Anda di halaman 1dari 16

Wednesday, December 10, 2014

Kajian tentang Pencapaian Akademik Dalam Kalangan


Atlet Di Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0
PENGENALAN
Kumpulan kami telah diberi tajuk Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Atlet di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai fokus projek kajian kursus GGGE2153 iaitu Teknologi
Pendidikan.
Mengikut Omardin Ashaari (1996) kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai segala
aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkahlangkah dan aktiviti yang diambil
untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat
yang telah ditentukan itu akan tercapai pada maksimumnya. Sebenarnya kecemerlangan
akademik meliputi pelbagai aspek seperti peruntukan kewangan, hala tuju program
kecemerlangan sekolah, aktiviti perkembangan kurikulum, proses pengajaran dan
pembelajaran, penggunaan pusat sumber, aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan
dan lain-lain aktiviti berkaitan. Dalam hal ini lazimnya pihak pengetua adalah
bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan pengajaran, pengurusan dalam
bilik darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik komputer, kewangan dan
pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti bukan lagi perkara asing. Mahasiswa
yang berkecimpung dalam sukan atau lebih dikenali sebagai atlet ini biasanya diberi
kelebihan untuk memasuki universiti. Bahkan, sesetengah kursus telah menetapkan syarat
agar pelajar yang diserap masuk mestilah aktif dalam sukan. Dalam kata lain, pelajar yang
aktif bersukan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Malah ,ada yang lebih istimewa lagi atlet akan ditawarkan untuk
meneruskan pelajaran oleh pihak universiti sendiri.
Maka satu kajian deskriptif dijalankan yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana
penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Kajian ini juga bertujuan memantau adakah pencapaian akademik dan sukan atlet tersebut
seiring. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang
individu. Walaupun mahasiswa tersebut aktif dalam sukan, namun mereka juga harus
mempunyai sijil kelayakan untuk membolehkan mereka menceburi bidang pekerjaan suatu
hari nanti.
Pendidikan dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang
merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Walaupun telah terbukti nilai-nilai
positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, namun kebimbangan terhadap gangguan prestasi
akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat masih lagi berpendapat
penglibatan secara aktif dalam sukan akan menyebabkan prestasi akademik merosot. Ada
yang berpendapat bahawa mereka yang terlibat dengan aktiviti sukan tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seringkali tidak pandai membahagikan masa
untuk belajar dan bersukan.
Prestasi akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran
selalunya dirujukkan kepada masa yang banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti
rekreasi. Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian dibuat
bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ;
Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983) misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam
sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan
mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik.
Coleman (1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai
aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh
membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.
Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk memantau prestasi akademik dalam kalangan
mahasiswa. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan pencapaian
mahasiswa yang bergiat aktif dalam sukan.

3.0

PERNYATAAN MASALAH/PERSOALAN

Segelintir masyarakat, terutamanya masyarakat luar bandar masih lagi percaya bahawa
penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi akademik anak-anak mereka. Hal
ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas
bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak-anak mereka
dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa depan kerjaya anak-anak. Mereka tidak
sedar bahwa sudah ramai atlet yang berjaya di luar sana disebabkan pencapaian yang amat
cemerlang dalam sukan. Mereka berfikir hanya dengan belajar sahaja anak mereka akan
berjaya.
Bagi sesetengah individu pula, mereka gusar akan kesuntukan masa untuk belajar apabila
terlibat dengan sukan. Mereka menganggap sukan ini hanyalah mengganggu proses
pembelajaran mereka dan hanyalah membazir masa. Mereka tidak sedar bahawa banyak
manfaatnya dengan bersukan. Jadi bagi memastikan apakah benar bahawa tanggapan yang
dibuat oleh mahasiswa, maka kami telah menyediakan borang soal selidik bagi mengkaji
permasalahan ini.

Berikut merupakan persoalan kajian :


3.1 Adakah prestasi akademik dan sukan setaraf dalam kalangan mahasiswa?
3.2 Adakah kegiatan sukan mempengaruhi keputusan peperiksaan mahasiswa?
3.3 Adakah mahasiswa membahagikan masa sama rata untuk belajar dan bersukan?

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau prestasi akademik dalam kalangan atlet. Berikut
merupakan beberapa objektif kajian ini :
3.1 Mengenalpasti tahap pencapaian atlet dari segi akademik dan prestasi sukan.
3.2 Mengetahui sama ada kegiatan sukan mempengaruhi keputusan peperiksaan para
mahasiswa.
3.3 Mengenalpasti adakah pelajar membahagikan masa dengan bijak untuk belajar dan juga
bersukan.

5.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini berbentuk kajian hasil daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada segelintir
mahasiswa. Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat
yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu
tempat penyelidik belajar. Hal ini akan memudahkan penyelidik mendapatkan maklumatmaklumat daripada responden dan menjalankan kajian dengan lebih mudah dan tepat.
Satu set soalan soal selidik telah dibuat dan diedarkan untuk mengumpul data. Soal selidik ini
mengandungi 2 bahagian sahaja dan menggunakan lima skala bagi mendapatkan jawapan
daripada mahasiswa.
Bahagian pertama merupakan bahagian biodata ataupun latar belakang responden,
manakala bahagian kedua ialah penilaian berkaitan dengan prestasi atlet dalam bidang sukan,
kebajikan atlet dan pembahagian masa para atlet.

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang
akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu
bersukan dan belajar. Kami juga ingin melihat sama ada betulkah bahawa dengan bergiat aktif
dalam sukan, prestasi akademik seseorang akan merosot.
Pengkaji berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yang sedang
berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam melaksanakan
aktiviti akademik dan aktiviti sukan. Hal ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian
sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka kesedaran tentang sejauh
manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi dalam aktiviti akademik dan sukan dapat

dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan


aktiviti bersukan.
Pelajar di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi
responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi
tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau mengelolakan
aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa belajar mereka.
Pentadbir universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum
dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan
pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Pemahaman ibu-bapa pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam
aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan
luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih memerlukan sokongan dan
perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

7.0 LOKASI/SKOP KAJIAN


Lokasi bagi kajian ini adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu temppat belajar bagi
penyelidik. Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada mahasiswa dan mahasiswi
pelajar Fakulti Pendidikan bagi program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sukan Dan
Rekreasi. Bagi pemilihan sampel kajian pula, pengkaji akan menggunakan kaedah
persampelan secara rawak bertujuan iaitu sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciriciri atau kriteria oleh pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah
ditetapkan. Sebanyak 30 keping borang soal selidik yang ada akan diedarkan kepada
mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan.

8.0 DAPATAN KAJIAN


8.1 Jantina

Seramai 30 Responden dipilih iaitu 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan. 30 responden
tersebut merupakan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia dlam kejohanan Masum baru-baru
ini.
8.2 Status Atlet

Kesemua status atlet berbeza mengikut pencapaian tertinggi iaitu antarabangsa, kebangsaan
dan negeri. Seramai 7 orang atlet kebangsaan, 15 orang peringkat kebangsaan dan 8 orang
peringkat negeri.

8.3 Pencapaian Akademik Dan Sukan Atlet Seiring

Kesemua atlet bependapat bahawa prestasi akdemik dan sukan atlet perlu seiring tanpa
mengira jantina lelaki atau perempuan.

8.4 Pencapaian Akademik Mempengaruhi Pencapaian Sukan

Pencapaian akademik atlet mempengaruhi pencapaian sukan atlet. Seramai 4 orang bersetuju
dan 9 orang kurang bersetuju. Seramai 8 orang atlet lelaki tidak bersetuju manakala 3 orang
atlet perempuan turut tidak bersetuju.

8.5 Tempat Belajar Mempengaruhi Akademik Atlet

Seorang atlet lelaki sangat bersetuju tempat belajar mampu mempengaruhi akademik atlet .
Seramai 14 orang atlet setuju bahawa tempat belajar penting dalam akdemik atlet. Terdapat 10
orang atlet kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut yang terdiri daripada 4 lelaki dan 6
orang perempuan.

8.6

PNGK

Terkini

Atlet

8.7 Atlet Yang Tidak Mempunyai Akademik Yang Kurang Memberangsangkan Tidak
Dibenarkan Mewakili Universiti

Terdapat 20 orang atlet tidak bersetuju manakala 10 orang atlet bersetuju dengan cadangan
tersebut

8.8 Adakah Kelas Khas Untuk Atlet Yang Mempunyai Masalah Akdemik Perlu
Diwujudkan

Terdapat 9 orang atlet menyatakan kelas perlu diwujudkan yang terdiri daripada 7 atlet lelaki
dan 2 atlet perempuan. Baki selebihnya menyatakan tidak perlu kelas khas diwujudkan.

8.9 Adakah Atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik perlu diberi
anugerah

Kesemua atlet bersetuju bahawa anugerah perlu diberikan kepada atlet yang cemerlang dalam
bidang akademik dan sukan.

9.0 PERBINCANGAN DAN SARANAN


Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian
mendapati bahawa kesemua atlet mengatakan pencapaian sukan dan akademik perlu seiring.
Hal ini menunjukkan bahawa semua atlet sedar akan tanggungjawab mereka sebagai
mahasiswa walaupun sibuk bermain sukan. Namun, ramai yang tidak setuju bahawa prestasi
akademik mempengaruhi pencapaian sukan. Semua pencapaian tidak kira akademik mahupun
sukan itu bergantung atas usaha gigih mereka dan komitmen mereka terhadap tugas tersebut.
Sebagai saranannya, pihak berwajib haruslah menjaga kebajikan atlet dengan menyediakan
kelas imbuhan bagi mereka yang tidak dapat hadir ke kelas kerana mewakili universiti dalam
sukan. Hal ini bagi memastikan para atlet tersebut tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Saranan kedua, pihak universiti perlulah memberi penghargaan kepada atlet yang telah
mengharumkan nama UKM dan memberi anugerah kepada mereka yang cemerlang dalam
akademik. Hal ini akan menimbulkan semangat dalam kalangan atlet tersebut untuk berusaha
dengan lebih gigih pada masa akan datang.

Akhir sekali, atlet itu sendiri harus mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka harus sedar
bahawa akademik dan sukan mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, mereka haruslah bijak
dalam membahagikan masa untuk belajar dan juga bersukan.

10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, prestasi akademik mahupun prestasi sukan amatlah penting pada masa kini.
Prestasi akademik dan sukan haruslah seiring. Pentingnya sukan maka penting jugalah
akademik bagi seseorang atlet. Hal ini kerana semua majikan akan menelitit kedua-dua aspek
untuk diambil bekerja. Oleh itu, para atlet haruslah berusaha sedaya upaya agar mampu
mengimbangi kedua-dua aspek tersebut.

11.0 RUJUKAN
Juslimah Jani , 2006. Peranan Guru Dalam Memacukan Pembangunan sukan di Malaysia:
Kertas kerja yang telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa Teluk Danga Mac,
2006 di Johor Bahru, Johor, Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Lim Chew Sin , 1991. Satu kajian pencapaian akademik di kalangan pelajar atlit dan bukan
atlit.
Mohd Razali Abdullah , 1983. Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit di Sekolah
Mohd Yusoff Man , 1983. Sejauhmana penglibatan murid-murid dalam gerakerja kokurikulum di
sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Projek Khas Sarjana
Muda yang Tidak Diterbitkan Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti : Kuala Lumpur
Mohd. Izham Mohd. Hamzah, Sufean Hussin, 2009. Pengurusan perubahan terancang dalam
pembestarian sekolah proses pelaksanaan polisi : Universiti Malaya.
Abdul Halim Bin Abdul Wahab. 2000. Amalan Pengurusan Sukan Dalam Meningkatkan
Kecemerlangan, Pahang: Penerbit IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Abdul Rashid Mohamed & Mohamad Daud Hamzah. 2012. Faktor-Faktor Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Penilaian Menengah Rendah, Wilayah Persekutuan Labuan:
Labuan International Conference on Educational Research.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. 2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran, Selangor: Jurnal Pendidikan.
Azlina Bt. Mohd. Kosnin & Bilhorn B. Defrin. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik, Johor: Penerbit UTM, Skudai, Johor.

12.0 LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
Bahagian A: Demografi Responden
Arahan: Sila tandakan (/) atau tulis dipetak yang berkenaan.
1. Agama: _________________________

2. Jantina:

Lelaki

3.

Umur:

4.

Bangsa:

( )
Perempuan (

Sila nyatakan: ______________________

5. Status Atlet :

Melayu
( )
Cina
( )
Iban
( )
Bidayuh
( )
Lain-lain: ___________________(Sila nyatakan)

Sekolah
( )
Serantau
(
)
Kebangsaan ( )
Antarabangsa

Bahagian B: Persepsi Atlet Mengenai Pencapaian Akademik dalam Sukan


Arahan: Sila tandakan (/) pada skala yang disediakan.
Skala
1
2
3
4
sangat setuju
setuju
kurang setuju
tidak setuju

Bil Item-item
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Pencapaian akademik dan sukan atlet adalah seiring


Prestasi akademik lebih baik sebelum atlet menceburkan
diri ke dalam bidang sukan
Sukan sangat membantu dalam meningkatkan prestasi
akademik seseorang atlet
Atlet yang cemerlang bijak membahagi masa belajar dan
bersukan dengan baik
Atlet wanita menunjukkan prestasi lebih baik
Pihak pengurusan sukan memastikan maklumat
pembelajaran atlet adalah terbaru
Atlet lelaki menunjukkan prestasi sukan lebih baik
Atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik
perlu diberi anugerah
Tempat belajar yang baik memberi pengaruh kepada atlet
untuk mendapat cemerlang dalam akademik
Pihak pengurusan sukan perlu menyediakan guru khas
untuk mengajar subjek tertentu

Skala
1
2

5
Sangat
setuju

tidak

11
12
13
14
15

Masa belajar diberi lebih banyak daripada masa latihan


Atlet terpilih sahajayang perlu mengikuti latihan intensif
Seorang atlet wajib fokus kepada satu bidang sukan sahaja
supaya akademik tidak terjejas
Menggalakan atlet yang lemah dalam akademik untuk
mengurangkan penglibatan dalam sukan
Atlet menjadi lebih aktif dalam akademik setelah mengikuti
latihan dalam sukan

Anda mungkin juga menyukai