Anda di halaman 1dari 4

CONTOH LAPORAN BERFORMAT

FORMAT KARANGAN JENIS LAPORAN

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau
dilihat.
Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir


yang munasabah atau lojik.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan,
sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah
ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.

Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasai, dan dialami serta kesan lawatan
terhadap pembelajaran.

Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.


Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan
digariskan atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-
tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh
tanda koma di hujungnya . Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.

Laporan Hari Sukan di Kolej Vokasional Kuala Krai

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Kolej Vokasional Kuala Krai telah mengadakan
Hari Sukan. Acara yang diadakan pada hari Rabu, 25 Jun 2014 disertai oleh semua pelajar
KVKK dan semua guru penasihat.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

Acara bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di Padang Kolej Vokasional Kuala
Krai. Pada pagi itu, kesemua peserta beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk
ke padang. Kesemua peserta bersiap sedia untuk mengambil bahagian semua acara.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m.


Selain itu, acara lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan lain-lain lagi turut
dipertandingkan. Suasana hari tersebut begitu gemilang, riuh-rendah dan meriah dengan
tepukan dan sorakan para penonton. Majlis diserikan dengan upacara penyampaian hadiah
yang menjadi acara kemuncak.

Sebelum acara berakhir, Pengerusi Majlis mengumumkan keputusan temasya sukan


pada hari tersebut. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah
Wira (Biru), Naib Johan pula disandang oleh rumah Waja (Hijau) manakala rumah Sateria
(Kuning) mendapat tempat ketiga dan akhir sekali rumah Saga (Merah).

Akhirnya, Tuan Pengarah mengumumkan cuti sehari pada 26 Jun 2014 iaitu pada
hari Khamis. para peserta tidak penat dan sedih malah mereka berasa gembira kerana
memenangi pada acara sukan semasa hari tersebut.

Dilaporkan Oleh, 26 Jun 2014

Ali lutifi

(ALI LUTIFI BIN OTHMAN LUTIFI)

Setiausaha Sukan
Kolej Vokasional Kuala Krai
Laporan Hari Sukan Sekolah LAPORAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT
3 Pada 23 Januari 2010,Sekolah Kebangsaan Besout 3, telah mengadakan
Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-17.Temasya sukan bermula pada pukul 8:00
pagi.Temasya tersebut diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Besout 3 yang terletak
di belakang sekolah. Pada pagi itu,semua olahragawan dan olahragawati beratur
mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.Mereka berkawat kaki
mengikut rentak muzik.Pengerusi PIBG dijemput untuk menerima tabik hormat
daripada peserta perbarisan.Kemudian Ketua Kontinjen membaca ikrar.Pengerusi PIBG
dijemput berucap dan merasmikan temasya sukan tersebut. Selepas itu
bermulalah acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara
100m,200m,400m,4x100m. Selain itu, acara lontar peluru,lompat tinggi,lompat jauh
dan tarik tali turut dipertandingkan. Pengerusi PIBG dan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Besout 3 dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Temasya Sukan
dijemput untuk menyampaikan pingat dan hadiah. Mereka juga mengucapkan tahniah
kepada para pemenang. Sebelum acara berakhir, Guru Besar mengumumkan
keputusan keseluruhan temasya sukan pada hari tersebut. Rumah Kuning dinobatkan
sebagai Johan, Naib johan pula disandang oleh Rumah Biru manakala Rumah Merah
mendapat tempat ketiga. Olahragawati ialah Norazmina Binti Kamaruddin dari Rumah
Kuning,manakala olahragawan pula ialah Salleh Bin Ayub juga dari Rumah
Kuning. Akhirnya,Guru Besar mengumumkan cuti sehari pada hari Isnin iaitu pada
26 Januari.Sebelum bersurai,Guru Besar meminta semua murid membersihkan padang
.Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat
kepada peserta yang kalah.

Disediakan oleh,

28 JANUARI 2010. ………………………… (SUBUH BIN ZUHUR) Setiausaha sukan,


Sekolah Kebangsaan Besout 3.
LAPORAN SUKAN TAHUNAN
Pada hari Sabtu bersamaan 20 Februari 2010 yang lalu, SK Sungai Tuang telah mengadakan sukan
tahunan. Sukan tahunan ini telah diadakan di padang sekolah. Semua murid tidak ketinggalan untuk
menyertai sukan tahunan yang amat menyeronokkan itu.

Semasa pagi itu, acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat. Perbarisan lintas hormat
dimulakan oleh rumah sukan seperti Kuning, Merah, Hijau dan Biru. Seterusnya, ucapan perasmian
sukan tahunan oleh Puan Hajjah Fuziah binti Mahmood iaitu Guru Besar SK Sungai Tuang.

Selepas ucapan perasmian, diteruskan dengan sukaneka tahap 1 seperti lari bawa bendera dan
acara tahap 2 seperti lumba lari. Semua peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk menang sukan
tahunan kali ini. Acara untuk ibu bapa juga telah diadakan.

Para peserta, olahragawan dan olahragawati telah mendapat hadiah dan semua rumah sukan
menanti keputusan rumah sukan yang menjadi johan sukan tahunan pada tahun ini. Tiba pada
masanya, Rumah Kuning telah dinobat sebagai juara sukan tahunan pada kali ini.

Setelah seharian bersukan, para peserta tidak penat dan sedih malah mereka berasa gembira kerana
memenangi pada acara sukan semasa hari tersebut.

Disediakan oleh, 25 Februari 2010.

Mariam Husin

(MARIAM BINTI HUSIN)


Setiausaha Hari Sukan,
SK Sungai Tuang.

Anda mungkin juga menyukai