Anda di halaman 1dari 23

5.

0 TERAPI INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK ( PERLAKSANAAN DAN


FAEDAH )

Terdapat beberapa jenis terapi yang digunakan dalam intervensi kaunseling kanak-
kanak. Jenis-jenis terapi ini adalah seperti yang berikut :

TERAPI
BERMAIN

TERAPI TERAPI
BIBLIO INTERVENSI BERCERITA
KAUNSELING
KANAK-
KANAK

TERAPI TERAPI
MUZIK SENI

12
5. 1 TERAPI BERMAIN

DEFINISI :

Persatuan Terapi Bermain mentakrifkan terapi bermain sebagai penggunaan


model tereotikal yang sistematik untuk membentuk kemahiran interpersonal. Ia
digunakan untuk menolong klien mencegah atau menyelesaikan masalah psikososial
dan mencapai pertumbuhan serta perkembangan yang optimum.

Carmichael ( 2006 ) di dalam Mok Soon Sang , 2010, mengatakan bahawa terapi
bermain merupakan suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal. Ianya
berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran kanak-kanak.

Rajah 5.1 : Main dengan objek

13
TUJUAN DAN KEGUNAAN BERMAIN :

1. Memperkembangkan potensi kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek dan sosioemosi


secara seimbang dan menyeluruh.

2. Membentuk kemahiran fizikal melalui main sensorimotor.

3. Membentuk kemahiran sosial melalui main asosiatif dan koperatif.

4. Dapat menguasai situasi kehidupan harian, di samping membuat persediaanuntuk


kehidupan dan peranan alam dewasa melalui main simbolik dan main sosiodramatik.

5. Melatih kanak-kanak menguasai kemahiran bertutur dan menggunakan bahasa


yang sesuai melalui main sosiodramatik.

5.1.1 PROSEDUR PELAKSANAAN

Mengenalpasti masalah

Aktiviti Repo

Aktiviti Pertama

Aktiviti Kedua : " Hasil Karya Saya "

Aktiviti Ketiga : " Istana Pasir "

14
Mengenal pasti masalah : masalah yang dihadapi berkaitan dengan aspek
psikososial. Antaranya ialah tidak bergaul sesama rakan sebaya, tidak memberi respon
semasa guru mengajar dan tidak yakin untuk berkomunikasi.

Aktiviti repo : melaksanakan aktiviti “Tiru Gaya Saya”. Guru membuat satu gaya
dan meminta murid untuk meniru aksi yang dilakukan. Kemudian, murid akan membuat
gaya sendiri dan meminta murid lain untuk meniru gaya tersebut. Aktiviti ini bertujuan
untuk meningkatkan kejelekitan sesama murid dan menghilangkan rasa malu untuk
bergaul dengan rakan-rakan.

Aktiviti pertama : memberi bekas berisi pasir kepada murid dan meminta murid
untuk memasukkan tangan ke dalam bekas tersebut dan meramas pasir yang terdapat
di dalamnya. Guru akan menyoal murid apa yang mereka rasa apabila menjalankan
aktiviti tersebut. Setiap murid mendapat pasir yang berlainan jenis , maka setiap
daripada mereka akan melalui pengalaman yang berbeza. Aktiviti ini bertujuan
menggalakkan murid berkongsi pengalaman yang mereka lalui. Kemudian, murid
dikehendaki untuk bersoal jawab untuk mendapatkan respon dan pengalaman rakan
yang lain.

Aktiviti kedua : “Hasil Kerja Saya”. Murid menerima bekas pasir yang
mengandungi jenis pasir yang sama. Murid diminta untuk menghasilkan apa saja yang
mereka fikirkan dengan menggunakan pasir yang telah diberikan. Aktiviti dijalankan
mengikut daya kreativiti murid sendiri tanpa mendapat bantuan daripada guru. Setelah
murid selesai dalam tugas mereka, murid diminta untuk menceritakan hasil reka bentuk
mereka dan sebab penghasilannya. Murid yang lain akan mendengar dan sesi
penyoalan dibenarkan ketika penerangan diberikan.

15
Aktiviti ketiga : “Istana Pasir”. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Murid
dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu bekas berisi
pasir. Murid akan bekerjasama untuk menghasilkan istana pasir tersebut. Setelah
selesai menghasilkannya, setiap kumpulan akan menunjukkan hasil kerja mereka dan
perlu menceritakan ciri yang terdapat pada istana pasir tersebut. Respon dan pendapat
daripada murid-murid lain adalah dibenarkan sepanjang kumpulan bercerita mengenai
istana pasir mereka.

Sesi refleksi, murid diminta untuk berada di dalam bulatan. Murid akan bercerita
pengalaman mereka sepanjang sesi ini dijalankan. Murid akan menyatakan perasaan
mereka semasa meramas pasir, membina hasil kerja sendiri dan istana pasir yang
dihasilkan bersama kumpulan masing-masing. Keadaan ini memberi peluang kepada
guru untuk melihat tahap atau kemahiran murid dalam mengatasi permasalahan
mereka.

5.1.2 FAEDAH TERAPI BERMAIN

1. Membuat
pilhan
sendiri

5. 2.
Meluahkan Melahirkan
emosi masalah
Faedah
Terapi
Bermain

3.
4. Membentuk
Memantapkan keyakinan
komunikasi diri

16
Pertama, membuat pilihan sendiri. Murid diberikan kebebasan untuk bermain
mengikut cara mereka. Sebagai contoh, bermain dengan menggunakan alat binaan
seperti blok. Murid boleh membina reka bentuk yang menarik daripada blok yang terdiri
daripada pelbagai bentuk, warna dan saiz. Melalui bermain dengan binaan ini, murid
akan turut mempelajari mengenai konsep kuantitatif dan ruang. Jangan menyekat
kebebasan murid untuk mereka bentuk apa yang mereka ingini.

Kedua, melahirkan masalah. Keadaan ini boleh dilihat dalam main


sosiodramatik. Murid akan berpura-pura memainkan peranan seperti ibu, bapa, kakak,
abang atau adik. Melalui main peranan sebagai orang dewasa contohnya, murid dapat
memahami keadaan sebenar dalam realiti kehidupan. Ia juga memberi peluang kepada
murid untuk melepaskan perasaan mereka terhadap hubungan ahli keluarga dan
pengalaman hidup dalam kehidupan seharian mereka.

Ketiga, membentuk keyakinan diri. Ianya boleh dilihat dalam main pasir di
mana, di akhirnya murid mampu untuk bercakap dan bercerita mengenai hasil akhir
mereka dalam menghasilkan „Istana Pasir‟. Jika pada awalnya, murid itu bersikap
mendiamkan diri, tetapi akhirnya murid itu berjaya untuk bercakap di khalayak ramai
dengan penuh keyakinan.

Keempat, memantapkan komunikasi. Bermain memerlukan interaksi untuk


melahirkan sama ada murid seronok atau tidak seronok dengan aktiviti yang mereka
lakukan. Interaksi ini secara tidak lansung telah membantu murid untuk memantapkan
komunikasi mereka.

Kelima, melahirkan emosi. Melalui permainan, murid bebas untuk melahirkan


emosi mereka, sama ada mereka berasa seronok atau tidak. Emosi yang dibebaskan
daripada diri akan mencegah mereka daripada memendamnya dan akhirnya
menimbulkan masalah dalam emosi sendiri.

17
5. 2 TERAPI BERCERITA

Terapi bercerita merupakan satu medium untuk kanak-kanak yang berumur lima
tahun ke atas meneroka penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Bercerita
merupakan satu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peritiwa dengan
menggunakan perkataan, imej dan suara.

DEFINISI TERAPI BERCERITA

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan memainkan peranan penting
sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan
masyarakat. Menurut Kamus Dewan, cerita adalah jalinan dan susunan khayalan
pencerita sahaja. Terapi pula bermaksud rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental
secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan, berdasarkan
kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga. Oleh itu, terapi bercerita boleh disimpulkan sebagai
satu rawatan sesuatu penyakit secara proses pemulihan dengan menggunakan kaedah
bercerita. ( Terapi Bercerita, 2012 http://www.scribd.com/doc/53442730/TERAPI-
CERITA. )

BERCERITA SEBAGAI SATU PENDEKATAN TERAPI

penerapan nilai
murni dan
pengajaran

cerita dikaitkan Bercerita menggalakkan


dengan masalah sebagai satu komunikasi dan
atau pengajaran pendekatan hubungan sosial
hidup terapi yang positif

menambah keyakinan
diri untuk
mengekspresikan
perasaan dan idea

18
5.2.1 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SESI BERCERITA

Perancangan
Sesi bercerita Penutup
dan persediaan

1. Perancangan dan persediaan


Pada peringkat ini, guru perlu memilih cerita yang sesuai, mengingat isi
penting dan menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Pemilihan tajuk
perlu sesuai dengan tahap murid dan mengandungi nilai dan pengajaran yang
boleh dijadikan panduan. Isi cerita perlu menarik dan perkataan yang digunakan
perlu sesuai dengan pengetahuan dan pengalaman murid.

Setelah memilih tajuk/ tema yang sesuai, guru perlu cuba mengingat dan
berlatih bercerita tanpa pendengar sebagai persediaan. Guru juga perlu
menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti kad bergambar, kad
perkataan, topeng dan alatan/ bahan yang difikirkan sesuai dan bertepatan
dengan tajuk cerita.

Guru juga perlu bersiap sedia dengan soalan untuk menguji kefahaman
murid. Selain itu, persediaan tempat juga penting supaya murid dapat
mendengar dan melihat ekspresi guru.

2. Sesi bercerita
Sesi bercerita dimulakan dengan set induksi yang menarik serta ada
kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Sepanjang bercerita,guru perlu
mempelbagaikan nada suara, gaya dan menggunakan alat bantu mengajar
dengan maksimum agar murid terus menumpukan perhatian dan memahami
cerita yang disampaikan.

19
Guru boleh melibatkan murid dengan mengemukakan soalan-soalan.
Melalui soalan-soalan ini guru dapat memastikan murid memahami atau tidak
memahami cerita yang disampaikan. Guru perlu mengambil tindakan segera jika
murid tidak memahami cerita yang disampaikan.

3. Penutup
Penutup sesi bercerita akan membantu mengukuhkan nilai-nilai murni yang
diambil daripada cerita untuk diterapkan ke dalam diri murid. Terdapat pelbagai
aktiviti yang boleh dilakukan dalam aktiviti penutup. Antaranya :
 Sesi soal jawab. Soalan berkaitan dengan isi cerita yang disampaikan.
 Mengulang semula isi cerita. Guru meminta murid mengulang semula
menggunakan perkataan sendiri.
 Perbincangan. Berbincang mengenai tema dan nilai murni yang terdapat
dalam isi cerita.
 Lakonan. Guru membimbing murid berlakon berdasarkan isi cerita.
 Penulisan karangan. Meminta murid menulis karangan berdasarkan isi
cerita yang telah didengar.

5.2.2 FAEDAH TERAPI BERCERITA

1. Meluahkan
perasaan
terpendam

4. Menyediakan
pengalaman Faedah terapi 2. Memahami
hadapan. Bercerita konflik murid

3. Mewujudkan
Kepercayaan

20
Pertama, meluahkan perasaan terpendam. Murid dapat meluahkan perasaan
terpendam dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan mereka. Hal ini membolehkan
mereka berasa dihargai dan disayangi. Perkongsian masalah dan perasaan yang
terpendam ini membolehkan murid mendapat bantuan daripada rakan-rakannya
terhadap masalah yang dihadapi.

Kedua, guru kanseling dapat memahami konflik murid dengan lebih senang
secara sukarela. Melalui aktiviti cerita yang dijalankan, murid akan memegang sesuatu
watak dan secara tidak lansung cara untuk mereka menyelesaikan masalah dalam
cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid. Guru akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid yang
bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.

Ketiga, mewujudkan kepercayaan. Apabila komunikasi dan interaksi dapat


diwujudkan, maka akan wujud juga kepercayaan di dalam ahli kelompok. Kepercayaan
tidak dapat dibina tanpa perhubungan yang baik. Kepercayaan wujud melalui
kemahiran intrapersonal yang dipelajari seperti komunikasi mata, berunding dan
menerima pandangan orang lain dan membantu untuk membuat keputusan bersama.

Keempat, menyediakan pengalaman hadapan. Teknik bercerita meransang


minda, deria dan emosi pendengar. Cerita yang disampaikan kadang kala menyerupai
realiti kehidupan sebenar. Ianya merupakan satu persediaan kepada murid untuk
berhadapan dengan kehidupan sebenar.

21
5. 3 TERAPI SENI

Menurut American Art Theraphy Association, terapi seni merupakan satu


profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk
menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah
semua peringkat umur. Terapi seni ini berasaskan kepercayaan atas proses kreatif
yang melibatkan ekspresi kendiri secara artistik. Ia menolong klien menyelesaikan
konflik dan masalah, meningkatkan penghargaan kendiri, kesedaran kendiri, kesedaran
diri serta persepsi dalaman.

Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahan secara lisan,


tetapi dengan lakaran kadang kala ia mampu untuk dilahirkan atau diluahkan. Terapi
seni yang sistematik dapat meengesan tingkah laku murid yang mempunyai masalah
psikologi emosi melalui hasil seninya. Ianya mengandungi maksud tersirat dan tersurat.

Rajah 5.3 : Terapi Seni

22
5.3.1 PERLAKSANAAN TERAPI SENI

Masalah : Insomnia. Murid takut untuk tidur seorang diri di dalam bilik kerana takutkan
hantu.

1. Merancang
berapa sesi yang
diperlukan

4. Mengumpul 2. Menyediakan
dan menganalisis peralatan yang
data diperlukan.

3. Terapi
dijalankan

1. Merancang berapa sesi yang diperlukan.


Sebelum sesuatu sesi dijalankan, guru perlu merancang dengan teliti berapa
sesi yang diperlukan. Bilangan sesi bergantung kepada permasalahan yang ada.
Semakin rumit sesuatu masalah, maka bilangan sesi terapi akan terus
meningkat.

2. Menyediakan peralatan yang diperlukan.


Peralatan-perlatan yang diperlukan ialah kertas lukisan, pensil warna, krayon
atau warna air. ( Siaw Teck Fung, 2009 )

23
3. Terapi dijalankan.
Sesi terapi dimulakan dengan meminta murid membuat lakaran awal. Sebagai
contoh, berdasarkan kepada masalah insomnia di atas, lakaran awal pada sesi
pertama adalah keadaan bilik tidur murid dengan menggunakan satu warna
sahaja. Lakaran pada sesi kedua pula ialah keadaan bilik tidur murid dengan
variasi warna. Lakaran pada sesi ketiga ialah hantu yang sering mengganggu
tidurnya. Lakaran pada sesi keempat pula ialah kedaan rumah yang
menggunakan variasi warna.

4. Mengumpul dan menganalisis data.


Mengikut Furth, mentafsir sesuatu lukisan merlukan beberapa perkara yang
perlu diambil perhatian :
 Sesuatu yang ganjil dalam lukisan
 Memerhatikan objek yang menjadi penghalang dalam lukisan
 Benda yang telah tertinggal atau hilang dalam lukisan
 Kedudukan dan saiz sesuatu objek
 Objek yang dilukis secara berulangan
 Rekabentuk yang tidak terurus
 Perubahan warna
 Perkataan yang ditulis dalam lukisan
 Latar lukisan

Hasil pengumpulan dan analisa yang dilakukan, guru boleh berbincang bersama
ibu bapa murid untuk mengatasi permasalahan yang berlaku. Sokongan daripada ibu
bapa dapat membantu murid mengatasi masalah yang mereka lalui. (Siew Teck Fung,
2009)

24
5.3.2 FAEDAH TERAPI SENI

1. Meningkatkan
keupayaan
berinteraksi dengan
alam sekitar.

4. Mengesan Faedah 2. Menguatkan


masalah murid Terapi Seni daya imaginasi

3.
Mengembangkan
bakat sedia ada.

Pertama, meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar. Seni


mempunyai perkaitan kuat dengan alam semula jadi kerana alam semula jadi sering
menjadi medium untuk sesuatu penghasilan karya. Penggunaan barang-barang
daripada alam sekitar secara tidak lansung mewujudkan perasaan menghargai setiap
ciptaan tuhan.

Kedua, menguatkan daya imaginasi. Sesuatu karya seni biasanya dihasilkan


melalui daya imaginasi yang kreatif. Penggunaan terapi seni akan meransang daya
imaginasi murid untuk lebih bebas berfikir. Jangan menegah murid untuk melahirkan
apa yang mereka fikirkan. Biarkan mereka bebas untuk menghasilkan hasil imaginasi
mereka sendiri. Guru hanya perlu bertindak jika imaginasi mereka lebih terarah kepada
perkara atau fikiran yang negatif.

25
Ketiga, mengembangkan bakat sedia ada. Tidak semua orang mempunyai
bakat untuk melukis. Terapi seni secara tidak lansung mengesan bakat terpendam yang
ada di dalam diri murid. Melalui bakat yang dicungkil ini, murid akan lebih berkeyakinan
dan merasakan diri mereka berharga dan berguna. Secara tidak lansung, masalah
berjaya di atasi dan ditambah dengan satu kelebihan iaitu murid berjaya membina
keyakinan mereka dan lebih berani untuk maju ke hadapan.

Keempat, mengesan masalah murid. Guru dapat mengesan emosi atau


perasaan murid melalui pengunaan warna. Sebagai contoh, murid menggunakan warna
merah untuk menaylurkan perasaan marah. Keadaan ini memberi ruang dan peluang
untuk menyelami masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.

26
5.4 TERAPI MUZIK

Terapi muzik merupakan intervensi terapeutik berbentuk bukan-verbal. Terapi ini sesuai
diaplikasikan untuk individu yang menghadapi masalah komunikasi dan sukar
mengekspresikan perasaan secara verbal.

5.4.1 PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN TERAPI MUZIK

SEBELUM KETIKA SESI SELEPAS


RAWATAN : RAWATAN : RAWATAN :

• dapatkan • merekod • tutup sesi


persetujuan secara dengan
dengan klien terperinci pendekatan
• atur setiap aktiviti dan teknik
pertemuan • setiap kali sesi yang sesuai.
dengan klien selesai,
sebelum sesi adakan
rawatan refleksi

1. SEBELUM RAWATAN
Kaunselor perlu mendapatkan persetujuan dengan klien berhubung
dengan rawatan dan etika-etika ketika sesi rawatan dijalankan. Antara perkara-
perkara yang boleh dibincangkan ialah kerahsiaan masalah klien.

Kaunselor juga perlu mengatur pertemuan dengan klien sebelum sesi


rawatan sebenar dijalankan. Ianya bertujuan untuk membenarkan klien berasa
selesa dengan keadaan bilik persekitaran rawatan.

27
Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian
supaya strategi dan struktur yang sesuai dapat dirancang. Kaunselor perlu
merancang waktu yang sesuai, peralatan yang ingin digunakan dan muzik
pilihan.

2. KETIKA SESI RAWATAN


Ketika sesi rawatan dilaksanakan, kaunselor perlu merekod setiap aktiviti
yang dilakukan secara terperinci. Ianya bertujuan untuk melihat setiap
perubahan yang berlaku sama ada teknik dan strategi yang digunakan berkesan
atau tidak berkesan. Apabila setiap sesi selesai dijalankan, kaunselor perlu
mengadakan sesi refleksi untuk mereflek semula setiap aktiviti yang telah
dijalankan. Sesi refleksi penting untuk membuat penambahbaikan terhadap
teknik dan strategi yang digunakan.

3. SELEPAS RAWATAN
Penutup sesi rawatan perlulah disusuli dengan teknik dan pendekatan
yang menarik agar klien tidak merasa bosan dan menanti sesi terapi yang
seterusnya. Jika klien kelihatan bosan , kaunselor perlu bertindak agar sesi
terapi seterusnya berjalan dengan lancer dan masalah Berjaya diatasi.

28
5.4.2 FAEDAH TERAPI MUZIK

Pertama, membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran.


Sebagai contoh, murid yang terencat akal, murid yang bermasalah komunikasi dan
murid autistik. Setiap murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti ini
mempunyai kaedah yang berlainan untuk belajar. Penggunaan muzik diselitkan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk mereka mengenal nombor, huruf dan fakta-fakta
yang berkaitan.

Kedua, mengalihkan tekanan. Penggunaan muzik mewujudkan suasana yang


tenang dan santai. Apabila muzik dimainkan, suasana sekeliling akan berubah. Muzik
adalah satu getaran tenaga bunyi. Getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Apabila
getaran tenaga bunyi bergetar seiringan dengan tenaga yang ada dalam badan, maka
ianya adalah satu pemulihan kepada diri untuk mengalihkan tekanan daripada dalam
diri.

Ketiga, menyediakan suasana yang tenang. Penggunaan muzik di dalam


sesuatu keadaan mengubah suasana sekeliling. Sebagai contoh, apabila berada di
dalam sesuatu pertandingan, lagu-lagu yang menaikkan semangat mampu
mempengaruhi diri untuk leboh berkeyakinan. Oleh itu, apabila ingin menenangkan diri,
maka pemilihan lagu-lagu santai mampu untuk mewujudkan suasana yang tenang.

Keempat, memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan kemahiran


koordinasi fizikal. Muzik mampu meningkatkan kemahiran komunikasi di mana kita
akan berinteraksi dengan individu lain untuk berkongsi lagu atau alat muzik yang sama.
Selain itu, pergerakan dalam tarian atau gerakan-gerakan mudah juga membantu untuk
meningkatkan koordinasi fizikal. (Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas,
2012.http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-muzik-g-53.html.)

29
5.5 BIBLIOTERAPI

Biblioterapi ditaksirkan sebagai penggunaan buku-buku untuk menolong orang


menyelesaikan masalah. Definisi yang lebih tepat ialah biblioterapi sebagai teknik untuk
menstruktur interaksi anatar terapis dengan klien, atau pemuahcara dengan peserta
berasaskan perkongsian secara bersama dengan idea literatur yang dibaca.

Idea biblioterapi merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang


mempunyai pengalaman yang releven dengan situasi yang tertulis dalamnya. Contoh ,
seorang kanak-kanak yang bersedih apabila mendengar atau membaca sendiri
mengenai kanak-kanak yang kehilangan ibunya akan berasa kurang sunyi dalam
hidupnya. ( Mok Soon Sang, 2010 )

5.5.1 PERLAKSANAAN TERAPI BIBLIO

Biblioterapi melibatkan aktiviti membaca sahaja. Kanak-kanak yang menghadapi


tekanan akan diarahkan untuk melukis sesuatu suasana dan kemudian

Langkah-langkah Terapi Biblio

Fasa 1 : peringkat permulaan/orientasi

 Kaunselor bersuai kenal dengan klien


 Klien menceritakan perihal peribadi tetapi secara terbatas.
 Klien bersuai kenal sesama klien lain.

Fasa 2 : konflik dan konfrantasi

 Klien mula berkongsi masalah dan perasaan.


 Kaunselor bertindak sebagai fasilitator/pemudah cara

Fasa 3: perkembangan dan rasa bersepadu

 Kaunselor menayangkan video yang berkaitan dengan masalah klien.


 Klien mula menghayatai video dan mula mengaitkan diri dengan watak dalam
video tersebut.
 Klien berbincang, mentafsir dan menyatakan celik akal yang diperolehi.
30
 Kaunselor memainkan peranan sebagai pelengkap dan penyokong
 Kaunselor mencadangkan buku-buku yang perlu dibaca oleh klien.

Fasa 4 : penghasilan

 Klien menyatakan kebolehan untuk mencari jalan penyelesaian


 Kaunselor mengulas pendapat klien

Fasa 5 : penamatan

 Kaunselor memberitahu masa untuk sesi akan dating


 Klien mengucapkan terima kasih kepada kaunselor.
 Sesi kaunseling ditangguhkan.

ALAT –ALAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM TERAPI BIBLIO

 Cerita pendek
 Biografi
 Buku bantu-kendiri
 Cerita dongeng
 Buku gambar
 Video

31
5.5.2 FAEDAH TERAPI BIBLIO

1.Mengenali diri sendiri

Faedah 2. Menyelesaikan masalah


4. Membina keyakinan murid
murid Terapi Biblio

3. Meningkatkan
perkembangan murid

Pertama, mengenali diri sendiri. Melalui pembacaan, murid akan


menginterpretasikan jalan cerita penulis, menterjemah simbol dan huruf ke dalam
maksud tertentu, seperti rasa terharu dan simpati. Lahirnya perasaan-perasaan ini
membantu murid untuk mengenali diri mereka di samping memupuk sifat-sifat positif di
dalam diri mereka.

Kedua, menyelesaikan masalah murid. Murid boleh menyelesaikan masalah


yang dihadapi dengan membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan masalah yang
dihadapinya. Melalui pembacaan tersebut, murid akan memikirkan cara untuk
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan bantuan kauselor.

32
Ketiga, meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Minda dan pemikiran
murid akan lebih terbuka apabila mereka terdedah dengan pembacaan, isu-isu semasa,
video-video kemanusiaan dan mendengar berita-berita yang diutarakan. Pemikiran
kanak-kanak mereka sedikit sebanyak akan lebih matang kerana mereka akan berfikir
berdasarkan apa yang mereka baca, lihat dan dengar. Oleh itu adalah penting untuk
guru dan kaunselor untuk menyediakan bahan yang bersesuaian dengan masalah,
umur dan persekitaran murid semasa sesi terapi dijalankan.

Keempat, membina keyakinan murid. Murid mempercayai diri mereka sendiri


untuk membincangkan apa yang mereka baca, lihat atau dengar kerana mereka tahu
bukan diri mereka sahaja yang mengalami masalah yang sama. Apabila murid
didedahkan masalah yang mereka hadapi itu turut dihadapi oleh individu lain, murid
tidak akan berasa berseorangan dan keinginan mereka untuk dibantu
menyelesaikannya akan mengurangkan perasaan malu, takut dan tertekan untuk
berkongsi masalah yang dihadapi. (Lifelong Learning (2012).
http://didikhibur.blogspot.com/2011/12/terapi-biblio.html. dilayari pada 10 januari 2013 )

33
KESIMPULAN

Pada dasarnya, semua intervensi yang digunakan dalam Bimbingan dan


Kaunseling mempunyai arah tuju yang sama, iaitu membantu murid atau kanak-kanak
untuk membimbing mereka menyelesaikan konflik atau masalah yang dihadapi. Setiap
masalah yang dihadapi tidak boleh diselesaikan tanpa mengenal dan memahaminya
terlebih dahulu.

Setiap terapi mempunyai teknik, cara dan prosedur berbeza. Perbezaan ini
bersesuaian dengan kepelbagaian masalah yang dihadapi oleh murid. Murid
bekeperluan khas mempunyai cara berbeza, pengawasan berbeza dan murid yang
menghadapi masalah social mempunyai cara berbeza dan pengawasan berbeza.
Pemilihan terapi yang sesuai perlu dilakukan secara teliti agar guru kaunseling atau
kaunselor dapat menjalankan aktiviti bagi setiap terapi dengan baik.

Setiap terapi ini juga memerlukan kemahiran yang berbeza. Guru kaunseling
perlu memperkasakan kemahiran-kemahiran mengikut terapi yang dijalankan agar
bantuan dalam membimbing murid untuk menyelesaikan masalah dan konflik yang
mereka hadapi dapat dilaksanakan dengan baik.

34

Anda mungkin juga menyukai