Anda di halaman 1dari 2

Fakulti Sains Sukan dan

Kejurulatihan

Category: Fakulti Published: Tuesday, 06 January 2015 Written by Super User

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan ditubuhkan pada 1 Februari 2005. Program
pengajian yang ditawarkan di fakulti ini berteraskan konsep integrasi antara
bidang pedagogi dengan disiplin mata pelajaran di sekolah dengan kegiatan
sukan. Masyarakat kini memberi harapan yang tinggi terhadap pencapaian sukan
negara agar setanding dengan pencapaian negara-negara maju dan memerlukan
pakar-pakar dalam bidang ini. Usaha memperbaiki pencapaian ahli-ahli sukan
sebenarnya bermula dari peringkat sekolah. Maka itu, Fakulti ini menawarkan
pengajian meliputi bidang pendidikan Sains Sukan, Psikologi Sukan dan Sains
Kejurulatihan bagi mencapai dan memenuhi harapan tersebut. Bagi peringkat
Sarjana, fakulti ini menawarkan pengajian meliputi Kaedah Pengujian,
Pengukuran, Pengajaran serta Penyelidikan Psikologi Sukan yang dapat memberi
sumbangan terhadap peningkatan pencapaian ahli-ahli sukan negara ini.

TAWARAN PROGRAM
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Kejurulatihan) dengan kepujian

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dengan kepujian

Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan) dengan kepujian

Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian

Tempoh pengajian : 8 Semester (4 tahun) secara teori dan amali.


Program Sarjana & Doktor Falsafah

Sarjana Pendidikan (Sains Sukan)

Doktor Falsafah

BUKU AKADEMIK

Muat turun buku akademik fakulti di sini [Muat turun] untuk senarai penuh
program pengajian

PROSPEK KERJAYA
Peluang kerjaya adalah terbuka dalam pelbagai bidang iaitu:

Pendidikan Sukan

Jurulatih Sukan

Pakar Motivasi Sukan

Editorial Sukan

Pengurusan Sukan

Perancangan Kejohanan

Konsultan Sukan

Anda mungkin juga menyukai