Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM SKUAD ANTIDADAH AADK DAERAH KUALA MUDA

CERGAS DAN SIHAT 2020


HARI : SABTU
TARIKH : 31 OKTOBER 2020
MASA : 7.30 AM HINGGA 12.00 PM
TEMPAT : TAMAN SERI JENARIS, TIKAM BATU, KEDAH

Masa Tindakan Peristiwa Butiran penyampaian

8.00 Zahir Para peserta Majlis mempersilakan para peserta dan tetamu
mengambil untuk mengambil tempat masing-masing.
tempat
Mohon perhatian, sebelum majlis bermula, di sini
Taklimat terdapat beberapa pengumunan :
Awal
1. Mohon semua hadirin berdiri sewaktu ketibaan
tetamu kehormat.

2. Tuan-tuan dan puan-puan diminta untuk terus


berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan
Lagu Negeri Kedah.

3. Pastikan telefon bimbit dimatikan atau


diletakkan dalam mod senyap sepanjang majlis
berlangsung bagi menghormati majlis.

Terima Kasih atas kerjasama tuan-tuan dan puan-


puan.

8.20 Zahir Ketibaan Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Dato’


tetamu khas Shahanim Binti Mohamad Yusoff, Ketua UMNO
(VVIP,VIP) Bahagian Sungai Petani diiringi
…………………………………………………………
…………………………………………………………
……………………………………..

Nyanyian (Mohon semua hadirin untuk berdiri.)


Lagu
Negaraku Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah
dan Lagu
Negeri
Kedah
Hadirin dipersilakan duduk.
Zahir Aluan Pohon selasih tumbuh sebatang

1
Pengerusi Sayang merbah di dahan cemara
Terima kasih dan selamat datang
Kalimah Bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Bismillahhirramhmannirrahim

‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.

Zahir Salutasi Yang Berusaha En. Ahmad Sayuti bin ……………..


Pengerusi Skuad Antidadah Kebangsaan AADK
Daerah Kuala Muda

Yang Berbahagia Dato’ Shahanim Binti Mohamad


Yusoff, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani

Yang Dihormati
…………………………………………………………
…………………………………………………………
………………………………

Yang Dihormati Pn. Arnida binti Ishak, Ketua


Pegawai AADK Daerah Kuala Muda

Yang Dihormati
…………………………………………………………
…………………………………………………………
……………………………….

.................................................................................
.................................................................................
.................................................................................
.................................................................................
..........................................seterusnya hadirin yang
dikasihi sekalian.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat yang Maha Esa


kerana dengan Izin dan kasih sayangnya maka
kita dapat berkumpul bersama-sama pada pagi
yang indah ini dalam satu majlis yang cukup
bermakna iaitu Program Skuad Antidadah AADK
Daerah Kuala Muda Cergas dan Sihat 2020.
Zahir Bacaan doa Para hadirin sekalian,
Mohon Doa padamu tuhan
Agar majlis berjalan lancar
2
Biarlah berkat kita aminkan
Apa dihajat moga terpancar

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan dengan penuh
rasa kesyukuran mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh  Al Fadzil
…………………………………………………………
………………………………………

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Fasha Kata-kata Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al


aluan Fadzil
…………………………………………………………
……………………………... atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Untuk makluman para hadiran sekalian, Program


Skuad Antidadah AADK Kuala Muda Cergas dan
Sihat 2020 merupakan program yang julung-julung
kali diadakan bersama Komuniti Taman Seri
Jenaris dengan kerjasama Mantan Pengerusi
Skuad AADK Daerah Kuala Muda iaitu Tn. Hj.
Adnan bin Md Isa yang telah banyak menyumbang
untuk program ini direalisasikan.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah


sebagai salah satu platform bagi memberi peluang
kepada Skuad AADK Daerah Kuala Muda untuk
menyalurkan maklumat berkaitan Pendidikan dan
Pencegahan Dadah melalui aktiviti Cergas dan
Sihat yang dilaksanakan iaitu Pendakian Bukit H
dan Senamrobik disamping membina ukhuwah
yang harmoni bersama Komuniti Taman Seri
Jenaris bagi menyahut Slogan kerajaan iaitu
“Komuniti Bebas Dadah”.

Fasha Ucapan Sidang Hadirin Yang dimuliakan.


Mantan
Pengerusi Duduk sekawan gadis jelita
Tn. Hj. Buat santapan untuk pahlawan
Tampillah tuan kami meminta
3
Adnan Madah ucapan kata aluan

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan


menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Adnan bin Md
Isa untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN MANTAN PENGERUSI

Terima kasih diucapkan kepada Mantan Pengerusi


Skuad AADK Daerah Kuala Muda Tn. Hj. Adnan
bin Md Isa di atas ucapan yang disampaikan
Fasha sebentar tadi.
Ucapan
Pengerusi Seterusnya majlis dengan segala hormatnya
En. Ahmad menjemput dan mempersilakan Pengerusi Skuad
Sayuti AADK Daerah Kuala Muda yang baru iaitu En.
Ahmad Sayuti bin Ibrahim untuk menyampaikan
sepatah dua kata pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENGERUSI

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Skuad


AADK Daerah Kuala Muda En. Ahmad Sayuti bin
Ibrahim di atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.

Zahir Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


ucap utama
dan Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama
Perasmian kita mendengar Ucap Utama yang akan
disampaikan oleh tetamu kehormat kita. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Shahanim
binti Mohamad Yusoff, Ketua UMNO Bahagian
Sungai Petani untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Program Skuad Antidadah
AADK Daerah Kuala Muda, Cergas dan Sihat bagi
Tahun 2020.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(UCAPAN DATO’ SHAHANIM)

4
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dato’ Shahanim binti Mohamad
Yusoff atas ucapan dan perasmian program Skuad
AADK sebentar tadi.

Maka dengan ini rasmilah sudah Program Skuad


AADK Daerah Kuala Muda, Cergas dan Sihat
2020. Mudah-mudahan majlis yang dirancang
dapat berjalan dengan lancar.

Insya- Allah

Zahir Penyerahan Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya


Sijil menjemput Yang Dihormati Pn. Arnida binti Ishak ,
Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda dan En.
Ahmad Sayuti bin Ibrahim, Pengerusi Skuad AADK
Kuala Muda bagi mengiringi Yang Berbahagia
Dato’ Shahanim binti Mohd Yusoff untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada
…………………………………. .., Wakil Komuniti
Taman Seri Jenaris.
Dipersilakan.

Seterusnya dijemput Mantan Pengerusi Skuad


AADK Daerah Kuala Muda iaitu Tn. Hj. Adnan bin
Md Isa untuk mewakili penerimaan sijil
penghargaan Ahli Jawatankuasa Skuad AADK
yang lepas.
Dipersilakan.

Seterusnya dijemput
…………………………………………………………
………………………………………………………….
untuk menerima Sijil Penyertaan Program Skuad
Antidadah AADK Daerah Kuala Muda bagi Tahun
2020. Dipersilakan…
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia Dato’ Shahanim binti Mohd Yusoff di
atas kesudian penyampaian sijil sebentar tadi.

Fasha Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima


CENDERAHATI
kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Shahanim
binti Mohd Yusoff kerana menyokong usaha murni
ini, majlis ingin menyampaikan cenderahati
sebagai tanda kenang-kenangan..
5
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Pn. Arnida binti Ishak, Ketua Pegawai AADK
Daerah Kuala Muda untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato’
Shahanim binti Mohamad Yusoff, Ketua UMNO
Bahagian Sungai Petani.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Pn. Arnida binti Ishak di atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi.

Fasha Gimik Seterusnya majlis berbesar hati ingin menjemput


Pelancaran Yang Berbahagia Dato’ Shahanim binti Mohamad
Yusof, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani bagi
menyempurnakan Gimik Pelancaran iaitu
pelepasan peserta Program Pendakian Bukit H
dan Senamrobik bagi peserta yang tinggal.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Fasha Penutup Hadirin yang dihormati sekalian..

Terbenam mentari di waktu senja,


Indah sekali dipandang mata,
Menyusun jari di akhir bicara
Silap dan salah maaf dipinta.

Fasha Penyerahan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Acara semua hadirin.
Senamrobik
Seterusnya majlis mempersilakan Yang
Berbahagia Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff
dan
…………………………………………………………
………………………………………………………….
untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.

Dipersilakan

Seterusnya, majlis diserahkan kepada Jurulatih


Senamrobik untuk acara yang seterusnya.

Sekian… Terima Kasih

6
7

Anda mungkin juga menyukai