Anda di halaman 1dari 3

Lampiran II

GERAN TAHUAN KHAS (GTK)


INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (IPPAK)
DI SARAWAK TAHUN 2020
NAMA SEKOLAH: SK KUALA PELUGAU

A. TAJUK AKTIVITI: BELAJAR MELALUI BERMAIN

OBJEKTIF
1. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada murid-murid prasekolah. Melalui teknik ini ia akan
mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu
pengajaran yang hendak disampaikan.Dengan bermain juga kanak-kanak akan
dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan
bahasa dari segi perbendaharaan dan pertuturan tatabahasa.
2. Melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan
pengalaman secara langsung dan semulajadi. Melalui pendekatan ini, aspek
perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak
dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum.
3. Murid-murid belajar melalui bermain berdasarkan tajuk yang terkandung dalam
Kurikulum Standarad Prasekolah kebangsaan (KSPK-Semakan 2017)
4. Belajar sambil bermain juga dapat menggalakan murid berinteraksi dengan rakan yang
lain, serta dapat didedahkan dengan peralatan permainan dan sumber pembelajaran
yang mampu memperkembangkan minda.

PELAKSANAAN
1. Dilaksankan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
2. Murid-murid digalakkan mengunakan teknologi maklumat,

KUMPULAN SASARAN
1. Murid-murid Prasekolah SK Kuala Pelugau seramai 15 orang.

ALAT YANG DIPERLUKAN:


1. Televisyen
2. Alat permainan, Lego, Bongkah kayu/plastik, huruf, nombor, replika haiwan, tumbuhan
dan bahan bantu mengajar yang sesuai.

3. Tempoh Pelaksanaan: Mac hingga Oktober


B. TAJUK: PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG SERTA
PENJAGAAN GIGI

OBJEKTIF

1. Murid-murid dapat mengaplikasikan amalan makan secara sihat berpandukan


Piramid Makanan.
2. Pengambilan diet seimbang merupakan keperluan yang amat penting bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang kelak.
3. Membolehkan murid-murid mengetahui dan faham tentang maksud makanan sihat
dan seimbang.
4. Membolehkan murid tahu untuk mengamalkan makanan sihat dan seimbang di
prasekolah dan juga di rumah.
5. Murid-murid mengetahui dan memahami kepentingan penjagaan gigi.
6. Membolehkan murid mengaplikasikan amalan penjagaan kesihatan gigi semasa
berada di rumah.

PELAKSANAAN

1. Dijalan dalam poses pembelajaran dan pengajaran melalu kaedah


Flipped Classroom.

2. Tempoh pelaksanaan: April hingga Oktober.

KUMPULAN SASARAN

1. Murid-murid Prasekolah SK Kuala Pelugau seramai 15 orang.

ALAT YANG DIPERLUKAN:


1. Carta Piramid Makanan
2. Bahan mentah untuk makanan seimbang/bekas makanan yang dibenarkan.
3. Berus gigi dan gusi besar.
4. Berus gigi dan ubat gigi untuk setiap murid

C. TAJUK: SMARTER PHONIC BERSAMA IBU BAPA

OBJEKTIF

1. Membolehkan ibu bapa mengetahui cara-cara belajar Bahasa Inggeris melalui


SMARTER* Phonics.
2. Membolehkan ibu bapa membantu guru untuk mengajar anak mereka Bahasa
Inggeris melalui kaedah SMARTER*Phonics semasa murid berada di rumah.
3. Tempoh Pelaksaan: Mac hingga Jun.

KUMPULAN SASARAN

1. Ibu bapa murid-murid Prasekolah SK Kuala Pelugau.

D. TAJUK: BENGKEL/KONVENSYEN

OBJEKTIF

1. Membolehkan Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid menghadiri


bengkel atau konvensyen yang dkelolakan oleh pihak yang berkenaan.
2. Tempoh pelaksanaan: Tertakluk kepada jemputan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………. ……………………………….
(EDWIN BIN ANGIAN@ YUNTAI) (CATHERINE PAUL ROSLI)
Guru Prasekolah Guru Besar
SK Kuala Pelugau SK Kuala Pelugau

Tarikh: Tarikh:

Cop sekolah:

Anda mungkin juga menyukai