Anda di halaman 1dari 9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Kegiatan Kokurikulum Bukan Punca Prestasi Akademik Pelajar Menurun: Kajian Kes Pelajar Kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia
Prof. Madya Ar.Dr.Abdul Majid Ismaila, Pn.Safiah Ahmadb
a

Pensyarah, Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan USM; Jurulatih Kokurikulum Kebudayaan USM b Guru Bahasa, Pusat Bahasa & Terjemahan, USM a abmajid@usm.my; bsafiah@usm.my

Abstrak

Kertas kerja ini menyimpulkan polimik yang berterusan dalam kalangan pentadbir akademik (Dekan & Timbalan Dekan) institusi pengajian tinggi (IPT) yang kerap kali membuat keputusan bersandarkan persepsi negatif dan berpaksikan isu terpencil tanpa analisis yang berlandaskan fakta yang jelas dan sahih. Kes-kes kemerosotan prestasi akademik segelintir pelajar kokurikulum lazim dijadikan alasan utama untuk menidakkan sumbangan positifnya dan kerap dijadikan alasan untuk menghalang pelajar menyertai kegiatan ini. Untuk melihat isu ini secara objektif dan akademik satu kajian kes terhadap para pelajar yang menyertai sebuah kegiatan kokurikulum kebudayaan di USM telah dijalankan selama tiga sidang pengajian secara berturut-turut. Purata Jumlah Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperoleh setiap pelajar dijadikan asas untuk melihat gaya keseluruhan prestasi akademiknya,. Penemuan kajian ini mendapati prestasi keseluruhan pelajar yang menyertai kokurikulum ini pada tiga tahap pembelajaran iaitu tahun satu, dua dan tiga adalah normal. Secara khusus pula prestasi sebahagian pelajar di tahap tahun tiga adalah amat baik dan terdapat sebilangan pelajar yang memperoleh sijil Dekan walaupun tidak dapat dikesan menerusi PNGK, tetapi direkodkan menerusi PNG tahun berkenaan. Secara berurutan pula, pelajar yang dikesan baik prestasi akademiknya pada peringkat awal didapati akan terus berkekalan baik dan meningkat ke tahap cemerlang. Sementara itu terdapat juga pelajar yang agak lemah prestasi akademiknya diperingkat awal tetapi terus aktif dalam kegiatan ini telah dapat meningkatkan prestasi akademiknya pada tahun berikutnya dan cemerlang pada tahun akhir pengajian. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa polemik berdasarkan persepsi negatif ini wajar dihentikan dan kegiatan kokurikulum sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan utama menurunnya prestasi akademik pelajar malahan ia memberikan nilai tambah apabila majoriti pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum juga cemerlang prestasi akademiknya. Kata kunci: Kegiatan kokurikulum, prestasi akademik, persepsi, cemerlang, normal

1.

Pengenalan

Keterampilan para graduan selain prestasi akademik lepasan IPT mula dijadikan syarat tambahan oleh para majikan apabila bekalan graduan amat berlebihan di pasaran pekerjaan akhir-akhir ini. Para majikan mula melihat pelbagai nilai tambah seumpama kemahiran berkomunikasi, keterampilan personaliti, kebolehan bergaul atau bekerja secara berkumpulan, keupayaan menangani tekanan berlebihan dan keupayaan membuat keputusan di samping prestasi akademik yang baik. Malangnya, para pentadbir akademik di kebanyakan IPT awam masih lagi dikekang oleh sistem penilaian lama yang hanya tertumpu pada prestasi akademik yang dihimpun pelajar menerusi peperiksaan, walaupun 1

anjakan telah dibuat untuk menerapkan aspek pembinaan insan lain soft skill yang merangkumi aspek pembentukan sahsiah dan penyemaian jati diri. Konflik untuk menentukan keutamaan penilaian prestasi pelajar seperti ini telah banyak menimbulkan pelbagai intepretasi dan tindakan susulan yang kadangkala kurang tepat pada sasarannya. Para pembuat dasar dan para pelaksana kurang memahami hasrat sebenar komponen soft skill ini di samping menghadapi kekangan dari segi nilai dan tanda aras yang dihajati. Hasilnya polimik berkenaan isu pembinaan insan, pemilihan komponennya dan kaeadah penilain khususnya dalam aspek soft skill terbentuk. Walaupun garis panduan mengenainya telah pun dihasilkan menerusi perbincangan para pakar namun penerapannya masih dilakukan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 berdasarkan budibicara pentadbir akademik dengan pelbagai pesepsi berdasarkan latar belakang pendidikan dan kerjaya masing-masing. Selain input yang perlu diterapkan dalam mata pelajaran formal, pembentukan soft skill ini sebenarnya banyak disumbangkan menerusi penglibatan pelajar dalam kerja luar termasuklah kegiatan-kegiatan kokurikulum. Umumnya nilai tambah yang dihasilkan menerusi penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dan persatuan-persatuan pelajar kurang diberi pengikhtirafan, malahan kadangkala diremehkan pula peranannya. Nilai sumbangan daripada segi unit atau kredit penyertaan yang diberikan terlalu minimum dan tidak setimpal dengan sumbangan yang diberikan oleh pelajar. Ada pelajar yang telah berkorban mewakili universiti dan negeri dalam sukan dan kebudayaan umpamaya tetapi tiada keutamaan dan ruang untuk memajukan diri dipertimbangkan. Paling tidak wajar, kegiatan seperti ini hanya sekadar dijadikan pelengkap kepada pelajar mencukupkan unit untuk berijazah sahaja. Terdapat sebilangan pelajar tahun akhir yang perlu berijazah tetapi menghadapi kekurangan unit akademik, dinasihati oleh penasihat akademik untuk mengambil mata pelajaran kokurikulum semata-mata untuk melengkapkan unit pengijazahan. Pendekatan tempelan ini tidak berupaya memberikan apa-apa manfaat pembentukan insan sebenar, tetapi hanya menjadi penampal bocoran. Konflik keutamaan antara prestasi akademik dengan kegiatan luar pelajar pula berlaku apabila terdapat pelajar yang prestasi akademiknya rendah dan aktif pula dalam kegiatan luar. Pentadbir akademik kerap menggunakan jalan pintas berdasarkan persepsi dan pengalaman peribadi untuk membuat keputusan agar pelajar meninggalkan kegiatan kokurikulum atau aktiviti luar dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek akademik sahaja. Keputusan ini pada pandangan saya amat kurang tepat, kerana manusia biasa tetap memerlukan rekreasi atau tempuh pemulihan daripada kepenatan mental. Apa yang diperlukan ialah keseimbangan di antara kegiatan akademik, riadah dan ibadah. Sekiranya dinafikan kegiatan riadah (kokurikulum) pelajar yang hanya memakan masa lebih kurang 1.5 hingga 3.0 jam seminggu, pelajar akan tetap beriadah atau beristirahat dengan cara lain yang berkemungkinan cara negatif. Oleh itu, pentadbir akademik sebenarnya hanya perlu memastikan masa akademik itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar iaitu Belajar jangan mainmain, bermainpun jangan main-main - Belajar bersungguh-sungguh, bermainpun bersungguhsungguh.

2.

Kegiatan kokurikulum dan pelaksanaannya

Kegiatan pelajar yang merangkumi aktiviti di luar dewan kualiah kebanyakannya ditadbir menerusi aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terbahagi kepada beberapa kelompok utama iaitu badan beruniform, sukan dan kebudayaan. Di USM induk, rancangan kokurikulum terbahagi kepada 6 kelompok [5] & [9]: 1) Pasukan Berpakaian Seragam Bersenjata antaranya Palapes Tentera Darat, Laut, Udara dan SUKSIS. 2) Pasukan Berpakaian Seragam Tidak Bersenjata antaranya Kelanasisiswa & Bulan Sabit Merah. 3) Rancangan kokurikulum Sukan antaranya Golf, Karate, tenis dan Memanah. 4) Rancangan Kokurikulum Kebudayaan antaranya Seni Silat Cekak, Tarian Tradisional dan Jazz Band. 5) Rancangan Khidmat Masyarakat. 6) Rancangan Keushawanan. Terdapat juga kegiatan pelajar bukan kokurikulum yang digerakkan menerusi kegiatan dalam persatuan-persatuan pelajar yang berdaftar pada peringkat universiti, pusat pengajian dan desasiswa atau kolej. Di Universiti Sains Malaysia, usaha memberikan unit atau kredit kepada kegiatan kokurikulum pelajar telah dimulakan pada sidang akademik 1992/93 dengan memilih beberapa jenis kegiatan pelajar yang telah mantap dan distrukturkan semula agar pengisiannya menepati keperluan Falsafah Pendidikan Negara [3]. Terdapat kegiatan kokurikulum yang bernilai 6 unit merentasi tempuh pembelajaran selama 6 semester yang diterapkan secara pekej seumpama Palapes Tentera Darat, Udara dan Laut, SUKSESS, Seni Silat Cekak Malaysia dan Jass Band [8]. Terdapat juga aktiviti kokurikulum dalam bentuk pasukan beruniform dengan penglibatan selama 4 semester bernilai 4 unit antaranya, Kelana Siswa, Bulan Sabit Merah dan St.John Ambulance. Manakala terdapat juga kegiatan kokurikulum bernilai 1 dan 2 unit untuk satu dan dua semester yang boleh diambil pada setiap awal semester pengajian antaranya, kokurikulum kebudayaan tarian asli dan modern, catan dan beberapa jenis sukan [5].

3.

Pertembungan waktu dan tempat

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, sememangnya keutamaan perlu diberikan kepada aktiviti akademik iaitu, kuliah, tutorial, makmal,

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 studio dan kerja lapangan namun aktiviti-aktiviti sukan, sosial, budaya dan aktiviti keugamaan tidak kurang pentingnya daripada segi pembangunan dan kesihatan pelajar. Kegiatan-kegiatan luar dewan kuliah ini sebenarnya telah pun dipersetujui untuk diadakan pada lewat petang selepas jam lima petang dan pada hujung minggu. Pihak USM sendiri telah menetapkan setiap petang Isnin dan Khamis jam 5:00 hingga 7:00 petang dan sepanjang hari Sabtu dikhaskan untuk kegiatan kokurikulum. Sebarang aktiviti akademik tidak boleh diadakan pada waktu tersebut. Pada hari Rabu pula pasukan kokurikulum berpakaian seragam mewajibkan pelajarnya memakai pakaian seragam sepanjang hari tersebut. Untuk kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia pula latihan diadakan pada petang Khamis iaitu waktu yang dikhaskan untuk kokurikulum dan Jumaat malam [3]. Jumaat malam dipilih kerana ia merupakan malam terakhir minggu kuliah sebagai ganti kepada hari Sabtu yang sepatutnya dikhaskan untuk kokurikulum. Latihan pada waktu malam penting kerana silat memerlukan kecekapan deria penglihatan dan pendengaran pengamalnya pada waktu siang dan malam. Musuh mungkin menyerang kita pada waktu malam atau ketika kita tidak bersedia. Oleh itu memang telah dipersetujui oleh pihak pentadbiran universiti agar Seni Silat Cekak Malaysia di kampus USM Induk untuk berlatih pada Jumaat malam berdasarkan alasan yang diberikan. Pertembungan waktu antara kegiatan akademik dan kokurikulum kadang-kadang berlaku oleh sebab adanya keperluan semasa seperti ujian akademik atau lawatan akademik, kerja makmal yang perlu disiapkan melepasi jam lima petang atau pada hari Sabtu. Lazimnya perkara seperti ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya perundingan dan kompromi dilakukan antara kedua-dua belah pihak. Namun terdapat konflik apabila masingmasing berasa kegiatan mereka lebih penting daripada yang lain. Sebagai contoh, petang Isnin selepas lima petang merupakan waktu yang telah diperuntukan untuk kokurikulum, tetapi pensyarah studio mewajibkan pelajar untuk menyiapkan projek tanpa menghiraukan pelajar yang perlu menghadiri kegiatan kokurikulumnya. Sekiranya perkara ini berterusan, pelajar pasti akan gagal kokurikulumnya dan hal ini menjadi isu kepada pentadbir akademik untuk membuat keputusan. Pertembungan tempat juga kadangkala berlaku apabila tiada perancangan penggiliran penggunaan tempat dan tempat yang sesuai pula terhad bilangan dan lokasinya. Pertembungan seperti ini biasanya dapat diselesaikan menerusi penjadualan semula tanpa menjejaskan pelaksanaan kegiatan sekiranya ada toleransi semua pihak.

4.

Kes-kes melibatkan prestasi akademik dan persepsi

Terdapat sesetengah pusat pengajian yang mengambil keputusan untuk menghalang pelajarpelajarnya menyertai kegiatan kokurikulum khususnya Seni Silat Cekak Malaysia berdasarkan kes-kes terpencil iaitu apabila terdapat 1 atau 2 orang pelajar kokurikulum yang memperoleh PNGK dibawah 2.0. Keputusan seperti ini adalah tidak adil sama sekali kerana menghalang kehendak majoriti pelajar yang tidak bersalah dan mahu sesuatu kokurikulum tetapi terbantut oleh sebab adanya keskes seperti ini. Hal ini samalah dengan kesimpulan umum, bahawa semua anggota polis tidak boleh dipercayai kerana terdapatnya kes seorang-dua anggota menyamar melakukan rompakan. Padahal, majoriti anggota polis adalah baik dan amat diperlukan untuk menegakkan undang-undang negara dan menjaga keselamatan awam. Kita sebenarnya kurang menonjolkan kebaikan yang sepatutnya menjadi tanda aras sesebuah organisasi. Pelajar kokurikulum yang cemerlang akademiknya perlu diberikan liputan yang lebih agar ia menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain. Sebagai langkah proaktif, bermula dari sidang pengajian 2005/6 pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia USM yang prestasi akademiknya tinggi dikurniakan anugerah khas. Tempat ketiga, kedua dan pertama tertinggi berdasarkan PNGKnya dianugerahi dengan Sijil dan wang tunai sebagai ganjaran dalam Majlis Kesyukuran Tahunan yang diadakan pada hujung semester kedua setiap sidang pengajian.

5.

Pelajar-pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia

Pelajar-pelajar yang mengikuti kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia mendaftarkan diri serentak dengan pendaftaran akademik pada awal semester tahun pertama pengajian masing-masing. Semester berikutnya pelajar akan berdaftar secara automatik untuk mengikuti tahap seterusnya bagi kokurikulum berpakej dan mendaftar secara manual untuk kokurikulum bukan berpakej. Jumlah unit akademik maksimum setiap pelajar yang boleh didaftarkan untuk setiap semester ialah 20 unit dan 21 unit hanya untuk pelajar yang mengambil kokurikulum berpakej 6 unit 6 semester termasuklah Seni Silat Cekak Malaysia. Unit kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia kini ialah 1 unit satu semester atau 2 unit satu sidang akademik. Secara rasmi jumlah jam pertemuan untuk kokurikulum seberat 1 unit ialah 1.5 jam seminggu, walaupun tempoh pertemuan

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 sebenar kebanyakan kokurukulum melebihi tempoh ini. Sebelum ini unit yang diberikan kepda Seni Silat Cekak Malaysia ialah 1 unit untuk 2 semester atau 1 sidang akademik walaupun berat sebenar kokurikulum ini ialah 2 unit berdasarkan kandungan sukatan pelajaran yang sedia ada [3]. Semua pelajar yang mengikuti kokurikulum ini juga perlu mengikuti sekurang-kurangnya 5 hingga 7 subjek akademik lain setiap semester bergantung pada pusat pengajian masing-masing. Oleh sebab kokurikulum bukannya mata pelajaran wajib, terdapat juga pelajar yang tidak mengambil kokurikulum tetapi menggantikannya dengan subjek lain sebagai opsyen untuk memenuhi syarat pengijazahan. Berdasarkan perkiraan kasar, majoriti pelajar yang menyertai kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia di Kampus Induk terdiri daripada pelajar aliran sains. Pelajar bukan sains didapati agak kurang menyertai kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia. Memandangkan pelajar sains biasanya memerlukan tumpuan yang lebih kepada aktiviti akademik, salah satu pendekatan yang digunakan untuk mengimbangi keadan ini adalah dengan menetapkan waktu latihan pada waktu riadah (bukan waktu utama) iaitu selepas pukul 5:00 petang dan waktu malam akhir minggu (Jumaat malam) agar waktu-waktu utama dapat dimanfaatkan pelajar untuk melakukan kerja-kerja akademik. Pelajar juga dibimbing untuk mengurus masa secara berkesan dengan memberikan input dalam bentuk motivasi dan membentuk kumpulan mentor-mente rakan sekursus dikenali sebagai Cekak Dekan. Pelajar juga sentiasa dijelaskan dan diterapkan dengan pendekatan Silat Cekak sendiri yang secara jelas telah menggariskan langkahlangkah untuk menjadi pelajar cemerlang. Sebagai contoh, dalam pantang larang silat yang pertama, kedua dan ketiga memerlukan pelajar mentaati Guru, Ibu dan Bapa bermaksud pelajar perlu menghormati semua orang yang telah berjasa kepadanya terutama ketiga-tiga orang ini. Mentaati dan menghormati Guru atau pensyarah memudahkan pelajar menerima pelajaran sepertimana terungkap dalam Pantun Cekak berikut [2] & [10]: Taat kepada Guru membawa berkat Sedikit belajar banyak yang dapat Jika menderhaka membawa mudarat Semua pelajaran tiada yang lekat [4] & [7] Usaha-usaha mendidik dan membimbing pelajar yang mengikuti kokurikulum Seni Silat Cekak dilakukan secara berterusan agar senentiasa menjaga prestasi akademik mereka, kerana ia merupakan tanggungjawab utama dan amanah ibubapa. Disamping itu pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang telah diatur agar mereka memperoleh nilai tambah dari segi pembentukan sahsiah, jati diri, pergaulan, pengurusan dan pentadbiran persatuan [1]. Walaupun terdapat juga segelintir pelajar yang hanya menumpukan perhatian pada aktiviti akademik semata-mata dan kurang penyertaan dalam aktiviti lain, namun ia bukanlah satu kelaziman kepada pelajar Seni Silat Cekak. Pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak lazimnya terasa seronok untuk terlibat dalam semua aktiviti yang telah diaturkan. Untuk melihat dengan jelas seorang pelajar berdaftar mengikuti kursus kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia dan subjek-subjek pusat pengajian berkenaan serta unit maksimum yang perlu dikumpul, Jadual 1 dan 2 dapat menjelaskannya. Secara ringkas kokurikulum Seni Silat Cekak Malayasia terbahagi kepada tiga tahap seperti Jadual 1: Jadual 1: Tahap tahap Kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia USM [3] & [8]
Tahap Tahap 100 Tahap 200 Tahap 300 Kod kursus WCC 123 WCC 223 WCC 323 Nama kursus Seni Silat Cekak Malaysia 1 Seni Silat Cekak Malaysia 2 Seni Silat Cekak Malaysia 3 Unit 2 Tempoh pelajaran 2 semester /1 unit 1 semester 2 semester /1 unit 1 semester 2 semester /1 unit 1 semester

Sebagai contoh seorang pelajar tahun pertama Kursus Perumahan, Bangunan & Perancangan (PBP) yang mendaftar diri untuk mengikuti kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia akan mendaftar beberapa subjek tahap satu Pusat Pengajian ini dan juga subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan subjek opsyen Universiti / kokurikulum dengan jumlah keseluruhan unit maksimum yang dibenarkan iaitu 21 unit seperti tersenarai dalam Jadual 2 berikut [6]: Jadual 2: Contoh Jumlah unit dan subjek seorang pelajar setiap semester
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Subjek RUS 101 Studio Bersepadu RAG 121 Sains Persekitaran 1 RAG 132 Pengantar Alam Bina RMK 152 Prinsip-prinsip Ekonomi Bangunan RAG 161 Pembinaan Bangunan 1 LKM /LKI Bahasa Melayu/ Inggeris WCC 123 Seni Silat Cekak Malaysia 1 Jumlah Jumlah unit 5 3 3 3 3 3 1 21

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

6.

Prestasi akademik pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia USM

Untuk melihat prestasi akademik sebenar pelajarpelajar yang mengikuti kokurikulum khususnya Seni Silat Cekak Malaysia, satu usaha menilai menggunakan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) pelajar telah dimulakan pada sidang akademik 2005/2006. PNGK digunakan dalam kajian ini bukan PNG kerana ia merupakan purata kumulatif gred pelajar yang terhimpun dan menggambarkan prestasi sebenar pelajar secara berterusan. Sekiranya prestasi pelajar pada tahun awal rendah dan prestasi tahun berikutnya amat baik, prestasi keseluruhan akan menjadi rendah juga apabila ia dipuratakan menggunakan PNGK. Ia bukan prestasi tahunan yang telahpun diambil kira dalam pengiraan Sijil Dekan pusat pengajian masing-masing. Sampel yang digunakan ialah keseluruhan pelajar yang mendaftar dan terus mengikuti kokurikulum ini untuk setiap tahap iaitu 100, 200 dan 300 yang meliputi ketiga tiga kumpulan pelajar sidang pengajian berkenaan. Pelajar yang menggugurkan kokurikulum ini tidak termasuk (terkeluar) dari penilaian ini. Oleh sebab penilaian ini dibuat pada semester kedua, PNGK yang terhimpun pada hujung semester 1 digunakan untuk pengiraan. Penilaian dilaksanakan untuk tiga sidang pengajian berturut-turut iaitu, sidang akademik 2005/6, 2006/7 dan 2007/8. Tiga sidang akademik digunakan secara berturut-turut juga untuk melihat kesinambungan prestasi pelajar satu kumpulan dari Tahun 1 Tahap 100, ke Tahun 2 Tahap 200 dan Tahun 3 Tahap 300. Hal ini bermaksud pelajar Tahap 100 (Tahun 1) sidang 2005/6, pelajar Tahap 200 (Tahun 2) sidang 2006/7 dan Tahap 300 (Tahun 3) sidang 2007/8 merupakan kumpulan pelajar yang sama. Jadual 3 berikut menjelaskan tahap dan PNGK pelajar yang digunakan dalam penialaian untuk setiap tahap: Jadual 3: Tahap dan PNGK pelajar yang dinilai
Tahap Pelajar Tahap 100 Tahap 200 Tahap 300 PNGK Tahap yang Dinilai PNGK Semester 1 PNGK Semester 1 Tahun2 PNGK Semester 1 Tahun 3 Penjelasan PNG Sem 1 PNGK Semester 3 PNGK Semester 5

KESELURUHAN

Untuk melihat dengan jelas prestasi akademik pelajar, himpunan gred setiap pelajar ini dianalisis dan dinyatakan dalam bentuk histogram.

Rajah 1: Prestasi akademik pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia 2005/6

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 SATU

DUA

TIGA

KESELURUHAN KESELURUHAN

Rajah 2: Prestasi akademik pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia 2006/7

Rajah 3: Prestasi akademik pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia 2007/8

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 6.1 Prestasi akademik pelajar sidang akademik 2005/6 Analisis PNGK keseluruhan pelajar Tahap 100 (Tahun 1) yang berdaftar dan mengikuti kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia digambarkan menerusi histogram pada Rajah 1 menunjukkan terdapat sebilangan pelajar yang PNGK meraka berada dibawah 2, namun majoriti pelajar berada di atas PNGK 2 hingga 3.5 dan purata atau min PNGK pelajar ialah 2.55. Skor tertinggi pelajar ialah PNGK 3.5 tetapi bilangannya tidak ramai. Berdasarkan pengalaman sebagai pentadbir akademik, bentuk keluk ini adalah normal untuk pelajar Tahun 1 di USM yang belum dapat menyesuaikan diri dengan sistem universiti. Prestasi pelajar Tahap 200 (Tahun 2) adalah lebih baik kerana terdapat peningkatan bilangan pelajar yang mendapat PNGK melebihi 3.5 dan purata keseluruhan meningkat ke 2.78. Pada Tahap 200 (Tahun 2) ini terdapat pelajar yang PNG mereka melebihi 3.5 dan dianugerahi Sijil Dekan. Prestasi pelajar Tahap 300 (Tahun 3) pula bertambah baik lagi kerana puncak keluk semakin berat ke sebelah kanan dengan puratanya meningkat ke 2.8 walaupun tiada pelajar yang mendapat PNGK melebihi 3.5. Prestasi akademik keseluruhan pelajar yang mengikuti kokurikulum ini dapat dilihat dalam graf keseluruhan yang menunjukkan ia adalah normal dengan purata atau min 2.68. Oleh itu tidak timbul pelajar yang mengikuti kokurikulum ini pada sidang akademik 2005/6 yang menghadapi masalah akademik. Kes-kes pelajar yang mendapat PNGK dibawah 2.0 adalah kes terpencil yang perlu ditangani dengan bijaksana menerusi bimbingan dan kaunseling bukan memisahkan mereka terus daripada dunia kegiatan luar atau kokurikulum. 6.2 Prestasi akademik pelajar sidang akademik 2006/7 Analisis menggunakan PNGK dan prestasi pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia sidang akademik 2006/7 dapat dilihat dalam Rajah 2 berikut. Trend yang sama dapat dilihat dalam prestasi akademik Tahap 100 (Tahun 1) kerana terdapat segelintir pelajar yang memperoleh PNGK dibawah 2.0 dan memerlukan perhatian dan bimbingan. Purata PNGK pelajar ialah 2.5 sahaja tetapi bentuk keluk masih kelihatan normal dan tiada pelajar yang melepasi PNGK 3.5. Pada Tahap 200 (Tahun 2) yang merupakan pelajar Tahun 1 sidang akademik 2005/6 lepas yang masih kekal mengikuti kokurikulum ini didapati prestasi akademiknya lebih baik kerana keluk prestasi kelihatan berat kekanan dengan purata atau min 2.78 berbanding semasa mereka berada di Tahun 1 sidang lepas walaupun terdapat sebilangan kecil yang memperoleh PNGK dibawah 2.0. Terdapat sebilangan pelajar yang menerima Sijil Dekan daripada kumpulan ini kerana PNG mereka melebihi 2.5. Prestasi akademik pelajar Tahun 3 sidang ini juga lebih baik dengan purata PNGK melebihi 2.9. Pelajar kumpulan ini ialah pelajar Tahun 2 sedang lepas yang memang prestasinya adalah baik dan ramai daripada mereka yang menerima anugerah Sijil Dekan daripada pusat pengajian masing-masing. Secara keseluruhan prestasi pelajar kokurikulum ini pada sidang akademik 2006/7 adalah sama dengan sidang lepas iaitu purata PNGK mereka berada pada 2.68 6.3 Prestasi akademik pelajar sidang akademik 2007/8 Prestasi akademik pelajar kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia Tahap 100 (Tahun 1) kali ini adalah lebih baik kerana tiada pelajar yang memperoleh PNGK dibawah 2.0 dan purata atau min PNGK mereka ialah 2.74 melebihi pelajar Tahun 1 kumpulan lepas. Terdapat sebilangan pelajar dari kumpulan ini yang mendapat Sijil Dekan walaupun masih berada pada Tahap 100 (Tahun 1) lagi. Prestasi akademik pelajar Tahap 200 (Tahun 2) juga adalah baik walaupun purata atau min PNGK mereka menurun sedikit ke 2.72 berbanding pelajar tahun lepas. Tiada pelajar yang PNGK mereka dibawah 2.0 dan keluknya juga berat ke kanan. Prestasi akademik pelajar Tahap 300 (Tahun 3) pula hampir sama dengan pelajar tahun lepas. Purata atau min PNGK mereka ialah 2.89 dan terdapat sebilangan yang memperoleh Sijil Dekan tetapi terdapat juga sebilangan kecil yang memperoleh PNGK dibawah 2.0. Prestasi akademik keseluruhan pelajar kokurikulum ini pada sidang akademik 2007/8 juga lebih baik berbanding prestasi akademik pelajar tahun sebelumnya. 6.4 Prestasi pelajar secara berurutan Prestasi pelajar yang mengikuti kokurikulum Seni Silat Cekak Malaysia sepanjang tempoh tiga tahun berturut-turut secara keseluruhan dapat dilihat dalam Jadual 4. Kumpulan pelajar ini yang majoritinya pelajar aliran sains dan terdiri daripada pelajar bumiputera mempamerkan peningkatan prestasi akademik daripada Tahun 1 hingga ke Tahun 3. Sebagai mantan pentadbir akademik, prestasi seperti ini tiada bezanya dengan pelajar lain yang tidak mengambil kokurikulum sebagai mata pelajaran opsyen mereka. Adalah lazim apabila terdapat segelintir pelajar yang bermasalah akademiknya kerana PNGK mereka berada di bawah 2.0 dan memerlukan bantuan dan bimbingan. Terdapat juga

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 sebilangan pelajar yang cemerlang dengan PNGK mereka melebihi 3.5. Purata PNGK didapati meningkat dari 2.55 pada Tahun 1 2.78 pada Tahun 2 dan 2.89 pada Tahun 3. Keadaan seperti ini adalah normal kepada majoriti pelajar jurusan sains di USM ini. Jadual 4: Prestasi akademik pelajar secara berurutan
Tahap Tahun 1 2005/6 Tahun 2 2006/7 Tahun 3 2007/8 Purata PNGK 2.55 2.78 2.89 PNGK < 2.0 Ada (kecil) Ada (kecil) Ada (kecil) PNGK > 3.5 Ada (kecil) Ada (kecil) Ada (kecil

Daripada analisis diatas dapatlah disimpulkan: i) Prestasi akademik pelajar kokurikulum ini pada tahap awal adalah normal sama seperti pelajar lain kerana mereka masih belum dapat menyesuaikan diri dengan sistem universiti. Prestasi akademik tahun-tahun berikutnya didapati semakin meningkat menuju ke tahap yang lebih baik lagi dan menggambarkan tiada kesan negatif penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang disertainya. Prestasi akademik keseluruhan pelajar kokurikulum ini pada ketiga tiga tahap juga didapati normal dan tidak terjejas oleh aktiviti-aktiviti kokurikulum. Terdapat juga pelajar-pelajar yang cemerlang dan memperoleh Sijil Dekan walaupun mereka aktif dengan kegiatan kokurikulum.

ii)

fakta bukan berdasarkan kes-kes terpencil dengan menidakkan sumbangan positi kokurikulum dalam pembentukan peribadi dan sahsiah pelajar disamping prestasi akademik mereka. Telah terbukti bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang ditadbir dengan baik sebenarnya bukanlah punca kemerosotan akademik mereka. Malahan berdasarkan kajian terhadap Seni Silat Cekak Malaysia USM, adalah wajar kokurikulum ini diberikan ruang dan tempat yang lebih adil kerana prestasi pelajarnya tetap meningkat dan sejajar dengan pelajar-pelajar lain yang tidak menyertainya. Berkemungkinan pelajar yang digugurkan kokurikulumnya oleh prestasi akademik yang kurang baik juga tidak pulih sekiranya bimbingan khusus tidak diberikan. Secara logik pelajar tidak berupaya menberikan tumpuan 100% pada akademik semata-mata tanpa ruang untuk mereka beriadah. Bersilat adalah satu bentuk riadah yang dapat menyihatkan anggota fizikal, sementara input pendidikan roh yang diterapkan oleh silat ini menerusi bimbingan Guru dan Jurulatihnya berupaya membentuk sahsiah dan meningkatkan jati diri pelajar. Penglibatan pelajar dalam aktiviti anjuran persatuan dapat pula meningkatkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam pembinaan insan dalam bentuk soft skill yang tidak dapat diperolehi dari dewandewan kuliah.

iii)

RUJUKAN 1. Ab.Majid Ismail, Ilmu Bela Diri dan Jati Diri: Peranan Seni Silat Cekak Malaysia, dlm. Noor Azniza Ishak & Najib Ahmad Marzuki (Eds), Prosiding Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial, Sek. Pemb. Sosial UUM, 2002. pp. 40 48. Ab.Majid Ismail, Silat Cekak Silat Akademik Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Penghayatan Cekak di UIAM, 13 Ogos 2000. Abdul Majid Ismail, Kokurikulum Kebudayaan Seni Silat Cekak Malaysia USM, 1991. Hanafi Hj.Ahmad, Seni Silat Cekak Malaysia. Konvensyen Seni Silat Melayu Pertama.Dewan Kulaih A. USM.12 Julai 1973. HEAA USM, Buku Panduan Kokurikulum 2008/2009, 2008. Rancangan

iv)

Oleh itu, adalah jelas bahawa tiada isu untuk menidakkan sumbangan kokurikulum ini sekiranya pelajar masih aktif prestasi akademiknya disamping berupaya pula memberi sumbangan kepada universiti dan masyarakat. Saya bersetuju kokurikulum dibubarkan sekiranya majoriti pelajar yang menyertainya didapati berprestasi sebaliknya. Nilai tambah dan pengorbanan pelajar yang meyertai kokurikulum adalah setimpal dan perlu dihargai oleh pihak universiti.

2.

3.

4.

5. 7. Kesimpulan 6. Kita sebagai pentadbir akademik seharusnya tidak terbawa-bawa dengan persepsi negatif ataupun dipengaruhi oleh latarbelakang pengalaman peribadi apabila membuat keputusan yang melibatkan prestasi akademik pelajar yang terlibat dengan kegiatan luar. Kita perlu bersifat objektif dan bertindak berdasarkan 8

HEAA USM, Buku Panduan: Sarjana Sains Perumahan, Bangunan & Perancangan dan Sarjana Muda Seni Bina, USM, 2008. LPT.PSSCM, Buku panduan Mengajar Seni Silat Cekak Malaysia. 1 2000.

7.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 8. Senat ke-190 USM, Min.1286[1]: Rayuan Meningkatkan Unit dan Tempoh Pembelajaran Kursus Seni Silat Cekak Malaysia.USM 86/9 Jld.LXXII. 2008. 9. http://www.usm.my/bheaa/v2/ (tarikh lawatan 11/9/2008).

10. http://silatcekak.org (tarikh lawatan 11/9/2008).

Anda mungkin juga menyukai