Anda di halaman 1dari 5

Refleksi Pengajaran 13 Julai 2011.

Nama Guru Tingkatan Bil Pelajar Mata Pelajaran Tarikh Masa Tajuk Bahagian Sebelum : : : : : : : : Mohd Izwan Bin Mohd Ali 4 Sastera 30 Orang Kesusasteraan Melayu 13 Julai 2011 9.40 Pagi 11.00 Pagi Cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja B (Prosa)

Pada 13/7/2011, saya datang awal ke sekolah. Seperti biasa, saya akan melihat jadual kelas relief untuk kelas kelas yang ketiadaan guru. Pada hari ini juga saya akan dinilai oleh pensyarah saya buat kali yang pertama iaitu Dr Ani Bt Omar. Saya amat gementar dan teruja untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas itu, saya bergegas untuk ke bilik guru untuk menyiapkan bahan bahan pengajaran saya pada hari ini. Kelas 4 Sastera bermula pada waktu keempat dan kelima. Refleksi Deskriptif

Semasa Selepas pelajar mengucapkan selamat pagi, saya meminta pelajar untuk memenuhi kerusi kerusi di hadapan seperti yang diarahkan oleh Dr Ani. Kemudian, saya memulakan sesi pengajaran dengan penayangan video sebagai set induksi saya. Saya menayangkan video mengenai percintaan dua insane yang berlainan. Para pelajar amat tertarik dengan penayangan video terbabit dan menumpukan seluruh perhatian kepada video tersebut. Selepas selesai penayangan video itu, saya menanyakan soalan kepada pelajar iaitu apakah yang pelajar dapat lihat di dalam video tersebut?. Pelbagai maklum balas yang saya terima dari pelajar. Setiap jawapan yang dilontarkan oleh pelajar, saya simpulkan dan memurnikan jawapan mereka kepada yang lebih baik. Refleksi Dialog

Untuk aktiviti Apa itu plot, saya bertanya kepada pelajar mengenai plot. Pelbagai jawapan yang saya terima dari para pelajar. Kemudian, saya memurnikan jawapan pelajar lalu saya menerangkan definisi plot kepada pelajar. Pada pengamatan saya, pelajar masih keliru dengan struktur plot dan teknik plot. Tetapi segala kekeliruan itu dapat saya selesai dengan memberikan penerangan mengenai struktur plot dan teknik plot dengan jelas. Kemudian, saya terus ke aktiviti kedua iaitu melakar plot. Untuk aktiviti ini, saya terlebih dahulu mengimbas kembali pengajaran yang baru sahaja diajar iaitu struktur plot. Kemudian, saya membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan untuk membina struktur plot di dalam Cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja. Masa yang diberikan kepada pelajar untuk tugasan ini ialah 15 minit. Para pelajar mencari membina struktur plot mengikut tahap yang diberikan oleh saya. Saya menyediakan kertas mahjung untuk mereka menulis dan menganalisis struktur plot terbabit. (kefahaman baru) Setelah selesai membina struktur plot, saya meminta wakil kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka dihadapan. Selepas semua kumpulan selesai membentangkan hasil kerja mereka, saya memurnikan jawapan pelajar dan membetulkan apa apa kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dengan memberikan jawapan yang betul di slide power points. Kemudian untuk aktiviti seterusnya iaitu Lakon layar berdasarkan teknik plot, saya membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan untuk berlakon mengikut teknik plot yang diberikan oleh saya. Masa yang diberikan kepada pelajar untuk tugasan ini ialah 15 minit. Untuk aktiviti ini, saya terlebih dahulu mengimbas kembali pengajaran yang baru sahaja diajar iaitu teknik plot. Para pelajar berlakon mengikut teknik plot yang diberikan oleh saya. Setelah selesai memberi masa untuk pelajar untuk berlatih berlakon, saya meminta wakil kumpulan untuk membentangkan Refleksi Kritikal

hasil kerja kumpulan mereka dihadapan. Selepas semua kumpulan selesai membentangkan hasil kerja mereka, saya memurnikan jawapan pelajar dan membetulkan apa apa kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

Saya meneruskan lagi aktiviti yang seterusnya dengan bermain permainan teka silang kata iaitu memadankan peristiwa. Tujuan saya menerapkan aktiviti ini adalah untuk menguji kemahiran dan kefahaman pelajar mengenai keseluruhan sesi pengajaran sebentar tadi. Dengan cara ini, saya dapat mengenai pasti sama ada pelajar benar benar memahami apa yang diajar oleh saya di hadapan kelas. (kefahaman baru) Untuk sesi rumusan, saya mengimbas kembali sesi pengajaran pada hari ini, kemudian saya memilih pelajar secara rawak untuk merumuskan isi pengajaran yang mereka pelajari pada hari ini. Saya memurnikan kembali jawapan pelajar dan memberi nasihat kepada pelajar. Saya kemudiannya memberikan kerja rumah kepada pelajar. Refleksi Kritikal

Selepas Selepas itu, saya pulang ke rumah pada pukul 2.30 petang. Banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki untuk sesi pengajaran seterusnya. Ini kerana, saya telah dinasihati oleh pensyarah saya iaitu Dr Ani Bt Omar mengenai sesi pengajaran yang telah saya ajarkan tadi. Tindakan

Perkara yang perlu saya baiki. Dari segi komunikasi saya dengan pelajar agak kaku kerana pelajar kelas ini agak lambat memahami dan ada juga yang tidak memberikan kerjasama. Pada masa yang akan datang, saya akan lebih berhati hati supaya meraka tidak tertekan saya dan sukar memahami serta menerima pengajaran saya. Mungkin masalah ini berlaku kerana ini merupakan penilaian kali pertama oleh pensyarah saya. Bisikan hati / emosi / perasaan. Saya menasihati murid murid agar sedar betapa pentingnya belajar untuk masa depan supaya mereka meminati subjek yang saya ajar. Saya sendiri tertanya tanya pada diri saya sendiri apakah mereka dapat apa yang diajar sedangkan saya sendiri agak tertekan dengan kelas tersebut. Saya juga perlu banyak belajar untuk memantapkan diri sebagai seorang guru pelatih. Kadangkala saya rasa seperti murid juga, nampak mudah tetapi memerlukan komitmen yang jitu. Saya rasa saya perlu dibantu dan dinasihati. Kefahaman baru / kesedaran Saya sedar betapa susahnya untuk mengajar dengan cara menarik dan berkesan. Saya sedar pelajar khususnya pelajar lelaki tidak berapa berminat pada subjek ini dan ini memberikan cabaran buat saya. Saya perlu belajar dari guru guru lama di sini. Cadangan Saya bercadang untuk menggunakan pendekatan yang lain dari seorang pelajar kepada seorang pelajar untuk memastikan mereka faham apa yang saya ajarkan. Tindakan Saya akan merangka RPH supaya lebih menarik dengan menggunakan teknik yang sesuai supaya saya dapat membaiki setiap kelemahan dalam RPH dan memberi tunjuk ajar yang lebih kepada murid murid saya.

Anda mungkin juga menyukai