Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Kids Athletics merupakan satu program yang dianjurkan oleh Federasi Asosiasi
Atletik Internasional (IAAF). Kursus ini merupakan program pelatihan yang dikhaskan
kepada kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Program Kids Athletics ini mencakupi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari
segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Program Kids Athletics merupakan salah
satu cara untuk mendisiplinkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat
kerana menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor serta manipulasi alatan. Kursus Kejurulatihan Kids Athletics adalah bertujuan
untuk melatih bakal guru untuk mengelola dan menguruskan sesuatu pertandingan
dengan baik serta bersistematik Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak berkaitan dalam situasi yang pelbagai
semasa mengelola penganjuran Karnival Kids Athletics. Kursus ini juga dilaksanakan bagi
mempromosikan dalam kalangan guru dan bakal-bakal guru supaya memperkenalkan
aktiviti Kids Athletics ini supaya mendapat lebih pengetahuan serta kesedaran terhadap
penerapan kemahiran-kemahiran asas sukan kepada perkembangan diri murid yang
seimbang.

2.0 LATAR BELAKANG

Kursus Kejurulatihan Kids Athletics peringkat kebangsaan anjuran Kesatuan Olahraga


Malaysia (KOM), Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), dan Jabatan Pendidikan
Jasmani Institut Pendidikan guru Kampus Dato Razali Ismail (IPGKDRI) dijalankan bagi
memenuhi tuntutan kerja kursus subjek KJSS3013 Kejurulatihan Sukan pada semester ini.
Kursus Kejurulatihan Kids Athletics ini melibatkan seramai 55 orang termasuk peserta dan
pegawai yang terlibat bagi menjayakan kursus ini. Peserta yang menyertai kursus ini
merangkumi pensyarah IPGKDRI sendiri, beberapa orang guru SK IPG dan guru pelatih
Pendidikan Jasmani juga guru pelatih yang mengambil kursus Kejurulatihan Sukan pada
semester ini. Kursus Kejurulatihan Kids Athletics ini dilaksanakan di Dewan Ungku Omar
dan , padang, dan Gimnasium Jabatan Pendidikan Jasmani IPGKDRI.

Kursus dilaksanakan pada hari khamis 27 Julai hingga sabtu 29 Julai 2017 dan
dimulakan pada jam 2 petang bermula dengan sesi pendaftaran peserta (rujuk lampiran
gambar 2 dan 3). Kursu Kursus Kejurulatihan Kids Athletics ini menggunakan dua kaedah
iaitu teori dan amali. Pada hari pertama dan malam kedua diisi dengan teori manakala pada
hari kedua dan hari ketiga pula diisi dengan kaedah amali. Kaedah penerangan teori banyak
dilakukan di DUO manakala kaedah amali pula dilakukan di padang dan Gimnasium
IPGKDRI.

Slot pertama bagi Kursus Kejurulatihan Kids Athletics ini ialah slot Pengenalan
Kursus Persijilan Kejurulatihan Khusus telah dikendalikan oleh Encik Rashidi Bin Hashim
dan En Zalani bin Ngah sebagai wakil pegawai yang terlibat bagi menjayakan Kursus
Kejurulatihan Kids Athletics pada kali ini. Dalam slot ini banyak menerangkan tentang
prinsip asas Kids Athletics dan Generasi Y dalam pembangunan sukan. Slot seterusnya
disambung oleh En Hamdan bin Abdul Gaffar dalam slot Prinsip Latihan Dalam Sukan.
Dalam slot ini menerangkan prinsip yang perlu dipatuhi bagi merujuk piawaian latihan yang
tepat dalam sukan. Slot seterusnya disambung pada jam 8.15 iaitu slot Sain Sukan Dalam
Sukan berkaitan dengan teori.

Pada hari kedua, aktiviti kursus Kejurulatihan Kids Athletics diteruskan dengan
praktikal atau amali dalam slot Pengenalan Kids Athletics dan Bengkel Pengubahsuaian
Peralatan (DIY) bermula seawal jam 8.00 pagi. Dalam slot Pengenalan Kids Athletics
banyak menerangkan tentang acara dan permainan yang berkaitan dengan program Kids
Athletics manakala slot Bengkel Pengubahsuaian Peralatan pula banyak menunjukkan cara
untuk menggantikan peralatan yang sesuai untuk digunakan dalam permainan Kids
Athletics (rujuk lampiran gambar 1, 6 dan 7). Setelah selesai slot tersebut, pegawai dan
peserta terlibat diberi masa untuk rehat dan menunaikan solat jumaat pada jam 12.30
tengah hari. Kursus diteruskan pula pada jam 2.00 petang untuk melakukan persediaan bagi
slot Pertandingan Acara Kids Athletics. Seramai 40 orang murid yang menyertai
Pertandingan bagi Acara Kids Athletics dan murid yang menyertai pertandingan tersebut
adalah dari murid SK IPG. Slot ini selesai pada jam 6.00 petang dan slot seterusnya pula
berlangsung pada jam 8.15 malam.

Pada keesokan harinya, tepat jam 8.00 pagi, aktiviti kursus diteruskan dengan slot
Biomakanik Dalam Sukan. Slot ini menggabungkan kedah teori dan amali supaya memberi
kefahaman yang jelas kepada peserta kursus. Seterusnya disambung dengan slot Undang-
undang Permainan pada jam 10.15 pagi dan rehat tepat pada jam 12.30 tengah hari. Aktiviti
kursus pula diteruskan dengan Maklum balas Kids Athelatics yang bermula pada jam 2.
petang. Aktiviti tersebut dilakukan supaya meneruskan penerapan budaya bersukan dalam
bermasyarakat yang perlu diterapkan bermula dari kanak-kanak. Seterusnya, malis penutup
bagi Kursus Kejurulatihan Kids Athelatics disempurnakan oleh YTM Raja Dato Seri Yong
Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Shah (rujuk lampiran gambar 14).
3.0 HURAIAN PENILAIAN

Kursus Kejurulatihan Kids Athelatics ini mendapat tumpuan dan impak yang positif daripada
peserta juga ibu bapa kanak-kanak yang terlibat terutamanya. Hal ini adalah kerana
penggunaan alat yang menekankan faktor keselamatan supaya kanak-kanak yang
menyertai pertandingan tidak tercedera. Ibu bapa kanak-kanak juga banyak memberi
sokongan yang padu supaya aktiviti ini menampakkan lebih ceria dan menyeronokkan.
Tambahan pula, aktiviti dan pertandingan yang dijalankan ini menekankan unsur
keseronokan dalam bermain dan bersukan. Hal ini ditekankan supaya suasana keseronokan
dalam bersukan dapat diterap dalam diri kanak-kanak yang terlibat sejak awal, seterusnya
dapat membina budaya suka dalam masyarakat pada masa akan datang. Impak yang positif
mula ditunjukkan dari peserta kursus dengan sama-sama menyertai permainan yang ada
dalam Kids Athelatics seperti pertandingan Formula one. Hal ini menunjukkan bahawa,
aktiviti ini juga boleh disertai oleh golongan dewasa .

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Dengan terlaksananya Kursus Kejurulatihan Kids Athelatics ini, hasil pencapaiannya amat
memuaskan melalui sokongan yang diberi dari pihak luar seperti YTM Raja Dato Seri Yong
Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Shah kerana telah menyempurnakan program dengan
penyerahan sijil kepada kanak-kanak yang telah menyertai pertandingan. Antara kelebihan
yang ada semasa Kursus Kejurulatihan Kids Athelatics ini ialah Antaranya adalah melalui
aktiviti sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu
yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat
mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain
dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan
mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk
disiplin murid tersebut.

Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat


mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul.
Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik. Selain itu,
bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid menyertai aktiviti
bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mampu mengelak diri
mereka daripada menghadapi tekanan belajar.
Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan
mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya dengan menyertai
pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul
kemenangan akan lebih membara.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH

Namun demikian, terdapat beberapa masalah yang berlaku sepanjang aktiviti kursus
dijalankan seperti keadaan cuaca yang tidak menentu. Masalah keadaan cuaca yang tidak
menentu ini telah menyebabkan sedikit kekalutan dalam melakukan apa yang telah
dirancang. Hal ini mungkin akan menyebabkan berlaku masalah kesihatan kanak-kanak
juga diteruskan bermain di dalam hujan. Walau bagaimanapun, acara dan pertandingan
masih tetap diteruskan tetapi bukan di padang. Aktiviti dilakukan di dalam Gimnasium
Jabatan Pendidikan Jasmani IPGKDRI (rujuk lampiran gambar 9 dan 10). Setelah hujan
mula reda dan berhenti, acara diteruskan di padang dengan acara kemuncak iaitu Formula
one (rujuk lampiran gambar 13).

Selain itu, jumlah kanak-kanak yang menyertai acara pertandingan dalam aktiviti
Kids Athelatics ini adalah kurang memuaskan. Seramai lebih kurang 40 orang yang
menyertai acara pertandingan sudah mencukupi untuk dilaksanakan pertandingan, walau
bagaimanapun, jika bilangan kanak-kanak lebih ramai mungkin akan lebih memeriahkan dan
lebih menyeronokkan aktiviti pertandingan.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada para pensyarah dan ibu bapa kanak-
kanak yang bertanding, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan
menambah jumlah penyertaan dan membuka penyertaan kepada sekolah lain untuk
menghantar peserta dan turut menyertai aktiviti tersebut. Selain itu, melalui masalah
keadaan cuaca yang tidak menentu juga perlu diambil kira dengan mengatur dan
merancang pergerakan aktiviti supaya berjalan dengan lancar dan tidak berlaku kekalutan
seperti terus merancang untuk melakukan aktiviti di dalam gimnasium atau dewan terbuka
supaya kesihatan dan keselamatan kanak-kanak juga terjaga.
7.0 GAMBAR AKTIVITI / LAMPIRAN

Alatan yang digunakan semasa kursus berlangsung terutama semasa acara pertandingan

Gambar 1

Sesi Pendaftaran Kursus

Gambar 2 Gambar 3
Semasa pengenalan Kids Athelatics

Gambar 4 Gambar 5

Semasa Persediaan Acara dan Pertandingan

Gambar 6 Gambar 7

Gambar 8
Berkumpul Sebelum Mula Acara

Gambar 9 Gambar 10

Acara Pertandingan Mula Dijalankan

Gambar 11 Gambar 12

Gambar 13
Majlis penyerahan sijil kepada peserta pertandingan oleh YTM Raja Dato Seri Yong Sofia
binti Almarhum Sultan Azlan Shah.

Gambar 14 Gambar 15

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, Kursus Kejurulatihan Kids Athelatics ini berjalan dengan lancar seperti
yang dirancang walaupun terdapat beberapa kekangan semasa melakukan aktiviti acara
pertandingan. Walau bagaimanapun, ianya dapat dibetulkan dengan baik sekali. Saya
mewakili jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak, ingin menghulurkan
sekalung penghargaan kepada pihak yang terlibat, bermula dari Datin Dr Hjh Rohani binti
Abdul Hamid Pengarah IPGKDRI kerana meluluskan perancangan kursus ini. Tidak lupa
juga para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani IPGKDRI terutamanya En. Jailani bin
Halus Pensyarah subjek KJSS3013 Kejurulatihan Sukan yang sangat banyak membantu
untuk menjayakan kursus kejurulatihan ini dan rakan-rakan guru pelatih juga para peserta
yang lain yang banyak membantu saya dalam mencari imput-imput penting berkaitan
dengan kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai