Anda di halaman 1dari 9

PELAJARAN 3: IBADAH

MENURUT ISLAM
Disediakan oleh:
Abdul Hakim Bin Abd Aziz
SMK Bandau
MAKSUD IBADAH DALAM ISLAM

• Pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang ikhlas
semata-mata kepada Allah SWT.
KONSEP IBADAT

• Keikhlasan menjadi asas penerimaan ibadah di sisi Allah SWT.


• Kewajipan menuruti perintah yang disyariatkan dan tidak mengada-adakan ibadah .
• Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT.
• Ibadah melibatkan segala kegiatan manusia dari segi rohani dan jasmani.
PEMBAHAGIAN IBADAH DALAM ISLAM

Ibadah khusus Ibadah umum


Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah
SWT sama ada fardu atau sunat. SWT bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah
masyarakat demi kebaikan dan keharmonian hidup
bersama.
Contoh Contoh
Fardu ain (solat fardu, mengeluarkan zakat, Fardu ain (bekerja, belajar).
menunaikan haji).
Fardu kifayah (solat jenazah, menguruskan jenazah). Fardu kifayah (membuat penyelidikan, bekerja
sebagai doktor).
Sunat (solat sunat, puasa sunat). Sunat (membuang benda yang bahaya di jalanan).
CONTOH IBADAH WAJIB YANG PERLU DIHAYATI
DAN DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN

• Solat fardu 5 waktu


• Berpuasa di bulan ramadan.
• Melaksanakan ibadah haji.
• Mengeluarkan zakat.
• Bekerja untuk penuhi keperluan hidup.
• Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi membantu masyarakat.
DUA SYARAT IBADAH

Ittiba’ as-Sunnah: Ikhlas: ibadah


mengikut sunnah dilakukan hanya
Ibadah
iaitu sebagaimana keran Allah SWT
diterima
yang disyariatkan semata-mata dan
Allah
oleh Allah SWT dan mengharap
rasul-Nya. keredaan-Nya.
KEPENTINGAN IBADAH MENURUT ISLAM

Ibadah Kepentingan
Lafaz syahadah • Menjadi bukti penyaksian Allah SWT sebagai pencipta dan Nabi Muhammad SAW
sebagai utusan Allah SWT.
• Syarat menjadi seorang muslim.
Solat • Meneguhkan hubungan manusia dengan Allah SWT.
• Meningkatkan ketaqwaan.
Puasa • Mendidik hawa nafsu.
• Merasai kesusahan orang miskin.
Bekerja • Mencari nafkah dikategorikan sebagai ibadah.
• Hidup mulia dan tidak membebankan orang lain.
Belajar • Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
• Membangunkan tamadun agama, bangsa dan negara.
CARA MENINGKATKAN KUALITI IBADAH

• Sentiasa mengingati Allah SWT ketika melakukan pekerjaan.


• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang ibadah khusus dan umum.
• Berdamping dengan orang soleh dan berilmu.
• Sabar dan istiqamah dalam melalukan ibadah.
• Memahami hikmah di sebalik ibadah.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai