Anda di halaman 1dari 13

1.

Tajuk Kajian

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Meningkatkan Minat Pelajar Untuk Belajar Sains Sukan Tingkatan 4 di MRSM Kuala Kubu Baru.

2.0

Nama dan Ahli Pengkaji 1. Marlini bt mahasan 2. MRSM Kuala Kubu Baru.

3.0

Latar Belakang Kajian

Sebut sahaja perkatan sains, kebanyakkan pelajar akan bosan dan mengantuk semasa sesi pengajaran. Mereka kurang berminat pada teori sains yang terdapat dalam mata pelajaran sains sukan. Justeru itu guru perlu mencarai jalan penyelesaian bagi mengelakkan dari pelajar menjadi cepat bosan dan mengantuk di dalam kelas sains sukan. Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan untuk mengurus dan memahami seluruh faktor gerak laku manusia dalam aktiviti sukan dan cara untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan perkembangan teknologi moden dan dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Disiplin ilmu dalam bidang ini menggabungjalinkan kajian gerak laku manusia secara teori dan amali. Disiplin ini merangkumi aspek-aspek falsafah dan dasar, anatomi dan fisiologi manusia, fisiologi senam, pemakanan sukan, psikologi sukan, sosiologi sukan, biomekanik dan kawalan motor, kecederaan dan rehabilitasi, prinsip dan kaedah latihan sukan serta pengurusan sukan. Ilmu ini memberi kefahaman asas tentang keperluan untuk berjaya dalam sukan di peringkat tertinggi. Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sains sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya. Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi

cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak bala badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan. Mata pelajaran ini penting dalam melahirkan generasi yang mempu menguasai bidang sains dan sukan yang akan membawa negara menuju era globalisasi dan seterusnya mampu meningkatkan mutu atlet negara kita. Kemahiran dalam mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburui pelbagai bidang seperti kejurulatihan, guru, psikologi ,pengurusan dan lain-lain. Justeru itu mata pelajaran sains sukan amat penting dan berguna dalam melahirkan atlet sukan negara. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sain sukan di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari sains sukan berbanding mata pelajaran pendidikan jasmani. Walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas Sains Sukan. Adalah menjadi matlamat dan kehendak KBSM untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif dan berpengetahuan dalam sukan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Oleh sebab itu penggunaan bahan bantuan mengajar adalah penting dalam usaha menjayakan agenda kerajaan. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai

seorang guru akan menyukai kerja anda. Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guru-guru sains sukan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh keyakinan dan tidak membosankan. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memaham ipengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video dan peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58),pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. Pada amnya, cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta Sains Sukan dalam ingatan

mereka. Selain sebagai bahan tambahan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996,m.s.162).

4.0

Pernyataan Masalah

Pihak kami (guru-guru penyelidik) mendapati ramai daripada kalangan pelajar kurang menguasai pemahaman dan pelajaran dalam mata pelajaran sains sukan kerana banyak huraian dan fakta dalam bentuk penerangan. Dalam mata pelajaran ini juga terdapat banyak fakta yang perlu pelajar fahami dan hafal. Hal ini juga menyebabkan pelajar cepat merasa bosan dan mengantuk sewaktu penerangan yang diberikan oleh guru yang hanya berbentuk huraian sahaja dan kurang penggunaan variasi rangsangan yang lain.mata pelajaran sains sukan penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Hampir semua pelajar menganggap Sains Sukan adalah suatu subjek yang sukar dan membosankan. Para guru juga merasakan pengajaran Sains Sukan adalah sesuatu yang hanya berkaitan teori dan fakta di mana pengajaran hanya menggunakan penerangan melalui buku teks sahaja. Mengapakah keadaan begini berlaku? Dan adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan Sains Sukan sukar serta kurang diminati oleh kebanyakan pelajar?. Pembelajaran Sains Sukan tidak sepatutnya menjadi suatu yang membosankan kepada pelajar kita. Pengajaran Sains Sukan juga bukanlah suatu tugasan yang sukar dan berat kepada guru. Walaupun terdapat beberapa konsep Sains Sukan yang abstrak, namun begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukan dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran Sains Sukan sepatutnya dijadikan sebagai satu pengalaman yang seronok dan tidak membosankan kepada semua pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap Sains Sukan ini terjadi,mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat pada matapelajaran sains. Justeru itu para guru sentiasa berusaha mencari rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan minat dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar dapat dikekalkan selama yang diperlukan

baginya untuk menguasai idea atau isi pelajaran tertentu. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias danRahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis Bahan Bantu Mengajar. Bahan bantu mengajar haruslah cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas. Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983,m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Sains Sukan, keberkesanannya akan diperolehi dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980,m.s. 165). Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sering diperkatakan. Selain itu, ia juga dikatakan mampu mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid, (Abdul Rahman,1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287).

5.0

Soalan Kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penkaji akan cuba mengenal pasti perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini. a) Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar Tingkatan 4 terhadap Sains sukan. b) Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains Sukan

6.0

Kesignifikan Kajian

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajaran. Dalam konteks pelajaran sains sukan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk menyampaikan konsep sains dalam sukan dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru sains sukan khususnya dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepentingan Bahan Bantuan Mengajar dalam pengajaran sains sukan. Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan peningkatan kemampuan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat: a) membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada pelajar yang dibimbing. b) Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru Sains Sukan tentang pentingnya penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam

pembinaan dan pemulihan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing. c) Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuann tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru Sains Sukan khasnya

7.0

Objektif Kajian

Berdasarkan masalah yang didapati dan ingin dikaji, maka matlamat yang ingin dicapai telah ditentukan dalam objektif kajian ini. Hal ini bagi menjelaskan hala tuju sebenar tentang kajian yang ingin dilakukan. Objektif kajian terbahagi kepada objekif am dan khusus iaitu:

7.1

Objektif Am

Secara amnya kajian ini adalah Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi meningkatkan minat pelajar untuk belajar p Sains Sukan Tingkatan 4 di MRSM Kuala Kubu Baru. 7.2 Objektif Khas

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut: i. Menggunakan BBM dalam pengajaran Sains Sukan supaya menarik minat pelajar untuk belajar ii. iii. Meningkatkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

iv.

Membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing.

v. vi.

Menilai keberkesanan penggunaan BBM di dalam kelas Menilai motivasi dan minat pelajar terhadap penggunaan BBM semasa pengajaran

8.0

Metodologi Kajian

Metodologi amat diperlukan oleh setiap penyelidik menjalankan setiap kajian. Dengan menggunakan kaedah kajian yang sesuai, objektif kajian yang diingini akan dapat dicapai. Hal ini kerana keberkesanan sesuatu kajian adalah bergantung kepada metodologi atau kaedah yang digunakan. Oleh itu, pemilihan metodologi yang tepat akan membantu pengkaji dalam menjayakan kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan empat langkah utama iaitu reka bentuk kajian, sasaran kajian, instrumen kajian dan metod analisis data. 8.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan model kajian tindakan am seperti Rajah 1 seperti di bawah:
TINJAUAN AWAL (RAKAMAN VIDEO DAN MAKLUM BALAS RAKAN SEBAYA SERTA PENSYARAH)

REFLEKSI DAN PENILAIAN

MERANCANG TINDAKAN

PEMERHATIAN DAN ANALISIS DATA

MELAKSANAKAN TINDAKAN

Rajah 1

Langkah 1: Mengenalpasti Isu dan Masalah Pengkaji telah melakukan rakaman video ke atas satu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Melalui rakaman ini pengkaji dapat mengenalpasti masalah atau isu yang ingin dibincangkan dan dikaji. Pada sesi pengajaran pertama pengkaji menggunakan kemahiran mengajar tanpa menggunakan BBM atau bahan variasi ransangan yang mampu menarik minat pelajar. Dalam pelajaran topik tersebut banyak teori dan konsep yang perlu dihafal dan difahami serta penggunaan kemahiran penerangan sahaja kurang mampu untuk memberi pemahaman yang jelas dan minat kepada pelajar. Pengkaji mendapati pelajar di dalam kelas kurang memberi tumpuan, berasa mengantuk dan seakan bosan dengan topik yang diajar oleh guru.

Langkah 2: Perancangan Tindakan Setelah mengenalpasti isu atau masalah semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas, pengkaji telah melaksanakan perancangan tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Antara perancangan tindakan yang akan dilakukan adalah melihat semula rakaman video selepas proses P&P berlangsung untuk mengambil tindakan yang selanjutnya dan merancang suatu mekanisma atau cara bagi menyelesaikan masalah yang didapati daripada proses P&P tersebut. Selain itu, pengkaji juga telah menerima maklumbalas daripada pelajar sewaktu berakhirnya proses P&P di dalam kelas kerana mendapati mereka kurang memberi fokus semasa pengajaran yang disampaikan oleh guru. Di samping itu juga, pengkaji juga mendapati pelajar memberi maklum balas tentang pengajaran yang disampaikan di mana pengajaran guru tanpa BBM amat membosankan dan tidak dapat menarik minat mereka untuk belajar. Pengkaji juga telah membuat rujukan buku dan kajian-kajian lepas berkaitan hubungan penggunaan BBM dengan minat pelajar untuk belajar. Pengkaji juga telah membuat perancangan untuk mengadakan sesi pengajaran yang lain di dalam kelas dengan menggunakan BBM sebagai alat untuk menarik minat dan fokus pelajar. Selain itu pengkaji juga akan memberikan soal selidik kepada pelajar selepas sesi P&P dijalankan bagi mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar.

Langkah 3: Pelaksanaan Tindakan Bagi melaksanakan tindakan yang telah dirancangkan dalam langkah 2, pengkaji akan menjalankan segala strategi yang telah dirancangkan iaitu dengan menggunakan BBM dalam pengajaran Sains Sukan. Hal ini digunakan bagi meningkatkan dan menambahbaik pengajaran guru di dalam kelas serta menarik minat dan menggalakkan pelajar lebih fokus. Rakaman video telah diambil tanpa pengetahuan pelajar bagi melihat reaksi sebenar pelajar dalam sesi pengajaran yang menggunakankan bBM. Pengkaji juga perlu memerhati dan mencatatkan reaksi serta

perubahan tingkah laku pelajar di dalam kelas seperti mencatatkan maklumat-maklumat di luar jangkaan seperti pelajar menunjukan kebosanan semasa pengajaran disampaikan, pelajar mengantuk, kekangan masa dan sebagainya. Selepas proses P&P berlangsung , pengkaji perlu sediakan borang soal selidik kepada pelajar bagi mendapat data tambahan tentang kaitan

hubungan BBM dengan minat pelajar.

Langkah 4: Pemerhatian dan Menganalisis Data Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, pengkaji akan menganalisis data dan maklumat yang telah diperoleh. Instrumen pengumpulan data dalam penyelidikan ini ditadbirkan sendiri oleh pengkaji berasaskan pemerhatian pengkaji. Beberapa kaedah dalam teknik pengumpulan data dan maklumat yang diperoleh adalah melalui rakaman video, pemerhatian bilik darjah yang dilakukan oleh pengkaji, perbincangan atau komen daripada pelajar. Pemerhatian yang telah dilakukan adalah melalui rakaman video dan pemerhatian daripada rakan pengkaji semasa berlangsungnya proses P&P di dalam kelas. Selain itu data juga diperolehi daripada soal selidik yang diberikan kepada pelajar. Langkah 5: Refleksi dan Penilaian Melalui pengalaman melaksanakan kajian tindakan, didapati bahawa pencapaian murid dalam sesuatu topik pembelajaran itu bergantung kepada amalan dan gaya pengajaran guru di samping bahan bantu mengajar serta senario pembelajaran yang diwujudkan. Guru seharusnya menggunakan pendekatan yang berbeza dan berlainan dalam pengajaran setiap hari agar murid tidak berasa bosan dengan teknik yang sama. Selain itu, guru juga perlu menggunakan kemahiran

yang berpadanan dengan topik yang akan diajar kepada pelajar agar mereka dapat menerima proses pengajaran tersebut dengan lebih berkesan. Kajian ini juga menimbulkan celik akal guru tentang betapa pentingnya BBM dan interaksi mesra semasa melaksanakan proses P&P kerana pelajar akan lebih selesa, tidak tertekan dan merangsang pemikiran untuk melahirkan idea yang lebih bernas dan kreatif. Oleh hal yang demikian, guru perlu optimis untuk merubah amalan atau gaya pengajaran dan pembelajaran. Secara sedar ataupun tidak sebagai pengkaji dan guru, kami menerima kenyataan bahawa perubahan perlakuan murid dalam bilik darjah seperti membuat bising, tidur, berbual, tidak aktif dan membuat kerja lain turut dicetuskan oleh faktor amalan guru semasa proses P&P. Namun tidak juga dinafikan wujud juga faktor seperti beban tugas, sukatan pelajaran yang ketat, bilangan murid yang terlalu ramai dan pengajaran yang berfokuskan peperiksaan mungkin menjejaskan amalan pengajaran guru.

8.2

Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada kelas Sains Sukan tingkatan 4. Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berlainan kaum. 8.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini akan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu: 1. video Rakaman video akan diambil semasa P&P dijalankan bagi memerhatikan reaksi sebenar pelajar. Pemerhatian akan dilakukan oleh guru terhadap tingkah laku pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi respons dan tindak balas terhadap pengajaran guru. Rakaman video juga boleh menjadi bukti dan memberi maklumat tentang reaksi pelajar semasa P&P dijalankan. 2. Soal selidik Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka

dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identitires ponden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah. Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapatkan data melalui kaedah lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itu penggunaan soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian kerana ianya dianggap paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yang telah ditimbulkan pada awal kajian ini. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A mengandungi 6 item mengenai maklumat tentang responder. Bahagian B pula mengandungi 16 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam menarik minat mereka. Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah persetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendaki memilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4 nilai skor iaitu Sangat Tidak Setuju (STS) skala 1, Tidak Setuju (TS) skala 2, Setuju ( S ) skala 3 dan Sangat Setuju (SS) skala 4

8.4

Metod Analisis Data 1. Rakaman video

Rakaman video telah dibuat sebanyak dua kali dalam sesi pengajaran. Pertama kali pengkaji telah membuat rakaman dalam satu sesi P&P tanpa menggunakan BBM . Melalui rakaman ini, pengkaji akan melihat semula rakaman tersebut untuk mencari masalah dan isu yang perlu dikaji dan diperbaiki. Daripada hasil rakaman ini, pengkaji mendapat satu isu untuk dijadikan bahan kajian dalam permasalahan P&P. Rakaman kedua sesi pengajaran juga telah dilakukan dan ingin melihat sejauhmana

penambahbaikan telah dilakukan dalam kajian ini. Berasaskan rakaman ini, pengkaji telah

memantau sejauh mana alternatif menggunakan BBM semasa P&P dijalankan. Pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas boleh dilihat melalui rakaman ini . Melalui rakaman ini guru dapat menilai tingkahlaku pelajar semasa pengajarannya sama ada pelajar tersebut minat atau bosan dengan P&P yang dijalankan.

2.

Soal selidik

Pengkaji akan memberikan penjelasan bagi setiap item soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item berkenaan. Soal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada responden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk memastikan semua soal selidik dijawab oleh responden mengikut arahan yang diberikan. Kesemua data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan inferens dengan menggunakan pakej perisian SPSS. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan hubungan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap pembelajaran Sains Sukan. Penganalisaan data dibuat dengan mencari % , min dan sisihan piawai.

9.0

Anggaran Perbelanjaan

Anda mungkin juga menyukai