Anda di halaman 1dari 12

;0

;;

"

"Kreativiti dan Inovasi


dalam llunia Semasa:
Pendekatan Islami"
9 • 10 November 2010 /2 • 3 Zulhijjah 1431 H

Sesi IV

Kreativiti, Kecerdasan
dan Kesihatan Mental
:?
.-5-- ~
5C>

Oleh --

EN. KBAIRUL AZBAR IDRIS


Fellow, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM

Anjuran
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Bertempat di
DEWAN BESAR, IKIM.
KUALA LUMPUR
Kreativiti, Kecerdasan dan Kesihatan Mental

Khairul Azhar Idris

Fellow, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan

Pengenalan

Kreativiti adalah perkataan Inggeris yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

dan ia berasal dari perkataan Latin 'creo ' bermaksud 'to create, to make', atau mencipta,

membuat. Kreativiti merupakan satu "subject matter' atau topik yang menarik minat

pelbagai bidang atau disiplin keilmuan bermula dengan bidang falsafah dan teologi,

pendidikan, psikologi, linguistik, sosiologi, ekonomi dan perniagaan, dan yang terkini

adalah bidang neurosains seperti kognitif neurosains dan neurologi. Memandangkan pada

hari ini kreativiti telah dilihat dari pelbagai bidang keilmuan, maka terdapat pelbagai

definisi kreativiti yang telah dikemukakan, berdasarkan kepada ruang lingkup yang

dilihat, diteliti dan dikaji dalam bidang-bidang yang berkaitan itu.

Definisi Kreativiti

Sememangnya menjadi sesuatu yang amat sukar untuk mendapatkan satu definisi yang

khusus berkaitan kreativiti. Secara umumnya, menurut perspektif psikologi, kreativiti

didefinisikan sebagai suatu keupayaan atau kebolehan untuk melahirkan atau

menghasilkan sesuatu idea atau objek yang baru dan amat bernilai dalam kehidupan.

Mumford, (2003) menyatakan bahawa kreativiti itu adalah satu proses yang

mengakibatkan kepada sesuatu penghasilan yang baru dan berfaedah. Creativity is the
----------

{J,d} fo.j; l' ~ ~~


~
ability to produce novel and unique socially valued ideas or objects ranging from

philosophy to paintings, from music to mousetraps (Mumford & Gustafson, 1988).

Menurut Sternberg dan Lubart (1999), sesuatu yang baharu dan berfaedah itu dilihat

sebagai tulen dan asli dari segi kemunculannya dan pada masa yang sarna perlulah

berguna, atau berfaedah dan bersifat adaptif kepada persekitaran. Kesimpulan daripada

semua pernyataan yang tersebut ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah sesuatu

penghasilan atau kemunculan idea atau produk yang baharu sifatnya, dan ia lahir secara

semulajadi dalam keadaan yang tulen dan asli, serta berperanan membawa kepada

kebaikan dalarn kehidupan individu dan masyarakat serta kepada persekitaran.

Skop Kajian Terhadap Kreativiti

Dalam bidang psikologi, kajian secara saintifik terhadap kreativiti telah bermula seawal

tahun 1950an apabila J. P. Guilford telah mula menghuraikan fenomena pemikiran dan

intelek, khususnya yang berkaitan dengan kecerdasan dan kepintaran~(Guilford, 1950),

dan diikuti oleh E. Paul Torrance (1962). Pada ketika itu, fenomena kreativiti telah dilihat

sebagai satu 'hypothetical construct', atau konstruk mental yang sangat penting dalam

kajian terhadap kepintaran dan personaliti.

Konstruk ini boleh diukur kewujudannya berdasarkan kepada kaedah psikometrik,

sepertimana juga peralatan lain yang wujud pada ketika itu sehinggga kini yang

digunakan bagi tujuan penilaian dan pengukuran, seperti yang sering digunakan untuk

menguji dan mengukur kepintaran, motivasi, pencapaian (achievement) dan personaliti.

2
Malah alat pengukuran dan pengujian terawal terhadap kreativiti mula diperkenalkan oleh

Guilford sendiri, dan juga oleh Torrance seperti 'Torrance Tests of Creative Thinking'

(Torrance, 1974). Alat pengukuran ini amat popular dan masih lagi digunakan hingga ke

hari ini bagi mengenal pasti potensi kreativiti yang wujud dan tersembunyi di kalangan

individu (Torrance, 1990).

Dalam bidang psikologi, kreativiti dikaji sebagai satu komponen dalam kajian terhadap

kepintaran dan kecerdasan dan penyelesaian masalah. Ia juga turut dikaji sebagai satu

komponen penting dalam pembentukan personaliti individu, sarna ada sebagai personaliti

trait atau mengkaji dan l!H~~~~~a!~ana r.ersonaliti individu yang kreatif itu dap_fit
x· dibe~tuk dan berkemban$ dal~~ ruanglingkup kreativitj/ Di samping itu, wujud juga

beberapa kajian yang melihat ~pek kreativiti dan pengaruhnya terhadap.penyakit d~

~esihatan mental dalam masyarakat. Secara ringkasnya, dalam bidang psikologi, tumpuan

utama kajian berkaitan kreativiti ialah terhadap ciri-ciri personaliti individu kreatif,

proses-proses mental yang berlaku sehingga terhasilnya aktiviti kreativiti dan juga alat
p~)cf y-j,~
ujian dan pengukuran terhadap kreativiti.

Mengapa Kreativiti Diperlukan Dalam Kehidupan

Setiap individu perlu untuk memenuhi matlamat dan tuntutan bagi meneruskan

kehidupan. Bagi menjamin kelangsungan hidup, mereka perlu untuk menjadi kreatif atau

berfikir secara kreatif. Ini kerana kehidupan itu dilingkungi oleh pelbagai ranjau dan

masalah yang menggugat individu dan kehidupan itu sendiri. Untuk menghadapi

kehidupan dan menyelesaikan sebarang masalah hidup, kreativiti amat diperlukan.

3
Gambarajah 1 memberi ilustrasi berkaitan halangan dan matlamat yang melingkari

kehidupan individu.

Ini berrnakna, kreativiti menjadi satu keperluan dalarn mengharungi kehidupan yang

dipenuhi banyak masalah. Narnun ini juga tidak berrnakna bahawa kreativiti itu tidak

diperlukan apabila tiada masalah dalarn hidup, walaupun hakikatnya wujud kemungkinan

ke arah itu. Hanya apabila datang masalah, maka muncullah kreativiti, dan ia hilang dan

tidak diperlukan sebab tiada keperluan akibat dari tiada masalah yang menuntut kepada

wujudnya kreativiti itu.

Begitu juga dalam kehidupan yang dibelenggu oleh pelbagai masalah, terdapat individu

yang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dan mengharungi kehidupan dengan

jayanya. Ada kemungkinan mereka terbelenggu oleh permasalahan mereka tanpa ada

sebarang penyelesaian atau jalan keluar dari masalah itu. Mungkin juga mereka keluar

dari masalah hidup mereka dengan menggunakan kaedah yang salah, tidak sesuai, tidak

efektif atau tidak produktif. Malah, akibatnya, penyelesaian yang dihasilkan

mendatangkan satu keputusan yang amat tragis sekali dan berakhir dengan kehilangan

nyawa dan sebagainya.

Berdasarkan kepada situasi ini, maka kreativiti dilihat sebagai satu keperluan yang perlu

dimiliki dan dipelajari serta diamalkan untuk mencapai matlamat dalam kehidu~nA Ia
~ --~ -'~~-'

juga sukar untuk dipisahkan daripada kepintaran dan kecerdasan kerana ia sebenarnya

membantu individu untuk berupaya menganalisa pelbagai kemungkinan yang ada dalam

4
kehidupan mereka bagi menghasilkan satu bentuk penyelesaian yang kukuh, bernas,

proaktif, efektif, dan produktif.

\1
Gambarajah 1: Menerangkan Bagaimana Kreativiti Berperanan Dalam Mencapai Matlamat //

CndiVid~" ' •

~~'~
" ~

f(k>jfa- ~ . s.
~'~ J /~
- , L....
. . I/:
/lA--v{~ I "'"
(
G

Kreativiti dan Kecerdasan (IQ)

Terdapat anggapan bahawa kreativiti dan kecerdasan dilihat sebagai dua komponen

mental yang berlainan. Ada juga pandangan yang melihat bahawa kreativiti dan
,
kecerdasan memiliki mental proses yang sarna walaupun berbeza dari segi matlamatnya.
>,

Di kalangan para pengkaji kreativiti, ada di antara mereka yang mengatakan bahawa

kreativiti dan genius atau 'intellectual gift.edness' adalah dua IJerkara yang sarna (Becker,

1978). Begitu juga, Sternberg (1988) mengakui bahawa keboleQan untul..ber~~ativiti,

sebenarnya adalah sebahagian daripada kepintaran dan kecerdasan.

Manakala Richard (1981) pula melihat bahawa kepintaran dan kecerdasan adalah

keupayaan mental yang sememangnya perlu ada dalam proses dan aktiviti yang

melibatkan kreativiti tetapi belum memadai atau tidak mencukupi jika semata-mata

bergantung kepada kepintaran sahaja. Beliau mungkin beranggapan bahawa kecerdasan

5
dan kreativiti itu tidak sarna dan berbeza, namun ia amat diperlukan dalam sebarang

aktiviti yang melibatkan kreativiti. Ia seperti menilai bahawa kreativiti itu tidak mampu

terjana atau terhasil dengan sendiri, tanpa elemen kecerdasall...dalam diri seseorang. Iaitu,
.-- ~---

untuk menjadi seorang individu yang kreatif, ia perlu juga kepada elemen kepintaran dan

kecerdasan. Atau tanpa kepintaran, maka tiadalah kreativiti. Kedua-duanya amat berkait

rap at tanpa boleh dipisah-pisahkan atau mereka boleh beroperasi secara bersendirian.

Malahan Guilford juga menganggap bahawa kreativiti merupakan satu elemen dalam

komposisi kepintaran yang beliau telah perkenalkan sebagai divergent thinking

(pemikiran mencambah). Ia amat berbeza daripada konsep atau fahaman kepintaran dan

kecerdasan yang biasa terdapat di dalam konteks alatan ujian dan pengukuran yang

standard seperti Stanford Binet Intelligence Test, Wechsler (Preschool, Primary, Adult)

Intelligence Test, dan sebagainya, yang pada pandangan beliau lebih menjurus kepada

kepintaran dan pemikiran convergent (pemikiran menguncup).

Berikut adalah contoh situasi di mana berlakunya pemikiran convergent: sebagai seorang

pekerja yang berulang alik menggunakan kereta, tatkala

membawanya kepada mekanik. Mekanik itu memeriksa wujud kemungkinan


kereta itu rosak, anda

kerosakan
,
akibat sistem bendalir, atau akibat plug spark, atau mungkin akibat wyering. Setelah

memeriksanya, didapati kerosakan berpunca akibat spark plug, lalu memperbaikinya. Di


{l
t{--
~
sini, penyelesaian masalah memerlukan kepintaran yang biasa tetapi spesifik dan

memerlukan ketepatan jawapan serta lebih terfokus kepada sistem dalaman kereta itu
1
~ ~
sahaja. UjiillLlL-, ~mikiran-J-enis-.ini, di mana

h~ '(U-T~ frC-- - '1i. ~


~ 15 ~
~

A-~J.., Aekn ~ fJ~ 'f3 S/JP~:I/ k. f ~


~
~

~
o
~
kecepatan dan ketepatanjawapan itu menjadi ukuran dan merupakan sebahagian daripada

skor markah.

Berikut pula adalah contoh situasi di mana berlakunya pemikiran divergent. Anda

mendapati kereta anda rosak selepas bersiap sedia untuk ke pejabat. Tambahan pula, anda

perlu menghadiri satu mesyuarat penting se awaljam 8.15 pagi. Apakah yang perlu anda

lakukan? Matlamat utama di sini bukanlah memperbaiki atau menghantarnya kepada

mekanik (tidak buat masa ini, tetapi mungkin kemudian), tetapi ialah menghadi .
, ,)
mesyuarat yang penting tersebut.

Kepintaran yang diperlukan dalam pemikiran jenis ini di sini ialah mencari alternatif lain

yang paling terbaik, asalkan anda dapat menghadiri mesyuarat yang penting itu tanpa

sebarang kelewatan. Pelbagai altenatif yang mungkin terlintas iaitu mengambil teksi,

menaiki bas atau tren, menunggang motorsikal, menumpang rakan sepejabat dan
\
L '(
\\
sebagainya. Di sini, tiada jawapan yang tepat, tetapi semua jawapan adalah betul belaka,

kerana dalam pemikiran jenis ini, jawapan


\

yang betul tidak semestinya tepat, dan


\-
jawapan yang tepat tidak semestinya betul.Xerana yang betul itu adalah yang terbaik
"1
(j

setelah diambil kira pelbagai faktor seperti keselesaan kenderaan, kesesakan jalan raya,

ketepatan waktu, keselamatan, kos pengangkutan, lebih mesra alam dan sebagainya.

Ujian IQ yang standard tidak menilai pemikiran jenis ini. Tambahan pula, jawapan yang

diberikan dalam pemikiran jenis ini tidak mempunyai kategori jawapan yang salah atau

betul dan kecepatan mernberi jawapan tidak pula menjadi kriteria dalam pemarkahan.

7
Adakah Individu yang~"eAtif itu LEBIH Pintar?

Kajian yang telah dilakukan oleh Getzels dan Jackson (1962), telah rnendapati bahawa

skor ujian kreativiti dan ujian IQ di kalangan pelajar pintar rnernpunyai tahap korelasi

0.27 sahaiatahap ini tidaklah terlalu signifikan bagi menyatakan bahawa individu yang

kreatif itu lebih pintar daripada yang tidak atau kurang kreatif. Begitu juga, individu yang

kurang pintar tidak rnenunjukkan bahawa rnereka itu kurang atau lebih kreatif. Ini

menunjukkan terdapat kemungkinan bahawa kreativiti dan IQ adalah satu elemen

kognitif yang sarna.

Kreativiti, kecerdasan dan kesihatan mental

Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dalarn perkara ini. Pertarna ialah

hubungkait antara kreativiti dengan kecerdasan. Kedua pula ialah berkait antara kreativiti

dengan kesihatan mental. Selanjutnya ialah perkaitan antara kecerdasan dan kesihatan

mental. Namun bagi perbincangan, aspek perhubungan antara kreativiti dengan kesihatan

mental akan diutamakan.

Menurut World Health Organization, kesihatan mental ialah kesejahteraan dari segr

fizikal, mental dan sosial seseorang individu dan bukannya semata-mata ketiadaan

penyakit atau kesengsaraan dan penderitaan. Penyakit mental pula ialah sebaliknya.

Penyakit mental turut diertikan sebagai apa yang didefinisikan oleh DSM dan lCD, iaitu

apa yang diterangkan oleh kedua-dua bahan manual rujukan ini dari segi pengenalan dan

definisi sesuatu penyakit, simptom atau tanda gejala penyakit-penyakit tersebut, dan juga

tahap atau darjah kesengsaraannya.

8
, - ,.,1'

Terdapat juga beberapa pandangan dari tokoh tertentu terhadap definisi penyakit mental.

Foucault (1965), seorang ahli falsafah dan pakar sosiologi Peranchis melihat 'madness'

adalah satu label yang dibuat oleh anggota masyarakat bagi mengawal dan mengekang

mereka yang didapati menyimpang atau menyeleweng dari norma-norma sosial.

Walaubagaimanapun, definisi yang telah diterima dan biasa digunakan, baik secara

klinikal, mahupun dalam penyelidikan adalah seperti yang terdapat dalam DSM

(Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, American Psychiatric

Association) dan leD (International Classification of Diseases, World Health

Organization) .

. Kajian dan penyelidikan berkaitan kreativiti atau kepintaran dengan penyakit mental telah

bermula sejak awal era Aristotle (Ludwig, 1989 ) yang telah mengkaitkan ketidakwarasan

dengan genius lantaran mencetuskan satu fenomena yang kontrovesi iaitu 'mad genius '.. -,
~
Perkara ini menjadi sesuatu yang amat menarik kerana wujud ciri-ciri gangguan mental,
~-.
ketidakwarasan
r- dan kecelaruan
__ di kalangan
-- mereka yang
~ terkenal di kalangan.masyarakat
- ,
!
dan dianggap sebagai tokoh, idola atau sebagai pakar, artis dan sebagainya. Timbul satu
)
keinginan dan minat di kalangan pengkaji kesihatan mental, mengapa golongan-golongan

cerdik pandai seperti ini menghadapi gangguan mental, dan sesetengah daripada mereka

turut ada yang mengakhiri


. ----
penghujung kehidupan mereka di dalam institusi penyakit
.._--

--
mental, malah ada yang membunuh diri. Lantaran itu, beberapa kajian yang berkaitan.:
.
dalam aspek ini telah dirasakan perlu untuk dilakukan.

9
Di antara beberapa contoh gangguan mental yang berlaku ialah seperti ketagihan dadah'

dan alkohol, gangguan mood dan afek seperti kemurungan dan manik depresif, bunuh

diri, gangguan personaliti dan sebagainya. Di antara kalangan tokoh-tokoh yang terlibat

ialah seperti van Gogh, seorang pelukis terkenal, Ernest Hemingway, seorang noveli

yang telah menembak dirinya sendiri sejurus selepas menerima rawatan EeT, Virginia) '~

Wolf yang telah melemaskan dirinya sendiri, Robert Schumann yang meninggal ketika

berada di dalam hospital psikiatri, dan artis visual Michelangelo.

Kesimpulan

Sehingga kini, kajian saintifik terhadap kreativiti, kecerdasan dan kesihatan mental masih

lagi berlangsung dan dapatan demi dapatan yang menakjubkan semakin terserlah. Kajian

ini semakin mendedahkan kepada masyarakat bahawa banyak lagi perkara berkaitan

kreativiti belum diteroka sepenuhnya, terutamanya oleh masyarakat Islam khususnya di

negara ini. Kajian berterusan perlu dilakukan terutamanya membabitkan usaha untuk

melahirkan pelajar dan individu yang mampu berfikiran kreatif dalam konteks sebuah

negara membangun, berdasarkan kepada data tempatan yang lebih mesra dan tepat lagi.

10
Bibliography

Becker, G. (1978). The mad genius controversy. London: Sage Publications.

Foucault, M. (1965). Madness and civilazation. Toronto: Random house.

Guilford, J. P. (1950). Creativity. American Psychologist, (5) 9,444-454.

Ludwig, A. (1989 ). Reflections on creativity and amdness. American Journal of


Psychotherapy, 43 ,4-14.

Mumford, M. D. (2003). Where have we been, where are we going? Taking stock in
creativity research. Creativity Research Journal, 15. , 107-120.

Richards, R. (1981). Relationships between creativity and psychopathology: an


evaluation and interpretation of the evidence. Genetic Psychology Monographs (103) ,
261-324.

Sternberg, R. J. (1999). The concept of creativity:prospects and paradigm. In R. J. (Ed.),


Handbook of Creativity (pp. 3-15). Cambridge: Cambridge University Press.

Torrance, E. P. (1974). Torrance tests of creative thinking. Lexington, M. A: Personnel


Press.

11

Anda mungkin juga menyukai