Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

BENGKEL IMEJ PROFESIONAL & ETIKET SOSIAL PENJAWAT


AWAM
Atur cara Skrip
PERMULAAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
PROGRAM Bismillahirahmanirrahim…Alhamdulillahirabilalamin, wassala……

Selamat datang ke program webinar Bengkel Imej Profesional & Etiket


Sosial Penjawat Awam IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan terima kasih
kepada semua yang bersama dengan kami pada hari ini.

Sebelum kita memulakan program pada hari ini, eloklah dimulakan


dengan bacaan Ummul Kitab. Al-Fatihah.

Terima kasih kepada semua. Semoga dengan bacaan tadi majlis kita
pada hari ini akan diberkati. Untuk makluman, program hari ini adalah
anjuran Unit Psikologi & Kaunseling IPGKSAH dengan kerjasama Rakan
Pembimbing Perkhidmatan Awam ataupun AKRAB IPGKSAH.

Sebelum itu, ingin saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Saya Pn


Nora Binti Kamaruddin selaku Pengerusi AKRAB IPGKSAH akan
bersama-sama anda pada hari ini sebagai hos program. Terima kasih
kepada Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling iaitu Pn Norfashadirah Bt
Desa dan Kaunselor Pentadbir yang juga Penyelaras AKRAB IPGKSAH
iaitu En. Md Zahir Bin Abdul Hamid atas peluang yang diberikan kepada
AKRAB dan juga saya sendiri untuk bersama-sama dalam program pada
hari ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini, kita akan
bersama-sama dengan seorang Penceramah yang hebat. Ingin saya
kenalkan terlebih dahulu. Penceramah kita pada hari ini ialah Pn.
Badrizawati Binti Mohamad Zaki. Beliau adalah Penolong Pengarah
Kanan merangkap Ketua Unit Kaunseling Keluarga, Lembaga Penduduk

1
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah.

Sedikit latar belakang Pn Badrizawati, beliau kini adalah Pegawai


Psikologi LPPKN dan mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda
Kaunseling di Universiti Malaya, dan kemudiannya mendapat Ijazah
Sarjana Sains Kaunseling daripada Universiti Utara Malaysia. Selamat
datang Puan ke program hari ini.

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang bersama-sama pada ketika ini,


program hari ini akan memberi pendedahan dan penekanan kepada
pembangunan imej profesional dan etiket sosial yang perlu ada pada
seorang penjawat awam. Ini kerana dalam konteks penjawat awam, etiket
sosial dan imej profesional sangat penting kerana setiap kakitangan
membawa dan mewakili imej jabatan. Justeru, program ini diharap dapat
membantu semua warga IPGKSAH dalam membentuk dan memperbaiki
imej profesional di tempat kerja, dan membentuk keyakinan diri warga
IPGKSAH khasnya dan semua penonton amnya untuk berketrampilan
dengan imej yang lebih profesional dalam era baru ini.

Jika para penonton mempunyai sebarang soalan, sila kemukakan dalam


ruangan komen dan penceramah akan terus memberi respons yang
bersesuaian kepada persoalan anda. Untuk makluman juga, link
pendaftaran dan penilaiau program akan diberikan pada akhir program
nanti.

Untuk tidak membuang masa, saya dengan segala hormatnya


mempersilakan Pn Badrizawati untuk meneruskan perkongsian beliau
pada hari ini.
Dipersilakan.

TAMAT PROGRAM Terima kasih kepada Puan Badrizawati di atas perkongsian tadi. Sungguh

2
menarik dan banyak info dan ilmu baharu yang kita dapat dalam
perkongsian tadi. Sedar tak sedar sudah hampir dua jam berlalu dan kita
menuju ke penghujung program. Terima kasih sekali lagi kepada
penceramah kita padi hari ini, dan terima kasih kepada tuan-tuan dan
puan-puan yang kekal bersama-sama kami sehingga ke penghujung
program. Untuk pengetahuan, di belakang tabir pada hari ini, kita disertai
oleh Pn Norfashadirah Bt Desa, Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling
IPGKSAH dan En. Md Zahir Bin Abdul Hamid, Kaunselor Pentadbir yang
juga bertindak di bahagian teknikal pada hari ini, dan juga Cik Haryani Bt
Hanafi selaku Kaunselor Pelajar. Terima kasih kepada semua team Unit
Psikologi & Kaunseling IPGKSAH yang terlibat menjayakan program ini.
Ingin saya ingatkan untuk tuan-tuan dan puan-puan, jangan lupa untuk
mengisi borang pendaftaran program dan juga borang penilaian program
melalui link yang telah diberikan dalam ruangan komen.

Terima kasih sekali lagi. Semoga kita akan berjumpa lagi dalam program
akan datang. Sekian, wabilah………wassalam…

Anda mungkin juga menyukai