Anda di halaman 1dari 3

Berikut merupakan perincian aktiviti sukaneka:

Tahun 4 / PPKI / Prasekolah

Lokasi Berkumpul: Dataran Perhimpunan

Acara: 1. Span Bocor

2. Bawa Bola Dalam Gelung

*Span bocor

Murid-murid dikehendaki memenuhkan botol dengan air yang diperah melalui span yang telah
direndamkan di dalam air. Kelas yang berjaya mengumpul air paling banyak setelah habis
keduapuluh peserta dikira sebagai pemenang.

*Bawa Bola Dalam gelung

Bola dibawa menggunakan gelung rotan. Kelas yang paling pantas menghabiskan acara dikira
sebagai pemenang.

Tahun 5

Lokasi Berkumpul: Kantin

Acara: 1. Anak Gorilla

2. Letupkan Saya

*Anak Gorilla

Murid akan membawa 2 biji bola yang diletakkan di bawah ketiak, pundi kacang pula diletakkan di
atas kepala. Kelas yang paling pantas menghabiskan acara dikira sebagai juara.

*Letupkan Saya

Dengan mengikut giliran, setiap murid meniup belon dan cuba meletupkannya dengan duduk di atas
belon tersebut. Kelas yang berjaya melengkapkan kedua-dua aktiviti itu paling pantas dilira sebagai
pemenang.
Tahun 6

Lokasi Berkumpul: Dewan Taman

Acara: 1. Shaolin Soccer

2. Lari Dalam Guni

*Shaolin Soccer

Setiap murid dalam setiap kumpulan akan berusaha menendang bola masuk ke dalam gol. Kelas
paling awal menghabiskan acara dikira sebagai juara.

*Lari Dalam Guni

Setiap murid dikehendaki berlari di dalam guni. Kelas yang paling pantas menghabiskan acara dikira
pemenang.

Pada 11 Oktober 2017, telah berlangsungnya Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia


peringkat SEDERAP. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'Fairy Tales'. Pada hari
tersebut, SEDERAP telah bertukar menjadi Disneyland apabila princesses, princes,
witches, Pinnochio, Puss in Boots, Robin Hood, Captain Hook dan macam-macam lagi
berlegar-legar dalam kawasan sekolah. Kehadiran Mr. Clown atau dikenali
dengan Abang Kiwi juga telah berjaya mencuit hati para penonton dengan gaya dan
lawaknya. Mr. Clown juga telah membuat beberapa pertunjukan silap mata sehingga
semua penonton terpegun.

Beberapa aktiviti telah dijalankan sempena sambutan ini antaranya; ucapan wakil murid
yang disampaikan oleh Ummu Aarifah binti Shaharom Shah dari kelas 4 Anggerik
yang berpakaian ala The Hatter dalam cerita Alice in Wonderland, pertandingan
pakaian beragam bertemakan Fairy Tales, persembahan-persembahan yang
mengagumkan dan acara makan aiskrim untuk semua warga SEDERAP yang telah ditaja
sepenuhnya oleh PIBG.

Kami warga SEDERAP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Jawatankuasa
Pelaksana, para ibu bapa yang sporting dan bersemangat untuk mempersiapkan anak-
anak untuk menyertai pertandingan pakaian beragam, dan kepada Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) yang telah memberikan sumbangan yang besar untuk menjayakan
sambutan ini. Semoga komitmen dan semangat seperti ini dapat direalisasikan lagi
dalam sambutan seterusnya. Kita jumpa lagi tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai