Anda di halaman 1dari 9

kerjaya Doktor Gigi

<!--[if !supportLists]-->2.0 <!--[endif]-->ASPEK ETIKA PERUBATAN

Ada dua aspek di dalam etika perubatan. Satu bahagian memfokus kepada isu yang
dihadapi oleh doktor semasa interaksinya dengan pesakit. Ini adalah etika klinikal yang
menyentuh pertimbangan dan keputusan yang diambil semasa merawat pesakit, atau
berinteraksi dengan doktor lain atau kakitangan kesihatan yang lain.

Satu bahagian lagi memfokus kepada isu-isu yang menyentuh dasar umum perubatan
dalam masyarakat umpamanya isu pengguguran, pengagihan sumber kesihatan secara adil,
perlindungan manusia dalam penyelidikan dan sebagainya. Aspek ini kerapkali disebut
sebagai etika biomedikal. Etika biomedikal kerapkali diiringi oleh perundangan.

<!--[if !supportLists]-->2.1 <!--[endif]-->Sejarah Etika Perubatan

Sejak dari zaman dahulu lagi sudah terdapat pelbagai sistem perundangan yang cuba
mengawal amalan para doktor. Code of Laws of Hammurabi (1790 B.C.) mengawal bukan
sahaja upah yang perlu dibayar tetapi menetapkan bahawa rawatan yang berjaya dibayar
mengikut kemampuan pesakit. Jika rawatan tidak berjaya doktor dihukum kudung. Dari abad
keempat (B.C.) lagi Ikrar Hippocrates telah menunjukkan betapa profesion perubatan
mengambil berat untuk mewujudkan satu piawai tingkah laku atau kesusilaan yang
menyentuh bukan sahaja perhubungan antara doktor dan pesakit, tetapi juga guru dan pelajar
perubatan. Suatu cadangan oleh Thomas Percival di England pada tahun 1789 menjadi asas
kod tingkah laku doktor masa kini. Dengan adanya satu tidak berkelayakan dengan
mewujudkan suatu pendaftaran perubatan. Pada zaman kuno etika perubatan lebih
menekankan kewajipan dan tanggungjawab doktor kepada pesakitnya. Di zaman moden ini,
kewajipan profesion ini telah diubahsuaikan dengan penggubalan Pengisytiharan Geneva
pada tahun 1974 oleh Pertubuhan Perubatan Sedunia.

Susulan daripada Deklarasi ini beberapa kod lain telah digubal untuk tujuan tertentu:

Kod Nuremburg (1950) mengenai siasatan klinikal.


Kod Helsinki (1964) mengenai eksperimen ke atas manusia.
Kod Sydney (1968) mengenai penetapan kematian.
Kod Oslo (1970) mengenai pengguguran terapeutik.

Kod Nuremburg digubal susulan daripada kecuaian, kekerasan dan kekejaman yang
berlaku dalam amalan perubatan semasa Perang Dunia Kedua yang membuat bermacam-
macam eksperimen dan pencerobohan terhadap manusia. Kod ini memulakan era baru dalam
amalan perubatan. Kini autonomi pesakit menjadi fokus utama dan prinsip yang dipegang
adalah setiap insan yang dewasa dan berfikiran waras mempunyai hak memilih dan
menentukan apa yang hendak dilakukan ke atas badannya. Etika perubatan dikaji dari masa
kesemasa selaras mengikut kemajuan dalam teknologi perubatan. Umpamanya, teknologi
pemindahan organ telah memerlukan para doktor membuat definisi baru kepada istilah
kematian, permanian beradas telah membolehkan persenyawaan luar nikah, dan
persenyawaan in vitro telah menimbulkan masalah nyawa yang hidup dalam tabung uji dan
ibu tumpangan.

TUGAS-TUGAS DOKTOR GIGI

Kerjaya sebagai doktor gigi adalah satu kerjaya yang sangat mencabar dan
memerlukan kekuatan dari segi mental dan juga fizikal. Di sini disenaraikan beberapa tugas
yang wajib dilakukan oleh setiap para doktor gigi di Malaysia. Tugas yang pertama yang
perlu dilakukan oleh doktor gigi ialah membuat pemeriksaan ke atas pesakit perlu
mengetahui apa jenis kerosakkan gigi yang dihadapi oleh pesakit dan setelah selesai membuat
pemeriksaan ke atas pesakit tersebut doktor gigi perlu memberikan rawatan sewajarnya
keatas pesakit tersebut. Selain daripada itu tugas doktor gigi juga perlulah menentukan jenis
penyiasatan untuk mengetahui punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Jika pesakit
menunjukkan tanda tanda yang agak serius doktor gigi perlulah membuat prosedur lanjutan
dalam menyiasat penyakit pesakit seperti pemeriksaan radiografi, pemeriksaan darah dan
sebagainya.
Selepas mengetahui punca yang dihidapi oleh pesakit tersebut doktor gigi perlulah
memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dengan penyakitnya dan jika penyakit pesakit
tersebut menghidapi penyakit yang agak kronik maka doktor gigi perlulah menentukan di
mana pesakit tersebut perlu menjalani rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan. Selain
daripada itu juga, doktor gigi perlulah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakitnya dan
memberi ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit. Ini bertujuan agar
pesakit tidak mendapat ubat yang melebihi dos yang disyorkan. Jika pesakit tersebut
memerlukan surat pengesahan doktor untuk membuat tuntutan kos rawatan kepada syarikat
yang pesakit tersebut berkerja maka doktor perlulah membuat laporan tersebut.

Selain daripada membuat pemeriksaan keatas pesakit, doktor gigi juga


bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran. Di antara urusan pentadbiran ialah doktor gigi
perlulah menghadiri menghadiri sesi audit untuk membincangkan kes-kes tertentu seperti
kes-kes yang serius yang dihidapi oleh para pesakit, tentang rawatan dan membaiki mutu
perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dan juga membincangkan perkembangan
terbaru berkaitan dengan dunia pergigian. Doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat
pengubalan dan juga menbuat perancangan unit

Selain itu juga, doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pemantauan
perkhidmatan klinikal. Ini adalah selaras dengan dasar etika dalam perkhidmatan sosial.
Dalam kesibukkan membuat pemeriksaan keatas para pesakit dan juga bahagian pentadbiran
doktor gigi juga bertanggungjawab dalam menyelia dan juga membimbing staff klinikal dan
juga kejururawatan agar perjalanan kedua-dua staff ini berjalan dengan lancar. Doktor gigi
juga membantu di dalam mengurus kes kes yang berkaitan dengan medico-legal.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Doktor gigi adalah merupakan salah satu kerjaya yang mencabar dalam menangani
permasalahan berkaitan dengan gigi.Oleh itu, dalam menghadapi cabaran yang telah
diberikan itu, seorang doktor perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dan
sempurna begitu juga dengan doktor dalam bahagian pergigian. Terdapat dua aspek
pengetahuan dan kemahiran yang perlu diketahui oleh seorang doktor dalam menghadapi
situasi yang akan mereka hadapi iaitu aspek umum dan khusus.

Aspek Umum

Di dalam bahagian aspek umum ini terdapat beberapa kemahiran yang perlu ada di
dalam diri setiap orang doktor iaitu yang pertama kemahiran berkomunikasi secara berkesan.
Ini kerana aspek komunikasi adalah aspek yang terpenting sekali yang perlu ada oleh doktor
gigi. Ini kerana dengan komunikasi yang baik akan menyebabkan pesakit tersebut rasa
diambil berat oleh doktor dan ini akan memudahkan doktor gigi untuk mengetahui punca
kesakitan yang dialami oleh pesakit. Terdapat beberapa kemahiran berkomunikasi yang
berkesan iaitu apabila pesakit masuk untuk berjumpa dengan doktor maka doktor perlulah
menggunakan dengan nada yang lembut dan bersopan santun apabila memulakan perbualan
seperti bertanya khabar dan seterusnya bertanya tentang kesakitan yang dialami oleh pesakit.
Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah bertanya dan menjawab soalan kepada
pesakit dengan jawapan yang ringkas dan mudah difahami. Ini kerana takut berlakunya punca
salah faham diantara pesakit dengan doktor. Oleh yang demikian itu, para doktor perlulah
menjawab apa yang dikemukakan oleh pesakit dengan penuh yakin dan tidak teragak agak.
Selain itu, kemahiran menyelesaikan maslalah dan membuat keputusan dalam masa yang
singkat, cepat dan betul perlu ada dalam diri setiap doktor gigi. Ini kerana doktor gigi perlu
berurusan dengan ramai lagi pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan khidmat
rawatanya.
Selain daripada kemahiran berkomunikasi dengan cekap dan berkesan. Setiap doktor
gigi perlulah mengetahui dan juga memahami mengenai pekeliling pekeliling yang berkaitan
dan Perintah Am Bab A, B, C, D, E, F, dan G. Di dalam Perintah Am tersebut mengandungi
larangan larangan yang perlu dipatuhi oleh setiap doktor gigi. Setiap doktor gigi perlulah
bersikap terbuka dengan apa jua situasi yang berlaku ini kerana sesetengah pesakit datang
dengan emosi yang tidak stabil maka doktor gigi perlulah memahami persakit tersebut.
Doktor gigi juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah
pesakit dan bijak menguruskan stress.
Selain daripada kemahiran di atas, kemahiran teknologi maklumat juga penting. Ini
selari dengan teknologi perubatan yang berkembang dengan pesat ini. Kerjaya doktor gigi ini
juga memerlukan seseorang itu berkerja di dalam satu kumpulan dan mampu memberi arahan
kepada staff staff bawahan.

Aspek Khusus

Di dalam aspek khusus pula, doktor gigi perlu mengetahui beberapa perkara iaitu
yang pertama mengenai etika pergigian. Selain daripada itu, kerjaya doktor gigi memerlukan
kemahiran menulis rekod pergigian dan juga kemahiran asas kes mediccolegal. Doktor gigi
juga memerlukan kemahiran untuk menilai kes kes yang perlu dirujuk kepada pakar, ini
kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh pesakit mungkin dalam keadaan serius. Selain
daripada itu juga doktor gigi juga tahu untuk mengendalikan kemahiran asas CPR. Ini adalah
persedian untuk setiap doktor tahu menggunakan kemahiran ini jika berlaku perkara yang
tidak diingini keatas pesakit. Kemahiran dalam menyebarkan maklumat dan pengetahuan
kesihatan kepada pesakit dan orang awan juga penting untuk doktor gigi mengetahuinya dan
yang terakhir sekali setiap doktor gigi juga perlu tahu mengetahui kemahiran dalam
pentadbiran klinikal.

KELAYAKAN DOKTOR GIGI


Sebelum seseorang itu layak bergelar sebagai doktor gigi. seseorang itu perlulah
memiliki kelayakaan seperti yang disenaraikan di bawah.
Kelayakan

<!--[if !supportLists]-->i) <!--[endif]-->Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh


Kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

[Gaji permulaan ialah pada Gred U41:P1T5 RM2366.55] atau

<!--[if !supportLists]-->ii) <!--[endif]--> Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh
Kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia berdasarkan seksyen 12(3)
Akta Pergigian 1971. [Gaji Permulaan ialah pada Gred U41: P1T5 RM2366.55] dan

<!--[if !supportLists]-->iii) <!--[endif]--> Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Rajah 1: Senarai Gaji Doktor Gigi


Anggaran gaji kasar permulaan
Gred ( paling minimum ) Elaun pakar *Elaun perumahan
JUSA RM 6,135.80 RM 2,400 RM 2,500
DU54 RM 4,300.00 RM 2,200 RM 1,100
DU52 RM 3,980.56 RM 2,200 RM 1,100
U54 RM 4,572.25 RM 1,800 RM 1,100
U52 RM 4,341.10 RM 1,800 RM 700
U48 RM 3,835.51 RM 1,700 RM 700
DU 45 RM 2,485 RM 1,500 RM 700
U44 RM 2,633.83 RM 1,400 RM 600
U41 RM 1,783.43 - RM 300
*Elaun Perumahan Bergantung Kepada Negeri Bertugas

7.0 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENAWARKAN PROGRAM


DOKTOR PERGIGIAN DI MALAYSIA
Institusi-institusi pengajian yang menawarkan program Doktor
Pergigian:
i ) Institut Pengajian Tinggi Awam
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universiti Sains Malaysia
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universiti Kebangsaan Malaysia
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universiti Malaysia
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universiti Teknologi Malaysia
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universiti Malaysia Sabah
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universiti Malaysia Sarawak
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universitit Putra Malaysia
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Universiti Teknologi Mara

ii ) Institut Pengajian Tinggi Swasta


<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Fakulti Perubatan Universiti Sedaya
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Medicine, Nursing And Health Science University Monach
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Asian Institute of Medicine, Science and Technology
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Allianze College of Medical Science
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Cyberjaya University College of Medical Sciences
PERSOALAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA DOKTOR GIGI
Bagi sesiapa yang berminat menjadi doktor, pastikan persoalan ini terjawab
1 ) Apa yang membuatkan saya berminat menjadi doktor gigi ?.
Soalan seperti ini penting sebagai permulaan bagi mencapai sesuatu objektif. Jawapan
bagi soalan ini dijadikan pendorong utama dalam memacu ke arah kejayaan. Jawapan yang
perlu dielakkan adalah berbentuk meterialistik dan kerana dipaksa menjadi doktor oleh
kedua orang tua. Perlu diingati tanggungjawab sebagai doktor adalah besar dan memerlukan
daya komitmen yang tinggi. Sentiasa jadikan keikhlasan bagi membantu insan yang berada
dalam kesusahan sebagai pendorong utama. Apa yang penting adalah niat kerana Illahi dan
membantu mendekatkan diri kepadanya. Semangat seperti ini serta keikhlasan dalam
memikul tanggungjawab serta ketekunan menimba ilmu daripada pesakit dan kelas yang
dihadiri.

2 ) Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membuat keputusan ?.


Membuat sesuatu keputusan adalah ibarat memilih jalan di persimpangan kehidupan.
Seseorang itu perlu ,mengambil sedikit masa melawat ke hospital dan melihat secara dekat
bagaimana seorang doktor bertugas menyabung nyawa menyelamatkan pesakit. Oleh
demikian itu, adalah tidak memadai dengan hanya melihat situasi di televisyen dan perlu
disaksikan secara langsung. Selain daripada itu berjumpalah dengan doktor dan dapatkan
penjelasan bagaimana tugas seorang doktor itu. Selain itu, fungsi dan tugas doktor adalah
bergantung kepada kepakaran yang dimilikinya.

3 ) Anda telah membuat keputusan menjadi doktor gigi?.


Jika anda telah membuat keputusan untuk menjadi doktor gigi, anda telah
mempunyai objektif anda dan anda perlulah menyediakan pelan tindakan. Ini patut dimulakan
dengan mengetahui tempoh masa yang anda ada sebelum layak ke sekolah perubatan.
Siapkan diri anda dengan memastikan anda mengikuti aliran sains atau yang berkaitan. Selain
daripada itu, anda perlulah memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan
anda dan kalau mampu dedahkan diri dengan sedikit pengetahuan berkaitan dengan
perubatan. Mulakan membaca artikel di surat khabar yang berkaitan dengan perubatan. Ini
adalah penting kerana apabila anda bertemu dengan ahli komuniti perubatan, anda tidak akan
berasa asing kerana anda menpunnyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu penyakit atau
terma perubatan yang digunakan. Penguasan bahasa inggeris adalah satu kemestian dalam
bidang perubatan. Selain daripada itu, anda perlu menetapkan matlamat hidup untuk menjadi
mencapai cita cita yang diidamkan. Kenal pasti idola anda. Ramai di kalangan pakar
perubatan yang mencipta nama di persada antarabangsa dan menjadi ikon kebanggan negara.

PERKARA YANG MENARIK BERKAITAN DENGAN KERJAYA


DOKTOR PERGIGIAN
Setiap kerjaya yang diceburi terdapat beberapa perkara yang menarik untuk kita memilih
kerjaya tersebut. Tidak kurang juga dengan kerjaya sebagai Doktor Gigi. Terdapat beberapa
perkara yang menarik berkaitan dengan kerjaya sebagai Doktor Gigi iaitu :
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat mengetahui setiap organ manusia dan juga fungsi-
fungsi organ tersebut.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat meningkatkan kemahiran dalam membuat
keputusan yang drastik.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat berinterksi dengan orang ramai ataupun pesakit.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mudah untuk melanjutkan pelajaran bagi mendalami
ilmu perubatan.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Gaji dan elaun yang tinngi ditawarkan oleh hospital
swasta dan juga hospital kerajaan.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik
dan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.

Bidang perubatan adalah bidang yang sangat mencabar dan memerlukan ketekunan dan
kesabaran yang tinggi. Terdapat beberapa cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap individu
yang ingin memilih kerjaya sebagai doktor gigi. Cabaran yang pertama ialah cabaran
meningkatkan pengetahuan diri, ini kerana bidang perubatan adalah tidak statik dan ia adalah
bidang sains yang dinamik. Cabaran yang kedua ialah menguruskan pesakit dimana setiap
hari pesakit didedahkan denagn pelbagai maklumat menerusi media dan internet dan pelbagai
sumber lain dan ia perlu dinilai dan dipastikan kesahihanya. Cabaran utama seorang doktor
ialah memulihkan pemahaman seseorang pesakit tentang konsep yang salah. Cabaran yang
ketiga ialah sebagai pemimpin pasukan. Tidak dinafikan sebagai doktor seseorang itu perlu
bertindak sebagai ketua dalam pasukan merawat. Selain daripada itu, cabaran yang keempat
ialah risiko jangkitan kuman berbahaya. Ini kerana doktor adalah pekerjaan yang berbahaya
yang berisiko tinggi mendapat HIV ataupun TB. Banyak kejadian yang berlaku adalah punca
daripada kelalaian doktor itu sendiri. Cabaran yang terakhir sekali ialah cabaran waktu kerja
yang tidak menentu. Ini adalah kerjaya seseorang doktor memerlukan seseorang itu bersedia
dalam apa jua keadaan dalam merawat pesakit. Sehubungan dengan itu seseoarang itu perlu
bersedia dari aspek fizikal dan mental apabila ingin menjadi doktor gigi mahupun doktor
perubatan. Ini kerana kerjaya sebagai doktor gigi memerlukan komitmen dan semangat yang
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai