanan, ia juga dapat membentuk malakah (bererti bakat atau tabiat
manusia). Ibn Khaldun telah mengembara ke merata tempat dan melihat pelbagai
1

teknik telah digunakan untuk mengajar anak-anak. Pada akhir fasal ke 40


Muqaddimah, Ibn Khaldun menyatakan teknik yang terbaik adalah teknik yang
diarahkan oleh Khalifah Al-Rasyid kepada Khalifah Al-Ahmar yang diamanahkan
mendidik anaknya Muhammad Al-Amin.
Antaranya adalah tegahan mengajar dua disiplin ilmu secara sekaligus dalam satu
waktu kecuali terhadap anak-anak yang memiliki kecerdasan otak dan semangat
yang tinggi. Seterusnya, tentang bahayanya hukuman keras ke atas anak-anak,
tidak boleh melakukan paksaan, menegur kesalahan anak-anak dengan kasih
sayang dan sekiranya tiada perubahan barulah kekerasan digunakan. Anak-anak
tidak boleh dipukul lebih dari tiga kali dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun,
ibubapa dilarang untuk terlalu berlemah lembut kerana ini boleh melalaikan anakanak. Juga disarankan untuk membiasakan anak-anak untuk menghormati tetamu
dan melarang mereka kecuali pada waktu yang sesuai.
Berbincang mengenai isu perpaduan, terdapat beberapa cadangan yang
diinspirasikan oleh konsep Asabiyah Ibn Khaldun. Pertama, mengutamakan
kehidupan yang sederhana berasaskan ajaran agama. Kedua, mengukuhkan
semangat kekeluargaan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menekankan
aspek keagamaan dan menjadi role model kepada anak-anak sepanjang masa. Ibu
bapa perlu mengambil berat mengenai kegiatan dan tingkah laku anak mereka dari
semasa ke semasa. Ibn Khaldun menyarankan kemewahan dalam masyarakat
moden menyebabkan kehilangan nilai murni yang terdapat dalam kehidupan
penduduk luar bandar. Masyarakat moden hanya mementingkan diri dan tidak
mementingkan perhubungan memupuk perpaduan. Kehidupan moden dan
kemewahan turut menyebabkan sikap materialisme dan hedonisme muncul secara
agresif dalam kehidupan masyarakat kini.
Walaupun Ibn Khaldun tidak dikenali sebagai seorang pemikir atau ahli ekonomi,
namun idea-idea beliau mengenai ekonomi diiktiraf oleh sarjana-sarjana
kotemporari yang mengkaji pemikiran beliau seperti Adam Smith, Karl Marx dan
John Maynard Keynes. Beberapa idea ekonomi yang kemukakan oleh beliau di
dalam Muqaddimah adalah mengenai teori harga barangan, teori nilai kerja, teori
percukaian, teori pengkhususan kerja dan hasil pengeluaran, teori mengenai
perbelanjaan kerajaan dan kesannya ke atas ekonomi. Dalam konteks pengurusan
urusan kenegaraan, beliau menegaskan keperluan kepada asas agama sebagai
teras dan panduan. Selain itu, menurut beliau pencapaian ekonomi mempengaruhi
sistem nilai kehidupan masyarakat. Semakin tinggi kuasa membeli yang ada dalam
masyarakat, pola kehidupan akan berubah di mana ia akan membawa satu bentuk
transformasi sosial, hubungan, organisasi dan interaksi. Semakin majunya manusia,
maka semakin runtuhnya nilai moral dan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan,
manusia semakin cenderung untuk sukakan harta, ingin hidup senang lenang
hingga sanggup melakukan penipuan dan korupsi. Menurut beliau, pencapaian
ketinggian atau kemuncak sesuatu tamadun, maka semakin hampir kepada era
2

kejatuhannya. Analisis ini turut diakui oleh Macionis, Persel dan Farley.
Ulasan Buku
Membaca Legasi Pemikiran Ibn Khaldun dalam Dunia Pendidikan membuatkan
penulis benar-benar terpegun. Sesungguhnya Ibn Khaldun adalah perintis dalam
bidang pendidikan di mana beliau banyak mengemukakan idea-idea besar tentang
bagaimana sikap yang sepatutnya ada dalam proses pendidikan. Lihat sahaja
saranan beliau tentang aspek berfikir. Kini, Kemahiran Berfikir secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) telah diterapkan di dalam kurikulum sekolah. Ini menunjukkan,
kemahiran berfikir ini telah lama disarankan oleh Ibn Khaldun lebih dari 600 tahun
yang dulu. Betapa hebatnya pemikiran beliau di mana beliau dapat memberi idea
yang segar dan masih relevan walaupun kini kita telah memasuki abad 21.
Selain itu saranan beliau bahawa pembelajaran perlu bermula dari yang mudah
kepada yang sukar adalah relevan dengan salah satu kaedah pedagogi pengajaran
dan pembelajaran iaitu Kaedah Masteri. Selain itu, saranan beliau iaitu amalan
menghafal ilmu semata-mata tanpa kefahaman boleh menghilangkan kreativiti dan
mengakibatkan kejumudan fikiran adalah benar. Kini, kebanyakkan soalan-soalan
peperiksaan tidak hanya berkenaan hafalan fakta semata-mata, tetapi terdapat
juga soalan-soalan berbentuk aplikasi. Penulis sebagai seorang guru dapat menilai
bahawa soalan aplikasi hanya dapat dijawab oleh pelajar-pelajar yang benar-benar
mahu berfikir. Seterusnya berkenaan saranan beliau berkenaan pelajar perlu dilayan
secara berhikmah juga adalah benar dan guru harus menunjukkan akhlak yang
terpuji. Pelajar tidak boleh dilayan dengan kekerasan dan hukuman sepanjang
masa. Hukuman adalah perlu tetapi ia juga perlu diseimbangkan. Kini, wujudnya
jawatan kaunselor sepenuh masa sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan
antara pelajar dan guru. Kemungkinan sikap dan akhlak guru sendiri yang negatif
telah memberi kesan kepada pelajar. Sikap seperti mengajar sambil lewa dan tidak
ikhlas serta tidak menepati masa sedikit sebanyak menjadi ikutan kepada pelajar
dan hilang rasa hormat pelajar kepada guru-guru.
Penulis tertarik sekali dengan teknik terbaik mengajar anak seperti yang
dirumuskan oleh Ibn Khaldun di dalam kitab agungnya Muqaddimah. Masyarakat
hari ini berdepan dengan krisis sosial remaja yang kian meruncing terutamanya
yang melibatkan golongan remaja Melayu Islam. Kes zina, buang bayi remaja
membunuh dan banyak lagi semakin menjadi-jadi kini. Dalam berhadapan dengan
era globalisasi dunia tanpa sempadan, ibubapa haruslah kembali menjadikan
agama sebagai panduan. Semoden mana pun hidup kita sekarang, pendidikan AlQuran, hadis dan ilmu-ilmu lain berkaitan agama harus diterapkan dalam jiwa anakanak sejak dari peringkat awal lagi. Ini kerana ia dapat dijadikan benteng kepada
anak-anak tersebut yang bakal terdedah dengan pelbagai tarikan dunia yang
melalaikan.

Kaedah dan teknik mengajar anak-anak juga tidak boleh dipandang ringan. Teknik
pengajaran yang tidak betul akan menyebabkan anak-anak merasakan sesuatu
yang diajar itu sukar dan membosankan. Saranan ini dapat dipraktikkan oleh guruguru dalam sentiasa mencari formula yang berkesan dalam penyampaian
pengajaran. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah pelajar
ponteng, tidur di dalam kelas, mengganggu pelajar lain dan sebagainya. Selain itu,
pendidikan akhlak juga amat penting untuk dititikberatkan di dalam jiwa anak-anak.
Anak-anak kecil tidak seharusnya didedahkan dengan perlakuan seperti menyanyi
dan menari di khalayak ramai, berpakaian mendedahkan dan sebagainya kerana
kelak akan hilang sifat malu di dalam diri mereka apabila dewasa. Walau
bagaimanapun, anak-anak tidak wajar dihalang untuk diberi pendidikan sosial
seperti berkawan, bertukar-tukar pendapat, menyertai pertandingan, bersukan dan
lain-lain. Ini kerana pendidikan sosial dapat memberi bimbingan kepada anak-anak
kelak dalam proses pembesaran dan seterusnya mencari pekerjaan apabila tiba
masanya.
Seterusnya Ibn Khaldun memberi penekanan kepada pendidikan psikologi. Tidak
dinafikan anak-anak pasti akan ada melakukan kesalahan. Ketegasan adalah perlu
tetapi haruslah dengan penuh kasih sayang. Hukuman perlu menjadi pilihan yang
terakhir. Berbeza dengan kebanyakkan ibubapa kini, hukuman dan leteran yang
panjang menjadi pilihan pertama. Apabila anak-anak itu memberontak dengan cara
lari dari rumah dan sebagainya, barulah kita mahu menggunakan pendekatan
psikologi dengan memujuk dan mengajak untuk berbincang.
Menyentuh tentang teori kemasyarakatan dan kenegaraan, Malaysia masih
mencari satu formula yang kukuh bagi membentuk sebuah masyarakat yang
menekankan semangat perpaduan dan integrasi. Terkini, kerajaan telah
memperkenalkan konsep 1 Malaysia. Ibn Khaldun memberi tumpuan kepada konsep
Asabiyah. Konsep Asabiyah mungkin boleh digunakan sebagai cetusan idea untuk
merapatkan hubungan etnik di Malaysia. Menurut Ibn Khaldun, kelanjutan dan
kemakmuran sesuatu masyarakat adalah amat bergantung kepada semangat
Asabiyah. Kemewahan dalam masyarakat moden menyebabkan kehilangan nilai
murni dalam kehidupan. Masyarakat moden menuju ke arah cara hidup yang hanya
mementingkan diri dan tidak mementingkan perhubungan dalam perpaduan. Sebab
itulah dapat kita lihat, semakin mewah sesuatu kawasan perumahan itu, semakin
sunyi persekitarannya. Masing-masing membuat hal sendiri di dalam rumah agam
masing-masing hingga jiran sebelah rumah pun kadang-kala tidak dikenali. Apa
yang paling baik ialah kesederhanaan dalam kehidupan dan berpegang kepada
ajaran agama.
Perubahan sosial dari kehidupan besederhana kepada kehidupan mewah juga
telah menyebabkan masyarakat begitu menghargai masa. Sebagai contoh,
penyediaan makanan di dalam majlis kenduri-kendara telah diganti dengan sistem
catering. Cara tradisi bergotong-royong antara ahli komuniti telah terhapus, bukan
4

sahaja mengurangkan peluang berinteraksi bahkan boleh merosakkan hubungan


perpaduan. Restoran-restoran makanan segera yang giat berkembang kini juga
ekoran dari kehidupan manusia yang mengejar masa. Akibatnya, jiwa anak-anak
kian keras dek kerana sering benar makan makanan yang syubhah dan bukan dari
air tangan ibu yang diiringi dengan ucapan Basmallan dan selawat.
Pemikiran Ibn Khaldun berhubung dengan ekonomi mampu menjadi penggerak
dan pencetus idea pembangunan masyarakat terkini. Pemikiran beliau dilihat tidak
bertentangan dengan nilai-nilai kehidupan yang sedang masyarakat lalui kini.
Analisis beliau mengenai perubahan masyarakat dan ekonomi masih relevan hingga
kini. Membaca pemikiran beliau tentang ekonomi membuatkan penulis berasa
kagum dengan idea-idea segar, logik dan masih relevan untuk diguna pakai hingga
sekarang. Melihat kepada teori beliau dalam bidang ekonomi, membuatkan kita
terlupa bahawa teori-teori ini telah diketengahkan lebih dari 600 tahun dahulu.
Beliau juga mengingatkan kita untuk hidup dalam kesederhanaan di mana
kemewahan akan menyebabkan kita lupa diri, seterusnya boleh menjatuhkan
sesuatu tamadun. Dalam bidang ekonomi, Ibn Khaldun telah meletakkan tiga
bidang utama iaitu pertanian, kemahiran dan perdagangan. Kita seharusnya
mengambil pandangan Ibn Khaldun ini di mana negara kita sememangnya kaya
dengan sumber alam. Disebabkan terlalu terikut-ikut dengan trend barat, kita telah
memberi fokus kepada bidang perindustrian. Situasi ini lebih banyak mendatangkan
kerugian berbanding keuntungan. Dalam bidang industri, modal yang banyak
diperlukan. Modal yang berjutaan ringgit ini dilaburkan oleh pelabur-pelabur luar.
Mereka ini kebanyakkannya tidak ikhlas di mana selepas satu tahap tertentu iaitu
apabila keuntungan telah diperoleh, mereka akan pergi tanpa meninggalkan apaapa keuntungan untuk negara kita. Begitu juga dengan isu tenaga buruh.
Pengambilan pekerja asing bagi memenuhi permintaan sumber tenaga manusia
dalam bidang industri telah menimbulkan banyak kesan sampingan yang lebih
banyak negatif berbanding positif. Ibn Khaldun juga ada menyatakan secara sinis
tentang budaya menindas orang lain dan mendapatkan perlindungan politik dengan
tujuan untuk menjaga kedudukan dan kekayaan. Ketidakadilan pemerintah juga
dihuraikan oleh beliau sebagai satu bentuk penindasan ke atas rakyat.
Penutup
Pemikiran-pemikiran utama Ibn Khaldun sama ada berkaitan dengan hal ehwal
masyarakat, perkembangan ekonomi, politik mahupu hal ehwal kenegaraan
ternyata masih relevan. Ini diakui oleh kebanyakkan pengkaji baik di barat mahupun
timur. Umpamanya A.J.Toynbee menganggap Muqaddimah sebagai ...the greatest
work of its kind that has ever created by any mind in any time or place. Tidak
keterlaluan jika dikatakan sebahagian daripada konsep-konsep yang pernah
dikemukakan oleh pengkaji barat kotemporari kelihatan telah dibincangkan oleh Ibn
Khaldun dalam Muqaddimahnya.

Pemikiran Ibn Khaldun mendahului zamannya dan telah dipersembahkan semula


dalam bentuk baru dan lebih terperinci oleh pemikir-pemikir di abad ke 19 dan 20.
Persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun bukan hanya relevan
dengan perkembangan semasa rakyat tetapi juga relevan untuk dijadikan panduan
masyarakat kontemporari. Ibn Khaldun telah lama meninggalkan kita, namun beliau
pergi dengan meninggalkan satu warisan besar untuk dibaca dan diambil
pengajaran daripadanya. Keintelektualan Ibn Khaldun harus dijadikan teladan dan
perangsang bagi umat Islam zaman ini, yang cuba menghasilkan ilmu dalam acuan
tradisi ilmu Islam, untuk dimanfaatkan oleh umat Islam sendiri.

Pandangan dan idea-idea beliau:


Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;
a. Sejak lahir hingga 4 tahun
b. 5 tahun hingga 7 tahun
Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan,
keperibadian dan budi pekerti yang mulia.
Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan
kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah
lakunya.
Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum,
mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri,
tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang
jahat dan tidak berbangga.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,
jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan
menimbulkan kebencian mereka.
Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah
laku yang baik.

1.4
Apakah perbezaan di antara pandangan tokoh-tokoh Timur dengan tokoh-tokoh
6

Barat?
1.2.2 IBNU KHALDUN
Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman
pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian,
motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.
IBNU KHALDUN
Pendapat beliau pada peringkat permulaan:
Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat
- Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan
mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
- tidak mahu belajar
- mencerca pengajaran yang diberi
Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi
contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat
memahami apa yang disampaikan.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan
mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang
sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya
dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran
yang baik.
Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah
dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam
membentuk peribadi kanak-kanak.

1.2.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)


Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di
ladangnya dikenali dengan nama Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu
diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk
bacaan dan tulisan.
JOHANN HEINRICH PESTALOZZI

Idea-idea beliau mengenai pendidikan:


Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada
padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea
yang abstrak.
Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman
deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang
semulajadi.
Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu,
pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang,
mengukur, merasa dan menyentuh.
Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata
pelajaran.
Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).
Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

1.2.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)


Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai Bapa Tadika. Pada
tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan
Kindergarten. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap
manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan
manifestasi terhadap Tuhan.

FRIEDRICH FROEBEL
Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama
tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanakkanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak
berkembang melalui main
8

Antara idea-idea Froebel ialah:


Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai
bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan
gambar-gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik
janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objekobjek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada
pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi.
Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan
sosial kanak-kanak.
Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak.
Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah
berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak.
Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi
kebebasan.
Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui
membuat.
Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek
supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah
penting bagi kanak-kanak.
Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu
sama lain.

Aktiviti: 1.5
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Taman Kanak-kanak yang dinyatakan
9

oleh Froebel?

1.2.5 MARIA MONTESSORI (1870 1952)


Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di Italy dan seorang tokoh
pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat
akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.
Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar
melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan,
pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak
mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
MARIA MONTESSORI
Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanakkanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin
diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut
beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta
membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori
mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak
pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;
a. Minda yang mudah menyerap
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang
diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep
tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di
sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.
b. Persekitaran yang tersedia
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran
yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep
dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru
adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa
yang sesuai.
c. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman
melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap
dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan
menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti
10

pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya
menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk
ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.
d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan
tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan
sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah
bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran
memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan;
keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep
Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan
dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan
pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir
secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
e. Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai
sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak
menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan
sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh
sesuatu bahan pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori;
Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara
menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak
menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut
kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum
daripada orang dewasa.
Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar
secara demikian apabila dewasa kelak.
Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar
dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri.
Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanakkanak.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
11

bersaiz kanak-kanak.
Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak
belajar secara bebas.
Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu
arah pembelajaran mereka.
Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori
iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak.
Antaranya ialah:
- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
- Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
- Pentingnya disiplin diri
- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak
mengajar diri mereka sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan
hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.
Aktiviti: 1.6
Nyatakan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak oleh Maria
Montessori?

12

Anda mungkin juga menyukai