Anda di halaman 1dari 7

KENALI BAHAN LARANGAN & BERBAHAYA: INHALAN

INHALAN
Pengenalan
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada
pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan
yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau
merangsangkan perubahan minda.

Jenis-jenis Inhalan

Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.

Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.

Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.

Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.
Cara Penggunaan
Menghidu
Ciri-ciri Penagih Inhalan
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan
kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.
Kesan / Akibat

Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria
sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.

Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan,
kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan
organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh
mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.

BAHAN INHALAN
Ramai di kalangan kita terutamanya ibubapa sering bimbang mengenai
penyalahgunaan dadah seperti ecstasy, ganja, syabu dan lain-lain di kalangan
anak-anak kita terutamanya yang berusia remaja. Akan tetapi kita biasanya terlupa
malah tidak menyedari, atau mengabaikan kemungkinan terdapat penyalahgunaan
produk-produk yang biasa digunakan di rumah dengan cara menghidu atau
menyedut wapnya. Produk-produk ini kebiasaannya dianggap sebagai tidak
merbahaya akan tetapi sebenarnya produk-produk ini mengandungi bahan pelarut
organik beracun, yang apabila dihidu atau disedut wapnya akan menyebabkan
ketagihan, atau berpotensi mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kegiatan menghidu bahan-bahan ini, kebanyakannya gam, sering melibatkan
golongan remaja termasuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 18 tahun,
demikian menurut pihak polis yang telah dapat mengesan kegiatan ini di Perak.
Pada pertengahan tahun 2001, masyarakat Malaysia dikejutkan pula dengan berita
kematian beberapa orang pelatih Pusat Serenti Sungai Ruan, Raub, Pahang.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang, penyakit
yang menyerang pelatih tersebut berpunca daripada perbuatan mereka menghidu
bahan kimia seperti gam, thinner dan petrol secara berterusan untuk
menghilangkan ketagih.
Apakah inhalan?
Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah
meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau
merangsangkan perubahan minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada
tiga kategori utama iaitu:
1. Pelarut Mudah Meruap
Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Pelarut ini didapati dalam
kebanyakan produk-produk yang biasa digunakan di rumah atau untuk tujuan
penggunaan perubatan dan industri. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan
penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak
gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen.
2. Bahan gas
Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom,
haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas
termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti
sejuk iaitu freon. Penyembur aerosol pula biasanya mengandungi kedua-dua bahan
pelarut dan gas. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah

cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung


fabrik.
3. Bahan Nitrit
Merupan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks
dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa
digunakan adalah sikloheksil nitrit, amil nitrit dan butil nitrit yang terdapat dalam
sebahagian jenama penyegar udara. Nama lain yang biasa dikenali oleh penagih
ialah Climax, Rush, Locker Room dan Popper. Inhalan berbentuk bahan mudah
meruap dan bahan gas lebih digemari oleh golongan awal remaja, walau pun
terdapat juga golongan dewasa yang menggunakannya. Orang dewasa biasanya
terdedah kepada bahan sedutan melalui pekerjaan mereka, manakala golongan
remaja yang lebih berumur biasanya memperolehi dan terdedah kepada bahan nitrit
di kelab-kelab malam.
Inhalan seringkali dipilih oleh penagih kerana ianya mudah didapati, harganya pun
murah, serta penggunaannya mudah disembunyikan atau dielakkan dari
pengetahuan orang lain. Selain itu, bahan ini berupaya memberikan kesan-kesan
yang diingini penagih seperti rasa tenteram dan selesa yang berlebih-lebihan yang
dipercayai dapat mengurangkan tekanan hidup penagih, serta boleh menimbulkan
perasaan khayal yang cepat dan berulang kali. Golongan remaja yang menagih juga
akan lebih mudah diterima kumpulan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti yang
serupa.

Cara Penggunaan
Wap bahan ini biasanya dihidu melalui hidung atau disedut melalui mulut. Selain
bahan inhalan yang tersenarai, penagih juga berkemungkinan menggunakan bahan
lain bersama seperti arak, dan ini akan meningkatkan risiko terjadinya kesan yang
lebih teruk. Hampir semua inhalan (kecuali bahan nitrit) yang disalahgunakan
bertindak di otak dengan menekan fungsi sistem saraf pusat dan menghasilkan
kesan yang seakan sama dengan kesan pengambilan arak (alkohol), ubat tidur dan
agen bius. Terdapat satu kajian terbaru yang menunjukkan toluin iaitu sejenis pelarut
yang didapati dalam gam, cat semburan, dan penanggal cat, boleh mengaktifkan
sistem dopamina dalam otak sama seperti tindakan yang dihasilkan oleh dadahdadah yang sudah lama dikenali seperti heroin, candu, dan lain-lain lagi.
Bahan nitrit pula sebaliknya tidak bertindak terus ke atas sistem saraf pusat seperti
kebanyakan inhalan yang lain, akan tetapi bahan ini secara asasnya bertindak
membesarkan saluran darah dan merehatkan otot.

Kesan-kesan
Kebanyakan inhalan bentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa
khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang
banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan
berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan
inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan
diri.
Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan
banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri,
berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan
berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku
akibat tersedak dan kesesakan nafas .
Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan
kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama
atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas
akibat kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius
boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan.
Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan
fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih.
Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan
kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah
marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera
makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami
keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas.
Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paruparu, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut
bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan
menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja.
Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit
dipercayai berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual.

Bahaya bahan-bahan kimia yang


terdapat dalam kebanyakan inhalan

Didapati dalam

Amil nitrit, Butil nitrit

Poppers, Climax, Rush

Benzene

Minyak petrol

Butane, Propane

Cecair pemetik api, semburan cat dan


rambut

Metilena klorida

Penanggal/penipis cat,penyahgris

Nitrous oksida,

Krim whipping, tangki gas

Toluin

Minyak petrol,gam,penanggal/penipis
cat, cecair pemadam

Trikloroetilena

Penanggal kotoran, penyahgris, cecair


pemadam

Heksana

Gam, Minyak petrol

Kesan
Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan
sel darah merah.
Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit
leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut
melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk.
Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot
dan denyutan jantung.
Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas.
Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang
penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang.
Kemamatian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan
penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan,
kebas.

Mengenal penagih inhalan


Anggota masyarakat yang rapat dengan golongan remaja terutamanya ibu
bapa, rakan sebaya dan guru perlu memainkan peranan yang utama dalam

membanteras kegiatan merbahaya ini. Oleh itu, adalah penting untuk


mengenali tanda-tanda awal penagihan inhalan supaya langkah-langkah
pencegahan dapat dimulai sebelum terlambat.
Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibubapa, rakan sebaya, dan guru
mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anak-anak,
rakan-rakan dan murid-murid:

Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur
Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian
Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung
Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair
Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang
telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci
atau almari di bilik tidur
Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan,
pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus
Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah
dan murung.

Langkah Pencegahan
Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan sekali
sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang
merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini
dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah:
Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara
mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang
sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi
di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda
Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang
bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan.
Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut
dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol.
Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air
sekiranya ada.
Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti
yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut

Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda,
tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda.
Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka.
Elakkan sikap tidak apa- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan
membunuh orang tersayang

Anda mungkin juga menyukai